back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3, 4, 5  Next
 Ciri-Ciri BLACK METAL mengikut Berita harian « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
undefined
PostPosted: Tue Jan 24, 2006 11:57 am    Post subject: Ciri-Ciri BLACK METAL mengikut Berita harian Reply with quote



Joined: 08 Dec 2003
Posts: 1301
Location: gelogor, penang, malaysia

* dari berita harian:

Black Metal haram
Oleh Azrina Ahzan


Pengamal boleh dikenakan tindakan mengikut hukum syarak



PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam semalam memutuskan ajaran Black Metal yang diasaskan kumpulan muzik berirama rock berat dari Barat adalah haram dari segi Islam.

Pengerusi Jawatankuasa majlis itu, Datuk Dr Shukor Husin, berkata dengan fatwa itu, pihak yang mengamalkan ajaran Black Metal kini boleh dikenakan tindakan mengikut hukum syarak.

Katanya, pihak berkuasa agama negeri kini dalam proses mewartakan undang-undang mengharamkan ajaran kumpulan itu mengikut Enakmen Jenayah Syariah.

“Kita sedang tunggu pihak berkuasa agama negeri untuk fatwa ini diwartakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah.

“Bila kita dah haramkan Black Metal, pihak berkuasa agama negeri akan berunding. Terpulanglah kepada negeri (untuk ambil tindakan),” katanya selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-72 di sini, semalam.

Beliau berkata, tindakan pengikut ajaran Black Metal yang memijak al-Quran, memuja syaitan, anti-Tuhan dan mengamalkan seks bebas adalah jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

“Selepas mengkaji dan menilai, Majlis Fatwa Kebangsaan mendapati Black Metal adalah kumpulan sesat dan ajarannya bercanggah dengan ajaran syariah Islam.

“Oleh itu, semua pihak khususnya ibu bapa perlu segera mencegah perkara ini daripada terus merebak dan memastikan tidak berlaku sebarang peningkatan golongan Black Metal di negara ini,” katanya

Selain itu, Dr Shukor berkata, majlis turut membincangkan mengenai penggunaan ayat al-Quran dan hadis sahih untuk mengubati penyakit rohani.

“Penggunaan ayat al-Quran ini sudah digunakan secara meluas sejak zaman dulu sama ada ditiup di kepala pesakit atau dibacakan pada air untuk diminum atau disapu pesakit.

“Tetapi, penggunaannya secara komersial tidak dibenarkan kerana ia dikhuatiri boleh menyebabkan khurafat iaitu mempercayai kuasa lain selain Allah,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam yang menggunakan ayat al-Quran untuk tujuan perubatan perlu menganggap ia sebagai doa untuk mengubati sesuatu penyakit yang dihidapi mereka.


FAKTA: Majlis Fatwa Kebangsaan perjelas tindakan ajaran bercanggah Islam

Ajaran Black Metal yang menggalakkan pengikutnya memijak al-Quran, memuja syaitan, anti-Tuhan dan mengamalkan seks bebas menjadi punca ia diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun adalah tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu mendengar muzik Black Metal.

Susunan muzik dan lirik Black Metal banyak diilhamkan daripada ideologi antipembangunan, antiagama, perlakuan kejam dan memuja syaitan.

Mula berkembang di Malaysia berikutan penubuhan kumpulan Tormentor, Brain Dead, Skull Head, Sillhanaz dan Suffercation.

Muzik Black Metal dihasilkan untuk mempengaruhi peminatnya supaya menafikan kewujudan agama melalui lirik yang merosakkan minda dan memesongkan akidah.

Lirik dalam lagu Black Metal dengan jelas mengajak pengikut memuja syaitan dan membenci Tuhan.

Ia turut menganjurkan beberapa acara pemujaan seperti memijak al-Quran selain mengamalkan seks bebas.

Pengikut Black Metal turut mengamalkan seks bebas, meminum darah dan minum arak.

Mempunyai kitab sendiri yang mencampuradukkan beberapa ayat suci al-Quran tulisan rumi, hadis dan Injil.

Ada ahli kumpulan yang dikatakan memasukkan titisan darah mereka ke dalam gelas yang dipercayai bercampur darah kambing dan kemudian diminum.

Ada remaja wanita yang berbogel sambil mengoyak al-Quran dan ditaburkan, sebelum menghina ayat suci itu dengan melakukan seks di atas cebisan naskhah al-Quran.

INFO: Black Metal

Black Metal adalah muzik yang muncul pada awal 1980-an, sama era muzik Heavy Metal. Ia berkembang daripada Thrash Metal sama seperti Death Metal.

Pengasas muzik Black Metal ialah seperti kumpulan Venom, Mercyful Fate, Bathory, Hellhammer, Bulldozer, Celtic Frost dan Mayhem.

Nama Black Metal diilhamkan daripada tajuk album kumpulan Venom ‘Black Metal’ yang bermaksud logam hitam.

