Author |
Message
|
mareno77 |
Posted: Mon Apr 18, 2011 10:14 am Post subject: Apasal petik gitar bunyi cam besi?? |
|
|
Joined: 15 Jun 2009 Posts: 17
|
Nak tumpang tanya kat org yg lebih byk pengalaman kat sini.. biasa tak gitar tu bunyi cam besi kekadang tu?
Selama ni aku tak pernah perasan lak.. bunyi cam ok ja.. sebab main volume slow aja... tapi sejak jamming haritu, test gitar kat amp besar lagi power campur volume tinggi, aku perasan ada cam bunyi petik/ketuk besi sikit la time strumming power chord, kat rumah pun aku try up sikit volume kat amp kecik aku ngan headphone.. memang ada la.. lagi aku perasaan time pick tu slanting sikit.. cam potong tali tu la.. kalau flat ngan tali tak bunyi sangat.. Gitar aku memang ada fret buzz sesikit (kut-kut ada effect ka)
Apakah permasaalahannya???.. Tolong saya nooo.. |
|
Back to top |
|
|
oRden |
Posted: Mon Apr 18, 2011 11:07 am Post subject: |
|
|
Joined: 19 Feb 2008 Posts: 612
|
Adakah anda tahu bagaimana pickup gitar berfungsi?
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan asas bagaimana pickup gitar menukarkan signal bunyi (atau lebih tepat, tenaga kinetik hasil getaran tali gitar) kepada tenaga elektrik, menggunakan medan magnet (pick up the signal).
Pick noise adalah satu keadaan dimana bunyi yang terhasil setelah berlakunya momentum antara pick dan juga tali gitar.
1. dengan menggunakan formula momentum:
p=mv
dimana p = momentum, m=jisim, dan v=velocity, dengan jelas bahawa jika m dimalarkan, semakin tinggi v, maka semakin tinggi p.
maknanya, sejurus ketika berlaku perlanggaran antara pick dan tali gitar (iaitu sebelum tali gitar berayun, i.e betul2 ketika pick itu berlanggar dengan tali gitar, mendekati prinsip pelanggaran tak elastik), semakin tinggi daya dan halaju yang dikenakan, maka semakin besar momentum yang terhasil.
momentum yang terhasil ini (ketika berlanggar) akan menyebabkan getaran secara langsung keatas tali gitar. Getaran langsung inilah yang menyebabkan bunyi 'besi' seperti yang ditanya oleh bro mareno tadi.
2. pick attack angle and point of pick.
Kedudukan darjah pick ketika berlakunya momentum antara pick dan tali gitar (pick attack angle) mempengaruhi bunyi secara keseluruhan dan bunyi 'besi' yang terhasil.
makin condong darjah pick (semakin kurang luas permukaan pick yang berlanggar dengan tali), semakin kuat bunyi pick noise.
jika kita menyelarikan pick sama dengan tali (180 darjah parallel dengan tali gitar), luas yang mengenai tali akan besar, seterusnya mengurangkan bunyi bising 'besi' tersebut.
pick selalunya berbentuk tiga segi dengan round end. kalau guna yang point yang tajam tu, ia lebih senang untuk dipegang, bunyi lagi 'sedap', tetapi pick noise lebih besar signalnya berbanding menggunakan hujung yang lebih bulat.
3. pick thickness.
pick yang lebih nipis akan menghasilkan noise yang lebih besar berbanding pick yang lebih tebal.
kesimpulan: aku mengarut je pepagi buta ni...buat2 rajin depan memember kerja..konon macam tengah menaip repot panjang berjela2...kang aku dok diam je kang kata makan gaji buta lak...hesh3 _________________ For those little foofah in the roundabout
"orang yang head banging masa tengah dengar lagu metal akan dikatakan sebagai orang gila oleh orang yang tak dapat dengar muzik tu sedang berkumandang" - Nietzsche |
|
Back to top |
|
|
sungaipelong |
Posted: Mon Apr 18, 2011 12:15 pm Post subject: |
|
|
Joined: 22 Jun 2010 Posts: 249
|
gila ah! |
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Mon Apr 18, 2011 12:17 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
bagus2... tambah nasik lagi...
boleh la aku mengemukakan soklan banyak sket.. supaya ko tak makan gaji buta.. hehe _________________ KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook |
|
Back to top |
|
|
mareno77 |
Posted: Mon Apr 18, 2011 12:48 pm Post subject: |
|
|
Joined: 15 Jun 2009 Posts: 17
|
huh..hebat ..mantap..meletop kababomm nye jawapan.. tima kasih.
