back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2  Next
 MUZIK MENURUT ISLAM « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
STONE
PostPosted: Wed Feb 16, 2005 9:31 pm    Post subject: MUZIK MENURUT ISLAM Reply with quote



Joined: 28 Mar 2004
Posts: 562
Location: THE SON OF NORTHERN DARKNESS

Sebagai pencinta muzik, kita memerlukan byk knowledge kan??? so, ni aku de dpt skit info.. bukan nk tunjuk pandai tapi untuk knowledge je.. utk semua... Wink

MUZIK ANTARA PRO DAN KONTRA
www.hasrizal.com


MUQADDIMAH


Di antara perkara yang masih menjadi khilaf di kalangan ulama’ ialah hukum muzik. Para ulamak’ sejak zaman silam telah cuba mengupas masalah ini berdasarkan kepada kefahaman nas-nas yang ada diseragamkan dengan uslub istinbat hokum sebagimana yang tertera di dalam kanun perundangan Islam. Muzik terus menjadi salah saau isu yang sukar untuk diputuskan hukumnya. Para ulama’ dan fuqaha’ telah berijtihad dalam menentukan hukumnya dan mereka terbahagia kepada dua golongan; golongan yang mengharuskan dan golongan yang mengharamkan. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara ini.

Muzik di masa kini telah mengalami perkembangan yang begitu pesat dibandingkan dengan zaman permulaan Islam dan seterusnya di zaman-zaman keagungan Islam sebagai kuasa besar dunia. Kalau dulu, irama muzik tidak dapat didengari melainkan di majlis-majlis atau kelab-kelab muzik dan nyanyian. Dahulu alatan muzik hanya dimainkan dan iramanya hanya didengar oleh golongan-golongan tertentu seperti peminum-peminum arak dan lelaki-lelaki pondan yang digolongkan sebagai ahli fasiq dan maksiat. Golongan lelaki yang mempunyai sifat kelelakian yang sempurna dianggap ‘aib sekiranya memainkan atau mendengar irama muzik. Kini, segala-galanya telah berubah. Dunia moden menyaksikan revolusi kebendaan yang menakjubkan. Muzik kini boleh didengari di mana-mana sahaja. Buka sahaja TV atau radio, insan moden boleh mendengar berbagai-bagai jenis muzik, tidak perlu bersusah-payah menghadiri majlis atau kelab muzik. Lelaki yang sentiasa mendengar alunan nasyid atau pukulan duf (rebana kecil) atau gendang melalui kaset dan seumpamanya adalah perkara biasaa yang tidak mengaibkan dan tidak menjatuhkan maruahnya.[i] Muzik-muzik yang didengari melalui TV atau radio yang digunakan untuk rancangan-rancangan seumpama berita, peristiwa atau perpindahan antara satu rancangan dengan rancangan yang lain adalah muzik-muzik yang tidak menimbukan ‘aib kepada pendengarnya di masa kini.

Berdasarkan kepada waqi’ yang berubah dan uruf atau adat umat Islam yang bertukar, penulis cuba mengupas kembali persoalan muzik yang menjadi tanda tanya kebanyakan umat Islam di masa kini. Di dalam risalah ringkas ini penulis akan cuba membentangkan pandangan-pandangan ulama’ dahulu dan sekarang dan cuba membuat kesimpulan di akhir perbahasan ini.



MANUSIA DAN SENI


Manusia adalah makluk yang dibekalkan oleh Allah SWT dengan perasaan, tabiat dan kecenderungan semulajadi yang sudah menjadi fitrah kejadian manusia.. Jiwa dan perasaan manusia perlu disahut kehendak-kehendaknya sebagaimana manusia memberikan hak-hak tertentu kepada akal dan tubuh badannya.

Apabila jiwa dan batin ditekan atau tidak disahut kecenderungannya, ia akan cepat memberontak menyebabkan kehidupan tidak tenteram. Islam telah mengiktiraf hak-hak batin manusia melalui firman Allah Taala:

“... Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)” Ali Imran : 14



Namun, dalam menyahut kehendak batin dan jiwa, Islam meletakkan batas-batas tertentu. Batas-batas ini sekiranya dilanggar akan menyebabkan kerosakan dan kemudaratan kepada individu dan masyarakat muslim. Di sinilah terpancarnya keunggulan Islam dalam memastikan kebahagiaan hidup makhlukNya di bumi Allah SWT yang menjadikan manusia dan Maha Mengetahui seelok belok dan kehendak hambaNya. Lantaran itu, Allah murka kepada orang yang mengharamkan perhiasan dan kelazatan-kelazatan yang telah dikurniakan olehNya kepada hamba-hambaNya di pentas dunia ini.



FirmanNya:



“Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hambaNya dan mengharamkan rezeki yang baik.” Al-A’raaf : 32

FirmanNya lagi:



“Jangan kamu lupa bahagian kamu daripada kehidupan dunia ini.” Al-Qasas: 77



Muzik adalah sebahagian daripada seni. Mendengar irama muzik merupakan satu wasilah untuk melapangkan jiwa yang hambar dan fikiran yang berserabut. Dengan menyanyi (atau bernasyid) dan mendengar irama-irama tertentu seseorang itu boleh gembira atau sedih, tenang atau gelisah dan sebagainya. Perkara ini adalah fitrah yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun, tua atau muda, kecil atau besar. Hatta janin di dalam kandungan ibu bertindak balas dengan suara nyanyian ibunya sebagaimana hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Kajian Sains Diraja England.[ii]

Perkembangan dunia seni mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan tamadun. Ia berkembang selari dengan perkembangan sesebuah tamadun bangsa. Sekiranya kita kembali kepada sejarah ketamadunan Islam kita mendapati kebenaran fakta ini. Di permulaan pembinaan tamadun Islam, iaitu di zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ Ar-Rasyidin, seni tidak begitu dititikberatkan kerana umat Islam sibuk berjuang di jalan Allah SWT untuk meluaskan empayar Islam. Tiada masa bagi mereka untuk bersuka ria dan memberikan perhatian kepada perkara-perkara sisipan dalam kehidupan seperti seni. Apabila kuasa Islam semakin meluas dan berlaku persekongkolan tamadun dengan Parsi, India, Rom dan sebagainya, bidang seni semakin berkembang.[iii] Umat Islam yang hidup dalam keamanan dan kemewahan mula mencari hiburan dan suka ria untuk memenuhi kelazatan dan kesenangan hidup. Lantaran itu berkembanglah dunia seni dengan pesatnya. Alat-alat muzik diimport daripada tamadun-tamadun lain seperti Parsi dan India. Mereka mula tenggelam dalam dunia kemewahan, bersuka ria dan hiburan yang berlebihan dan bercanggah dengan batas-batas Allah SWT. Natijahnya umat mula melupai kewajipan mereka. Kehidupan bercampur aduk dengan unsur-unsur maksiat, empayar Islam semakin lemah kerana lemahnya pemimpin dan rakyat, akhirnya satu demi satu jajahan Islam dirampas oleh musuh dan mengakibatkan kehancuran empayar Islam dan kehinaan umatnya. Inilah gambaran apa yang berlaku kepada Khilafah Othmaniyyah di Turki.

