|
TIPS untuk baru bermula main recording |
« View previous topic :: View next topic » |
Author |
Message
|
Jiro |
Posted: Fri Oct 16, 2009 3:41 am Post subject: TIPS untuk baru bermula main recording |
|
|
Joined: 14 Feb 2007 Posts: 1933 Location: Shah Alam
|
aku tatau la kenapa tetiba aku nak tulis pasal nih.. maybe sebab aku tgh takde bende nak buat atau tetiba aku nak berkongsi la serba skit kesusahan aku dulu masa nak belajar nak jadi recordist nih hahaha kalau ada yg salah tuh tlg la ehh perbetulkan heheh..RUN!!
apa pun sebelum aku bermula kan, aku just nak bagi tau awal2 pada beginner jgn beranggapan yg tips aku nak bagi nih satu jalan mudah dari segi nak EQ ke apa ke, ini sekadar tips, yg benar kene la belajar dari kesilapan.
_____
Dulu masa memula aku baru nak try record nih semua, aku mmg tatau satu apa pun, zero knowledge, main guitar pun tak tau. So anggap je la aku kat dalam kasut korang yg baru nak bermula nih.
First korang mesti ada yg tak faham sgt dgn terms word yg di guna kan. Mcm DAW aku dulu pun tatau, tapi skung dah tau la, maksud dia DIGITAL AUDIO WORKSTATION yg di mana di guna kan utk kerja kerja record dan track di kerjakan. Contoh nya DAW yg biasa di guna kan ada lah CUBASE, SONAR, ABLETON LIVE, REAPPER, COOL EDIT PRO, FL STUDIO, dan byk lagi kat pasaran luar sana dgn version yg berbeza-beza. Setiap DAW ada kelebihan masing2. Yang aku biasa guna adalah CUBASE SX, SONAR 8 dan COOL EDIT PRO 2.
Lepas ada DAW nih plak macam mana nak record kan? Yg penting PC kene ada audio interface (AI). Kalau PC kau tak bole kuar bunyi, jgn berangan la eh, sebab audio nih berkaitan dgn bunyi, bukan nak edit gambar. So kat luar sana pun byk la audio interface, tapi macam aku akan suggest guna TONEPORT dari Line6, sebab dia mudah dan ada VSTi yg di sediakan macam Gearbox atau POD farm. Kalau nak tau lebih lanjut bole la google. Make sure sebelum beli ambil tahu dulu apa kegunaan dia memadai atau tak, sebab dalam permulaan tak perlu la beli yg mahal2 sebab ada function dia kau mmg takkan tau nak guna punya lagi, anggap la berbelanja awal nih utk sesi pembelajaran.
So bila dah ada basic nih jgn plak kau kata takda guitar plak kan, itu mmg kau kene pinjam kat org la. So selalu nya masalah technical yg di hadapi adalah latency atau tak kuar bunyi, make sure korang check korang nye DAW connect setting dia dgn AI supaya input dan output berkerjasama dalam sitausi yg sama. Kalau latency korang bole fix dgn mengguna kan ASIO, selalu nya Toneport mmg dah ada ASIO sendiri, so set the DAW korang guna kan ASIO dari AI korang. Dan merajin kan lah diri merujuk pada manual book yg di sediakan yer. Kalau susah sgt nak faham bahasa amerika, bertanya la pada org yg lebih berpengetahuan.
Dalam sesi pembelajaran nih pulak, try la record lagu yg pendek dan mudah dulu, utk kita lebih faham function kat dalam DAW, jgn na terus record lagu band korang, sebab apa tau, haaa nih mental block dalam setiap beginner, bile ending dia dah tak sedap atau dah meleret jauh sgt, dorang akan anggap itu la finishing dan mula dgn record lagu baru, korang akan start mula malas, cari jalan mudah, rasa nak record balik bazir masa dan sebagainya yg menghala ke negative end. Tebiat nih jgn la di guna kan, sebab sayang hasil karya korang di tak sedapkan. Apa pun aku suggest belajar record satu instrument dulu, contoh guitar, record dalam 2 layer track. Maksud nye 2 track di sediakan dan record la serentak. (Macam mana nak add track tgk pada manual) sebelum korang record tuh, make sure korang selalu igt bende nih:
GOOD INPUT GOOD OUTPUT, BAD INPUT BAD OUTPUT
so make sure nak record tuh PAN dulu satu kiri satu kanan, PAN tuh maksudnye nak hantar bunyi itu ke kanan atau ke kiri as speaker korang ada kiri kanan kan. So basic belajar just 100 kiri 100 kanan, later kalau dah pandai nak arrange lagu camne, bole la buat style sendiri.
