back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3  Next
 Harga barang makin naik... « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
SetsunaRX
PostPosted: Sat Jun 04, 2011 4:19 pm    Post subject: Harga barang makin naik... Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

Assalamualaikum kengkawan..

Sebenarnye aku sndiri pn xtaw mcmane nk luahkan dgn lebih lanjut tntang topik ni, yela, aku ni bknnya bdak economics or finance. Field aku language je. Tggu aku amik Master B.A. September ni, baru aku leh taw ckit2 kot.

Tetapi, brdasarkan dari pemerhatian aku sbagai rakyat marhain, harga barang2 di Malaysia ni semakin naik. Aku xtaw la pulak mcmane dgn harga barang di peringkat global tetapi pada jangkaan aku, pn sama jgk dgn negara2 lain.

Mula2, apa kata kita tgk harga brg2 dapur. Slalunya, brg2 dapur ni mcm bawang, beras, minyak masak, gula, milo, telur, tepung gandum, ikan, udang n bla bla bla.

Family aku x beli brg2 dapur ni jauh2, ada pasar basah dkt2 umah. Kalo payah2 sgt, baru la g Carefour Mid or Giant Connaught. Dari apa yg aku tgk mak aku beli, kalo dulu dlm tahun 2002-2003, bwk RM200 ke Carefour Mid blh la beli brg dapur dkt2 penuh satu troli. Ikot kapasiti family aku, blh la tahan dlm 2 mggu masak n makan.

Skrg ni, aku prasan yg bila pengumuman bajet tahunan kuar, harga brg pn naik. Bkn tu saje, bila mnyak petrol naik, dkt2 nk raya, tariff letrik naik, perang jadi sane sini n perubahan2 pemimpin negara brlaku, tup2 harga brg mentah naik lg. Naik heran aku, ada kene mengene ke harga telur naik dgn perang yg jd kt negara2 lain? Utk pengetahuan korang, itu la alasan yg aku dpt bila aku tnya mamat India jaga kedai dpn umah aku ni. Nasib aku tgh selsema je, kalo x dh tntu aku maki.

Bila menjelang je musim nk raya, mula la minyak masak xde stok, gula lesap, tepung pn tinggal bau je. Ke mana prginya bnda2 pnting ni? Yg pelik bin ajaib babi nye, bila kuantiti brg atas rak kdai dh kurang, esok lusa naik lg hrga brg, walaupun seposen. Tgk2, brlambak2 balik stok brg2 yg lesap tu. Di manakah rasa tanggungjawab si peniaga kepada rakyat di luar sana?

Bkn saja harga brg naik tetapi kualiti brg trsebut juga sgt mengecewakan. Baru 2 hari lpas, aku teman mak aku g pasar, beli ikan kmbung nk goreng. Hmpir smua ikan yg ada lembik2, walaupun bru sampai dari peraih, perut mcm dh nk trburai. Kalo ikot org tua2, kalo nk beli ikan, pilih la yg masih kuat otot2nya, itu tanda ikan tu masih fresh. Xdela bila pegang je ikan tu, trlentok liuk mcm penari bogel je gaya ikan tu. Mak aku kata, ikan dh x fresh ni sbb nelayan tuba ikan tu, cara yg mudah dan cepat utk dpt ikan bnyk2. Sbb tu body n perut dia lmbik n nk trburai. Walaupun demikian, harga ikan tu tetap mahal mcm bese. In the end, kitorang beli kerang je.

Mgkin ada yg x brapa slalu mkn ikan, tapi hmpir setiap hari mkn ayam. Dari pengalaman aku dduk Penang, nasik sepinggan dgn ayam goreng dan sayur kobis = RM6.00. Bila aku buat selambe badak tnya kt mamak tu apsal mahal sgt, dia kata yg skrg smua brg pn naik harga. Diorang pn kene la jgk naik harga, kalo x, nnt kdai dorang jd x standard sbb hrga lbih murah. Ai, boleh camtu pulak?

