Author |
Message
|
sungaipelong |
Posted: Fri Oct 08, 2010 3:19 pm Post subject: Dasar Tamat Hayat Kenderaan (ELV) |
|
|
Joined: 22 Jun 2010 Posts: 249
|
Proton sokong dasar kenderaan tamat hayat pada Bajet 2011
2010/10/06
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lalu. "Kami faham ia adalah satu proses yang mahal, dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan," katanya pada rumah terbuka Aidilfitri Proton di sini, hari ini. Syed Zainal berkata, kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.
Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam, tidak berada atas jalan.
"Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia.
"ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggap sampah dan perlu dilupuskan," katanya.
Syed Zainal berkata, kerajaan juga perlu menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mempromosi inovasi, sejajar dengan Model Baru Ekonomi.
Langkah itu, katanya, akan menggalakkan aktiviti R&D dalam negara dengan harapan teknologi itu boleh dikomersilkan.
"Itu setidak-tidaknya sebagai pemangkin oleh kerajaan dalam memudahkan peserta automotif seperti Proton, serta pengguna, untuk mula peka terhadap kenderaan berteknologi hijau," katanya. - BERNAMA
dasar paksaan..so jaga2 and get ready..yeah boleh tambah hutang lg..
So pada yg dh pakai kete "utang" yg nak abis bayo tu stdby la nanti utk berhutang kembali..hehe |
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Fri Oct 08, 2010 3:50 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
nak suruh beli baru...
harga cekik darah...
boikot jer..
naik moto... haha _________________ KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook |
|
Back to top |
|
|
jibraun |
Posted: Fri Oct 08, 2010 4:56 pm Post subject: |
|
|
Joined: 29 Jul 2008 Posts: 1216 Location: Kepong
|
Wahaha..Tul tuh...kalau nak ELV...kene kasi separuh harge la..kalau kurang lagi cantek.... _________________ ESP Horizon
Fernandes Telegram
Rocktron Velocity V25D |
|
Back to top |
|
|
Jiro |
Posted: Fri Oct 08, 2010 7:14 pm Post subject: |
|
|
Joined: 14 Feb 2007 Posts: 1933 Location: Shah Alam
|
|
Back to top |
|
|
sungaipelong |
Posted: Mon Oct 11, 2010 4:39 pm Post subject: |
|
|
Joined: 22 Jun 2010 Posts: 249
|
diorg mg tungkik mementingkan poket sendiri..ceh..harap2 dasar ni ditolak sama mcm sebelum ni.. |
|
Back to top |
|
|
|