|
Kerete Protong.. |
« View previous topic :: View next topic » |
Author |
Message
|
IZZI |
Posted: Thu May 11, 2006 5:31 pm Post subject: Kerete Protong.. |
|
|
Joined: 11 Dec 2004 Posts: 3447 Location: Melbourne, Australia
|
Ini aku jumpa kat blog yg discuss pasal kereta proton. Byk jugak kaki tgn proton kat sana.. ada la point sikit2 tu pasal aku copy paste.. utk general knowledge..
Mr Bo menulis:
Uish.. ramai betol orang melepaskan geram kat sini. aku ada jumpak cubaan untuk jawap segala tomahan kat proton. panjang sket aaa. tapi menarik untuk tambah general knowledge. baik membaca dari dok marah2 aight. here goes…
Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangatmisinformation. Biasanya information yang berpindahdari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubahmenjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukanmendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yangtelah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalamyang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.
“………..ada kenalan dari kastam boleh confirmkanperkara ni.. member atuk kerja kastam kat kelang danbeliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas diaadalah buat checking penerimaan barangan proton untukdi pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..manakala kontena lain adalah pintu, body dansebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”
Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akanternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tandatu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kitajengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yangdituang kedalam acuan untuk membuat enjin block.Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanyakereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintudari Mitsubishi. For your information, Untuk membuatpintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. Sountuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar.Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100%body dibuat di Malaysia.
“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yangsebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yangberkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injinkenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yangdiubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkinidan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masihbelum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukarhendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysiayang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalahberdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianyakenderaan negara sebenarnya.
“Disini lagi ada misinformation. Memang untuk keretaPerdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kitagunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Wajakita buat enjin di Malaysia walaupun design originaldia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjinterkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina diMalaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologiterkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkansedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjindari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjinni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap.Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankankeuntungan jangka pendek. Selagi kita tidakmengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidaktahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjinsendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalahorang kita… memandang rendah kebolehan anak negarasendiri.
“Selama ini proton bergantung kepada Mitshubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencarirakan teknikal yang baru dan bermulalah masalahmelanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidakmahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishilagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang adasekarang ni untuk masa akan datang.
“Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasamadengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang merekaturunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orangJepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemutilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajinhabis. Atuk jangan terkejut bila saya cakap yang ideakita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mulamenuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nakcaj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nakmintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pundia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandangteknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itukita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita designsesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantarbalik information ke Mitsubishi. Last-last kita punmula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lamadiaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orangdah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik keMalaysia.
Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latestdia orang…. Sebab Perodua tu 100% milikToyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orangkepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia.
“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yangproton yang digunakan pakai sekarang adalah baranganMitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukarlambang je..
“Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar ceritasensasi yang banyak ditaruk banyak rempahratusnya….. Memang pada mulanya kita belajar…selepas itu kita buat sendiri. Saya adalah seorangyang terlibat dengan kerja kerja tersebut.
Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan danbelakang sikit.
Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk designkereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapasetuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakankhidmat penasihat dari UK.
Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineerProton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design keretabaru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depandan belakang share sebab nak kurang kan cost. HasilnyaProton Wira-Mitsubishi Lancer.
Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buatkerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford danMazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bilaorang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysiasendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksabekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea.Bayang kanlah semasa kami design dashboard untukWira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft toolingmould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengokdashboard Proton, Mereka sanggup letak designer diadepan design kita untuk mengubahsuai kembali rupabentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengokdashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itumereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kitabukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiranmacam itu.
Perdana - untuk membuat satu satu design bukannyamurah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yangdijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana….Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memangkita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang diMalaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, danbahagian dalaman.
Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalahkeluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dariatas untuk mereka menggunakan lambang Proton.
Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkankita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesignorang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kitamemerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropahdan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita takcukup kakitangan. Nak design kereta bukan sepertimenjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dariluar memang membuka mata kita… kita adalah setarafdengan kebolehan mereka. Nak design kereta nimemerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.
Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dariluar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakinramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesignsendiri.o
Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahajakita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjinbersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudahterbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak beritapalsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakanchasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena denganTiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahubahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile HighStrength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang adaterpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well…kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident.Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yangaccident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bilakita design kereta ni.. yang paling penting adalahkeselamatan penumpang. Memang kereta didesign untukcrumple bila ada impact. Itu untuk menyerap dayahentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakankuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untukProton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kataSavvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yangbercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy.Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.
Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh ceritasebab ada secrecy act. Proton pun ada design keretauntuk company lain dan ada membuat part untuk companylain. Proton ada juga buat reverse engineering untukmotosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kitatidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita.Mungkin sesetengah orang yang memakai certain keretamewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat diproton. Kalau Proton tak elok… masakan merekamengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.
“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi olehproton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini.Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat olehproton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaannasional sendiri. Memang ada R&D proton cubamendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuatinjin tapi gagal mendapatkan resepinya.
“Tok….. Proton memang dah ada enjin sendiri. Yangterpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untukmembuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluarkereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besidalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagispecifikasi je. Nak design enjin tu yang susah.Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kamimasih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmitionsendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.
“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidakmencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya?Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton inisebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukanbagi membolehkan impian ini tercapai.
“Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdanamenteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M barupersetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishibersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat.(syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianyaadalah OSA)
Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Padamulanya Proton hanya di rancang untuk membuat keretabukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D,Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kitapandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramaijurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&DPerodua…bekas Proton, Head of Styling…bekasProton, Head of Planning…bekas Proton, Head ofProduction…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebasdekat Naza), Head of Engineering Services…bekasProton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dariproton. We trained them… orang lain ambil carasenang je.
Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head ofProduction…bekas Proton. Honda pun ramai bekasProton, DRB Pekan… Head dia pun bekas proton,Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira headje…bukan lagi kira engineer dan designer. So itmeets its objectif untuk memajukan orang-orang kita.Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkalkereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitanganProton. So… orang Proton tak bagus?
Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambiloleh consultant luar negara… dari America, Eropahsampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telahmemenangi pertangdingan mereka design kereta anjuranFord. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertandingdiperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa.Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikatkereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabikbila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknakanak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?
“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintahyang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinyasekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata..berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahunnak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkaklagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalansendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata..kalau dah tak boleh tutup aja…
“Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak adatanggung jawab kepada negara. Senang aja… buangsahaja pengeluar-pengeluar yang bermasaalah. Tapi apaakan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Protonuntuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi protonuntuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton…8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secaralansung untuk membuat part Proton…100,000 orang.Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyaksyarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami bolehmembantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyakwakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan,honda? 0… Kosong.
Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkarabaru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton jugamendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton takserendah sekarang ini. Tak percaya boleh check dutiimport yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nakcheck duti import tak susah sgt.. cuma bandingkanharga kereta proton di kawasan bebas cukai.
Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buatkereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kitatak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyakAP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kenatipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masukke Malaysia… harga yang di declare adalah RM8000.Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Palingmurah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia niadalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahandia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenagakerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaanrugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.
Dasar Automotif Nagara di perlukan bagi meneruskanperjuangan yang belum tercapai disamping menjaga sertamelindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauhmana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akanbertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagisparepart proton (asalnya milik Mitshubishi) dan akantimbullah barangan made in Jinjang atau sewaktudengannya.
Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluarkereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotectindustry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lahyang paling tidak patriotic dalam hal-hal kereta ni.Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajarbarangan lain lebih elok dan tidak membantu barangansendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintumereka untuk industri automotif… tapi ada syarat.Kereta yang dibina di Thailand harus lah di exportkeluar lebih dari yang dijual dalam negara nya.Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana.Nak cari kereta yang bukan dari Korea…susah.Sebabnya…
1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai merekaakan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata merekatentu banyak duit.
Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (bacasejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dantetap membeli. Cuba kat Malaysia…. Kutuk lagi ada.
Saudara semua… kejayaan sesuatu project negarabergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. Themore people buy, the cheaper things can be. Economicof scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah costpembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijikkereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balikmodal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagimahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalaukita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kitanak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Koreamengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahapini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Iniindustri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buatplastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Inikereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kitajual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit,lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiaptest dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukanwang yang banyak.
Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau bolehdijadikan rakan teknikal. Walau pun Wak Segan nak joinngan proton tapi persoalannya boleh ke..?
Kenapa..atuk kata macam tu..sebab Wak Segan ni gunaeuro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masaakan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu APkeluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadirakan teknikal memang agak sukar.
Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangatdah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tukita jangan dengar saja orang cakap.
Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akantimbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negarakita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telahmelaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negarakita telah membayar ganti rugi RM billion sebabmenangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negaraAsean yg berkaitan.
Memang kita akan kena penalti sebab adaperjanjianAFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tuaja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lainboleh ada polisi dia orang yang membantu industrikereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana APChina boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia(kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masihlagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana.Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencubapun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi.India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200Million. Belum lagi nak set up kilang daninfrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea… Kita nakjual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beliwalau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotikdiaorang. Kita… apa yang nama lain selain daribarang sendiri mesti bagus punya.
Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan keretaGerman…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggupke bayar harga kereta German untuk kereta buatanMalaysia.
Tok…. Naza yang rata rata import kereta Cuma tukarbumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Peroduayang tak pernah design kereta sendiri (cuma designbumper depan belakang) pun dapat taraf keretanasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidikramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramaihasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambiluntuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satukumpulan Advance Engine Research Proton terus diambiloleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerjadengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper.1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua,Naza ambil.
Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasalproton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yangkami beri untuk memajukan negara dalam bidangteknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalambidang industri yang betul-betul menggunakan kepakarananak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidakbelajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dansampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.
Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri puntak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena….Orang curi part semasa delivery kerata tukar denganpart tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton.Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelahsebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Thenbaru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakapje… test sendiri. Baru tau.
Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual….Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malasnak tukar gear… swith to auto. Nak mainciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa katakita guna tecnology 70an? _________________ Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com |
|
Back to top |
|
|
GryMlock |
Posted: Thu May 11, 2006 6:15 pm Post subject: |
|
|
Joined: 24 Nov 2003 Posts: 3699 Location: Agombak Ago go!
|
|
Back to top |
|
|
Ridzi |
Posted: Fri May 12, 2006 3:35 pm Post subject: |
|
|
Joined: 06 Feb 2004 Posts: 2198 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
Personally, i love my Savvy. It ROCKS!!! Cume nak kena taruk sound system baru baru la lagi beshhhh!!!
/ridzi |
|
Back to top |
|
|
IZZI |
Posted: Fri May 12, 2006 3:47 pm Post subject: |
|
|
Joined: 11 Dec 2004 Posts: 3447 Location: Melbourne, Australia
|
ajeep, avatar ko tu gambo ko ker? aku tak leh tgk la.. mesti nak tergelak..
aku pun minat savvy, tp aku nak tunggu SRM keluar dulu..hehehe.. _________________ Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com |
|
Back to top |
|
|
Scumgrief |
Posted: Fri May 12, 2006 7:16 pm Post subject: |
|
|
Joined: 02 Mar 2004 Posts: 744
|
Haha...bapak aku punya Savvy baru 9 bulan dah patah axel tayar depan dia...
Quote: | Letak sebelahsebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Thenbaru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakapje… test sendiri. Baru tau. |
Setakat ni aku dah bagi Ridzi, bapak aku, dan 2 -3 orang member aku bawak kereta Myvi aku, semua cakap Myvi aku lagi best. Bapak aku cakap, It does not feel like a toy...
Aku nak try bawak Savvy, tapi Ridzi kedekut... _________________ Can you feel the groove? |
|
Back to top |
|
|
Scumgrief |
Posted: Fri May 12, 2006 7:19 pm Post subject: |
|
|
Joined: 02 Mar 2004 Posts: 744
|
Just one more thing
Quote: | Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latestdia orang…. Sebab Perodua tu 100% milikToyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orangkepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia. |
Tak logik, kalau Perodua 100% milik jepun, macam mana boleh dapat status kereta Nasional, kerajaan kita bukannya bodoh.... _________________ Can you feel the groove? |
|
Back to top |
|
|
Ridzi |
Posted: Fri May 12, 2006 8:11 pm Post subject: |
|
|
Joined: 06 Feb 2004 Posts: 2198 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
err Daniel, let me clear the air...