Jadi........... cam ne nak kurangkan bunyi besi tu? |
|
Back to top |
|
|
arizal_adl |
Posted: Mon Apr 18, 2011 1:48 pm Post subject: |
|
|
Joined: 24 Mar 2011 Posts: 356 Location: Fantasy Island
|
kalau dah siap ader formula tu.. mmg sah tak leh nak sangkal lagi dah.
Kalau pakai tali nylon ader bunyik besi gak ker??? _________________ The fact that no one understands you doesn't mean you are an artist |
|
Back to top |
|
|
oRden |
Posted: Mon Apr 18, 2011 3:23 pm Post subject: |
|
|
Joined: 19 Feb 2008 Posts: 612
|
uishhh..aku ngarut je tu..
lagipun benda lain pun ada kait gak. contoh macam output pickup. kalau yang high output bisik2 pun leh teramplify, memang terkuatlah KOT bunyik2 x best tu.
lagipun setiap orang lain dinamik dia.
arizona: kalau ko tanya aku, ntah..aku x penah main gitar bertali nylon teramplify guna amplifier. hehe
pepepun, ko leh guna pedal, atau ko ubah cara picking, guna pick tebal, or yang paling best, ko wat x kesah je. ape de hal? hehehe
sekadar nasihat tak bertauliah daripada aku..keh3
lari2...lari......lari2 setempat! _________________ For those little foofah in the roundabout
"orang yang head banging masa tengah dengar lagu metal akan dikatakan sebagai orang gila oleh orang yang tak dapat dengar muzik tu sedang berkumandang" - Nietzsche |
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Mon Apr 18, 2011 4:10 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
|
Back to top |
|
|
eniQma |
Posted: Mon Apr 18, 2011 4:39 pm Post subject: |
|
|
King Korek
Joined: 28 Nov 2009 Posts: 4040 Location: enigma di Kuala Lumpur
|
huyoo den
ko dah dapat power mcm Ultraman_cosmo nih....pak kusmur turun ilmu ke? hehe
mareno77- ko pakai string cap ape? _________________ I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios
If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story |
|
Back to top |
|
|
SetsunaRX |
Posted: Mon Apr 18, 2011 5:05 pm Post subject: |
|
|
Joined: 27 Oct 2009 Posts: 338 Location: 3rd floor of Heaven
|
aku pn dh mula saspek yg oden ni ada bau2 bacang dgn pak ultra kusmur.. hehehe..
ntah la incik marenonono, mgkin la, mgkin ye.. mgkin time ko petik tu, pick ko trhantuk kt pickup.. kengkadang leh jd gak mcm tu.. n aku rasa xde kene mngene dgn fret buzz tu.. _________________ Aku fenin bila mak aku berkata, "gitar tu bnyk2 bukan boleh buat bini!" |
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Mon Apr 18, 2011 5:10 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
SetsunaRX wrote: | aku pn dh mula saspek yg oden ni ada bau2 bacang dgn pak ultra kusmur.. hehehe..
ntah la incik marenonono, mgkin la, mgkin ye.. mgkin time ko petik tu, pick ko trhantuk kt pickup.. kengkadang leh jd gak mcm tu.. n aku rasa xde kene mngene dgn fret buzz tu.. |
pickup tu feedback kuat kot.. hahaha...
kalau fretbuzz.. ade gak sound sumbang... _________________ KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook |
|
Back to top |
|
|
salammmm |
Posted: Mon Apr 18, 2011 5:16 pm Post subject: |
|
|
Joined: 17 Dec 2009 Posts: 1573 Location: perak
|
oRden wrote: | Adakah anda tahu bagaimana pickup gitar berfungsi?
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan asas bagaimana pickup gitar menukarkan signal bunyi (atau lebih tepat, tenaga kinetik hasil getaran tali gitar) kepada tenaga elektrik, menggunakan medan magnet (pick up the signal).
Pick noise adalah satu keadaan dimana bunyi yang terhasil setelah berlakunya momentum antara pick dan juga tali gitar.