Di abad ini alam Islami menghadapi perkembangan dunia seni yang lebih mencabar. Dengan berlakunya persekongkolan tamadun dengan barat, umat Islam diserang dengan arus massa yang amat deras. Tamadun material Barat telah mengeksport ke dunia Islam berbagai-bagai corak seni yang meliputi perfileman, drama, nyanyian, dokumentari dan seumpamanya melalui wasilah-wasilah massa seperti TV, radio, wayang, video, komputer, satelit dan sebagainya.

Barat yang tidak mengerti halal dan haram menjadikan dunia seni seumpama neraka jahannam yang menjadi ancaman yang amat merbahaya dan suka ditangkis oleh umat Islam di masa kini. Umat Islam seolah-olah sudah tidak bermaya lagi untuk menangkis serangan-serangan tersebut. Mereka seumpama ‘Pak Angguk’ yang menerima sahaja segala apa yang dikurniakan oleh barat kepada mereka tanpa menilai baik atau buruk, membina atau tidak. Lantaran itu menjadi kewajipan umat Islam untuk menghadapi serangan media massa yang hebat ini demi keagungan Islam. Umat Islam perlu mengemukakan alternatif-alternatif baru yang dapat menggalang-gantikan bentuk-bentuk hiburan Barat yang jauh lebih melencong daripada batas-batas Allah SWT.



BUKU-BUKU KARANGAN ULAMA’-ULAMA’ TENTANG MUZIK DAN NYANYIAN



Para ulama’ Islam sejak zaman silam telah membincangkan masalah ini dengan panjang lebar. Ada di antara mereka yang mengarang buku khas membincangkan masalah ini dan ada yang memasukkan perbincangan mereka bersama bab-bab lain.

Di antara buku-buku karangan yang khas membincangkan masalah ini ialah:



1. As-Simaa’ : Muhammad bin Thahir Al-Maqdisi Al-Qaisarani (448H – 507H)

2. Hukmul Islam fil Ghina’ : Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (w. 751H)

3. Kaffur Ri’aa ‘An Muharramatil Lahwi Was Simaa’ : Ibnu Hajar Al-Haitami (w. 973H)

4. Kasyful Qinaa’ ‘An Wajhis Simaa’ : Abdul Wahab As-Sya’rani (898H – 973H)

5. Iedhahud Dhilalat Fi Simaa’il Aalat : Abdul Ghani An-Nablusi (1050H – 1143H)

6. Al-Imtaa’ Wal Intifaa’ bi Mas’alati Simaa’is Simaa’ : Ibnu Durraj Al-Busti (w. 693H)

7. Farhul Asmaa’ Bi Rukhasis Simaa’ : Al-Imam Mohd As-Syazili At-Tunisi.

8. Al-Imtaa’ fi Ahkamis Simaa’ : Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi.



Sementara buku-buku yang diselitkan di dalamnya perbincangan tentang perkara ini, di antaranya ialah:



1. Talbisul Iblis : Ibnul Jauzi Al-Baghdadi (w. 579H)

2. Madaarijus Saalikin wa Ighatsatul Lihafan : Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (w. 751H)

3. Rasaa’il Ibn Hazm & Al-Muhalla : Ibnu Hazm Al-Andalusi

4. Kalimaatus Sufiyyah : Ibnu Sina (w. 328H)

5. ‘Awaariful Ma’arif & Aadabul Muridien : As-Sahrurudi Al-Baghdadi.

6. Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah : Al-Imam Al-Qusyairi (367H – 465H)

7. Al-Lama’ : Abu Nasr As-Siraj At-Thusi.

8. Ihya Ulumiddin : Abu Hamid Al-Ghazali (450H – 505H).

9. Al-Mughni : Ibnu Qudamah Al-Hanbali.

10. Mughni Al-Muhtaj : Al-Khatib As-Syarbaini (w. 977H).

11. Hasyiar Raddil Mukhtar : Ibnu ‘Abidin Al-Hanafi.

12. Naylul Authar : Al-Imam Asy-Syaukani.



Ulama’-ulama’ terkini tidak ketinggalan mengemukakan pandangan dan kajian mereka berdasarkan waqi’ masa kini. Di antara buku-buku yang menyentuh hal ini ialah:



1. As-Simaa’ ‘Indas Sufiyyah : Dr. Kaukab ‘Amir (Universiti ‘Ain Syams).

2. Al-Islam wal Funun Al-Jamilah : Dr. Muhammad ‘Imarah.

3. Al-Islam wa Qadhaya Al-Fann Al-Muasir : Yasin Muhammad Hasan.

4. Malamih Al-Mujtama’ Al-Muslim : Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

5. Al Mufassal fi Ahkamil Mar’ah wal Baitil Muslim - juzuk 4 bab 8 : Al-Lahw wal La’b : Dr. Abdul Karim Zaidan.

6. Al-Lahwul Mubah fil Asril Hadith Bima Yuwafiqusy Syar’al Hanif : Abu Huzaifah Ibrahim bin Muhammad.



JENIS-JENIS ALAT MUZIK[iv]



Alat Yang Dipukul Atau Diketuk



Antaranya:

1. Ad-Daf – rebana kecil.

2. Tamborin.

3. Gendang – At-Thabl.

4. Al-Kubisah – sejenis gendang yang ramping tengahnya, lebar kedua hujungnya (tabla).

5. As-Safaaqatan @ As-Sanj – dua piring tembaga yang dilagakan untuk menghasilkan bunyi.

6. Gong.



Alat Yang Dipetik


Antaranya:

Al-‘Ud atau Al-Muzhir : Kecapi
Ar-Rabab : Rebab (seperti biola)
At-Tanbur : Gambus
Al-Bazaq : Sejenis gambus kecil.
Biola.
Gitar
Piano.
Alat Yang Ditiup


Antaranya:

An-Nay : Sejenis serunai
Al-Mizmar : Serunai
Asy-Syababah / Al-Yara’ : sejenis seruling.
Klarinet
Saksofon
Trompet
Organ
Trombon
Harmonika


HUKUM ALAT-ALAT MUZIK DI DALAM KHAZANAH ULAMAK SILAM


Alat-alat yang dipukul atau diketuk[v]



1. Ad-Duff (Rebana Kecil)



Duf ialah sejenis alat muzik yang disepakati oleh para ulamak keharusan penggunaannya. Hukum ini berdasarkan kepada hadith-hadith Rasulullah SAW yang secara terang menyebut keharusan penggunaan alat ini. Di antaranya:



a. Hadith riwayat Muhammad bin Hatib daripada Rasulullah SAW[vi]:



“...Pemisah antara halal dan haram ialah pukulan duf.”