I liked the way the MyVi's interior was designed... i still hate the way it drives...felt like a Kembara.
I do agree that my cars plasticky interior sucks donkeys ass big time.
Aku nak bagi hari tu ko taknak... ape, are you afraid you might like the way it drives ke??? Masa ko mintak nak drive hari tu aku belum sempat respond ko dah kata aku kedekut..appara...
/ridzi |
|
Back to top |
|
|
rg_x2n |
Posted: Fri May 12, 2006 10:27 pm Post subject: |
|
|
Joined: 17 Jan 2006 Posts: 868 Location: sg buloh, selangor
|
aku suka baca artikel nie. lagi2 bab di mana org malaysia mainly suka bender luar tuh, hehehe. ader jugak yg kutuk bangsa sendiri, wtf? tu lagi aku x suka... (ader kat forum audio mastering)
kita sepatutnya berbangga dgn proton!! nie x, ader yg asyik dok kutttuk jerk bende buatan kita, knaper la...
ader sorg tu, kate kete proton nie mcm tin sardin, x kuat, then, lepas 2-3 bulan, bli waja... ahahahaha!
aku pun mmg bercadang nak bli kete proton savy, tapi family aku suruh aku bli myVy... alamak...
hidup PROTON!!! |
|
Back to top |
|
|
rg_x2n |
Posted: Fri May 12, 2006 10:30 pm Post subject: |
|
|
Joined: 17 Jan 2006 Posts: 868 Location: sg buloh, selangor
|
Ridzi wrote: |
I do agree that my cars plasticky interior sucks donkeys ass big time.
/ridzi |
kete honda civic bapak aku pun samer siot, mahal jerk lebih, tapi interior murah. dashboard plastik! bagi aku, x worthy la utk RM130,000... nasib baik enjin VTEC. aku nak ckp depan bapak aku pasal bender takut plak, kang kene penampar x pasal2 |
|
Back to top |
|
|
silbi |
Posted: Sat May 13, 2006 2:03 am Post subject: |
|
|
Joined: 12 Oct 2005 Posts: 843
|
i've had a proton (satria je) ...now i use a freakin old but reliable honda...
my proton used to be the UK specs type...and i loved it...coz the engine was way different than the common satria you have here.
tapi biasalah, dengar orang dok bikin honda lagi best, terus sambar satu honda yg dah fully bikin - engine dah upgrade etc etc, so aku tak yah buat apa2 lagi dah...
and to me - both brands have their own uniqueness..but in terms of long term realiability, of coz a honda should always be a lot better (my personal opinion)
and my theory on proton is that - since too many people use it, and the percentage of complaints for something so common is of course way higher than something which uncommom...kita dengar proton banyak problem pasal too many people uses a proton...so that's why proton it's a bit popular when it comes to the negative side of it...of course lah...we tend to be interested more in negative stuff than the positive ones
kita jarang dengar pasal Bimmer nye problem pasal berapa ramai ler common people pakai Bimmer...when who knows, in actually Bimmer ni pun banyak hal jugak sebenarnya
...on that note - actually tgh gatal nak usha usha Bimmer2 ni...alah kalau dapat a very good old E36 318i year lama2 dah cukup siot...teh n taruk bodykit M3 ka, apa ka...fuhh...hohoho..ish ish..cobaan...cobaan
boleh masuk fast and furious 4 - sepang drift....kekeke...
apa gua mengarut ni - baru balik from this hartamas gig - all girl bands nite out - Candy best giler siot!!! |
|
Back to top |
|
|
Scumgrief |
Posted: Sat May 13, 2006 8:27 am Post subject: |
|
|
Joined: 02 Mar 2004 Posts: 744
|
Ridzi wrote: | err Daniel, let me clear the air...
