back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic
 Ku Sesali Segalanya « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
abg-long
PostPosted: Wed Sep 08, 2010 10:43 pm    Post subject: Ku Sesali Segalanya Reply with quote



Joined: 24 Nov 2009
Posts: 28
Location: JB

http://www.youtube.com/watch?v=a9n9yyNUu9w

Quote:
Judul : Ku Sesali Segalanya
Artis : R-iF
Komposer : Abg-Long
Susunan Muzik : Amar
Drummer : Ujang (Exist)
Flute : Mohar
Keyboard : Amar
Bassis : Kelly
Album : Percayalah
Terbitan : R IF Edutainment

Tidak sesukar mana untuk ku fahami
Apa yang sedang cuba disampaikan
Badai bencana yang telah menimpa diri
Apakah mungkin hadir sebuah keinsafan

Dulu hidupku penuh dengan warna-warni
Dikurniakan Tuhan segala yang aku ingini
Dan aku hidup leka, hanyut dalam kelalaian
Sehingga semuanya hilang dan terus pergi..
meninggalkan...

Oh inikah pembalasan yang perlu aku tanggungi
Di atas kesilapan yang tak pernah aku peduli
Tidak terdaya aku menghadapi semua ini
Terasa sungguh lemah dan naif diri ku ini

Seandainya bisa ku memutar kembali masa
Tidak sesekali akan ku lakukan semua itu
Ku menghamburkan tangis, kekesalan dirasa
Oh Tuhan , Kau ampunkanlah hamba-Mu
Ku sesali segalanya.....

Engkau Pengasih dan Pengampun
Ampunkanlah hamba-Mu yang lemah
Tunjukkan jalan hidayah-Mu



Salam 1 Ummah

Lagu yang terdapat dalam klip video di atas adalah dipetik dari lagu Ku Sesali Segalanya, salah satu lagu yang terdapat di dalam album R-iF : Percayalah. Ia hanya diambil sebahagian saja. Ianya diupload untuk tujuan promosi semata2.

Lagu & Lirik dihasilkan oleh saya sendiri. Lagu ini dihasilkan apabila munculnya idea untuk menerbitkan album R-iF. Semasa datangnya ilham menghasilkan melodi dan lirik Ku Sesali Segalanya, saya hanya mengetuk meja sebagai instrumen dan juga untuk mendapatkan beat lagu.

Manakala Susunan Muzik telah dibuat oleh Amar iaitu beliau merupakan antara penyanyi nasyid solo terawal yang popular dengan lagu Amani, Nurul Iman dan Cebisan Kenangan. Beliau juga merupakan seorang ahli silap mata dan seorang motivator. Berbakat besar dalam music arrangement dan untuk album R-iF ini terdapat 3 buah lagu yang dihasilkan oleh saya yang mana susunan muziknya dibuat oleh Amar.

Lagu ini telah mendapat sentuhan beberapa orang pemuzik berbakat besar seperti Ujang Exist (drummer), Kelly (bassis), Mohar Mohram (Flute), Along Exist (Mixing) & Akim Otai Studio (Mastering).

InsyaAllah, R-iF dalam perancangan menghasilkan video klip rasmi untuk lagu ini dan beberapa buah lagu lagi. Dijangka akan diedarkan kepada beberapa stesen TV untuk disiarkan.

Klip video yang digunakan di atas ini dipetik dari sebuah drama yang diterbitkan semasa bulan puasa tahun 2009. Judulnya "Mana Kek Siti" dan disiarkan di tv menerusi saluran RTM1. Klip video ini dimasukkan sekadar untuk memberi kesedaran secara bersama terhadap bahayanya jenayah rasuah dan hendaklah kita sama2 menjauhinya.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan album R-iF : Percayalah, sila berhubungan dengan saya dan anggota R-iF untuk info lanjut.

Sokongan anda semua amatlah diperlukan dan dihargai.

Bersama memartabatkan irama nasyid!

Salam 1 Ummah

Zamruddin Muhidin
http://www.percayalah.net/
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Jiro
PostPosted: Thu Sep 09, 2010 5:29 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 14 Feb 2007
Posts: 1933
Location: Shah Alam

lagu nih terbaik.>~! Very Happy

thumbs up~! Very Happy
_________________
Support Malaysia Local Band


Romance Not In Fashion
http://www.facebook.com/romancenotinfashion
http://www.myspace.com/rxfband
http://www.reverbnation.com/romancenotinfashion

"A mix is never finished, it’s abandoned."

My Page:
http://www.facebook.com/cjrxf
https://twitter.com/cjrxf
http://greg-livingatthemovies.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Casper666
PostPosted: Thu Sep 09, 2010 7:05 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 25 Feb 2006
Posts: 152

hampes.. utube blocked
_________________
+=
Back to top
View user's profile Send private message
boyroy
PostPosted: Thu Sep 09, 2010 10:01 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 28 Jun 2008
Posts: 1429
Location: Shah Alam

xder mkner nyer
_________________
KRAMER MIJ 87~89
OrangeMusicStudioShahAlam since2004 call 0123-12345-0 for booking, MarshallTubeMA100&4x12",VS100&4x12", MG100DFX,LaneyTFX3hybrid UK, PeaveyCombo300,Hiwatt300,Hartke2500-2x10",hybridheadHartkeHA3500-Ashdown4x10"cab, SabianB8,StaggDH,PearlExportSeries&YamahaStageCustome,c/w twinpaddle, TamaImperial, IbanezGRX,SDGR, WashburnX10, YamahaRBX,EG303, VantageCustom, BossMT2,BF2,CH1,DD3,DS1, BehringerMultieffect, MegaHalfStack, - http://www.facebook.com/OrangeMusic Linda
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Page 1 of 1

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group