b. Hadith riwayat Khalid bin Zakuan daripada Ar-Rabie’ binti Mu’awwiz bin ‘Afra’ :



“Masuk Nabi SAW – ketika mula-mula berkesedudukan denganku (selepas perkahwinan)- lalu duduk di atas hamparan seperti kedudukan kamu (Khalid bin Zakuan) daripada aku. Di ketika itu beberapa hamba perempuanku sedang memukul duf dan meratapi kematian bapa-bapaku dalam Peperangan Badar. Salah seorang daripada mereka mendendangkan kata-kata: Di sisi kami Nabi yang mengetahui perkara akan datang. Lantas Nabi SAW menegur: “Tinggalkanlah kata-kata ini dan teruskan nyanyianmu.” (Riwayat Bukhari)



c. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi di dalam Sunannya[vii]:



“... Keluar Nabi SAW dalam satu peperangan. Apabila pulang, datang seorang hamba perempuan hitam lalu berkata: “ Wahai Rasulullah, aku telah bernazar sekiranya engkau pulang dengan selamat, aku akan memukul duf sambil menyanyi”. Nabi SAW menjawab: “Sekiranya engkau telah bernazar, buatlah sebagaimana dinazarkan, sekiranya tidak, maka tidak perlu”.



Hukum Lelaki Yang Memukul Duf


Para ulamak bersepakat bahawa wanita dibenarkan memukul duf. Tetapi mereka berselisih pendapat pada hukum lelaki menggunakan alat ini, adakah harus atau sebaliknya. Dalam hal ini terdapat dua pandangan:



i. Pendapat yang mengatakan haram lelaki memukul duf. Mereka menyandarkan pandangan ini kepada adat dan ‘uruf. Di mana memukul duf (di zaman dahulu) hanya dilakukan oleh kaum wanita sahaja. Oleh itu, lelaki yang memukul duf dianggap meniru perbuatan kaum wanita dan termasuk di dalam golongan yang disifatkan oleh Nabi SAW: “Rasulullah SAW melaknat lelaki-lelaki yang menyerupai (meniru) wanita” – hadith dikeluarkan oleh Bukhari di dalam Sahihnya daripada ‘Ikrimah daripada Ibnu Abbas. Dikeluarkan juga oleh Ahmad di dalam Musnadnya daripada hadith Ata’ bin Abi Rubah daripada Abu Hurairah. (Sahih Bukhari 8/305, Al-Fathul Bari 19/322



Mereka juga berdalilkan hadith-hadith yang hanya menyebut kaum wanita dan hamba-hamba perempuan sahaja memukul duf tanpa ada riwayat yang menyebut kaum lelaki di zaman salaf memukul duf.



Pendapat ini ialah pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafi’e, jumhur ulamak mazhab Hanbali dan Asbagh – seorang ulamak mazhab Maliki.



ii. Pendapat yang mengharuskan lelaki memukul duf, kerana tiada nas yang mengharamkannya. As-Subki (seorang ulamak Syafie) mengatakan: “...dari segi asalnya, lelaki dan wanita bersekongkol dalam hukum-hakam melainkan ada nas yang membezakan antara keduanya. Adapun dalam masalah ini tiada nas yang membezakan antara lelaki dan wanita dari sudut keharusan memukul duf. Tambahan pula, memukul duf tidak hanya dikhaskan untuk wanita semata-semata.”

Mereka yang berpendapat sedemikian ialah Jumhur ulamak Maliki, Jumhur Mazhab Syafie dan pendapat Imam Ahmad bin Hanbal dari sebahagian pengikutnya.



Bilakah Diharuskan Lelaki Memukul Duf?


Berlaku perselisihan pendapat di kalangan fuqaha’ pada tujuan dan keadaan yang dibenarkan memukul duf. Mereka terbahagi kepada dua mazhab:



Pendapat pertama: Harus memukul duf untuk melahirkan rasa kegembiraan dan mewujudkan suasana kemeriahan di dalam upacara-upacara atau sambutan yang dibenarkan oleh syara’. Umpamanya perkahwinan, berkhatan, sambutan hari raya, menyambut kepulangan musafir (haji dan lain-lain) dan sebagainya. Mereka yang berpendapat demikian ialah sebahagian ulamak mazhab Hanafi, Jumhur mazhab Syafie, sebahagian ulamak mazhab Hanbali, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan Ibn Hazm Al-Andalusi.



Pendapat kedua: Memukul duf diharuskan untuk upacara perkahwinan sahaja. Ia adalah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki, jumhur fuqaha’ mazhab Hanafi, sebahagian ulamak mazhab Hanbali dan salah satu pendapat fuqaha’ Syafie.



2. Gendang (Tabla)



Para fuqaha’ berikhtilaf pada hukum memukul gendang dan mendengar bunyinya. Pendapat-pendapat mereka adalah seperti berikut:



i. Fuqaha Hanafi dan sebahagian Fuqaha’ mazhab Syafie:

Haram memukul gendang yang bertujuan untuk bersuka ria semata-mata. Sementara fuqaha’ Syafie bersepakat mengharamkan sejenis gendang yang dinamakan ‘Kubah’, sama ada bertujuan untuk bersuka ria semata-mata atau maksud-maksud yang lain.

ii. Fuqah’ Maliki:

Haram memukul gendang dan mendengar pukulannya (dan seluruh jenisnya) melainkan di dalam upacara perkahwinan.

iii. Ulamak Hanafi:

Memukul gendang untuk tujuan-tujuan selain daripada bersuka ria seperti gendang perang, perkahwinan, dan gendang menyambut ketibaan musafir adalah diharuskan. Termasuk di dalam hukum ini, juga gendang sahur yang digunakan pada bulan Ramadhan untuk mengejutkan umat Islam pada waktu sahur.

iv. Fuqaha’ Syafie:

Harus memukul gendang-gendang selain daripada kubah, gendang-gendang untuk bersuka ria semata-mata dan Al-Kabar. Iaitu harus memukul gendang perang, gendang haji, gendang sahur dan gendang hari raya.

v. Fuqaha’ Hanbali:

Haram menggunakan keseluruhan alat yang melalaikan melainkan duf. Mengikut mazhab mereka, haram memukul gendang sama ada dalam upacara perkahwinan atau sebagainya.



3. Al-Kubah, Sejenis gendang yang ramping tengahnya dan lebar kedua hujungnya.



Para fuqaha’ Syafie sepakat mengharamkan alat ini. Pengharamannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ar-Rafi’ie dan An-Nawawi kerana ia adalah alat yang biasa digunakan oleh lelaki-lelaki pondan. Al-Imam An-Nawawi menyatakan, “...tiada beza antara kubah dengan duf dan gendang-gendang yang lain melainkan kubah, ia adalah alat yang menjadi syiar lelaki-lelaki pondan. Sekiranya tidak, hukumnya sudah pasti seperti hukum duf.”