I liked the way the MyVi's interior was designed... i still hate the way it drives...felt like a Kembara.
I do agree that my cars plasticky interior sucks donkeys ass big time.
Aku nak bagi hari tu ko taknak... ape, are you afraid you might like the way it drives ke??? Masa ko mintak nak drive hari tu aku belum sempat respond ko dah kata aku kedekut..appara...
/ridzi |
Heh... baru 2 hari lepas ko cakap nak jual kereta ko.... hehe _________________ Can you feel the groove? |
|
Back to top |
|
|
Ridzi |
Posted: Sat May 13, 2006 2:33 pm Post subject: |
|
|
Joined: 06 Feb 2004 Posts: 2198 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
out of panic bro...aku dah check la kete aku semalam kat PESC, keta aku takde ape2, plus the circumstances surrounding the problem with the Black Savvy is very dubious if you ask me.
Tak masuk akal lah tengah U turn boleh patah cam tu aje, plus is a very isolated incident. Plenty of other people pakai Savvy sekarang.. some of them since the car first came out and this is the first case of such incident. Jangan la cepat melatah, just because one case...terus aje kutuk kaw kaw.
MyVi pun ape kurangnye, now it is starting to gain reputation as a DSC - Disposable Safety Car. Why? there have been countless cases of MyVi's involved in accidents that are write-offs even after one accident. Sure the occupants are safe, but you can forget any thoughts of getting it fixed again.
I suspect that our Black Savvy has hit the road divider next to that Shell petrol station in Pasir Gudang somehow causing the axle to fail.
here is such one case. There are many other like this.
|
|
Back to top |
|
|
FatsobobZ |
Posted: Sun May 14, 2006 12:37 pm Post subject: |
|
|
Joined: 02 May 2004 Posts: 97 Location: Kluang, Seremban
|
hello n a'kum
menarik gak yea kekadang cita pasal keta.
aku punya komen berdasarkan pengalaman aku la pakai various brand of car
MY 1st car (thn 93 - 01)
make/model - Proton Saga 1.3s standard ayam
modification: tiada
overview:
kereta nie asalnya keta ke kebun ayah aku tapi sebab masa tu baru dapat kerja aku plak tak berduit, n banyak kerja outstation so ayah aku bagi la keta nie kat aku. tapi aku bayar la bln bln.
pro:
memang lasak, kalau lanyak macam lembu pun takde masalah. kalau masuk site yang belumpur pun dia maintain aje. selesa di pandu. tidak menjadi perhatian polis (tapi pastikan standard ayam la). oil consumption reasonably ok la. bila bukak radio, tingkap cruising kat hiway balik jhr bwk 90, isap rokok....pergh! terasa macam kat syurga je...tenang sungguh
con:
driveshaft depan mudah masalah.setahun sekali mesti bunyi "tek-tek-tek" keluar bila amik koner. so pepaham la kena la tukar. masalah power wiondow yang orang kata memang ada kebenarannya. kadang kadang rasa nak menyumpah pun ada.
sekarang ni:
dah pulang balik kat ayah aku. dia kata susah nak ke kebun
2nd car (01-02)
make/model: BMW 3rd series coupe / E30 2.0 straight 6 model tahun 86
modification: Full bodykit MTech, Suspension/disc break dpn: Tein (Supra punya spec) + Nissan R32 / Skyline Disc Break, 17'' viper rims + 17/45/225 falken tyre
overview
ini kereta yag ble aku anggap kereta 1st aku sebab aku beli sendiri. dan yang paling banyak dirojakkan dengan model keta lain pun keta nie lah. kalau tak kerana eksiden dah tentu skang nie jantung dia dah jadi RB25 (Nissan Skyline r32 GTST). hehehe!
pro
Handling best gila- pernah drive 210kmh n still stable. kat corner ble tarik tak payah lepas minyak, percaya atau tidak, maintenance dia paling kurang sekali. seingat aku, semenjak guna keta tu, tak pernah aku refil gas aircond. pikap kurang tapi top end speed ble di banggakan. YANG PALING BEST KETA NIE REAR WHEEL DRIVE.