So bila record selesai, mesti korang tak puas kan? takda bunyi drum, bunyi bass guitar. Utk bass guitar guna kan method yg sama macam guitar, sama ada nak buat 2 layer track pun bole atau 1 track pun bole, kalau 1 track kebiasaan akan di PAN center atau 30% ke kiri.
Untuk drum pulak, confirm la kat rumah korang takda drum set yg miccing, kalau ada sure org dalam rumah kau rasa kau nih memekak je kan, so guna la VSTi. Aku suggest korang guna kan EZ DRUMMER (mana nak dapat? pepandai la cari, beli lagi bagus) EZD nih friendly user skit, senang na faham dan sebagai nya. Memula belajar pakai EZD nih guna je basic tool POP/ROCK. Make sure terus belajar guna dalam sesi mulitrack, camne nak multitrack, google tips dia, sebab derang ada letak gambar rajah sekali. Macam mana nak masuk kan EZD dalam DAW korang pun google je, sebab mmg ada cara dia.
Kalau nak record vocal, dapat kan mic yg best, aku suggest korang beli MY-MIC, tak rugiii wooooo aku sampai hari ni guna. Bab bilik tak sesuai utk record mic, guna la ARC nye VST, kat mana nak tau ? google je k.
***Nak beli MY-MIC kau bole cari dealer kat dalam i-bands nih, mmg derang ada jual, antara yg aku tau brassraptor dan Deadzid
***Nih link dealer untuk MY-MIC
http://www.my-mic.com/sales.htm
Untuk record vocal mmg tak berapa nak susah, tapi memula sekali dan mmg harus yg penyanyi kau tuh kene dah practice siap-siap. Make sure dia tau semua akan perubahan dalam lagu yg nak di record kan tuh, dan juga penjagaan nafas yang sempurna. Jgn nak harap kan magic je, nanti tak belajar apa pun. Kedudukan mic dgn penyanyi pun harus jaga, aku selalu igt akan bende nih je utk jarak dia :
near … FAR … near … FAR
Mungkin aku dah skip beberap step nih, tapi ini adalah peringatan atau step utk korang bole lead dalam nak habis kan project korang nih:
1) make sure dah tau apa yg korang nak record kan, lagu dia macam mana dan sebagai nya.
2) siapkan drum track dulu dalam apa permulaan pun supaya ia jadi tempo guide.
3) kemudian masuk kan bass utk guide melodi supaya korang tak lari dari lagu asal
4) belajar record ikut tempo dan bar yg betul, jgn nak main belasah. sebab bila record betul, betul la bunyi dia yer. jgn biar kesalahan kecil jadi kebebasan, salah skit pun buat balik sampai betul, jgn jadi malas.
5) baru la record rythm atau lead instrument atau segala penambahan.
6) jgn start letak apa apa FX atau VST sampai semua raw record dah siap, jgn nak EQ ke, reverb ke atau comp awal awal, sebab nanti bila dah buat siap siap, takut korang end up rasa puas dgn cepat dan masa mixing meraban dan terasa cam nak buat semua balik.
7) lepas semua track dah record, balance kan volume dia, make sure every track tak lebih -6 db sebab nanti masa mastering semua akn kuat balik, biar bunyi slow, sebab lagi slow lagi senang korang nak detect kesalahan dan tak kesedapan nya, kalau kuat sgt nanti ada noise la apa la korang rasa fed up pulak.
bila rasa semua dah ok, sekarang baru la mula sesi EQ, cam mana nak apply atau faham EQ, korang google la teori EQ nih. EQ ini utk mengawal frequensi track korang. contoh macam rythm guitar dan bass guitar macam bunyi low freq/bass dia cam berlaga laga nak kuar kan, so korang EQ la low freq rythm cut habis atau rendah kan db dia, supaya utk bass bole kasi jalan kuar.
***utk permulaan belajar main EQ nih, tolong la guna kan 4 band EQ, jgn nak terus guna 10band EQ, sebab kalau korang tak mahir lagi, nanti membuat kan bunyi korang tak sedap, dan jgn apply EQ terlalu banyak sebab nanti hilang originality dari bunyi effect yg kau record dari instrument.