Black Metal mengukuhkan kedudukannya pada masa kini dengan dipengaruhi kumpulan muzik dari Norway seperti Darkthrone, Enslaved, Burzum, Mayhem, Immortal, Ancient dan Emperor.

Muzik ini jelas menjurus kepada pemujaan syaitan dan liriknya antiagama.

Ciri-ciri Muzik Black Metal

Petikan gitar menggunakan irama muzik yang keras.

Lirik yang memuja syaitan, unsur pemujaan atau mengutuk agama.

Bunyi gitar yang nyaring dan juga menggunakan bunyi gitar yang tebal.

Pengeluaran album yang terhad kerana permintaan yang kurang.

Muzik laju, ketukan dram agresif dan bingit. Kadang kala ketukan dikurangkan.

Kebiasaannya menggunakan keyboard elektronik. Juga memasukkan bunyian biola, organ dan iringan koir bagi memasukkan elemen orkestra.

Nada bunyi yang tinggi dengan suara yang menjerit


Sejarah Black Metal

Pemain gitar Mayhem berbangsa Norway, Oystein Aarseth atau lebih dikenali Euronymous adalah anggota yang paling menonjol pada lewat 1980-an dan awal 1990-an. Black Metal yang diperkenalkan Aarseth ada kaitan dengan National Socialist Black Metal (NSBM- ada pengaruh neo-Nazi), beliau memasukkan elemen yang menentang Yahudi.

Pergerakan kumpulan itu dilakukan secara sembunyi bermula di bilik bawah tanah kedai muzik milik Aarseth. Kemudian dikembangkan di kalangan sahabat rapat mereka. Bilik bawah tanah itu dikenali sebagai Helvete (neraka). Kedudukan rumah itu turut menempatkan studio rakaman yang menghasilkan produk Mayhem dan kumpulan lain yang berada di bawah label mereka.
_________________
http://www.facebook.com/pages/PREDICATE-NOT-DEFINED/78606712588
http://www.myspace.com/azwimusic
http://amp.channelv.com/azwimusic
Back to top
View user's profile Send private message
cartman, eric
PostPosted: Tue Jan 24, 2006 1:05 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 05 Jan 2006
Posts: 491

Laughing Laughing Laughing
ok wait a minute... Laughing Laughing
black metal is banned according to the Fatwa but it's legal to listen
to Black Metal music. is it just me or did they contradickted themselves... Rolling Eyes
so which law upholds..??

Quote:
Bunyi gitar yang nyaring dan juga menggunakan bunyi gitar yang tebal.
and what now..?? they are guitar tone experts..??
bunyi gitar nyaring..?? hmm... the late M.Sharif (rest his soul) pon bunyi nyaring gak.. was he black metal..??
so technically the whole of the 60's is Black Metal...Shocked Shocked
Quote:
Muzik laju, ketukan dram agresif dan bingit. Kadang kala ketukan dikurangkan.
....Laughing Laughing

*sorry can't carry on typing....need to roll on the floor..*

Laughing Laughing Laughing
_________________
"Jean Claude Van Damme is back. In the same crap you've seen over and over, and over again"
Pablo Franscisco stand up routine
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
omarjamaludin
PostPosted: Tue Jan 24, 2006 1:46 pm    Post subject: Reply with quote

Site Admin
Site Admin

Joined: 18 Feb 2004
Posts: 2615
Location: Tmn Melawati

'kadang kala ketukan di kurang kan ' tu mmg kelakar..

patut tambah 'kadang2 suara slow pastu kuat skit'
_________________
my photoblog - http://sigemok.blogspot.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website MSN Messenger
totziens
PostPosted: Tue Jan 24, 2006 1:51 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Feb 2005
Posts: 1210
Location: Petaling Kurang Berjaya

Now what??...they wanna bring religion into this as well??

I only have 1 word to say "they have nothing better to do".

Logam hitam pula....cis!!!!
Back to top
View user's profile Send private message
ZiNK
PostPosted: Tue Jan 24, 2006 5:02 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 08 Feb 2005
Posts: 815
Location: Setapak, KL

kalau diorg cakap black metal bukan haram didengar... so xbleh la diorg nk raid gig black metal lagi... hehe
_________________
Death Crew Productions
http://www.myspace.com/deathcrewproductions
[url]deathcrewproductions@yahoo.com[/url]

http://www.myspace.com/deadzinkc
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
IZZI
PostPosted: Wed Jan 25, 2006 12:28 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 11 Dec 2004
Posts: 3447
Location: Melbourne, Australia

macam ni la.. pendapat aku.. senang je point dia..

main la muzik apa pun tapi liriknya biarlah ada faedah, memberi menfaat dan mengajak kepada kebaikan. Aku berpendapat tak salah kalau nak main muzik black metal tapi tak perlu kepada budaya black metal seperti amalan anti agama dan lain2. Cukup sekadar muzik. Menyeru kebaikan tak semestinya menyuruh beribadat.. suruh org tarik pam selepas menggunakan jamban awam pun dikira menyeru kebaikan.