con
perempuan tak suka sebab keta nie tak nampak cute macam honda ( tah hape yg best sangat menatang honda aku pun tak tau. hehehe!), kalau bawak slow berenjut2, masa tu spring keras gila so pepaham aje la (tapi bukan spring potong yea). consumption minyak kalau dalam banda memang cam haram. kalau pegi bengkel kena cas lebih. sebab brand dia BMW. keta tua macam nie pun nak cas mahal. tak banyak bengkel berani buat / service keta ni kalau rosak.
sekarang nie:
kalau tak kerana aku yang banggang sangat drift kat jalan simpang 3 kat paroi jaya seremban, tentu aku masih pakai lagi keta nie. dah eksiden total lost December 2002.
3rd car (03-sekarang)
make/model:Proton Perdana SEI 95 auto
modification: Fully V6 bodykit (V6 tupai), front/rear light : v6 ,rim 17. lowerd, lain2 standard ayam
overview
lepas eksiden aku diarahkan oleh ayahnda ku supaya pakai keta auto. supaya aku bawak keta senonoh balik. plak tu dapat best bargain plak utk keta nie. member atas member. harga bawah 40...masa tu rate keta nie dalam 45. jimat 5k. menarik.
pro
dalamannya luas, gear auto, ada daya tarikan. handling kira ok la
con
gear auto cam gampang, manja dan senang jahanam. consumption minyak 2 kali lagi teruk dari BM, tak senonoh langsung. kuat melahu bila tuka gear, tak de pikap, top end speed pun biasa je.
sekarang:
disebabkan consumption minyaknya yang menakutkan, keta nie selalu duduk rumah aje.
4th car (05-sekarang)
make/model: toyota celica Fastback TA28 thn 1976 (keta OLD SKOOL)
modification: Fully refurbish/restored, 1.8ltr Twin Cam/Twin Spark, 4clyndr Turbo Toyota (3TGTE), Disk Break Dpn Belakang, Levin, Axle blakang LSD Levin. rim 17'' 3pcs Work ( Tapi masa aku tinggalkan keta nie kat umah member kat muar, MAT gian dah rembat rim nie. haru aku di buat nya. sekarang dok temenung xtau mana nak korek duit cari rim baru)
overview
di sebabkan aku suka keta rear wheel, plak tu aku memang minat keta celica oldskool nie so bila terjumpa aje tahun lepas aku pun sambar la. sebab utama aku amik gak keta nie sebab aku dah bosan dengan perdana aku. selalu rosak. plak tu bukannya murah spare partnya, sama macam BM
pro
kalau orang yang suka keta yang pelik2, keta nie akan menarik perhatian. lagi satu, orang selalu misunderstood, diorang ingat keta nie keta mustang, elenor macam dalam gone in 60sec yang nicholas cage berlakon jadi tukang curi keta tu. hehehe!, low maintenance, tak banyak meragam, sama macam keta proton saga ayah aku tu. memang best.
handling pun ble tahan la. consumption minyak sama macam proton saga 1.3s. jimat minyak, laju macam rocket (setakat nie aku berjaya test 210kmh, kalau tukar fuel pump lagi besar, ble naik 230kot), dapat gelakkan mana2 mamat yang poyo dengan kereta yang model baru dengan ekzos yang bisingnya (Pernah tapau V6 model baru, bila dapat tengok riak muka mamat tu, terasa best la pulak. tu laa ingat hina sangat ke keta buruk aku nie. asik beam light tak reti nak sabo masa aku potong lori. kan dah kena kat muka sendiri. padan muka!)
con
Tak semua orang dapat melihat mana cantiknya kereta ini. bagi mereka keta nie tak lebih dari besi buruk, especially orang pompuan yag sememangnya gilakan keta honda... tah mana bestnya keta honda tu aku pun tak tau. pada aku keta honda (especially model civic) nie keta bojan je. heheeh! kalau high speed, memang unstable. meremang bulu roma. biasa le keta pun design 1976, masa tu mesti diorang tak expect pun keta nie nak di tala sampai lebih 200kmh. speedometer pun mati kat 180. spare part mmg susah. tu sebab most of the time kalau bawak keta ni, aku jadi pemandu yang budiman, kalau eksiden keta nie terus jadi scrap besi buruk ooo. nak cari spare part memang payah gila, keta spesis dah nak pupus biasa le. hehehe!.... last but not least... stereng dia, rasanya bawak lori pun stereng dia tak berat macam keta nie
sekarang:
sepatutnya perdana yang jadi daily car, tapi dah terbalik, keta yang sepatutnya jadi weakend car plak jadi daily car.