***kalau nak guna EQ, ada tips mudah, guna kan sidechain BUS, apa nih? google la, panjang kalau nak tulis. Contoh macam nih : kau ada 2 layer guitar rythm, kau create bus channel atas nama EQ RYTHM, pastuh kau send 2 layer track tuh ke bus channel tuh, so kat situ kau EQ sekali utk 2 track tuh, tak perlu la kau nak EQ satu satu, sebab utk basic kau kene faham kau hanya ada 4 lapisan gabungan iaitu drum, bass, rythm dan lead. Bila dah pandai suka hati korang la nak EQ camne. Ending dia EQ RYTHM tadi tuh kau chain kan ke MASTER channel.
***method nih pun harus di adaptasi utk semua jenis FX macam reverb dan compress utk pembelajaran. Kau just create new bus atas nama REVERB BUS dan send instrument mana yg nak di reverb ke bus channel nih. Dan cam biasa chain kan terus ke master channel.
***REVERB adalah satu sesi di mana memberi gaungan pada sesuatu track itu, supaya gaungan itu dapat memenuhi ruang kosong dan terasa lebih alive.
***untuk reverb korang sangat tak digalakan reverb kan semua track dgn setiap satu track satu reverb, sebab itu macam seolah korang record pada bilik berasingan, gaungannya akan clash dan mengarut kecuali korang dah pandai, suka hati korang la. Sebab aku tak galakan sgt? sebab org yg baru belajar akan menggunakan PRESET, so clear kan mental block korang, jgn terpengaruh dgn PRESET tuh walau dia tulis kat situ GUITAR REVERB, DRUM REVERB dll. sebab tak semua perlu reverb, hanya intrument yg tertentu je. Macam aku akan biasa reverb kan snare drum,kick drum dan rythm guitar je, itu idea masing masing.
***COMPRESS pulak satu sesi yg di jalan kan utk memadat kan sesuatu track atau freq audio dia.. contoh macam snare drum, kalau di main kan dalam up tempo fills, dari ketuk kan pertama dan kedua mesti bunyi dia terlampau dekat, jadi di compress kan supaya ketukan pertama dan kedua dalam kedengaran dgn lebih jelas. Too much compress akan membuat sound di sgt muddy, so beware, cuba faham semua function dalam compress. Hanya adapt pada yg perlu sahaja.
***bab bab mixing nih mmg kene banyak try dan peka pendengaran, speaker atau headphone kene la yg menghasil kan bunyi yg lebih natural, jgn plak guna speaker yg dah ada boost bass atau EQ tersendiri. sebab nanti korang mesti pelik dengar kat speaker korang sedap, bila burn cd dengar kat kereta lain plak, jgn terperanjat la dgn adengan itu nanti yer.
***jgn buat kerja mixing nih lama sgt, limit aku suggest 4 jam je, itu pun dah kira lama, sebab korang kene igt, telinga korang tuh bukan machine, dia ada batasan, sebab nanti bila gegendang telinga korang dah letih, semua bunyi kau tak dapat beza kan, so berehat la sekejap dalam 1 atau 2 jam cam tuh, rest kan telinga tuh. masa rest plak jgn langsung dengar apa yg kau dah buat tadi, dia akan mengganggu mental dan jiwa korang nanti.
***lepas semua dah habis mixxing, (yg aku sebut cam REVERB, COMPRESS dan EQ je, nanti korang blaja la sendiri yg lain bila dah mahir) saat utk mastering. VST mastering yg selalu aku guna ialah Izotope Ozone atau T-racks Duluxe 3 . VST mesti di load kan ke master channel korang, dan kat situ korang belajar guna kan preset. Masa tgh mastering tuh la korang dengar balik mixing korang tadi, so detect mana ada part yg tak kene, go back ke mixing part dan fix balik. Tweak mana yg patut. Kalau pc korang berat sgt tak bole run VST tuh, korang mixdown semua track (camne nak mixdown usha manual yer) dalam format WAV dan guna kan T-Racks sebab dia bole jadi standalone program.
Apa bila dah master tuh, jgn la syok sendiri yer, rerajin la expose kat kengkawan korang, tanya ok ke tak, dan cuba ambik pandangan derang dari aspect positive, jgn nak bagi banyak alasan sebab aku tau sgt org yg suka bagi alasan nih nak rasa dia dah best.
