Author |
Message
|
absence |
Posted: Mon Jan 02, 2006 2:55 pm Post subject: NEW YEAR THREATS! |
|
|
Joined: 23 Dec 2003 Posts: 290 Location: Tanah Jawa
|
Bagi sesiapa yang berada di Paul's Place kelmarin (31/12/2005) sudah tentu akan teringat tentang insiden ini. Lebih kurang 400++ orang telah dibawa ke Balai Polis Brickfields di atas pertuduhan melakukan perhimpunan haram dan 'dipercayai' melakukan aktiviti-aktiviti berunsur BLACK METAL.
Saudara-saudaraku sekalian,
Saudara ABY HURAIRA (suicidal clothing, mouthhate) telah ditahan di lokap di Balai Polis Brickfields bersama beberapa orang rakan yang lain di atas pertuduhan sebagai 'ketua pergerakan BLACK METAL MALAYSIA'. Apakah ini semua? saya ada bersama mereka ketika di awal penahanan kesemua dari kita, di mana saya tahu, yang Aby hanya menceritakan perihal positif berkenaan hardcore, mesej yang cuba disampaikan dan pelbagai lagi; adakah ini yang mereka gelarkan BLACK METAL?
Media-media seperti Harian Metro, Suratkhabar2 komersil lain (termasuk yg berbahasa cina) NTV7, TV3, RTM mengerumuni Balai Polis Brickfields malam kelmarin untuk mengambil gambar2 mereka yang terlibat. Sungguh mudah bagi media memanipulasikan fikiran masyarakat. Banner 'crystal lake', 'suicidalclothing', 'demiserecords' sengaja di'eksploitasi'kan melalui gambar2 dengan headline yang bakal menjelma 'inilah banner kumpulan BLACK METAL'. Apakah ini semua?
Apa yang boleh kita lakukan?
malam tadi atas insentif beberapa orang rakan kita, beberapa orang peguam telah sukarela membantu memfailkan saman terhadap pihak polis brickfields kerana:-
(a)tidak mengeluarkan ID pengenalan Polis ketika membuat penahanan
(b)menahan kesemua yang mengunjungi Paul's Place tanpa usul periksa dengan alasan terlibat dengan black metal (nota: ramai juga telah ditahan kerana berada di sekitar kawasan berkenaan tanpa usul periksa. contohnya mereka yang tengah minum-minum di kedai mamak berhampira, peniaga di hadapan pauls place etc ------> adilkah begitu?)
(c)mengesyaki melakukan aktiviti black metal yang diwar2kan oleh MASTIKA (seperti memeriksa beg2 dengan alasan mungkin menyimpan Al-Quran untuk dipijak2)
anda boleh membuat sesuatu. we're growing more stronger and better after this. rakan2ku, please don't give up.... stay true, stand up, fights for, whats right, hardcore pride!
Dan ini sebahagian petikan dari akhbar HARIAN METRO
Edisi Nasional: Ganti Pesta Langkawi
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Zainal Zawawi Mohamed
am@hmetro.com.my
KONSERT LEPAS GERAM GENG BLACK METAL
KUALA LUMPUR: Selepas cubaan mengadakan pesta liar di Langkawi digagalkan pihak berkuasa, sebahagian peminat muzik Black Metal menjadikan konsert sempena sambutan tahun baru di Jalan Klang Lama, di sini, sebagai medan melepaskan perasaan.
Ini diakui sendiri pengunjung konsert muzik liar berkenaan kepada polis selepas mereka ditahan kerana menghadiri pesta sambutan tahun baru tanpa permit itu dalam sebuah bangunan empat tingkat di Jalan Klang Lama, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata seorang pemuda 20-an yang ditahan memberitahu dia menghadiri konsert itu kerana tidak dapat menghadiri pesta seks tepi pantai yang dirancang diadakan di Pantai Cenang, Langkawi.
Katanya, pemuda itu memaklumkan dia berbuat demikian sebagai alternatif untuk berhibur sempena sambutan tahun baru 2006.