4. As-Safaqataan, Sejenis alat yang terdiri daripada dua piring tembaga yang dilagakan untuk mengeluarkan bunyi.



Para fuqaha’ dalam menentukan hukumnya terbahagi kepada 4 mazhab :



i. Hanafi, Hanbali dan yang muktamad di dalam mazhab Syafie, iaitu haram memukul dan mendengar iramanya.

ii. Sebahagian ulamak mazhab Syafie, Ibn Hazm Al-Andalusi, Abdul Ghani An-Nablusi dan Ibn Tahir Al-Qaisarani, iaitu harus memukul dan mendengar bunyinya.

iii. Maliki, iaitu harus menggunakannya di dalam upacara perkahwinan sahaja.

iv. Sebahagian fuqaha’ mazhab Syafie, tidak memutuskan hukumnya sama ada halal atau haram.



Hukum Alat Muzik Yang Dipetik[viii]



Para fuqaha’ berselisih pendapat di dalam masalah ini dan mereka terbahagi kepada dua mazhab.



1. Pendapat yang mengharamkannya – sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya. Ia adalah pendapat Ibnu Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki. Ibnu hajar Al-Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya.



Dalil Mereka:

i. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau mentafsirkan (lahwul hadith) yang difirmankan di dalam surah 6 Surah Luqman dengan alat-alat yang melalaikan, dan di antaranya ialah alat-alat muzik. Alat-alat yang dipetik tergolong di dalam alat-alat muzik yang melalaikan.

ii. Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Ghanam, daripada Abu Malik Al-Asy’ari, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “...Akan ada beberapa kaum daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat-alat muzik (al-ma’azif – lafaz am yang meliputi juga alat-alat yang dipetik – pent.)” – Riwayat Bukhari; ... dan alat-alat yang dipetik adalah sebahagian daripada alat-alat muzik yang disebut di dalam hadith berkenaan.

iii. Daripada Abu’ Umamah, sabda Nabi SAW[ix]: “.... sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat kepada sekalian alam. Allah SWT memerintahkan aku menghapuskan alat-alat muzik dan serunai. Oleh itu tidak harus membeli hamba-hamba wanita pemain alat-alat tersebut dan tidak harus menjual, mengajar dan meniagakan mereka. Begitu juga, harga mereka adalah haram.”

iv. Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW[x]: Ijmak : Ibnu Hajar Al-Haitami berkata, “...alat-alat yang dipetik adalah alat-alat yang biasa digunakan oleh golongan fasiq dan maksiat. Ulamak telah berijmak pada pengharamannya. Sesiapa yang menyangka ada khilaf pada perkara ini, sesungguhnya telah melakukan kesilapan”.

v. Dalil Aqli:

· Alat-alat tersebut menghiburkan dan melalaikan daripada zikrullah, solat dan membaca A-Qur’an. Di samping itu berlaku juga pembaziran wang dan masa.

· Alat-alat tersebut adalah syiar golongan fasiq dan maksiat. Islam melarang meniru cara hidup golongan-golongan ini.

· Kelazatan yang dihasilkan dengan mendengar alat-alat ini boleh membawa kepada maksiat dan kefasikan.



2. Pendapat yang mengharuskan – Mereka yang berpendapat demikian ialah:



1. Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit, Abdul Rahman bin Hassan dan Kharijah bin Zaid.

2. Said bin Musayyab, Ata’ , Sya’bi, Az-Zuhri dan kebanyakan fuqaha’ Madinah.

3. Ibnu Thahir menyatakan, “...ia adalah ijmak Ahli Madinah” (dakwaan ijmak ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam kitabnya Kaffur Ri’aa’.

4. Sebahagian fuqaha’ Maliki, tetapi mereka menghadkan pengharusan tersebut untuk upacara perkahwinan sahaja.

5. Al-Mawardi meriwayatkan keharusan penggunaan kecapi (Al-Aud) di sisi sebahagian ulamak Syafie.

6. Ibnu Hazm, Abdul Ghani An-Nablusi, As-Syazili At-Tunisi dan Idfawi mengharuskannya dengan syarat-syarat berikut:

+ Niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’

+ Tujuan yang tidak melanggar batas-batas syara’.


Dalil Mereka
i. Perbuatan sebahagian sahabat mendengar petikan kecapi dan memiliki hamba-hamba wanita pemain kecapi, sebahagian diriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian dan Amru bin Al-‘Aas.

ii. Ijmak Ahli Madinah sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibnu Thahir Al-Maqdisi. Pendapat ini telah ditentang oleh Ibnu Hajar yang mendakwa ia adalah rekaan dan pendustaan Ibnu Tohir semata-mata.[xi]



Alat-alat Yang Ditiup[xii]


Para fuqaha’ di dalam perkara ini terbahagi kepada dua mazhab:



1. Pendapat yang mengharamkannya – mereka yang berpendapat sedemikian ialah:



1. Ibnu Abbas dan Ibnu Umar.

2. Mazhab Hanafi melainkan Nobat yang digunakan untuk tujuan memberi peringatan @ isyarat (tanbih)

3. Mazhab Maliki, melainkan untuk upacara perkahwinan.

4. Mazhab Syafie dan Hanbali



Dalil Mereka



i. Firman Allah SWT di dalam surah Luqman ayat 6. Ibnu Abbas menafsirkan (lahwul hadith) dengan perkara-perkara yang melalaikan termasuklah alat muzik yang meliputi alat-alat yang ditiup.

ii. Hadith riwayat Nafie’ Maula Abdullah bin Umar[xiii]: “Ibnu Umar terdengar suara serunai, lantas beliau meletakkan dua jarinya di kedua-dua lubang telinganya dan beredar daripada jalan yang dilaluinya. Beliau berkata kepadaku (Nafie’) : “wahai Nafie’, adakah engkau masih mendengar suara itu?” Aku menjawab, “tidak”. Lalu dia mengangkat kedua-dua jarinya daripada telinganya seraya berkata, “aku dahulu bersama Nabi SAW di suatu ketika, tiba-tiba Baginda terdengar suara seperti suara tadi, lantas Baginda melakukan sebagaimana yang telah aku lakukan.”

iii. Hadith riwayat Abu Umamah, sabda Nabi SAW[xiv]: “... Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku sebagai rahmat ke seluruh alam dan memerintahkan aku menghapuskan seluruh alat-alat muzik dan serunai.”

iv. Hadith riwayat Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda[xv]: “Dua suara yang dilaknat Allah di dunia dan di akhirat, suara serunai ketika kesenangan dan raungan ketika musibah.”

v. Hadith riwayat Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda[xvi]: “Di hari kiamat kelak Allah SWT berkata: “Di manakah hamba-hambaKu yang telah membersihkan pendengaran dan penglihatan mereka daripada seruling-seruling syaitan, pisahkan mereka”. Lalu mereka dipisah dan dikumpulkan di dalam haruman kasturi dan anbar. Kemudian Allah SWT berkata kepada para malaikatNya: “Perdengarkan zikir yang mensuci dan mengagungkan Daku. Lalu mereka diperdengarkan suara yang tidak pernah didengari oleh sesiapa pun sebelum itu.” - Riwayat Ad-Dailami.

vi. Dalil Aqli : Alat-alat tersebut adalah syiar golongan fasiq, maksiat dan peminum-peminum aral. Ia juga biasa menaikkan syahwat dan nafsu. Lantaran itu ia boleh melalaikan daripada mengingati Allah SWT.



