back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3, 4  Next
 Apa nk jadi org kita skrg ni...? « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
SetsunaRX
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 8:35 am    Post subject: Apa nk jadi org kita skrg ni...? Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

Kelab fitness jadi port gay

KISAH minggu ini mungkin ramai yang menyampah nak baca, kerana itulah pengalaman saya ketika memaparakan kes seperti ini pada tahun 1998. Macam-macam ugutan saya terima. Bab maki hamun jadi benda biasa. Setiap kali saya menjawab panggilan telefon ada yang mendoakan cepat mati. Puncanya mereka marah saya tulis pasal gay. Mereka tak percaya gay wujud di kalangan lelaki Melayu beragama Islam. Kata mereka itu semua cerita rekaan.

Tapi sekarang setelah 13 tahun berlalu keadaan sudah berbeza. Ramai mengakui hubungan sejenis menjadi masalah besar kepada masyarakat Islam dan negara kita sekarang. Kalau dulu ia dilakukan secara tertutup, sekarang semuanya terdedah, tidak ada rasa malu segan silu lagi. Inilah yang diceritakan oleh Zul dalam e-melnya dan ketika kami menyambung berbual di telefon minggu lalu.

''Mereka boleh buat projek depan mata kita selamba saja. Kejadian ini berlaku lebih kurang lima tahun lalu. Ketika saya mula menjadi ahli kelab Fitness Center dan spa hotel R di KB. Memang saya terkejut!

''Pada mulanya jumlah golongan ini tak berapa ramai. Kini kelab ini seolah-olah jadi port gay hinggakan satu Malaysia dah tahu. Tentulah disebarkan dikalangan kumpulan ini juga.'' kata Zul.

Berbeza lokasi gay ketika saya menulis tentang golongan ini dahulu iaitu mereka cuma berkumpul di sebuah kelab yang dipanggil BBC (Blue Boy Club) dekat Jalan Bukit Bintang atau Jurassic Park iaitu di kawasan tempat letak kereta belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ketika itu panggilan 'anak-anak ikan' begitu popular di kalangan golongan gay mencari pasangannya yang terdiri daripada lelaki muda.

Menurut Zul lagi, golongan gay yang mengunjungi fitness center di hotel R ada macam-macam jenis, ada 'anak-anak ikan' umur belasan tahun hinggalah yang dah tua, dah pencen dan dah beranak pinak, mereka langsung tak ada segan silu. Yang tua mencari ulam 'anak-anak ikan' lah. Ada juga yang sebaya. Saya tak reka cerita, tetapi ini dari apa yang saya lihat sendiri. Saya amat sedih dengan keadaan masyarakat kita sekarang.

''Saya pernah terserempak seorang pakcik ni sedang buat kerja tak senonoh dalam bilik wap dengan seoranglelaki awal 30an. Dia boleh buat tak peduli kita nak masuk bilik tu. Nak jadikan cerita beberapa hari selepas peristiwa itu, saya nampak pakcik tu keluar dari kereta SUV bersama anak-anak perempuan dan isterinya, semuanya bertudung labuh. Jelas di luar menunjukkan keluarga pakcik ini alim sungguh.

''Pakcik tu terkejut beruk bila nampak saya memerhatikannya, agaknya dia takut kalau saya kenal isterinya dan ceritakan apa yang dia lakukan. Takkan saya bodoh nak cerita pada isterinya, kalau ceritapun takkan isterinya percaya. Lantaklah bila sakit sendiri tanggung.

''Sebenarnya bandar KB ni taklah besar mana sangat, pusing kanan pusing kiri kita mesti bersua muka. Itu yang berlaku satu hari saya terserempak 'partner' pakcik gay itu sedang mengimamkan solat asar di surau hotel R.

Makmum

''Terkejut saya, tapi saya tak ingin dimakmumnya, sebab saya tahu siapa dia, saya solat sendirian di belakang. Dia betul-betul menganiaya makmum lain.

''Kadang tu bila kita berbual dengan member lain di kelab itu naik takut juga, takut orang salah sangka mereka fikir kita pun gay, sedangkan saya ke hotel itu semata-mata ingin menggunakan kemudahan yang disediakan untuk jaga kesihatan.

''Dalam pada itu saya kenal seorang pegawai bank dia boleh cakap "aku bukan gay, aku ada anak bini...tapi dah dia orang nak, aku bagi la." Orang macam ni pun ada dalam dunia ni.

''Kerana saya selalu juga ke hotel tu saya pernah nampak seorang lelaki selalu bawak isterinya pergi ke hotel. Isterinya sibuk di kolam renang, tapi dia buat projek dalam steam room. Kesian sungguh isteri dia dengan jujur tunggu suami. Masa tu saya terfikir nak bawak bini dia tengok apa suami dia buat dalam steam room. Tapi takkan isterinya percaya!