Menurutnya, polis menghidu kegiatan kumpulan Black Metal itu berdasarkan risikan yang dilakukan sejak beberapa minggu lalu.
“Selepas mendapat maklumat lengkap, sepasukan 30 anggota polis bersama lima pegawai diketuai Cif Inspektor Azhar Muda, menyerbu bangunan berkenaan pada jam 11 malam kelmarin.
“Ketika serbuan, semua ahli kumpulan Black Metal itu sedang ghairah menari termasuk beberapa gadis bertudung yang dikatakan menjadi penyeri ‘gig’ itu.
“Hasil serbuan itu, seramai 380 pengunjung terdiri 310 lelaki dan 70 remaja perempuan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.
Selain itu, katanya enam warga Singapura dan enam warga Jepun turut ditahan bersama pengunjung konsert berkenaan.
“Selain tangkapan, polis turut merampas pelbagai produk, risalah, cakera padat dan kaset, buku ideologi dan baju-T yang ada kaitan dengan kegiatan tidak bermoral kumpulan terbabit.
“Secara dasar walaupun mereka tidak mengaku ahli Black Metal, segala bukti yang dirampas itu menunjukkan wujud unsur Black Metal yang cuba diserapkan,” katanya.
Malah katanya, semua remaja berbaju-T hitam itu sanggup berasak di ruang sempit dan bercampur gaul antara lelaki dengan wanita, sambil melakukan aksi seperti memuja syaitan.
Sementara itu, kumpulan remaja Melayu yang menghadiri konsert terbabit didapati turut disajikan pelbagai jenis arak yang dijual penganjur dengan harga istimewa iaitu sekitar RM7 hingga RM10 bagi setiap tin.
Bagaimanapun, kebanyakan remaja beragama Islam terbabit enggan mengaku meneguk minuman haram itu, sebalik mendakwa ia kepunyaan pemilik bangunan yang disewa untuk pesta muzik terbabit.
Anehnya, ketika serbuan polis mendapati kebanyakan remaja yang diberkas sedang memegang tin minuman keras selain yang bertaburan di lantai di tingkat empat bangunan terbabit.
Selain itu, polis mendapati setiap peserta yang menyertai pertunjukan muzik ala Black Metal itu diwajibkan membayar RM15 seorang sebelum diberikan tiket khas oleh penganjur.
Setiap tiket dicop dengan perkataan ‘Paul’s Place’ sebelum diberikan nombor siri khas bagi membolehkan pemiliknya mendapat cabutan nombor bertuah.
Pertunjukkan muzik liar terbabit diberi tema ‘This Year’s Final Threat’ dipercayai membabitkan persembahan beberapa kumpulan muzik termasuk dari Jepun.
Selain itu, pelbagai buku mengenai ideologi kumpulan muzik ‘bawah tanah’ itu ditemui dalam beg beberapa remaja yang ditahan, termasuk The Uprising, Stop The Clock dan DURGA.
Malah, turut ditemui risalah berhubung album kumpulan pemuzik Black Metal seperti Evil Semen, Disgorge, Oxidised Razor, Kabak, Straight Answer, Second Combat, Devilica dan pelbagai kumpulan lain yang memperjuangkan muzik melampau.
Sementara itu, Dzuraidi sempat menemubual enam remaja yang ditahan bagi mendapatkan maklumat berhubung tindakan mereka menyertai pesta muzik liar terbabit.
DZURAIDI: Adakah awak pernah menyertai pesta Black Metal sebelum ini?
JAWAPAN: Tak pernah. Apa yang kami buat hanyalah berhibur untuk mencari bakat baru dan rakan semata-mata. Muzik kami tak sama dengan Black Metal. Kami tak ada unsur memuja, sembelih kambing atau puja darah. Semua itu tak masuk akal dan hanya propaganda media. Walaupun muzik kami terpekik terlolong namun tujuannya hanya untuk happy (berseronok).
DZURAIDI: Awak semua tahu atau tidak perhimpunan itu salah dan tidak sah mengikut undang-undang?