***nanti bila dah mahir yg basic, baru la blajar yg lain macam envolope, clip gain, desser, differ dan mcm mcm lagi
***utk save budget, guna la VST yg percuma yg korang bole google dan download
______
ini lah sedikit sebanyak yg aku belajar dulu, mmg susah, sebab dulu aku tak jumpa i-bands nih, byk g studio tanya orang, itu pun kene belanja derang, yer lah ilmu bukan free, nak kene usaha la. Kat i-bands nih pun aku still masih bertanya orang, jgn segan segan nak tanya, korang susah kan je derang dgn soalan2 yg korang tatau jawapan dia, antara yg aku biasa susah kan bertanya adalah Erylasia, Deadzid, ETERNAL (mamat nih mmg fav aku nak susah kan hahahahah) Pudin Nidup dan banyak lagi yg otai kat sini kau orang bole tanya. _________________ Support Malaysia Local Band
Romance Not In Fashion
http://www.facebook.com/romancenotinfashion
http://www.myspace.com/rxfband
http://www.reverbnation.com/romancenotinfashion
"A mix is never finished, it’s abandoned."
My Page:
http://www.facebook.com/cjrxf
https://twitter.com/cjrxf
http://greg-livingatthemovies.blogspot.com/
Last edited by Jiro on Mon Oct 19, 2009 1:38 pm; edited 3 times in total |
|
Back to top |
|
|
omarjamaludin |
Posted: Fri Oct 16, 2009 7:29 am Post subject: |
|
|
Site Admin
Joined: 18 Feb 2004 Posts: 2615 Location: Tmn Melawati
|
|
Back to top |
|
|
MY-MIC |
Posted: Fri Oct 16, 2009 11:30 am Post subject: |
|
|
Joined: 30 Aug 2006 Posts: 416
|
|
Back to top |
|
|
Deck |
Posted: Fri Oct 16, 2009 1:25 pm Post subject: |
|
|
Joined: 22 May 2006 Posts: 482 Location: 110.159.133.63
|
Panjang ko membebel..
But a good stuff!
Exactly!
Mase mixing tuh, biarlah speaker bukak sesedap telinga mendengar je.
Tak perlu pulas habis.
Mase mastering, ikot korang lah.Nak dengar kuat mana pon.
*oit.salah ko eja nama aku tuh!!* _________________ Fuckin Brutal!
Icarus Live
Rofl
Primitive
Re-Amp
Re_mix_Rose Of Sharyn
Re_mix_G**Damn |
|
Back to top |
|
|
Jiro |
Posted: Fri Oct 16, 2009 1:50 pm Post subject: haha |
|
|
Joined: 14 Feb 2007 Posts: 1933 Location: Shah Alam
|
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Fri Oct 16, 2009 8:55 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
aisehman... mamat nih dah stat jadik monster laa...
dah hebat laa...
tergugat la ery ngan huzai lepas ni
best ker my mic tuh? macam tak best pun.. ape kate bagi aku pinjam kejap test.. _________________ KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook |
|
Back to top |
|
|
Jiro |
Posted: Fri Oct 16, 2009 9:29 pm Post subject: hahah |
|
|
Joined: 14 Feb 2007 Posts: 1933 Location: Shah Alam
|
|
Back to top |
|
|
brynwkh |
Posted: Wed Oct 21, 2009 1:20 pm Post subject: |
|
|
Joined: 16 Jun 2008 Posts: 104
|
ahaa... best gile la.. reading topic nih... mcm2 i experience dah di-explain-kan
I nak tanye skt... mcm ne nak guna high pass filter and low pass filter kat track.
I read up article, ia bley clear up track yg we record... teorynye is to clear freq x patut ade and remain yg sepatutnye ade..
bley give some example x? _________________ Thank you
Follow me at the below channels:-
ReverbNation, SoundCloud, Facebook & YouTube
Rock On!