Agaknya, smua org nk jadi kaya dgn cepat smpai x pikir apa kesan bila dia sorang2 je yg jd org kaya dlm dunia ni. Dulu time kecik2 aku gelak bila arwah tok n nenek aku kata yg belanja skolah diorang hnya 1 sen or seposen. Bg otak aku pada tahun 90'an, things like that are ancient or from another galaxy. Seingat aku, chinggam sebijik pn seposen, Cloud 9 pn 30 sen, Dingdang pn 80 sen. Camne nk idop dgn seposen??

Aku paham yg x smua bnda blh kekal mcm yg kita nk. Tetapi, at least, ada la sikit batasnye, ye x?

Td bila aku teman mak aku ke kedai, aku trnmpak kotak Dingdang kaler biru. Tringat la pulak zaman dulu2. Rase2 nk beli utk anak sedara aku yg baru umur 3 tahun, tp bila tgk harga dia RM2.00 sekotak, aku padamkan hasrat tu. Cuba pikir2kan. Budak2 ni egoistik sikit, dia bukan kesah brapa hrga bnda yg dorang dh target. Kalau x dpt, sggup dorang brgolek2 dlm kedai. Yg kesian, mak bapak. Kalo sehari, mgkin boleh tahan lg. Tp kalo dh tiap2 hari nk kene supply bnda2 tu, ha, kira la sndiri. Itu blm masuk prbelanjaan bnda2 lain lg.

Orait, jom kita tgk pada bnda2 yg lbih praktikal pulak. Satu ketika dulu (n even smpai skrg) harga minyak petrol mnjadi topik hangat yg dibincangkn setiap org. Dulu bapak aku pernah bgtau, org dulu2 isi mnyak kete, kalo bayo RM1, dpt la seliter minyak. Cuba kita pulak skrg g isi minyak, berapa titik je yg dpt?

Heran aku. Aritu aku ke Dungun anto adik pmpuan aku, naik gerun tgk api kt loji minyak kt Kerteh. Dh mcm neraka. Hahaha. Mgkin aku x brapa arif tntang bnda ni tp aku nk tnya jgk.

Kalo kita negara pngeluar mnyak, ke mana kita pasarkan produk tu?
Kita pasarkn ke luar atau dlm negara?
Bnda yg dibuat dlm negara sndiri, bkn ke patut lebih murah?

Skrg kita dibayangi isu penarikan subsidi. Kerajaan kluar kenyataan yg diorang tggung subsidi brbilion2 smpai menyesakkan perbendaharaan negara.

Meh aku bg satu senario. Aku jd kerajaan yg bg subsidi, Salam jd pengeluar produk/pengilang gula, Eniqma jd rakyat. Harga gula di pasaran RM2.00 sekilo. Subsidi kerajaan RM0.40 sekilo.

Aku sbgai kerajaan mmpunyai tggungjawab utk mmberi subsidi kepada rkyat, utk mengurangkn beban diorang. Therefore aku bayo siap2 kepada Salam brserta dgn amaran "Jgn ko cuba nk jual dgn lebih mahal kepada Eniqma, kang subsidi yg aku bg ni x ckup pulak". Jd, bila rakyat ke kedai, diorang hnya bayo RM1.60.

Tetapi, bila tgk keadaan semasa global yg menaikkn harga brg, si pengilang pn nk naikkn harga. Alasan dia, kos bahan mentah meningkat. Yg teruk kt sini adalah kerajaan. Utk memuaskn hati rakyat, dia tggung lbih prbelanjaan, utk memuaskn hati pengilang, dia ikotkn saja apa diorang nk buat.

Skrg kita jgn tgk nk salahkn kerajaan bulat2. Dalang di sebalik smua ni adalah si pengilang. Dalam situasi harga naik n subsidi ditanggung, dia sedap2 je dpt untung, walaupun ekonomi tgh sesak. Dia tau, walau apa pun, rakyat terpaksa beli brg dia utk teruskn hidup. Nmpk x logik dia kt situ?

Time tgh menulis ni aku rasa panas je. Bkn ape, nk bukak aircond kang, bnyk pulak bil letrik aku bulan ni. Kita sedia maklum yg pembekal elektrik negara kita ni adalah TNB. Sabah ada yg lain kot, aku x brapa sure.