JAWAPAN: Saya sebenarnya tak tahu apa-apa. Saya diajak kawan-kawan.
DZURAIDI: Awak setuju atau tidak sekiranya saya katakan aktiviti terbabit adalah tidak sihat?
JAWAPAN: Kami cuma menyampaikan lagu dengan mesej positif sebagai contoh hidup tanpa dadah, tak ada unsur pemujaan dan ia semata-mata muzik.
DZURAIDI: Apa pandangan awak terhadap gejala Black Metal?
JAWAPAN: Kebanyakan anggota Black Metal adalah bekas pelajar. Mereka mudah terhasut untuk menjadi ahli Black Metal.
DZURAIDI: Kenapa ada penjualan arak dalam pesta muzik ala Black Metal itu sedangkan majoritinya dikunjungi remaja Islam?
JAWAPAN: (tergamam seketika) Itu saya tak tahu... mungkin pemilik bangunan yang jual atau orang lain.
DZURAIDI: Jika benar tidak ada unsur pemujaan dan syaitan dalam muzik yang awak perjuangkan mengapa ada risalah perkataan syaitan (evil) dan lambang Yahudi dan ayat lucah ‘f***’ yang dirampas polis?
JAWAPAN: (terdiam) Saya tak tahu perkara itu. Mungkin peserta lain yang bawa.
DZURAIDI: Awak tidak rasakah bahawa pesta terbabit membabitkan pergaulan bebas beratus remaja lelaki dan gadis dalam keadaan sesak sebagai tidak bermoral?
JAWAPAN: Muzik adalah bebas dan jika difikirkan apa yang kami lakukan tidak jauh beza dengan tindakan orang ramai yang mengunjung konsert Akademi Fantasia. [/b] _________________ komunite lusuh + the existence of a new submission + |
|
Back to top |
|
|
huzai |
Posted: Mon Jan 02, 2006 3:06 pm Post subject: |
|
|
Angsakawan
Joined: 18 Nov 2004 Posts: 1731
|
|
Back to top |
|
|
absence |
Posted: Mon Jan 02, 2006 3:19 pm Post subject: |
|
|
Joined: 23 Dec 2003 Posts: 290 Location: Tanah Jawa
|
kalau sesapa tgk brita tv3 terasa mcm kita ni puak yahudi dibuat, salah btol la kira, yg NTV7 plak pon sama balaci, RTM lagi best takda censored langsung gambo budak2 ni, METRO tak payah crita la kan, suka btol bende2 mcm ni diorg putar belitkan.
Kepada sesapa yg pergi Press Conference tadi kat Paul Place tolong update ok? _________________ komunite lusuh + the existence of a new submission + |
|
Back to top |
|
|
kurt_maisu |
Posted: Mon Jan 02, 2006 3:36 pm Post subject: |
|
|
Joined: 18 Oct 2004 Posts: 499
|
citer sensasi utk tahun baru !
memang hampeh..bile masa lak pesta seks ada kaitan ngan gig ni ?
mana la haprak tu dapat citer ? ntah person tu x wujud pun...
ni memang dah tahap melampau...
Quote: | Sementara itu, kumpulan remaja Melayu yang menghadiri konsert terbabit didapati turut disajikan pelbagai jenis arak yang dijual penganjur dengan harga istimewa iaitu sekitar RM7 hingga RM10 bagi setiap tin.
|
disajikan ? hahaha...500 org..takkan semua telan kot ? aku rasa kat kl & selangor tu ada berpuluh - puluh pub + disko + restoran non muslim yg ada jual arak kat org islam..eh why the highlight ?
takut kene red tape ke ?