Skrg ada contoh band yang bawak music ala2 zaman hippies (zaman dadah dan sex bebas).. Tapi band tu hanya memainkan muzik dan liriknya positif : I am what i am - deja voodoo.. Confirm tak kena ban.

So buat la lagu black metal ke 'dogpile grey' metal ker tapi lirik tak payah la anti agama, mencarut2 tak tentu pasal.. anti la benda2 lain mcm anti rasuah ke, anti sex bebas anti gay ke.. then boleh la pijak2 buku2 yg perjuangkan gay.. buat kitab ikrar anti rasuah ker.. then tak ada alasan nak kena ban..
_________________
Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com
Back to top
View user's profile Send private message
Erylasia
PostPosted: Wed Jan 25, 2006 12:58 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 02 Jan 2005
Posts: 3118
Location: Kuala Terengganu

yaaa,.. aku setuju,.... kawan2 jom buat lagu black metal dgn lirik,.. suruh org tarik pam selepas menggunakan jamban awam Laughing Laughing
_________________
http://www.reverbnation.com/erylasia
http://www.facebook.com/erylasia
http://www.myspace.com/erylasia
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Erylasia
PostPosted: Wed Jan 25, 2006 1:00 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 02 Jan 2005
Posts: 3118
Location: Kuala Terengganu

Quote:
Bunyi gitar yang nyaring dan juga menggunakan bunyi gitar yang tebal.


wan ko kena berhati-hati kalau nak beli pickup texas US tu,.. sebab bunyi dia nyaring dan tebal,... nanti ko kena tangkap,.. hehehhee Very Happy

mujur laa sound gitar aku tak setebal sound gitar ko wan,.. selamat aku,..hehehe Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing
_________________
http://www.reverbnation.com/erylasia
http://www.facebook.com/erylasia
http://www.myspace.com/erylasia
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
IZZI
PostPosted: Wed Jan 25, 2006 1:36 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 11 Dec 2004
Posts: 3447
Location: Melbourne, Australia

HAHAHHA.. ekauu nihh!!

aku dah tak jadi beli la pickup texas special.. gua tgh gila jeff beck skrg.. so nak beli Fender Hot Noiseless jer.. pastikan yg orijinelll!
_________________
Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com
Back to top
View user's profile Send private message
Erylasia
PostPosted: Wed Jan 25, 2006 1:38 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 02 Jan 2005
Posts: 3118
Location: Kuala Terengganu

wah jeff beck,.. lepas ni ape plak,.. dulu neil Schon,..
_________________
http://www.reverbnation.com/erylasia
http://www.facebook.com/erylasia
http://www.myspace.com/erylasia
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
adzakael
PostPosted: Thu Jan 26, 2006 2:26 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 18 Jan 2004
Posts: 386

sesape bole confirmkan benda ni tak
psl kewujudan band ni

Band:Bismi Iblyss
Lagu:Romantic Rape In Jannah
I Will Dance On Your Grave
Bimi Iblyss Eeroorh Maar Neir Roorh Hiemz

info ni aku petik dari Mastika
_________________
http://www.adzakael.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Erylasia
PostPosted: Thu Jan 26, 2006 7:00 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 02 Jan 2005
Posts: 3118
Location: Kuala Terengganu

hu tak pernah dengar pun nama ni,..hehehe jahatnyerr nama,..ulps,.. wujud ke band ni,.. Very Happy
_________________
http://www.reverbnation.com/erylasia
http://www.facebook.com/erylasia
http://www.myspace.com/erylasia
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Scumgrief
PostPosted: Thu Jan 26, 2006 8:16 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 02 Mar 2004
Posts: 744

aku try search kat internet, jumpa another thread yang diorang diskuss mastika tu macam tu ultimate in truth....
_________________
Can you feel the groove?
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
HuntressM00n
PostPosted: Fri Jan 27, 2006 7:25 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Sep 2005
Posts: 1581
Location: undisclosed

adzakael wrote:
sesape bole confirmkan benda ni tak
psl kewujudan band ni

Band:Bismi Iblyss
Lagu:Romantic Rape In Jannah
I Will Dance On Your Grave
Bimi Iblyss Eeroorh Maar Neir Roorh Hiemz

info ni aku petik dari Mastika



no the band Bismi Iblyss does not exist, if i am not mistaken. Because the music scene is pretty small, everybody knows each other.
_________________
"Thus let my enemy's blood be spilled
like water and sink into the earth."
- By Irene
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail MSN Messenger
kalium
PostPosted: Sat Jan 28, 2006 5:31 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 05 Oct 2005
Posts: 218

adzakael wrote:
sesape bole confirmkan benda ni tak
psl kewujudan band ni

Band:Bismi Iblyss
Lagu:Romantic Rape In Jannah
I Will Dance On Your Grave
Bimi Iblyss Eeroorh Maar Neir Roorh Hiemz

info ni aku petik dari Mastika


Bismi Iblyss, heh...
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3, 4, 5  Next Page 1 of 5

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group