Tahun demi tahun, tariff dia menaik. Naik heran aku, kita bkn guna taraf loji nuklear, knapa pulak nk naik lg? Alasan yg diberi adalah kos pembelian arang batu meningkat. Orait, boleh tlg terangkn kepada kami rakyat jelata ni, loji hidroelektrik yg bnyk2 tu apa fungsinya?

TNB ni, pada pndapat aku, perlu satu atau lebih pesaing. Baru trkejut babi diorang. Sombong sgt kt kita ye. Tgk Telekom dulu, bila ada service provider lain2, baru dia tringat nk buat lbih bnyk promosi n diskaun.

Aku rasa, x payah la tnjuk sana sini, bg alasan taraf PHD kt kami smua. Ckuplah sekadar terangkan dgn ayat2 yg mudah, knapa perlunya pihak anda menaikkan tariff elektrik? Kami ni bkn org blajo pndai2, cuba terangkn supaya kami blh paham segala tindakan anda.

The same thing also apply to you my dear government. Cuba terangkan kemana aliran duit cukai rakyat jelata, bagi la kami ni puas hati sbb bukan senang nk dpt walau seringgit pn skrg ni. Terangkanlah satu persatu supaya tiada pihak yg dpt mmpertikai dan mmperkecil2kn anda di medan politik.

Bg pak2 menteri, seringgit mgkin x bwk bnyk erti tp bg kami ni, seringgit pn dh x cukup utk beli kopi secawan kt warung2.

Seringgit juga sudah tidak mncukupi utk kami bg kepada anak2 kecil utk mereka membeli sebiji gula2.

Seringgit juga belum tntu dpt mmbeli pisang goreng utk 5 sekeluarga.

Bg kami para gitaris, RM1000 pn blum tntu memadai utk kami beli rig2 impian kami.

Cubalah pkirkan masalah2 kami ni.
_________________
Aku fenin bila mak aku berkata, "gitar tu bnyk2 bukan boleh buat bini!"
Back to top
View user's profile Send private message
salammmm
PostPosted: Sat Jun 04, 2011 6:03 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Dec 2009
Posts: 1573
Location: perak

masalah barang naik?


tukar kerajaan.....PRU akan dtg nnt...



aku belum baca lagi ni...baru baca tajuk je....panjang sgt... Laughing


malam nnt aku baca....aku nk pergi lepak dlu ha3...
_________________
.............
Back to top
View user's profile Send private message
SetsunaRX
PostPosted: Sat Jun 04, 2011 6:21 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

Xpe, amik masa masing2 utk baca.. Pastu cite la pulak ape yg korang pkir n mcmana kita leh sumbangkn utk bwat perubahan.. Kalo x bnyk, cikit pn dh ckup..
_________________
Aku fenin bila mak aku berkata, "gitar tu bnyk2 bukan boleh buat bini!"
Back to top
View user's profile Send private message
jibraun
PostPosted: Sat Jun 04, 2011 6:29 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 29 Jul 2008
Posts: 1216
Location: Kepong

wowowo...

betul tuh...aku mmg sokong ape yg ko cube sampaikan...tapi ade satu yg aku kurng paham...elektric masih pakai arang batu ke?...aku igt dah pakai empangan...huhuhuhu
_________________
ESP Horizon
Fernandes Telegram
Rocktron Velocity V25D
Back to top
View user's profile Send private message
SetsunaRX
PostPosted: Sat Jun 04, 2011 9:36 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

jibraun wrote:
wowowo...

betul tuh...aku mmg sokong ape yg ko cube sampaikan...tapi ade satu yg aku kurng paham...elektric masih pakai arang batu ke?...aku igt dah pakai empangan...huhuhuhu


empangan tu yg jd janakuasa hidroelektrik. seingat aku masa TNB umum dia naik tariff dlm berita tv3, CEO dia bg alasan kos beli arang batu meningkat..
_________________
Aku fenin bila mak aku berkata, "gitar tu bnyk2 bukan boleh buat bini!"
Back to top
View user's profile Send private message
salammmm
PostPosted: Sat Jun 04, 2011 11:15 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Dec 2009
Posts: 1573
Location: perak

kerajaan selalu compare harga minyak kita dgn indonesia & singapore....negara depa mmg mahal sebab bukan pengeluar minyak...


minyak kita ni x dipasarkan kat malaysia pun...minyak kita ni mahal....malaysia beli minyak murah dari luar negara....pastu proses2,then jual kat malaysia...(ni abg aku ckp,dia kerja dgn petronas..bahagian carigali minyak )


cuba tgk harga2 bagi negara pengeluar minyak yg lain....




