Author |
Message
|
rocking tonite |
Posted: Wed May 05, 2010 12:53 pm Post subject: pd otai ibnd ada kah lagu situasi band bunkface itu lgu rock |
|
|
Joined: 09 Apr 2010 Posts: 27 Location: kl
|
saja nak tahu,pada otai-otai i band dan sahabat i band,ada kah lagu situasi band bunkface itu adalah lagu rock..dan ia nya telah di nobatkan.. sebagai juara dalam aim 17 sebagai lagu rock terbaik??..berikan pendapat kamu... _________________ nak belajar je |
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Wed May 05, 2010 3:31 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
Apekah yang anda definisikan dengan maksud ROCK & LAGU ROCK? _________________ KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook |
|
Back to top |
|
|
rocking tonite |
Posted: Wed May 05, 2010 4:56 pm Post subject: |
|
|
Joined: 09 Apr 2010 Posts: 27 Location: kl
|
ETERNAL wrote: | Apekah yang anda definisikan dengan maksud ROCK & LAGU ROCK? |
alamak..saya mintak pendapat bro2 semua..saya plak yang kena di soal..hahahaha.
.Rock ialah sejenis muzik yang mendapat sokongan ramai di zaman yang penuh pancaroba, mula diperdengarkan oleh dua buah kugiran gergasi pop di dunia iaitu The Beatles dan Rolling Stones. Muziknya di kala itu adalah umpama lanjutan dari muzik Rock & Roll yang sering dipersembahkan oleh Elvis Presley, Sha Na Na, Showaddy Waddy dan lain-lain, tetapi muzik rock lebih aggresive (keras/bingit) dari segi dendangannya. Setelah melalui beberapa detik-detik musim, muzik rock terus berkembang sehinggalah terciptanya irama heavy metal rock yang mula diperkenalkan oleh Led Zeppelin.
Apa itu heavy metal rock? la adalah salah satu dari cabang muzik rock yang lebih aggressive lagi dari yang sedia ada. Muziknya bingit, cara nyanyiannya menjerit-jerit dan peratus besar dari lagu-lagunya rancak 'gila-gila' mengikut istilah anak-anak muda. Kelihatannya muzik jenis ini menjadi pilihan anak-anak muda dewasa ini. Nama-nama kugiran seperti Iron Maiden, Scorpions, Def Leppard, Dio, Quite Riot dan sebagainya begitu popular kini, lantaran muzik heavy metal yang mereka bawakan itu disenangi generasi baru.
Selain dari heavy metal, terdapat banyak lagi cabang muzik rock seperti hard rock, slow rock, jazz rock, blues rock, country rock dan lain-lain sehingga ada pula istilah 'komersial rock'. Malangnya, di tengah kepopularan muzik jenis ini, rock sering benar dicaci dan dibantah oleh sebilangan masyarakat yang lain. Segala macam anggapan buruk, tuhmahan dan tuduhan dilemparkan ke arahnya. Apa puncanya? Tak lain kerana situasi muzik ini yang bingit, diiringi dengan gaya persembahan yang agak liar! Seperkara yang paling 'koman' ialah rock sering dikaitkan dengan najis dadah.... musuh masyarakat paling durjana!! Salahnya jatuh kepada para pemuzik rock sendiri. Seantero (seluruh) dunia telah sedia maklum bahawa pelopor-pelopor muzik rock iaitu kesemua ahli anggota The Beatles dan Rolling Stones adalah para penagih najis dadah...!! Mereka inilah yang harus dipersalahkan kerana telah mengimejkan muzik rock dengan najis-najis dadah sedangkan muzik rock sendiri tidak memerlukan tabiat sebegini buruk!
M. Nasir pernah berkata, "Rock adalah muzik yang disukai oleh masyarakat berjiwa memberontak, yang mengambil sikap 'peduli apa'. Mereka tidak suka memikirkan soal-soal yang mengelirukan mereka. Kerana itu mereka sering disalah anggap sebagai golongan yang menentang kelaziman hidup bermasyarakat."
Timbul kini suatu pertanyaan, mengapakah setiap kali bila akan diadakan sesuatu konsert rock, maka pasti terdapat bantahan dari segolongan masyarakat; Tak lain kerana muziknya yang bising dan gelagat anggota pemuziknya yang pasti liar ketika di atas pentas. Tetapi perlu disedari bahawa inilah apa yang dinamakan 'rock'.