Quote: |
DZURAIDI: Awak tidak rasakah bahawa pesta terbabit membabitkan pergaulan bebas beratus remaja lelaki dan gadis dalam keadaan sesak sebagai tidak bermoral?
|
ni lagi la bangang...AF pun sesak gak..boleh menangis la apa la...sedangkan mende tu lagi la x molek... _________________ my rig 25/7/10-
monsterpiece npn fuzz
proco rat 2
danelectro fab tone
behringer gd121 (mesa mode )
behringer vibrato
ibanez tonelok phaser
line 6 dl4
kaoss pad 2
facebook :- maisuismaisu
chech our myspace site :- myspace.com/bunyibising
Last edited by kurt_maisu on Mon Jan 02, 2006 3:40 pm; edited 1 time in total |
|
Back to top |
|
|
karbaid |
Posted: Mon Jan 02, 2006 3:38 pm Post subject: |
|
|
Joined: 18 May 2004 Posts: 409 Location: Workplace: Kluang..... Hometown: BP
|
kasihan kami semua. kasihan pada kawan-kawan. kasihan pada semua orang.
- banjoe..... |
|
Back to top |
|
|
Jailhouserock |
Posted: Mon Jan 02, 2006 6:05 pm Post subject: |
|
|
Joined: 13 Jun 2005 Posts: 198 Location: Not of this earth
|
media brengset!!! _________________ "Augmented scales can turn you into a giraffe.." an anonymous giraffe |
|
Back to top |
|
|
ZiNK |
Posted: Mon Jan 02, 2006 11:15 pm Post subject: |
|
|
Joined: 08 Feb 2005 Posts: 815 Location: Setapak, KL
|
|
Back to top |
|
|
adam |
Posted: Mon Jan 02, 2006 11:42 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 15 Jul 2004 Posts: 1391
|
|
Back to top |
|
|
okta |
Posted: Tue Jan 03, 2006 12:22 am Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 11 Apr 2004 Posts: 1139 Location: Taiping
|
can they stand reading their own artikel? |
|
Back to top |
|
|
GryMlock |
Posted: Tue Jan 03, 2006 2:49 am Post subject: |
|
|
Joined: 24 Nov 2003 Posts: 3699 Location: Agombak Ago go!
|
hehe. aku masih tak boleh paham apsal orang-orang bijak pandai yg dok sibuk nak highlite isu blek metal ni macam tak reti buat research. bukan ke nak tulis kat sokabor ni? belajo mengeja je ke apa kat skolah menulis?
ish ish. sedih sungguh. _________________ [ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ] |
|
Back to top |
|
|
adzakael |
Posted: Tue Jan 03, 2006 2:54 am Post subject: |
|
|
Joined: 18 Jan 2004 Posts: 386
|
aku rase la attitude diorang adelah
benda2 mcm black metal ni takyah diresearch
x de nilai pon
cukup dgn buat assumption dr satu dua sources
x kisahla kalu source tu weak gile _________________ http://www.adzakael.com |
|
Back to top |
|
|
ZiNK |
Posted: Tue Jan 03, 2006 3:00 am Post subject: |
|
|
Joined: 08 Feb 2005 Posts: 815 Location: Setapak, KL
|
but these stuff the media wrote can sometimes draw attention to some people... and in the end they show interests in these stuffs... i'm a living example... in 2001 i kinda got curious about black metal... in 2002 i got brave enough and start buying and listening to metal albums... then i was interested in the underground scene... and now... i end up here in i-bands. hahaha. but the chance of it happening is very slim... _________________ Death Crew Productions
http://www.myspace.com/deathcrewproductions
[url]deathcrewproductions@yahoo.com[/url]
http://www.myspace.com/deadzinkc |
|
Back to top |
|
|
GryMlock |
Posted: Tue Jan 03, 2006 3:18 am Post subject: |
|
|
Joined: 24 Nov 2003 Posts: 3699 Location: Agombak Ago go!
|
|
Back to top |
|
|
omarjamaludin |
Posted: Tue Jan 03, 2006 3:29 am Post subject: |
|
|
Site Admin
Joined: 18 Feb 2004 Posts: 2615 Location: Tmn Melawati
|
|
Back to top |
|
|
GryMlock |
Posted: Tue Jan 03, 2006 3:33 am Post subject: |
|
|
Joined: 24 Nov 2003 Posts: 3699 Location: Agombak Ago go!
|
|
Back to top |
|
|
|