UAE = 1.22 sen /liter

Bahrain = 0.89sen / liter

Qatar = 0.72sen / liter

Kuwait = 0.69sen / liter

Libya = 0.46sen / liter

Arab Saudi = 0.39sen / liter

Iran = 0.36sen / liter

Nigeria = 0.33sen / liter

Turkmenistan = 0.26sen / liter

Venezuala = 0.16sen / liter


pehh..murah gila....kalau la aku duduk kat venezuala....aku isi x sampai rm 1 pun dah boleh penuh tangki moto aku.....
_________________
.............
Back to top
View user's profile Send private message
oRden
PostPosted: Sun Jun 05, 2011 12:20 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 19 Feb 2008
Posts: 612

- aku yakin, tukar kerajaan pon, iklim ekonomi + politik m'sia takkan berubah secara signifikan. adalah berubah sikit, tapi perubahan ketara? nope. aku tak yakin.

- alasan utama harga barang naik ialah rege minyak naik. lame excused. minyak naik seposen, teh tarik naik seposen gak. ko buat air teh secawan guna seliter minyak ke mamak? klu camtu jgn letak nama air teh, baik bagik nama minyak teh.

- harga barang boleh dikawal, dengan syarat kerajaan campurtangan pinda akta kawalan harga barang, so that SEMUA barangan yang dijual tertakluk kepada harga siling/kawalan. nak harapkan pengeluar/pengilang timbul kesedaran, lupakan. so kalau benda ni diregulate, takdelah timbul kes kedai A jual gitar mahal gila anjing, kedai online B jual murah hehe..

- indonesia pengeluar minyak gak. PERTAMINA nama kompeni minyak nasional dia. depa cuma keluar daripada OPEC (klu x silap aku la)

- majoriti janakuasa elektrik kat malaysia still guna bahan api fosil, eg arang batu. hidroelektrik masih lom berkembang pesat.
_________________
For those little foofah in the roundabout






"orang yang head banging masa tengah dengar lagu metal akan dikatakan sebagai orang gila oleh orang yang tak dapat dengar muzik tu sedang berkumandang" - Nietzsche
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
Capacity
PostPosted: Sun Jun 05, 2011 3:19 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 10 Nov 2010
Posts: 17
Location: Klang - Shah Alam

nak menyampuk sikit leh tak...

kesan daripada kenaikan barang2 kat Malaysia ni...menyebabkan gaji aku sekarang selepas di tolak-tolak menjadi negatif....diulang negatif...
nak mengeluh pun dah tak boleh...nak mengalir air mata tak leh..
lepas tolak2 duit belanja semua..barnag dapur,keperluan utk anak2,kereta,duit minyak yang boleh buat aku berpeluh bila nak penuhkan tank,bil2 yang tinggi,dll..akhirnya aku terpaksa gunakan kad kredit,akhir bulan bayar kad kredit minimun payment..begitu la aku ulang utk tiap2 bulan.

takpelah aku redha aje...kalau betul la kerajaan nak gunakan duit subsidi yang telah ditarik balik tu utk menampung keperluan rakyat yang lebih penting...aku halalkan..
tapi kalau disimpangkan ke jalan yang lain..cth nak cover utk kempen pilihanraya...memang aku haramkan...
doa org yang teraniaya ni makbul...so org yang kat atas tu pikir2 la..

eh dah jadi tempat luah geram la pulak...sorry yer tuan tanah..

k peace...
Back to top
View user's profile Send private message
SetsunaRX
PostPosted: Sun Jun 05, 2011 10:45 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

Salam: Minyak yg ko list tu minyak jenis diesel or petrol? Kt negara2 ni diorang ada beza jgk ke petrol Ron95 & 97? Minyak negara kita dijual ke mana?