Ramli Sarip ketika diminta pendapatnya berkata, "Setiap jenis muzik itu ada gayanya sendiri, seperti dikir barat, boria, pop, dondang sayang, semua ada gaya persembahannya yang tersendiri, begitulah juga dengan rock. Kalau orang kata dengar lagu rock mengkhayalkan, lagu sentimental yang mengisahkan cinta juga ada masanya lebih khayal sampai boleh hangit nasi di dapur. Cuma rock tu agak keras sedikit. Bagi saya, seseorang yang gemarkan sebarang muzik atau apa saja yang dipersembahkan kepada mereka, jika tidak terlalu memudaratkan, tidak perlu dilarang keras."
Oleh yang demikian, seandainya ada saranan dari mana-mana pihak untuk menyekat konsert-konsert rock di sini rasanya adalah suatu saranan yang berat sebelah. Mereka mendakwa penonton konsert rock tak sedar diri, menari terkinja-kinja, menjerit jerit, membuka pakaian dan sebagainya. Bagaimana pula dengan penonton bola sepak? Mereka juga menjerit-jerit tak sedar diri, membuka pakaian, malah lebih dahsyat lagi pemah terjadi pergaduhan hingga roboh stadium dan mengakibatkan kematian! Haruskah pertandingan bola sepak juga disekat sama seperti konsert rock?
Kini, sedunia telah menyedari kecelakaan najis dadah. Para pemuzik rock kini sedang berusaha membersihkan muzik rock dengan hakikat 'rock tanpa dadah'. Anggota kugiran Van Halen mengepalai kugiran-kugiran heavy metal yang lain-lainnya dan memimpin mereka ke jalan ini.... rock tanpa najis dadah! Bagi para pemuzik rock di dunia sebelah timur, hakikat muzik rock tanpa najis dadah amat disenangi dan bersesuaian dengan matlamat hapuskan najis dadah musuh negara!! Sebetulnya muzik rock itu bersih, sebersih muzik-muzik lain seperti dangdut, ghazal, asli, boria dan sebagainya. Cuma kelakuan sebilangan pemuzik rock yang telah mengotorinya dengan najis dadah. Para pemuzik rock kini bersama berganding bahu berusaha membersihkan nama rock yang telah lama tercemar itu.
Namun demikian, muzik rock ini tetap 'keras' macam batu sifatnya. Muziknya yang bingit, nyanyian yang terjerit-jerit dan gaya persembahan yang liar (aggressive) tetap menjadi identiti kepunyaan rock, tambahan para pemuziknya berambut panjang mencecah ke bahu. Kesemua itu adalah 'seni' bagi muzik rock. Andainya kekurangannya salah satu dari faktor tersebut, maka akan sumbanglah 'seni'nya. Hinggakan titisan peluh yang tersembur di kala para pemuzik rock ini beraksi juga dikira 'seni' rock... Kemungkinan inilah sebabnya mengapa kugiran rock dengan imej yang menakutkan tidak sesuai untuk muncul bermain di siaran hiburan TV Malaysia kerana undang-undang yang memaksa mereka mengikat rambut dan tak boleh bergaya liar itu kesemuanya mencacatkan 'seni' mahupun identiti kumpulan muzik ini?
Di manakah rahsianya yang membuatkan muzik rock begitu popular di kalangan masyarakat dewasa ini? Dunia kini semakin moden. Penghuninya sibuk berlumba-lumba meneroka kehidupan baru, mencari kemajuan dan pembaharuan. Dalam kehidupan yang penuh pergolakan ini manusia lebih senang dengan ketegasan dan kehangatan yang dapat menyaingi mereka dalam setiap arus pergolakan. Mereka tidak punya masa lagi untuk hanyut dengan lagu-lagu sentimental (jiwa-jiwa) yang mengkhayalkan dan membuai perasaan......hahaha..cukup tak mr.bro eternal. ini jela dapat sy belajar...
.. _________________ nak belajar je |
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Wed May 05, 2010 5:23 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
huiyo... tl:dr
so sekarang ni...
apakah argument yang anda nak mulakan disini.. hehe..
Issue 1: Lagu Situasi Bunkface telah menang anugerah lagu rock terbaik di AIM. (dinobatkan mcm terlalu exaggerated)
Issue 2: Adakah lagu Situasi adalah lagu rock....