''Saya pernah buat report dan hantar e-mail kat pengarah urusan hotel 5 bintang ini, tapi dia tak jawab. Saya rasa dia pun suka gang gay datang meramaikan jumlah ahli kelab hotel R. Kini dia meninggal dunia kerana komplikasi AIDS.

''Pernah juga saya bercakap dan berbincang dengan seorang kawan tentang masalah ni sebab saya tak suka kemudahan di kelab ini disalah gunakan untuk benda-benda tak baik, tetapi kawan tu cakap susah nak ambil tindakan sebab ini hotel 5 bintang.

''Pening memang pening, jadi untuk mengelak terserempak dengan mat-mat gay saya terpaksa pergi ke pusat ini sebelah pagi, sebab geng tu belum datang lagi, kerana aktiviti mereka bermula jam 5 hingga 11 malam. Dulu saya fikirkan mat gay banyak kat kota besar macam KL, tetapi bandar KB pun lebih ramai dan lebih berani lagi. Memang mencabar.

''Dulu memang geng ni cuba kacau saya, saya nasihatkan mereka baik-baik, tapi bila tak makan nasihat saya bagi amaran, pernah saya terajang mereka bila nak pegang-pegang badan saya. Dia orang memang anti saya sebab tak ikut kehendak mereka.

''Ada juga apabila tengok saya dalam sauna atau steam room mereka tak jadi masuk sebab dia orang bencikan saya. Tapi bila geng mereka semakin ramai, mereka jadi berani. Dia orang bogel ramai-ramai dan buat projek depan saya.

Baru-baru ni saya sembang dengan kawan seorang doktor, katanya kat hospitalnya ada tiga pesakit HIV. Mulanya dia ingatkan pesakit itu penagih dadah atau langgan pelacur, rupa-rupanya mereka gay, ada simpan anak ikan dan kesemuanya dah berkeluarga.



Taken from:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_17.htm
_________________
Aku fenin bila mak aku berkata, "gitar tu bnyk2 bukan boleh buat bini!"
Back to top
View user's profile Send private message
SetsunaRX
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 8:57 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

geli dan memalukan.. walaupun ramai yg akan bls nnt "lantak la dia, kubur sndiri masing2, ko peduli ape", aku tetap jgk akan kutuk.. sbbnya, langsung tidak brbuat sesuatu apabila brdepan dgn prlakuan dosa, kita sndiri pn akan sama brdosa..

somehow kata2 penulis tu ada betulnya.. knapa di hotel brtaraf 5 bintang, susah nk diserbu? ada unsur2 lain yg mghalang disebalik tabir ke? ok, aku xnak go into political discussion, aku nk focus on sikap manusia sndiri..

kalo korang penah dgr, "the sweetest fruit is the forbidden fruit".. kalo kita nilai balik diri kita sndiri, memang ada betulnya peribahasa ni.. apa yg dilarang dek agama, itu la yg kita impi2kn sgt nk buat.. sememangnya manusia ni bak kata Jonathan Swift, "letak lah di dlm mana2 waktu (era), dan dlm bntuk apa sekalipun, sikap buruk manusia tidak akan berubah kerana ia adalah manusia".

skrg mari kita tnya sesama kita, apa yg mmbuatkn golongan gay ni ada di kalangan rakyat Malaysia? kalau dari segi pengaruh, apa jenis pengaruh yg korang maksudkan?

dlm konteks yg lebih kritikal, knapa wujudnya golongan gay ini walaupun ada yg dh kahwin n ada anak bini?

adakah korang rasa diorang leh kembali 'straight'?

ha, ni yg paling best!! apakah pndangan personal korang mengenai golongan ini? (umm, setiap pndangan anda akan dihormati, so, just throw it out)

aku xnak jd sceptic sgt.. aku ada kwn2 (stakat kenal2 jela) yg mngaku gay or brjinak2 ke arah homoseksual.. apa yg mampu aku buat adalah aku nasihatkan je.. yg x blh tahan bila dorg kata itu dh naluri dorg.. respons aku: f**k it. org barat cipta mcm2 term, definition, situasi menggembirakan sbb dorg nk masyarakat umum terima kehendak nafsu dorg tu.. yg korang bodo sgt ikot 100% tu knapa? bnda ni smua bisikan setan.. yg nk sgt jantan sesama jantan tu knapa? dh pupus ke pmpuan dlm dunia ni?

well, itu pndangan aku la..

korang pulak?
_________________
Aku fenin bila mak aku berkata, "gitar tu bnyk2 bukan boleh buat bini!"
Back to top
View user's profile Send private message
salammmm
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 10:29 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Dec 2009
Posts: 1573
Location: perak

sebenarnya,ak mmg btol2 x phm.....mcm mana bleh ada golongan ni...mcm mana la bleh lelaki ada nafsu dgn lelaki...kalo benda ni berlaku dpn aku,dah lama aku muntah darah kat situ...


nak kembali straigt tu mcm susah la...yela,cuba kita tukarkan yg straight jd homo?? susah x? hehe....