1. dengan menggunakan formula momentum:
p=mv
dimana p = momentum, m=jisim, dan v=velocity, dengan jelas bahawa jika m dimalarkan, semakin tinggi v, maka semakin tinggi p.
maknanya, sejurus ketika berlaku perlanggaran antara pick dan tali gitar (iaitu sebelum tali gitar berayun, i.e betul2 ketika pick itu berlanggar dengan tali gitar, mendekati prinsip pelanggaran tak elastik), semakin tinggi daya dan halaju yang dikenakan, maka semakin besar momentum yang terhasil.
momentum yang terhasil ini (ketika berlanggar) akan menyebabkan getaran secara langsung keatas tali gitar. Getaran langsung inilah yang menyebabkan bunyi 'besi' seperti yang ditanya oleh bro mareno tadi.
2. pick attack angle and point of pick.
Kedudukan darjah pick ketika berlakunya momentum antara pick dan tali gitar (pick attack angle) mempengaruhi bunyi secara keseluruhan dan bunyi 'besi' yang terhasil.
makin condong darjah pick (semakin kurang luas permukaan pick yang berlanggar dengan tali), semakin kuat bunyi pick noise.
jika kita menyelarikan pick sama dengan tali (180 darjah parallel dengan tali gitar), luas yang mengenai tali akan besar, seterusnya mengurangkan bunyi bising 'besi' tersebut.
pick selalunya berbentuk tiga segi dengan round end. kalau guna yang point yang tajam tu, ia lebih senang untuk dipegang, bunyi lagi 'sedap', tetapi pick noise lebih besar signalnya berbanding menggunakan hujung yang lebih bulat.
3. pick thickness.
pick yang lebih nipis akan menghasilkan noise yang lebih besar berbanding pick yang lebih tebal.
kesimpulan: aku mengarut je pepagi buta ni...buat2 rajin depan memember kerja..konon macam tengah menaip repot panjang berjela2...kang aku dok diam je kang kata makan gaji buta lak...hesh3 |
teringat cikgu fizik aku......cikgu salina....kehkhe...aku rasa baik hg p tukaq jadi cikgu sains ka.....
sesuai utk hg....cikgu bahasa melayu ka.....hg memang favourite athlete aku la oRden...kehkehkeh...
gile ar.....dah mcm cosmo lak posting ni....perghhhh.....mana button thanks ni.... _________________ ............. |
|
Back to top |
|
|
mareno77 |
Posted: Tue Apr 19, 2011 2:38 am Post subject: |
|
|
Joined: 15 Jun 2009 Posts: 17
|
eniQma wrote: | huyoo den
mareno77- ko pakai string cap ape? |
Ernie ball nickel coated kat satu gitar, satu lagi d'adario..
Hari ni aku dah cuba try test ubah cara pick ngan strumming. kurang dah bunyi tu.. toche sifu.. nak kena bagi besa cara baru ni la plak..
orDen ajar sains campur BM ngan English la.. mana satu nak ikut pas ni.. |
|
Back to top |
|
|
oRden |
Posted: Thu Apr 21, 2011 10:28 am Post subject: |
|
|
Joined: 19 Feb 2008 Posts: 612
|
bro mareno, kena ingat jugalah, kalau tukar darjah pick tu, bukan setakat pick noise yang berubah, dinamik dan bunyi keseluruhan turut berubah.
boleh bandingkan la kecondongan pcik yang berbeza (dengan syarat, tujahan pick tu dimalarkan) akan menghasilkan dinamik dan kualiti bunyi yang berbeza. note tetap sama, tapi kualiti tu yang berbeza.
kalau aku, aku tak kisah pun bunyi bising pick berlaga dengan string, sebab aku dah terbiasa attack string dengan keadaan condong. lagipun aku suka pick noise...bunyi dia.....something. lagi2 kalau tengah mutekan string..guna lak pikap yang high output tahap bisik2 dekat atas tali tu pun leh dengar kat amp (bukan sebab microphonic effect, tapi just nak tunjuk tahap kehigh-outputan dia kesh3) ...lebih terasa kehadiran bunyi berlaga tu.
sekian terima kasih. (bersedia untok ditembak) _________________ For those little foofah in the roundabout
"orang yang head banging masa tengah dengar lagu metal akan dikatakan sebagai orang gila oleh orang yang tak dapat dengar muzik tu sedang berkumandang" - Nietzsche |
|
Back to top |
|
|
mareno77 |
Posted: Thu Apr 21, 2011 10:54 am Post subject: |
|
|
Joined: 15 Jun 2009 Posts: 17
|
oRden wrote: | (dengan syarat, tujahan pick tu dimalarkan) |
huhuhu... apokobondo lak dimalarkan ni.. aku tak ambik sains la dulu.. |
|
Back to top |
|
|
|