Proton waja (Kereta mak aku)
pro - aku rasa keta terbaik pernah proton buat, handling best gila, macam BM, even at high speed pun tak rasa ape ape. aku bagi 4 bintang utk keta nie
con - interior dalam luas nya macam proton saga bapak aku aje laa.. ape dah jadi proton (sebab besi naik 80sen 1kilo ke)?, Kalau la keta nie tarik belakang......
Kesimpulan aku
tak kira la ape keta pun yang kita pakai. semuanya ada lebih, ada yang kurang. tak semesti yang lama tu buruk, yang baru tu baik. ade lebih ade kurangnya. aku rasa la tak banyak beza keta orang luar dengan keta kita, especially proton la. memang ada improvement. cuma ble di tingkatkan lagi. cuma kalau ada orang proton yang terbaca massage aku nie.... TOLONG LA BUAT SEBIJI KETA REAR WHEEL DRIVE!
aku punya rangking utk keta keta yg penah aku guna
Best oil consumptionl
1. proton saga
2. Waja
3. Toyota Celica
4. BMW E30
5. Perdana
Best Handling
1. BMW e30
2. Waja
3. Perdana
4. Proton Saga
5. Toyota Celica
Best Power Performance
1. Toyota Celica
2. BMW e30
3. WAJA
4. pERDANA
5. Proton Saga
Paling Sempoi
1. Proton Saga
2. Toyota Celica
3. BMW E30
4. Waja
5. Perdana
paling good looking
1. Celica
2. BMW E30
3. Perdana
4. Waja
5. Saga
p/s : nasihat aku, kalau ble elakkan guna keta auto especially proton. bukan nak kondem tapi memang hakikat, gearbox auto proton terlalu manja. dah 2 3 orang dah ter masuk yang paling latest ada brader satu ofis, kira pakcik la pun dok maki keta wira 1.6nya sebab gearbox autonya jahanam lagi. tahun lepas sekali, tahun nie sekali. last2 dia manualkan terus. baru puas ati dia |
|
Back to top |
|
|
adzakael |
Posted: Sun May 14, 2006 8:01 pm Post subject: |
|
|
Joined: 18 Jan 2004 Posts: 386
|
aku x de la hardcore dgn keter2 ni
modify keter pon aku tak pernah buat
(bukan x de duit or x reti tp x berminat)
keter2 yg pernah aku pakai (samada keter aku atau keter kawan2 aku)
1.Proton Iswara 1.3
keter 1st skali aku bawak lps dpt lesen.Bapak aku bg aku supaya senang skit aku nak bergerak gi kolej dan bwk mak aku gi pasar.Pernah kena langgar bas,langgar tiang,kena langgar kat tempat parking 6 hari sblm raya sbnyk 2 kali,cermin retak kena tumbuk dgn aku,lumba dgn lori roti serta teksi Iswara.Keter ni bestnye sbb low maintenance,low fuel consumption.Cume akunye version x de power steering (pepaham je la).
2.Kancil 600cc kot?
keter member aku yg 1st (beli dgn duit claim eksiden die).Keter paling teruk pernah aku pakai,interior kecik,aku yg kecik ni pon rase kecik dienye ruang pilot,pikap hancor (basically member aku x reti bwk keter betul2 la,gear pun hancur),dr segi fizik amat bahaya masa cornering.Fuel consumption gile low tp tak sepadan dgn horsepower yg enjinnye generate,meskipon keter ni keter manual.Last2 kwn aku tu pon tensen dgn Kancil tu,die jual dan beli Iswara 1.3 mcm aku punye gak.