....aku x leh bg pandangan sbb aku masih xfhm knp laki ni mesti nak kat laki tu......













eh,ko lalu bace utusan ke? tu x neutral lah...xpyh baca utusan...nnt terpengaruh....hehe....
_________________
.............
Back to top
View user's profile Send private message
SetsunaRX
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 10:39 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

salammmm wrote:

eh,ko lalu bace utusan ke? tu x neutral lah...xpyh baca utusan...nnt terpengaruh....hehe....


x blh jgk mcm tu salammmm.. utk jd adil, kita kene dgr pndapat dari setiap org.. walaupun kita tau memang niat dia utk mempengaruhi pmbaca, penting utk kita tau mcmana cara dia mggunakan bahasa utk mmpngaruhi pmbaca..
mana tau, in future kot2 ada skil2 tu yg kita akan guna scara x lgsung..
_________________
Aku fenin bila mak aku berkata, "gitar tu bnyk2 bukan boleh buat bini!"
Back to top
View user's profile Send private message
pailang
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 11:17 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Apr 2008
Posts: 125
Location: ipoh/Sg.buloh

raihan lirik: iman x dpt diwarisi dr seorg ayah yg bertaqwa,ia x dpt dijual beli,ia tiada di tepian pantai,walau apapun cara nya jua..engkau mendaki gunung yg tinggi,engkau merentas lautan api,naman x dpt jua dimiliki,jika tidak kembali pada Allah.. Smile
_________________
DiSTORTiON DS-2
EHX SMALL CLONE
DANELECTRO E.Q
KORG P.B TUNER
ATH M-30
ALESiS M1ACTiVE320
ZOOM R8 RECORD
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
eniQma
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 1:01 pm    Post subject: Reply with quote

King Korek

Joined: 28 Nov 2009
Posts: 4040
Location: enigma di Kuala Lumpur

Hmm...senang je...salammmm...bila nafsu dah kawal minda kita...lelaki pon nampak mcm perempuan...ye la...kata naluri... so naluri dia kata "aku suka lelaki" so nafsu pon drive la..org2 yg berkaitan buat benda haram lagi jijik tu...
hahaha so sebagai contoh...ko minat maria ozawa (contoh je la...-aku tak minat tp nape tah asal porn je nama ni naik hahha) kalo minat je takpe la...tp nafsu dah kawal otak ko suh bukak youjizz tgk...video2 tu...haha pastu naluri lelaki ko kata..ish2...tak tahan aku...
so nafsu ko skali lagi drive ko bukak zip seluar dan........

haa mcm tu la jugak mcm ne persoalan ko mcm ne lelaki leh suka kat lelaki...

hahaha

btw pengalaman aku pernah duduk serumah dgn pasangan gay mmg memualkan aku...otak aku ckp..."dey ape daa sekali housemate aku gay daaa" mcm harammm.......siot tol
_________________
I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios

If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story


Last edited by eniQma on Sun Jan 23, 2011 1:05 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
oRden
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 1:05 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 19 Feb 2008
Posts: 612

palsampah:
Katakanlah ada sorang mamat ni ada perasaan sayang kepada mamat2 yang lain, tetapi dia tak engage pada seks luar tabiat. Adakah dia dikira gay?

p/s: jangan layan utusan. layanlah sinar harian. rege singgit, pandangan pun agak neutral haha
_________________
For those little foofah in the roundabout






"orang yang head banging masa tengah dengar lagu metal akan dikatakan sebagai orang gila oleh orang yang tak dapat dengar muzik tu sedang berkumandang" - Nietzsche
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
eniQma
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 1:07 pm    Post subject: Reply with quote

King Korek

Joined: 28 Nov 2009
Posts: 4040
Location: enigma di Kuala Lumpur

oRden wrote:
palsampah:
Katakanlah ada sorang mamat ni ada perasaan sayang kepada mamat2 yang lain, tetapi dia tak engage pada seks luar tabiat. Adakah dia dikira gay?

p/s: jangan layan utusan. layanlah sinar harian. rege singgit, pandangan pun agak neutral haha


hmm..kalo ada member kita yg close mcm adik bradik aku rasa tak gay kot...hahhaa
_________________
I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios

If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
SetsunaRX
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 1:51 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

oRden: aku mcm stuju dgn pndangan eniQma, kalo rapat n care for each other mcm kwn baik, tu bkn gay.. tu dh mcm perasaan sesama adik bradik..

