Joined: 24 Nov 2003 Posts: 3699 Location: Agombak Ago go!
|
aku berulang kali dapat pertanyaan pasal copyright. mostly yg dtg jumpa telah pun kononnya mendapatkan nasihat para2 senior dalam industri dan dari mereka yg perasan senior yang serba tau dan maha pembela bagaikan hero artis indie. tapi hasilnya mengelirukan. dan kadang2 ada yg mengarut jugak.
Anyway, berbalik kepada copyright.
Pokok pangkal nye semua berkehendakkan satu tempat/company/badan yang mana pada pendapat kita, boleh bawak karya seni muzik dalam bentuk score ka, lirik ka, recordings ka, lepas tu register situ.. dan safe! sudah copyright. boleh balik tido dgn tenang.
basically mender ni..situasi ideal ini yg kita semua gambarkan, tak wujud di malaysia.
kat bawah ni ada petikan dari laman web perbadanan harta intelek. so harap maklum k. aku dah bold kan maklumat penting tu
Definisi
Harta Intelek adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut :
* usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
* karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;
* penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
* karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.
Karya Yang Layak Mendapat Perlindungan Harta Intelek
Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah :
1. karya sastera ;
2. karya muzik ;
3. karya seni ;
4. filem ;
5. rakaman bunyi ;
6. siaran; dan
7. karya terbitan
Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walaupun begitu peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati.
original article and further details
http://www.myipo.gov.my/bm/copyright/maklumat-umum.html
so cenggitu lah dia mengenai copyright. selagi ianya idea dalam kepala, tidak ditulis, tidak dirakam, tidak dimainkan kepada umum, maka ianya tidak dapat dilindungi. ni summary aku ler roughly. kalau agak2 sonsang, tegur ah. _________________ [ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ] |
|