Bryan Wong |
|
Back to top |
|
|
Rawkstar |
Posted: Thu Oct 22, 2009 12:47 am Post subject: |
|
|
Joined: 17 Jun 2009 Posts: 20
|
bro.. u help me a lot.. saya dah 3 bulan ada home studio, cuma tdak tau mana nak start.. asyik record acoustic sj...
thanks man... |
|
Back to top |
|
|
MY-MIC |
Posted: Thu Oct 22, 2009 12:53 pm Post subject: |
|
|
Joined: 30 Aug 2006 Posts: 416
|
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Thu Oct 22, 2009 2:05 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
|
Back to top |
|
|
Jiro |
Posted: Fri Oct 23, 2009 8:03 am Post subject: hahaha |
|
|
Joined: 14 Feb 2007 Posts: 1933 Location: Shah Alam
|
hahahah ETERNAL kau tuh bila nak izin kan aku menziarahi kau utk menjahat kan semua House season 5 nih.. puasa dgn raya pun dah habis tau takk hahaha ~!! RUN~!!
_____
Rawkstar : hehe apa lagi, start kan karya anda, dan share bersama kami
____________
brynwkh :
nak example? aiseh.. as u mention kan bro, u dah faham dgn hi-pass dan lo-pass filter tuh.. so the best example aku bole ajar kau adalah dgn membuka EQ kau dan try guna kan hi-pass dan lo-pass function tuh.. guna kan Waves paragraphic EQ utk lebih mudah.. dan cuba dengar apa perbezaan dia. U pasti dapat dengar perbezaan yg amat ketara nanti.
Sebagai contoh cuba record 2 layer track, 1 guitar rhythm using more to power chords and 1 track lagi record bass. After that each of track cuba EQ kan lo-pass pada guitar dan hi-pass pada bass. Cuba dengar keselurhan nya. Kemudian terbalik kan pula pada guitar hi-pass dan pada bass lo-pass.
Lepas dengar nanti u akan dapat penjelasan sendiri seperti , Lo-pass utk buang semua Low Freq dan Hi-pass utk buang semua Hi Freq
***Dan jgn cuba set kan dalam pemikiran tuh mcm it just Low,Mid and High. Sebab setiap freq ada represent some special sound for instrument it self. Itu kau bole google chart of EQ
Ini sekadar contoh untuk guitar EQ Freq chart:
100-250Hz ~ Adds body
250-800Hz ~ Muddiness area
1-6Khz ~ Cuts through the mix
6-8kHz ~ Adds clarity
8-12kHz ~ Adds hiss
Kalau still cam kebingungan let me know later, i give u sound sample and a screenshot. Now aku tak tido lagi, nak sleep sleep after this..
____________
MY-MIC yg amat saya sayangi dari 2 tahun lepas hahah ini adalah hasil terlatest dgn menguna kan mic rasmi anda ..the TAMING SARI heheh
Iqeat Ismail - Let it go
http://www.4shared.com/file/142842315/8a63c31/Let_it_go_mix.html
http://rapidshare.com/files/296826432/Let_it_go_mix.mp3.html
this song was recorded using:
Toneport UX2
Cubase SX2
MY-MIC TS
Takamine Semi Accoustic guitar
Ovleng tk-777 Headphone
Izotope Ozone 4
Guitar Rig 3
POD Farm _________________ Support Malaysia Local Band
Romance Not In Fashion
http://www.facebook.com/romancenotinfashion
http://www.myspace.com/rxfband
http://www.reverbnation.com/romancenotinfashion
"A mix is never finished, it’s abandoned."
My Page:
http://www.facebook.com/cjrxf
https://twitter.com/cjrxf
http://greg-livingatthemovies.blogspot.com/
Last edited by Jiro on Fri Oct 23, 2009 8:53 pm; edited 1 time in total |
|
Back to top |
|
|
Deck |
Posted: Fri Oct 23, 2009 12:44 pm Post subject: |
|
|
Joined: 22 May 2006 Posts: 482 Location: 110.159.133.63
|
|
Back to top |
|
|
Jiro |
Posted: Fri Oct 23, 2009 1:03 pm Post subject: heheh |
|
|
Joined: 14 Feb 2007 Posts: 1933 Location: Shah Alam
|
|
Back to top |
|
|
MY-MIC |
Posted: Fri Oct 23, 2009 1:15 pm Post subject: |
|
|
Joined: 30 Aug 2006 Posts: 416
|
Jiro,
takleh download file la...maybe from China they blocked this site...
any other alternative sites?
thanks.
fuyooo 2 tahun...bila nak upgrade TUBE mic ke model TST? or TSR active ribbon or TSV2? kalau nak testing contact je dealers MY-MIC yg. hansem dan macho tu...
MY-MIC Team |
|
Back to top |
|
|
|
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|
|