so apekah argument nye sekarang:
1. Lagu Situasi itu bukan lagu rock?
ataupun
2. Adakah AIM salah classified genre?
ataupun
3. Adakah Situasi tak patut menang?
ataupun
4. Situasi bukan lagi rock yang bagus?
ataupun
5. etc... (tak larat nak pikir)
So.. sila terangkan argument anda secara detail... TQ _________________ KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook |
|
Back to top |
|
|
rocking tonite |
Posted: Wed May 05, 2010 8:49 pm Post subject: hehe |
|
|
Joined: 09 Apr 2010 Posts: 27 Location: kl
|
hahahahahaha.. lar kan da tanya tadi..ada kah lagu situasi itu lagu rock????saya nak tahu ..itu je..sebab lagu tersebut dapat anugerah lagu rock terbaik..nak ke pastian dari otai2 i band macam bro eternal....hehe..andai kata bro cakap memang lagu rock..boleh tak bro tolong bagi sebab nya..saya nak belaja r jugak bro... _________________ nak belajar je |
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Wed May 05, 2010 10:09 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
kalau nak tanya pasal genre..
aku segan nak cakap... pasal aku tak reti root music, asal usul muzik rock dan evolusinya...
kalau pasal AIM... Event anugerah...
klasifikasi untuk kategori muzik tak boleh dibuat dengan detail sedetail genre...
sebab tak ramai faham dengan teliti pasal evolusi & pengkelasan genre muzik...
so ianya dibuat secara pandangan umum...
berapa maksimum pengkelasan musik dalam anugerah tersebut?
larat ker nak list semua
kerana pengkelasan bukan dibuat berdasarkan genre... tapi jenis/kategori muzik yang direka untuk memudahkan penerimaan orang ramai...
kalau ade buat pun... kalau satu band je main jazz... dorang la yang menang kategori jazz... haha
jadi... takkan lagu situasi nak diletak dalam kategori (bukan genre) etnik kreatif plak kot...
jadi kesimpulannya...
Situasi bukan menang lagu genre rock terbaik.. tetapi juara dalam kategori 'rock' di AIM.... dimana tidak merujuk lansung kepada esei panjang anda diatas.. terima kasih _________________ KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook |
|
Back to top |
|
|
eniQma |
Posted: Thu May 06, 2010 3:07 am Post subject: |
|
|
King Korek
Joined: 28 Nov 2009 Posts: 4040 Location: enigma di Kuala Lumpur
|
bagi aku la kan...
bunkface layak menang sebab lagu dorang tu ada root rock jugak...
mcm ETERNAL cakap tu betul jugak kalau ada 1 band metal yg tercalon...mcm ne?takkan nak bukak 1 kategori...utk metal?
bagi aku asal ada power chord...ROCK la namo nyo tu...wakakaka
_________________ I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios
If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story |
|
Back to top |
|
|
SANGAP |
Posted: Thu May 06, 2010 12:09 pm Post subject: |
|
|
Joined: 20 Jun 2005 Posts: 497 Location: KUANTAN/PJ
|
setuju. mungkin bagi kita lain, tapi untuk award atau pertandingan camni rasanya memang susah nak kategorikan satu2..sebab tu mungkin kategori rock tu diorang sebat je asalkan lagu rancak. bagi aku mungkin sebab tu jugak juara lagu buat kategori pop/rock, khas untuk lagu2 begini..kot.
papehal bagi aku lagu bunkface tu pop/rock la..atau; lebih pop/agak punk/tak brape nak rock la haha _________________ the sangap guest! |
|
Back to top |
|
|
rocking tonite |
Posted: Thu May 06, 2010 6:21 pm Post subject: |
|
|
Joined: 09 Apr 2010 Posts: 27 Location: kl
|
eniQma wrote: | bagi aku la kan...
bunkface layak menang sebab lagu dorang tu ada root rock jugak...
mcm ETERNAL cakap tu betul jugak kalau ada 1 band metal yg tercalon...mcm ne?takkan nak bukak 1 kategori...utk metal?
bagi aku asal ada power chord...ROCK la namo nyo tu...wakakaka
|
hahahahahaha..kelakar la bro ini.. macam itu,tak perlu pakai distrotion pun tak pa la kan..pakai clean sound saja..janji power chord..main rock jugak kan...hua3.. ...bagi pendapat saya..rock ada lah keras..kalau lagu revolusi bunkface..masih lagi boleh di terima..tapi situasi bagaikan pop..tapi apapun..aim yang uruskan..hahaha..dah menang tetap dah menang..taniah buat bunkface..saya rasa kan..i band patut buat 1 award untuk pemusic2 malaysia..hehe...i band malaysian award... _________________ nak belajar je |
|
Back to top |
|
|
rocking tonite |
Posted: Thu May 06, 2010 6:29 pm Post subject: |
|
|
Joined: 09 Apr 2010 Posts: 27 Location: kl
|
[quote="ETERNAL"]kalau nak tanya pasal genre..
aku segan nak cakap... pasal aku tak reti root music, asal usul muzik rock dan evolusinya...
kalau pasal AIM... Event anugerah...
klasifikasi untuk kategori muzik tak boleh dibuat dengan detail sedetail genre...
sebab tak ramai faham dengan teliti pasal evolusi & pengkelasan genre muzik...
so ianya dibuat secara pandangan umum...
berapa maksimum pengkelasan musik dalam anugerah tersebut?
larat ker nak list semua
kerana pengkelasan bukan dibuat berdasarkan genre... tapi jenis/kategori muzik yang direka untuk memudahkan penerimaan orang ramai...
kalau ade buat pun... kalau satu band je main jazz... dorang la yang menang kategori jazz... haha
jadi... takkan lagu situasi nak diletak dalam kategori (bukan genre) etnik kreatif plak kot...
jadi kesimpulannya...