Oden: Aku pn rasa kalo tukar kerajaan keadaan ni x berubah. Seingat aku, manifesto2 PR dari pilihan raya yg lepas pn x trtunai2 lg. Kalo diorang dpt rampas Malaysia ni dari BN, alamatnye brkubur la smua janji2 yg ditabur. Jenuh la pulak rakyat nk kene tuntut sana sini.

Leh ko terangkn mksud ni dgn lebih lnjut, aku x paham la. Mksudnya Pertamina kluar keahlian dari OPEC ke? kenapa?

- indonesia pengeluar minyak gak. PERTAMINA nama kompeni minyak nasional dia. depa cuma keluar daripada OPEC (klu x silap aku la)


Capacity: Rilex bro, jgn nangis2. Kesusahan ko tu turut dirasai kebanyakan rakyat yg lain2. Aku tumpang simpati. Disebabkn kadar inflasi yg meningkat, gaji yg diterima mcm ko ckap la, x ckup. Ini menyebabkn rakyat x dpt mmbuat simpanan, seterusnya xde bekalan utk keperluan hari tua or keperluan pndidikan anak2. Aku paling menyampah bila rege gula naik aritu, bole pulak diorang kata ni rahmat utk mengurangkn kadar penyakit diabetes. Ckap mcm org x penah kluar pejabat, x penah tgk keadaan org2 di luar.


Sbb tu la aku tulis kalo btul tarik balik subsidi utk prbelanjaan lain yg lebih penting, terangkn btul2 kt rakyat, bg kami puas hati. Bkn payah pn, kalo tnjuk buku akaun taraf bank negara pn bkn smua kami ni paham. Tnjuk jela dgn cara yg mudah. Pkcik2 mkcik2 kt kampung tu bkn skolah tinggi2.

Ha, lg 1 aku nk tmbah. Utk pengajian tinggi, masuk je sem baru ni kebanyakan IPT menaikkn harga yuran. Kalo btul TPM kata nk jadikn Malaysia ni hub pndidikan, kenaikan yuran akan mmbuatkn lebih rmai x dpt bayar yuran IPT. Di mana rasional lgkah kenaikan yuran tu?

Skrg ni aku rasa kebanyakan korporat or kenamaan di negara kita ni seperti "menyusu kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan". Aku xde apa2 grudge dgn org2 kt Palestin or Indon. Tp yg aku tgk, masih ramai org2 miskin n trbiar di negara kita ni. Jenuh la mntak bntuan sana sini, x dpt. Aku tgk konvoi2 ke Gaza la, Acheh la, ntah ceruk mana lg la, tu smua nk buat apa? Lbih bnyk org yg sgt memerlukan dlm negara sndiri, tolong la org sndiri dulu. Yg buang masa n duit tabur kt org luar tu buat apa? Dasar kemanusiaan? Jgn nk lagak hero la. Kalau blm btul2 basmi kemiskinan n perbaiki taraf hidup rakyat Malaysia, x jantan la korang. Jgn nk brhujah pasal tggungjawab sesama seagama, aku pn bkn jahil sgt.
_________________
Aku fenin bila mak aku berkata, "gitar tu bnyk2 bukan boleh buat bini!"
Back to top
View user's profile Send private message
Jiro
PostPosted: Mon Jun 06, 2011 5:36 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 14 Feb 2007
Posts: 1933
Location: Shah Alam

-Betul tuh...minyak kita mmg negara kita sendiri tak pakai utk petrol kereta atau diesel...ia nya di jual pada negara luar..terutama industrial industrial yg perlu kan hasil gali kita yg bermutu tinggi nih..

-Dari pandangan aku...mmg aku setuju sgt dan geram bila barang barang naik dan sebagai nya.... macam contoh sape ntah tadi bagi, macam harga minyak naik seposen, pastuh air teh pun nak naik seposen...mmg kimak la kan... tapi dari pada pandangan sudut yg lagi menyakitkan hati....kerajaan naik kan harga...tapi harga gaji pekerja/buruh tak pula nak naik sekali..