2. Pendapat yang mengharuskannya – mereka yang berpendapat demikian ialah:



1. Ibnu Kinanah daripada fuqaha’ mazhab Maliki yang mengharuskan serunai dan trompet (Al-Bauq) tetapi dengan syarat tidak berlebih-lebihan.

2. Sebahagian ulamak Syafie mengharuskan penggunaan Al-Yara’ – sejenis seruling.

3. Ibnu Thahir, Ibnu Hazm Al-Andalusi, Abdul Ghani An-Nablusi, Asy-Syazili At-Tunisi dan Al-Idfawi Asy-Syafie.



Dalil Mereka



1. Hadith yang diriwayatkan oleh Nafie’ Maula Abdullah bin Umar[xvii]: “Ibnu Umar terdengar suara serunai, lantas beliau meletakkan dua jarinya di kedua-dua lubang telinganya dan beredar daripada jalan yang dilaluinya. Beliau berkata kepadaku (Nafie’) : “wahai Nafie’, adakah engkau masih mendengar suara itu?” Aku menjawab, “tidak”. Lalu dia mengangkat kedua-dua jarinya daripada telinganya seraya berkata, “aku dahulu bersama Nabi SAW di suatu ketika, tiba-tiba Baginda terdengar suara seperti suara tadi, lantas Baginda melakukan sebagaimana yang telah aku lakukan.”



Hujah mereka, sekiranya mendengar suara serunai haram, sudah tentu Nabi SAW juga akan melarang Ibnu Umar mendengar suara tersebut. Begitu juga Ibnu Umar akan melarang Nafie’ mendengarnya dan melarang peniup serunai daripada terus meniup serunainya. Ini menunjukkan suara serunai tidak haram. Ada pun perbuatan Nabi SAW yang meletakkan kedua jarinya di telinga dan beredar daripada jalan yang dilalui adalah kerana sifat wara’ yang ada pada diri Baginda SAW.



Hujah mereka ini ditolak oleh ulamak-ulamak kumpulan pertama yang mengharamkannya berdasarkan kepada beberapa sebab: Antaranya ialah kerana terdapat perbezaan di antara As-Simaa’ (terdengar tanpa sengaja) dan Al-Istima’ ( mendengar dengan sengaja). As-Simaa’ sebagaimana yang berlaku di dalam hadith di atas tidak membawa kepada dosa kerana ia berlaku tanpa disengajakan.



2. Dalil Aqli : Alat-alat muzik diharamkan bukan kerana ainnya (zatnya) yang haram, malah hukum haram alat-alat tersebut ditentukan oleh niat dan tujuan ia dimainkan. Ini adalah berdasarkan kaedah Al-Umur bimaqasidiha iaitu sesuatu perkara itu adalah berdasarkan tujuannya (niat).

3. Sebahagian ulamak Syafie yang mengharuskan penggunaan al-yara’ – sejenis serunai, menyatakan bahawa tiada dalil yang tsabit mengharamkan penggunaan alat tersebut.



BERSAMA ABU HAMID AL-GHAZALI



Al-Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Al-Ghazali telah membincangkan permasalahan hukum nyanyian dan muzik dengan panjang lebar dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin dalam juzuk yang kelapan bahagian Al-Adat. Al-Ghazali di dalam perbincangannya telah membahaskan hukum muzik dan alatnya daripada pelbagai sudut sebelum mengeluarkan pandangannya. Beliau tidak hanya berpegang dengan zahir nas malah cuba menggali di sebalik nas, sebab dan ‘illah diharamkan beberapa alat muzik sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi SAW dalam hadith-hadith Baginda. Ini bertitik tolak daripada pegangan beliau bahawa nyanyian dan muzik adalah kelazatan-kelazatan dunia yang asalnya adalah halal dan harus. Sebab itulah beliau memasukkan perbincangan beliau tentang hukum hakam nyanyian dan muzik dalam bahagian adat (rub’ul adat). Adat-adat sebagaimana dimaklumi hukum asalnya adalah harus dan halal. (Al-Aslul fil Adat Al-Ibahah – asal di dalam adat adalah harus)



Al-Ghazali menyatakan bahawa irama boleh dihasilkan melalui alatan seumpama serunai, kecapi dan gendang atau melalui kerongkong haiwan atau manusia. Alatan muzik yang direka cipta pada asalnya adalah meniru makhluk-makhluk Allah SWT. Serunai yang direka adalah meniru suara yang dikeluarkan oleh kerongkong haiwan. Seandainya mendengar irama-irama merdu yang dikeluarkan oleh haiwan atau manusia diharuskan maka mendengar irama alat-alat muzik tiada beza hukumnya iaitu harus dan halal. Patut dikiaskan suara (irama) yang dihasilkan oleh alatan seumpama gendang, rebana, serunai dengan suara haiwan dan manusia kerana semuanya adalah suara atau bunyi.



Al-Ghazali menegaskan sebab pengharaman alatan yang dipetik dan ditiup (seperti serunai) sebagaimana yang disebut dalam hadith Nabi SAW bukan kerana alatan tersebut menimbulkan kelazatan kepada pendengar. Sekiranya demikian sudah tentulah diharamkan semua jenis suara atau irama yang membangkitkan kelazatan kepada pendengar. Kerongkong manusia, gendang, rebana kecil (duf) dan binatang-binatang seperti burung mempunyai potensi untuk menghasilkan irama-irama merdu yang mampu membangkitkan kelazatan di dalam sudut hati pendengar. Walau bagaimanapun Islam tidak mengharamkan suara-suara tersebut. Oleh itu Al-Ghazali menyatakan sebab pengharaman alatn yang disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW adalah kerana alatan-alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq, maksiat dan peminum-peminum arak dan menjadi syiar mereka. Al-Ghazali seterusnya menghuraikan sebab tersebut di dalam noktah-noktah di bawah:



1. Irama alatan tersebut mengajak pendengar kepada arak kerana kelazatan iramanya disempurnakan dengan meminum arak. Hal ini ada persamaannya dengan pengharaman meminum sedikit arak walaupun ia tidak memabukkan kerana boleh membawa kepada meminum kadar arak yang boleh memabukkan.

2. Kepada orang yang baru berjinak dengan arak, bunyi-bunyi alatan tersebut boleh mengingatkannya kepada majlis-majlis arak. Perlakuan “mengingat” ini boleh membawa kepada perlakuan meminum arak.