Situasi bukan menang lagu genre rock terbaik.. tetapi juara dalam kategori 'rock' di AIM.... dimana tidak merujuk lansung kepada esei panjang anda diatas.. terima kasih[/quote
oh yeke..time kasih ye..bro .eternal yang arif..hehe... ... _________________ nak belajar je |
|
Back to top |
|
|
wiwit |
Posted: Thu May 06, 2010 10:45 pm Post subject: |
|
|
Joined: 10 Aug 2009 Posts: 214 Location: Johore
|
ROCK terlalu besar maknanya....kalo nak origin rock kene tgk mcm2 aspek..beat drum....sound gita..solo pattern...bass pattern..bla2...yg paling penting elemen suara yg diadunkan dgn melodi tue sendiri akan membentuk ROCK...itu pandangan aku la...
-Bg aku bunkface maybe kita bleh letak progressive punk or progressive rock coz ada unsur2 rock...tp bukan rock pure...ada selit unsur alternative+pop+bla2.....arrangement rock more on petikan solo yg gila2(maybe).Bunkface pon ada solo but x sama n x dpt feel ....btw,still rock la...haha |
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Thu May 06, 2010 11:09 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
hopefully korang tak confuse & mixed up between music genre dengan music attitude... it's two different things...
memang perkataan ROCK adalah lazim digunakan.. even buat movie pun...
yang aku tahu... dalam dunia ni mamat yang betul2 ROCK adalah mamat ni...
_________________ KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook |
|
Back to top |
|
|
eniQma |
Posted: Fri May 07, 2010 5:45 am Post subject: |
|
|
King Korek
Joined: 28 Nov 2009 Posts: 4040 Location: enigma di Kuala Lumpur
|
wiwit wrote: | ROCK terlalu besar maknanya....kalo nak origin rock kene tgk mcm2 aspek..beat drum....sound gita..solo pattern...bass pattern..bla2...yg paling penting elemen suara yg diadunkan dgn melodi tue sendiri akan membentuk ROCK...itu pandangan aku la...
-Bg aku bunkface maybe kita bleh letak progressive punk or progressive rock coz ada unsur2 rock...tp bukan rock pure...ada selit unsur alternative+pop+bla2.....arrangement rock more on petikan solo yg gila2(maybe).Bunkface pon ada solo but x sama n x dpt feel ....btw,still rock la...haha |
haaa ni la maksud den...ahahahaha
sebab ada jugak genre accoustic rock...mana letak distortion maa _________________ I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios
If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story |
|
Back to top |
|
|
Elohim |
Posted: Sat May 08, 2010 12:14 pm Post subject: |
|
|
Joined: 23 Jan 2010 Posts: 626 Location: Penang
|
Bagi saya, power chords (fifth chord) itu pemula kewujudan muzik rock.... selagi ada power chords, selagi itu muzik itu berunsur rock...itu element muzik rock.. even main melalui amp dan distort , atau main akustik jer, fifth chord tetap rock....
mcm eternal ckp td... kategori itu umum...AIM xboleh nk spesifikkan...sebab audiens xsemuanya faham..so umumnya, itula rock.... fifth chord _________________
|
|
Back to top |
|
|
eniQma |
Posted: Tue May 25, 2010 11:58 pm Post subject: |
|
|
King Korek
Joined: 28 Nov 2009 Posts: 4040 Location: enigma di Kuala Lumpur
|
Elohim wrote: | Bagi saya, power chords (fifth chord) itu pemula kewujudan muzik rock.... selagi ada power chords, selagi itu muzik itu berunsur rock...itu element muzik rock.. even main melalui amp dan distort , atau main akustik jer, fifth chord tetap rock....
mcm eternal ckp td... kategori itu umum...AIM xboleh nk spesifikkan...sebab audiens xsemuanya faham..so umumnya, itula rock.... fifth chord |
haaa itu yg aku maksud kan huhuhu _________________ I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios
If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story |
|
Back to top |
|
|
|