-macam contoh..dalam industri transportasi, terutama nya mmg paling terasa bila naik nya harga minyak... maka dengan itu taukeh taukeh lorry nih pun naik kan harga sekilo barang di hantar...tapi gaji driver tanak pulak dia naik kan...

-naik harga barang....tapi taraf kehidupan rakyat bila nak naik? masalah kenaikan harga nih bukan lazim sgt utk negara macam malaysia sahaja...malah di setiap negara ada masalah macam nih...but somehow, negara lain harga naik, majoriti rakyat mereka tidak merasa kesusahan kenaikan harga itu, malah naik taraf hidup meraka, dan juga motivasi utk perbaiki kehidupan...hanya golong minority saja yg terasa susah, dan minority itu mmg sikit sgt, seperti golongan pemalas kerja, penghutang, kemiskinan dari penindasan, kurang ilmu atau kemahiran dalam bidang2 asas pekerjaan. Malah org taraf kampung di negara lain masih lagi mampu enjoy dgn life derang.

-tapi di malaysia..harga naik, tak issue sgt bagi aku...tapi kesenangan rakyat? bagai mana? kerja mau lebih 8 jam sehari...waktu urusan perniagaan tidak memberi peluang utk duit tambahan.

-Bagi aku...let say.. kalau tanak naik kan gaji pekerja, fine...cut sikit la working hour tapi gaji tetap sama...at least org org yg berkerja bukan di dalam profession kerjaya professional boleh buat 2 kerja dalam sehari...macam di setengah negara negara besar adapt kan....pagi kerja start 6 - 3 petang...4 - 10 malam boleh sambung kerja kerja part time yg lebih mudah seperti jaga kedai, atau pelayan restoran dan sebagai nya.

- jadi akhir pandangan dari aku...tak semesti nya fight utk berhenti kenaikan harga...tapi fight utk kenaikan taraf hidup...biar jurang di antara miskin dan kaya tak terlalu jauh..byk kebaikan..seperti generasi akan dtg tak perlu sgt nak bergantung pada PTPTN, BIASISWA atau sebagai nya..masih mampu utk membiayai kos pelajaran dan boleh belajar sama taraf dgn pelajar yg dapat biasiswa. Maka dgn itu kos pemberian biasiswa boleh di bagi pada org yg sgt sgt perlu...org yg malas nak belajar boleh di kurang kan pemberian nya. Mampu menangung kos perubatan kesihatan yg sama ..tak perlu lagi bazir masa minta cuti hanya sebab nak pegi klinik kerajaan. Masa yg di bazir boleh membuah kan gaji utk tanggungan hari esok. Byk lagi kalau nak tulis.

-susulan itu...negara kita, tanggungjawab kita. Kesenangan org atasan, kesusahan org bawahan.
_________________
Support Malaysia Local Band


Romance Not In Fashion
http://www.facebook.com/romancenotinfashion
http://www.myspace.com/rxfband
http://www.reverbnation.com/romancenotinfashion

"A mix is never finished, it’s abandoned."

My Page:
http://www.facebook.com/cjrxf
https://twitter.com/cjrxf
http://greg-livingatthemovies.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
eniQma
PostPosted: Tue Jun 07, 2011 1:56 am    Post subject: Reply with quote

King Korek

Joined: 28 Nov 2009
Posts: 4040
Location: enigma di Kuala Lumpur

Jiro wrote:

- jadi akhir pandangan dari aku...tak semesti nya fight utk berhenti kenaikan harga...tapi fight utk kenaikan taraf hidup...biar jurang di antara miskin dan kaya tak terlalu jauh..byk kebaikan..seperti generasi akan dtg tak perlu sgt nak bergantung pada PTPTN, BIASISWA atau sebagai nya..masih mampu utk membiayai kos pelajaran dan boleh belajar sama taraf dgn pelajar yg dapat biasiswa. Maka dgn itu kos pemberian biasiswa boleh di bagi pada org yg sgt sgt perlu...org yg malas nak belajar boleh di kurang kan pemberian nya. Mampu menangung kos perubatan kesihatan yg sama ..tak perlu lagi bazir masa minta cuti hanya sebab nak pegi klinik kerajaan. Masa yg di bazir boleh membuah kan gaji utk tanggungan hari esok. Byk lagi kalau nak tulis.