3. Alat-alat tersebut adalah syiar ahli fasiq dan maksiat. Mereka menggunakan alatan tersebut untuk bersuka ria di dalam majlis-majlis mereka. Berdasarkan kepada sebab ini, digalakkan meninggalkan perkara-perkara sunnah yang menjadi syiar ahli bid’ah untuk mengelakkan menyerupai mereka. Pengharaman al-kubah adalah kerana ia biasa digunakan oleh lelaki-lelaki pondan. Sekiranya tidak sudah tentu tiada beza antaranya dengan gendang haji, gendang perang dan seumpamanya.



Begitulah pandangan Imam Al-Ghazali tentang hukum penggunaan alat-alat muzik. Beliau melihat di sana wujudnya sebab diharamkan alat-alat yang disebut pengharamannya melalui lisan Nabi SAW. Sekiranya hilang (gugur) sebab tersebut sudah tentulah gugur hukum pengharamannya. Bagi beliau semua perkara yang baik (At-Thayyibat) adalah halal melainkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kerosakan.



Firman Allah SWT:



“Katakanlah wahai Muhammad, siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hambaNya dan mengharamkan rezeki yang halal.” – Surah Al-A’raaf : 3



Justeru itu suara dan irama yang dihasilkan melalui alat-alat muzik, tidak haram ain atau zatnya tetapi ia menjadi haram hukumnya disebabkan unsur-unsur luaran sebagaimana diterangkan di atas.



PENDAPAT ULAMAK-ULAMAK MASA KINI TENTANG MUZIK



Ulamak-ulamak Islam masa kini tidak ketinggalan menyumbangkan pandangan-pandangan mereka terhadap hukum muzik yang menjadi titik perbezaan pendapat di kalangan ulamak sejak zaman berzaman. Mereka terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan yang mengharuskannya dan golongan yang mengharamkan. Mereka yang mengharamkan berpegang kepada nas-nas Al-Quran dan sunnah serta ‘illah yang disebut oleh ulamak-ulamak terdahulu. Cuma ada juga khilaf di kalangan mereka tentang alat-alat yang diharuskan. Ada juga yang menghadkannya kepada duf sahaja. Mereka ini pula berikhtilaf lagi pada keadaan-keadaan dibenarkan memukul dufdan siapakah yang diharuskan menggunakannya.



1. Pendapat pertama menyatakan bahawa duf hanya boleh digunakan di dalam upacara-upacara perkahwinan, hari raya, dan suasana-suasana kegembiraan yang lain seperti berkhatan. Hanya kaum perempuan sahaja yang dibenarkan memukul duf. Pendapat ini ialah pendapat Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Saleh Fauzan, Syeikh Muhammad bin Saleh Al-‘Usaimin dan Syeikh Nasiruddin Al-Albani. Mereka bersandarkan kepada mazhab Hanbali.[xviii]

2. Pendapat kedua pula menyatakan duf boleh digunakan dalam semua keadaan dan boleh dipukul oleh kaum lelaki dan wanita.



Golongan yang lain pula ialah ulamak-ulamak masa kini yang mengharuskan penggunaan duf dan gendang sahaja bersandarkan kepada pendapat-pendapat ulamak terdahulu sebagaimana yang telah diterangkan di dalam helaian-helaian yang terdahulu.



Seterusnya ada ulamak-ulamak masa kini yang mengharuskan penggunaan seluruh alat muzik tanpa ada pengecualian tetapi mereka meletakkan syarat-syarat dan batas-batas penggunaan alat tersebut agar tidak bertentangan dengan hukum Allah SWT. Mereka yang berpendapat demikian antaranya ialah:



1. Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitabnya Malamih Al-Mujtama’ Al-Muslim.

2. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam Al-Mar’ah wa Baitil Muslim juzuk 4 bab 8 iaitu Babul Lahwi wal La’ab.

3. Dr. Mohammad Imarah di dalam bukunya Al-Islam wal Funun Al-Jamilah.

4. Dr. Kaukab ‘Amir dalam bukunya As-Simaa’ ‘Inda As-Sufiyyah.



Pendapat mereka sama dengan pandangan beberapa ulamak terdahulu seperti Ibnu Hazm Al-Andalusi, Ibn Tahir Al-Qaisarani, Abdul Ghani An-Nablusi, Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie dan Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.



Sebahagian daripada mereka seperti Al-Qardhawi berpendapat demikian kerana hadith-hadith yang mengharamkan alat-alat muzik pada pandangan beliau sama ada sahih ghair sarih (sahih tetapi tidak nyata) ataupun sarih ghair sahih (nyata tetapi tidak sahih). Nas-nas yang seumpama ini tidak mampu untuk memutuskan hukum kerana hukum mestilah diputuskan dengan nas yang sahih wa sarih (sahih dan nyata).[xix]



Sebahagian yang lain pula seperti Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab A’mempunyai pandangan yang sama dengan Al-Ghazali. Mereka menyatakan pengharaman alat-alat yang disebut di dalam nas-nas hadith adalah kerana ia merupakan syiar ahli fasiq dan maksiat. Pada pandangan mereka muzik tidak haram dari sudut irama atau bunyinya. Tetapi yang menjadikannya haram ialah unsur-unsur luaran yang lain iaitu ia adalah alatan yang biasa digunakan di dalam majlis-majlis dan tujuan-tujuan yang bertentangan dengan batas syara’. Justeru itu alat-alat tersebut tunduk kepada perubahan tempat dan masa. Penggunaan alat-alat ini juga mestilah berlegar dala lingkungan yang dibenarkan oleh syara’ iaitu:[xx]



1. Niat penggunaan alat-alat tersebut dan pendengar iramanya hendaklah betul berdasarkan kaedah Al-umur Bimaqasidiha.

2. Tujuan dan suasana digunakan alat-alat tersebut ialah tujuan dan suasana yang baik, mulia dan tidak bertentangan dengan batas-batas syara’.



Dr. Kaukab ‘Amir menyatakan: “Pada hakikatnya majlis-majlis arak pada hari ini seperti kelab-kelab malam menggunakan seluruh alat muzik yang ada sekarang. Majlis-majlis tersebut tidak lagi menggunakan alat-alat tertentu (seperti zaman dahulu) malah keseluruhan alat digunakan. Oleh itu tidak mungkin untuk kita menghalalkan sebahagian alat (seperti duf dan gendang) dan mengharamkan sebahagian yang lain. Bahkan diharuskan kepada individu muslim mendengar irama alat-alat tersebut tetapi hendaklah menjaga adab-adab Islam serta tidak cuba meniru kelakuan dan perbuatan ahli-ahli fasiq dan maksiat.[xxi]



KESIMPULAN DAN PENDAPAT YANG RAJIH (TERPILIH)



Setelah meneliti perbahasan dan perbincangan para ulamak dan fuqaha’ dahulu dan masa kini, pendapat yang rajih pada pandangan penulis ialah:



1. Alat-alat muzik tidak haram kerana ‘ainnya (zatnya) dan tidak halal kerana ‘ainnya. Tetapi di sana terdapat unsur-unsur luar yang menyebabkan sebahagian alat hukumnya haram sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith Baginda. Sebabnya ialah kerana alat-alat yang diharamkan tersebut adalah syiar peminum-peminum arak, lelaki pondan dan golongan fasiq dan maksiat. Yang dimaksudkan dengan syiar ialah alat-alat tersebut tidak digunakan melainkan oleh golongan tersebut sahaja dan digunakan di dalam majlis-majlis mereka sahaja sebagaimana halnya di zaman dahulu. Di zaman tersebut tiadanya media-media seperti televisyen, radio, video, kaset, wayang, satelit dan tiadanya bentuk-bentuk hiburan seperti pementasan, pentomin, drama... dan sebagainya. Di zaman tersebut juga, hiburan seperti nyanyian dan alat-alat muzik hanya boleh didapati di majlis-majlis golongan fasiq, lelaki pondan dan majlis-majlis arak.