kadang2, kwn2 kata aku gay bila aku pandang2 laki2 ensem.. la, bkn aku gay, aku cuma suka tgk bnda yg cntik, ciptaan Allah tu.. bkn maksud aku suka tu aku jd suka n ghairah.. aku cuma admire je, kalo muscular, tringin jgk aku nk brketul2, kalo muka putih licin, nk jgk aku jd camtu.. nnt senang la awek nk lekat.. haha..
_________________
Aku fenin bila mak aku berkata, "gitar tu bnyk2 bukan boleh buat bini!"
Back to top
View user's profile Send private message
salammmm
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 2:13 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Dec 2009
Posts: 1573
Location: perak

eniqma : habis kalau gay yg dah kawin mcm mna plak tu?? nk kata nafsu drive dia...bini dah ada....ke mindset dia mmg cmni ''aslkan lubang sudah''....hhahaha... Laughing



aku kalau member rapat2 lebih2 ngn aku pun aku kata gay....geli aku....kdg2 dlm kelas ada plak yg baring kt lengan aku la....hahahah...kalau awek xpe jgak



nsib baek kat i-bands ni xde gay....walaupun majoriti i-banders ni lelaki,xde pulak kita sembang lucah2 sgt...yla kan lelaki ada 1 nafsu,9 akal...perempuan 9nafsu 1 akal....aku ada join forum lain,bcampur laki pempuan,hari2 ada je posting lucah...
_________________
.............
Back to top
View user's profile Send private message
SetsunaRX
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 2:22 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

sebab tu la kalo x silap aku, dulu ada jgk kecoh skjap pasal kes org rogol/buat sex dgn kambing.. mcm sial... asalkan lubang...
_________________
Aku fenin bila mak aku berkata, "gitar tu bnyk2 bukan boleh buat bini!"
Back to top
View user's profile Send private message
eniQma
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 3:05 pm    Post subject: Reply with quote

King Korek

Joined: 28 Nov 2009
Posts: 4040
Location: enigma di Kuala Lumpur

hahaha asalkan lubang hahaha
yup itu satu faktor...
lagi satu faktor...org yg ada anak bini ni suka main belakang...
tp bukan ngan bini tapi ngan lelaki...itu "bi" huhu lelaki dia suka perempuan dia suka...hahaha gile tamak....
_________________
I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios

If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
salammmm
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 3:19 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Dec 2009
Posts: 1573
Location: perak

eniQma wrote:
hahaha asalkan lubang hahaha
yup itu satu faktor...
lagi satu faktor...org yg ada anak bini ni suka main belakang...
tp bukan ngan bini tapi ngan lelaki
...itu "bi" huhu lelaki dia suka perempuan dia suka...hahaha gile tamak....



yg tu lg aku x phm...kalau minat main blkg tp cari laki....bini ada ap guna....hahahaha...mmg aku xkn phm golongan gay ni sampai bila2 la.. susah nk phm..aku ulang lagi.....susah nk phm.....susah nk phm.... Razz Razz
_________________
.............
Back to top
View user's profile Send private message
oRden
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 3:23 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 19 Feb 2008
Posts: 612

Quote:
nsib baek kat i-bands ni xde gay....walaupun majoriti i-banders ni lelaki,xde pulak kita sembang lucah2 sgt...

memang tak sembang lucah2 sgt, tapi sembang lucah2 tu slalu aku rasa..asal sikit maria ozawa, asal sikit shasya grey.. Rolling Eyes

aku geli gile kalau laki ada adik angkat laki..pastu manja2..geli ah..


darjah kedurjanaan nafsu serakah:
1. laki yang kaki perempuan..pantang nampak cantik, mesti kena tutuh.
2. laki yang bernafsu ngan budak pompuan (paedophilia)
3. laki yang main dengan laki (gay)
4. laki yang main dengan budak laki (paedophilia)
5. laki yang bantai dua2 (bisex)
6. laki yang bantai mayat (necrophilia)
7. laki yang bantai binatang (zoophilia) - dengan kambing, kuda waima dengan ayam pun bernafsu.gile jijik.
_________________
For those little foofah in the roundabout






"orang yang head banging masa tengah dengar lagu metal akan dikatakan sebagai orang gila oleh orang yang tak dapat dengar muzik tu sedang berkumandang" - Nietzsche
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
SetsunaRX
PostPosted: Sun Jan 23, 2011 3:30 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

sial la.. nk trmuntah aku baca oRden punya list.. hahaha..

ok2, korang kalo ada peluang, korang nasihat x golongan2 ni? or biar je? or pandang keji n nyampah?
_________________
Aku fenin bila mak aku berkata, "gitar tu bnyk2 bukan boleh buat bini!"
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3, 4  Next Page 1 of 4

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group