3.Proton Wira
Keter mak member yg sama,aku jarang bawak so ape yg aku bole ckp adela keter ni gear die teruk.
4.Lexus RX300
Inferior version of Lexus RX330,gear semi auto,fuel consumption nye mak aihhhh (dah kate enjin 3 liter?) tp pikap fuyooooo mmg layan.handling bagus,bwk bunyi enjin mcm enjin turbine,dah la warna aku (warna hitam).Cume nak parking je mcm cilako (sbb saiznye yg besar).Walopun aku punye adelah re-con dr Jepun (interface TV,journey data dll sumer dlm bahasa Jepun) tp mmg berbaloi utk dibeli kalu dikira dr segi keselamatan keter ni.Lexus RX330 pulak pernah dianugerahi keter SUV yg paling selamat dlm dunia.Yg ni kurang skit la selamat dr RX330
baru ni kena langgo dengan sorang Dato' yg tak reti bwk keter (bodoh punye org tua!)
5.BMW Z3 Roadster
Ok,ni keter kawan aku punye,aku bwk lps aku pujuk bnyk kali.Bg aku keter ni mmg best,walopun model lama dan yg ni gearnye auto.Baik dr segi interior,handling dan pikapnye.Tp sekali tu je la aku bawak.Paling best keter ni takde hal dgn bumper mesia yg tinggi mcm khinzir tu.
6.Hyundai Getz
keter adik aku,reason yg sama bapak aku belikan masa aku pakai Iswara dulu.Keter ni auto,so pikap response die paling cilako lembab pernah aku bawak.Fuel consumption ok,so aku sll bwk keter ni kalu aku nak gi KL atau jln2 nak beli pisang goreng.Handling so-so utk keter kompak camni (kot?)
7.Mercedes C-Class (sumwhere early 2002 kot?)
keter utama bapak aku,aku bwk kalo die suruh je.Seat die keras gile,aku lg suke seat Lexus yg empuk.Sape2 yg seumur hidupnye bwk keter Jepun,haaa siap la bile dpt keter ni,sbb nanti pening nak cr lampu,nak cr signal,nak cari handbrake,nak cr handbrake release dsb.Fuel consumption bile diratiokan dgn horsepower bg aku agak ok.Handling ok.
8.Keter Go Kart
sakit pinggang aku
9.keter kebal
yg ni impian aku nak bwk dr dulu sampai skarang,kalu bole nak beli satu,dpt Soviet nye T-34 pon jadila.
10.Pajero (1994 kot?)
my 1st 4 wheeler.mmg besar mcm resaksa.aku tak suke keter ni utk 3 perkara;gear yg gile loose,so bile enjin go gile bergegar die pon ikut bergegar maka utk gear tu out of place pon sll gak.power steering die lembut sepanjang masa,kat time2 tak sepatutnye lembut pon lembut,meaning susah nak handle esp. on high speed.saiznye yg bagak tu bermaksud susah nak parking dan makan minyak paling bnyk.last2 bapak aku jual,beli Lexus RX300 tu.Pernah eksiden langgo blakang proton (bukan aku buat) proton tu berpusing lebih 720 darjah dan hancur blakang nye,manakala Pajeri besar ni cumer hilang kangaroo barnye aje.heheheeh.Beratnye yg heavy bermaksud ia pose problem kat bukit,terutamanya kalu parking kat bukit.
sumer keter2 diatas tu adelah versi original dan tak pernah dimodified mahupun ditambah body kit. _________________ http://www.adzakael.com
Last edited by adzakael on Mon May 15, 2006 5:13 am; edited 2 times in total |
|
Back to top |
|
|
silbi |
Posted: Sun May 14, 2006 8:14 pm Post subject: |
|
|
Joined: 12 Oct 2005 Posts: 843
|
i feel like i'm in autoworld forum version melayu pulak...good stuff people! keep it coming!
dok cerita teknikal gitar je bosan gak...haha |
|
Back to top |
|
|
|
|
|
Goto page 1, 2 Next |
Page 1 of 2 |
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|
|