2. Irama-irama muzik dari sudut asalnya adalah sama dengan irama-irama yang boleh dikeluarkan oleh kerongkong manusia atau binatang seperti burung. Semuanya adalah bunyi. Cuma yang berbeza ialah suasana dan tujuan. Muzik biasanya digunakan untuk berhibur dan biasa digunakan dalam bentuk yang melanggar hukum dan batas-batas Allah SWT. Irama-irama yang dihasilkan oleh manusia juga haram hukumnya sekiranya digunakan pada tujuan, suasana dan keadaan yang merempuh sempadan syariat. Begitulah juga halnya dengan alat seumpama duf yang menjadi ittifaq ulamak keharusannya, sekiranya digunakan untuk tujuan-tujuan yang bertentangan dengan syara’, ia juga menjadi haram.



3. Di zaman kini, penggunaan muzik begitu berleluasa. Muzik digunakan dalam media-media massa elektronik. Di TV, muzik digunakan untuk rancangan-rancangan yang berfaedah dan tidak berfaedah. Begitu juga dengan radio. Di sini kita dapati penggunaan muzik telah berubah daripada zaman dahulu. ‘Uruf dan adat telah bertukar sebagaimana kata Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya Al-Mufassal[xxii] . Oleh kerana perkembangan dunia seni yang begitu pesat, muzik kini tidak lagi menjadi syiar kepada majlis-majlis arak, ahli fasiq dan maksiat semata-mata. Misalnya apabila kita mendengar muzik di dalam rancangan berita atau muzik yang digunakan untuk pemindahan daripada satu rancangan kepada rancangan yang lain, adakah ia mengingatkan kita kepada majlis-majlis arak atau majlis-majlis ahli fasiq dan maksiat? Sudah tentu jawapannya tidak. Malah muzik di zaman kini berfungsi mengikut tujuan dan suasana ia digunakan. Kerana itu penulis berpendapat penggunaan muzik di zaman kini adalah harus tetapi mestilah meraikan syarat-syarat berikut:

i. Niat pengguna dan pendengar hendaklah betul berdasarkan kaedah Al-Umur Bimaqasidiha iaitu sesuatu urusan adalah berdasarkan maksudnya

ii. Tujuan dan suasana penggunaan muzik tidak melanggar batas-batas Allah SWT. Iaitu mestilah digunakan pada tujuan-tujuan yang mulia.

iii. Mengelak daripada menyerupai golongan fasiq, maksiat dan kufur iaitu menjaga adab-adab Islam dalam penggunaan muzik. Tidak boleh menggunakan muzik-muzik tertentu yang hanya digunakan oleh golongan fasiq dan fasad seperti rentak rock dan yang seumpama dengannya. Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, ia seperti tergolong dalam kaum tersebut”[xxiii]



4. Berdasarkan kepada syarat-syarat di atas, bidang-bidang seni Islam perlu mengelak daripada menggunakan muzik-muzik yang ada persamaan dengan muzik-muzik tidak senonoh yang digunakan oleh golongan fasiq dan maksiat seperti penyanyi-penyanyi pop sekarang. Nasyid-nasyid Islami seeloknya mengekalkan penggunaan alat-alat yang mengeluarkan bunyi / irama muzik yang tidak menyerupai irama yang digunakan oleh lagu-lagu pop agar wujud di sana garis pemisah di antara nasyid Islai dengan lagu-lagu yang bertentangan dengan syara’.



5. Di dalam pembikinan filem Islam, drama, lakonan, pementasan dan seumpamanya yang amat meemrlukan kepada unsur muzik bagi menghidupkan adegan-adegan tertentu seperti adegan sedih, gembira, penderitaan, semangat dan sebagainya, muzik boleh digunakan tetapi hendaklah sekadar diperlukan sahaja. Muzik itu pula hendaklah muzik yang tidak melanggar adab-adab Islam dan tidak berlawanan dengan citarasa fitrah. Semua perkara ini diambil kira untuk mewujudkan perbezaan di antara seni Islam dengan seni jahiliah.



6. Di zaman sains dan teknologi yang serba canggih, umat Islam menghadapi cabaran yang begitu kuat daripada media massa. Media mempamerkan segala-galnya tidak kira baik atau buruk, berfaedah atau tidak, membina atau merosakkan, dan... dan... TV, radio, kaset dan seumpamanya menyerang rumah-rumah umat Islam. Tidak mungkin lagi media-media tersebut dipisahkan daripada kehidupan masyarakat moden. Justeru itu tiada jalan lain pada pendokong-pendokong perjuangan Islam selain daripada mencari galang ganti kepada bentuk-bentuk seni yang bertentangan dengan Islam. Umat Islam mesti mengorak langkah di dalam bidang-bidang seni untuk memaparkan alternatif Islam kepada masyarakat. Filem-filem Islam, drama-drama Islam, dokumentari Islam, hiburan Islam seperti lagu-lagu dan nasyid Islam perlu menggantikan hiburan-hiburan dan siaran-siaran jahiliah yang teramat berleluasa sekarang ini.





PENUTUP



Di abad ini, Islam dicabar daripada berbagai-bagai sudut. Musuh menggunakan segala-galanya untuk menghancurkan Islam. Mereka mengetahui umat Islam mudah leka apabila diberikan kemewahan dan hiburan. Lantas mereka menggunakan tamadun kebendaan mereka dengan mengembangkan bidang seni bagi melalaikan umat dan terus menidurkan mereka. Natijahnya umat leka daripada sumber kekuatan mereka iaitu Al-Quran. Umat Islam di masa kini lebih gemar dan khusyuk mendengar lagu-lagu dendangan manusia daripada alunan bacaan atay-ayat suci Al-Quranul Karim.

Dengan perbincangan ringkas yang dicoret di dalam helaian-helaian ini, penulis berharap risalah ini mampu memberikan gambaran ringkas hukum penggunaan muzik yang kini berleluasa dalam kehidupan dunia moden. Berjumpa lagi di keluaran lain! Sekian.



