Joined: 05 Oct 2005 Posts: 218
|
Now, wouldn't it be interesting if 300+ people in black t-shirts dropped by for the question and answer session?
Road trip!
Quote: | 01/15/2006
B Harian (Edisi Timur) - 13 Jan 2006
Seminar bincang penularan ajaran sesat, black metal
KUALA TERENGGANU: Persatuan Pelajar Usuluddin Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) akan menganjurkan seminar bagi membincangkan kepincangan masyarakat, termasuk penularan ajaran wahabi, ajaran sesat dan black metal.
Seminar Kebangsaan Kefahaman Tasawuf Nusantara itu akan diadakan pada 13 Februari ini di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kusza dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
Pengarah program, Mohd Rashidi Wahab, berkata seminar itu diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cabang ilmu tasawuf yang menjadi salah satu panduan hidup masyarakat.
"Seminar sehari yang julung kali dianjurkan ini dijangka dihadiri 700 peserta termasuk dari Brunei, Thailand, Singapura dan Indonesia," katanya pada sidang akhbar di kolej itu, baru-baru ini.
Antara ahli panel yang akan membentangkan kertas kerja ialah Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Islam Kusza, Dr Abdul Manam Mohammad; Dr Muhd Uthman El-Muhammady (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia); Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa; pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah UKM, Dr Sulaiman Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (Pengkaji), Wan Shaghir Wan Abdullah.
Mohd Rashidi berkata, antara topik menarik yang akan dibincangkan ialah Konsep Tasawuf Menurut Kacamata Ahli Sufi, Penerapan dan Pelaksanaan Tasawuf Dalam Kehidupan Masa Kini dan Cabarannya serta Kitab Al-Hikam dan Pengaruhnya dalam Pengajian Tasawuf di Malaysia.
Peserta luar negara dikenakan bayaran RM200 manakala peserta tempatan RM100 dan pelajar RM50.
Orang ramai yang berminat menyertai seminar itu boleh menghubungi Urus Setia Seminar Kebangsaan Kefahaman Tasawuf Nusantara di Kusza atau Mohd Redhwan Nordin di talian 017-9750548 atau e-mel tasawwuf_nusantara@yahoo.com. sebelum 3 Februari ini. | |
|