Aku stuju ngan yg nih...
salah satu faktor, "orang kita" selalu bising harga naik itu ini...sebab "orang kita" sangat lah manja.... semua nak senang, belajar malas...gaji rendah sape yg salah? tak mau berniaga...takut risiko...takde duit nak beli susu anak? sape yang salah? hisap rokok nak yg mahal ajer...harge barang naik bising, tapi boleh pulak tukar sport rim mahal2...anak kawin,tak mau kalah ngan jiran kalau buat kenduri...duit yg dibazirkan tak tau pergi mana manfaatnye...yg tau hanya kondem org lain...bukan aku nak kata "orang lain" tu takde salah....at least pikir lah salah sendiri dulu... bangkai cimpanzi seberang laut boleh bau...taik sendiri tak flush, boleh wat derk je tahan bau...ape kes?
_________________
I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios

If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
oRden
PostPosted: Tue Jun 07, 2011 3:36 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 19 Feb 2008
Posts: 612

setrx: aku cuma tau pertamina pernah keluar daripada OPEC, tapi aku tak tau sebab dia kenapa. Malaysia tak layak sertai OPEC sebab seingat aku nak sertai OPEC kena lepas kuota tertentu pengeluaran minyak sehari (cam 1juta tong/hari)

pasal bantuan ke luar negara tu, for some reason, depa kena buat sebab populariti (nak tunjukkan mereka prihatin n alert isu semasa, n tunjuk sosial responsibility), n other, sebab nak potong cukai (kompeni boleh dikecualikan cukai sebanyak beberapa percent, kalau diorang menyumbang dalam badan2 kebajikan yang ada dalam list cam PBSM kalau tak silap aku). nak kata ramai orang malaysia miskin, kena tunjuk statistik. n kena terangkan, apa yang dimaksudkan sebagai 'miskin'?

for some reason, kita ada baitulmal/zakat (pelajar miskin boleh mintak bantuan zakat, tapi ramai yang tak tau benda ni, termasuklah aku. aku tau pun sebab ada member aku mohon), tapi pengagihannya tu tak berapa efektif. then satu lagi, sebabnya ada yang patut bayar zakat tak bayar zakat daa....


as for free education, aku menentang approach ni. bagi aku, the best ialah buat macam ptptn sebelum ni (sekarang dah ada balik eh?), iaitu kalau ko perform, ptptn tu jadi biasiswa, kalau tak perform, jadi pinjaman, kena bayar. tengokla, study dengan duit pinjam pun ramai student main2. kalau study tu free? lagilah ramai yang main2. hehe
_________________
For those little foofah in the roundabout






"orang yang head banging masa tengah dengar lagu metal akan dikatakan sebagai orang gila oleh orang yang tak dapat dengar muzik tu sedang berkumandang" - Nietzsche
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
ETERNAL
PostPosted: Tue Jun 07, 2011 3:52 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Aug 2005
Posts: 3382
Location: Dreamland

penipu = kaya
jujur = miskin

sekian...
_________________
KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
salammmm
PostPosted: Tue Jun 07, 2011 3:57 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Dec 2009
Posts: 1573
Location: perak

ETERNAL wrote:
penipu = kaya
jujur = miskin

sekian...



so.. marilah kita menjadi seorg jadah yg baik dan menuruti kate2 jadah perempuan atok kite....>>credit to jib
_________________
.............
Back to top
View user's profile Send private message
jibraun
PostPosted: Tue Jun 07, 2011 5:33 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 29 Jul 2008
Posts: 1216
Location: Kepong

Jangan juga jadikan jadah2 mase depan dunia ini keliru...

eh ape yg aku ckp...du dudu

jujur = miskin + teraniaya...
_________________
ESP Horizon
Fernandes Telegram
Rocktron Velocity V25D
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3  Next Page 1 of 3

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group