Akhukum Fillah,



Wan Muhammad Wan Sulong,

Yarmouk University,

Irbid, Jordan,

16 Zulhijjah 1416H bersamaan 4 Mei 1996M.



BIBLIOGRAFI



1. Al-Quran Al-Karim

2. Hukmul Ghina’ Wal Ma’azif fil Fiqhil Islami, Dr. Abdul Fattah Mahmud Idris 1994’

3. Kaffur Ri’aa ‘An Muharramatil Lahwi Was Simaa’ : Ibnu Hajar Al-Haitami, Tahqiq ‘Adil Mahmud Mun’ien ‘Abbas, Maktabah Al-Quran, Kaherah.

4. Ittihaf As-Sadah Al-Muttaqin bi Syarhi Ihya’ Ulumiddin, Al-Imam Az-Zabidi, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut 1989.

5. Al-Mufassal fi Ahkam Al-Mar’ah Wa Bait Al-Muslim, Dr Abdul Karim Zaidan , Muassasah Ar-Risalah, 1994.

6. Al-Islam wal Funun Al-Jamilah : Dr. Muhammad ‘Imarah, Darul Syuruq 1991.

7. As-Simaa’ ‘Indas Sufiyyah : Dr. Kaukab ‘Amir, Syarikat Ikhwah Zuraiq 1988.

8. Al-Islam wa Qadhaya Al-Fann Al-Muasir : Yasin Muhammad Hasan, Darul Bab, 1990.

9. Malamih Al-Mujtama’ Al-Muslim : Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Maktabah Wahbah 1993

10. Al-Bayan Al-Mufid ‘an Hukm Al-Tamsil Wal Anasyid, Abdulllah Abdul Rahman As-Sulaimani, Maktabah Tarbiyah Islamiah, 1990

11. Hasyiar Raddil Mukhtar : Ibnu ‘Abidin Al-Hanafi, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut1994

12. Al-Hawi Al-Kabir, Al-Mawardi, Darul Fikir 1994.

13. Al-Mughni wa Asy-Syarhul Kabir, Ibnu Qudamah, Al-Maktabah At-Tijariah, 1994

14. Mughni Al-Muhtaj : Al-Khatib As-Syarbaini, Darul Fikir.

15. Al-Mawrid, Dr. Ruhi Al-Ba’albaki, Darul Ilmi Lil Malayin, 1994

16. Al-Mu’jam Al-Wasit, Dr. Ibrahim Anis dan rakan-rakan

17. Kamus Dwi Bahasa, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), 1991





--------------------------------------------------------------------------------

[i] Para ulama’ seperti Imam Syafie dan Al-Ghazali berpendapat sesiapa yang melazimi mendengar nyanyian dan seumpamanya (walaupun diharuskan oleh syara’), dikira jatuh maruahnya dn tidak diterima penyaksiannya. Hukum ini berdasarkan uruf (situasi) di zaman mereka.

[ii] As-Simaa’ ‘Inda As-Sufiah oleh Dr. Kaukab ‘Amir, m/s 45

[iii] Al-Islam wa Qadhaya Al-Fann Al-Mu’asir oleh Yasin Mohd Hassan, m/s 166

[iv] Sila rujuk Hukmul Ghina’ wal Ma’azif fil Fiqhil Islami oleh Dr. Abdul Fattah Mahmud, Kaffur Ri’aa’ oleh Ibnu Hajar Al-Haitami.

[v] Rujuk perbahasan di dalam:

i. Hukmul Ghina’ wal Maazif oleh Dr. Abdul Fattah, ms. 193 – 219

ii. Kaffur-Ri’aa’ oleh Ibnu Hajar, ms 56 – 61

iii. Al-Islam wa Qadhaya Al-Fann Al-Muasir oleh Yasin Mohd Hasan, ms 217 – 219

iv. Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah, juzuk 12 ms 40-42

v. Mughni Al-Muhtaj oleh Asy-Syarbini, juzuk 4 ms 429

vi. Al-Mufassal fi Ahkamil Mar’ah wal Baitil Muslim oleh Dr. Abdul Karim Zaidan, juzuk 4, ms 65 dan 71

vii. Hasyiatu Raddil Mukhtar juzuk 8 ms. 201

viii. Al-Hawi Al-Kabir oleh Al-Mawardi, juzuk 21, ms 207

[vi] Hadith Sahih, dikeluarkan oleh Ahmad di dalam musnadnya, Al-Hakim di dalam Mustadrak, dan berkata: “Ini adalah hadith sahih sanadnya tetapi tidak diletakkan oleh Bukhari dan Muslim di dalam sahih mereka.” Pendapat Al-Hakim ini disokong oleh Adz-Dzahabi di dalam kitabnya At-Takhlis. Dikeluarkan juga oleh Ibnu Majah, At-Tirmizi, Al-Baihaqi di dalam As-Sunan, Al-Baghawi di dalam Syarhus Sunnah, An-Nasa’ie, As Sayuti dan Al-Albani di dalam Sahih Al-Jami’As-Saghir – pentahqiq Kaffur Ri’aa’ ms 57.

[vii] Sanadnya hasan, dikeluarkan oleh Ahmad dalam Al-Musnad, dan At-Tirmizi dalam bab Al-Manaqib dan menyatakan : “ hadith hasan sahih” – pentahqiq Kaffur Ri’aa’ ms 57

[viii] Rujuk perbahasan ini di dalam:

i. Hukmul Ghina’ wal Ma’azif, ms 232 – 244

ii. Kaffur Ri’aa’ ms 78

iii. Al-Islam wa Qadhaya Al-Fan Al-Mu’asir, ms 220-224

iv. Al-Mughni, juzuk 12 ms 40 – 42

v. Mughni Al-Muhtaj, juzuk 4, ms 429.

vi. Al-Mufassal, juzuk 4, ms 67, 71, 72.

vii. Hasyiah Raddil Mukhtar, juzuk 8 ms 201, 202

viii. Al-Hawi Al-Kabir, juzuk 21, ms 207.

[ix] Hadith Dhaif, dikeluarkan oleh Abu Daud At-Thoyalisi di dalam Musnad (5/155), hadith nombor 1134 dan Ahmad di dalam Musnad (5/268), dengan sanad yang sama dan lafaz yang hampir sama. –Pentahqiq Kaffur Ri’aa’ ms 20.

[x] Hadith ini disebut oleh Ibnu Jauzi di dalam Gharibul Hadith (2/89) dan Ibnul Athir di dalam GharibulHadith (3/216) – Pentahqiq Kaffur Ri’aa’ ms 62.

[xi] Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam kitabnya Kaffur Ri’aa’ telah menyerang dua orang ulamak iaitu Ibnu Hazm Al-Andalusi dan Ibnu Thahir dengan kata-kata keras dan tuduhan-tuduhan yang melampau. Hal ini menunjukkan ketidakterbukaan Ibnu Hajar sebagai seorang ulamak. Ini adalah kerana suasana zaman beliau yang terlalu hangat dengan taasub mazhab. Ibnu Hajar bermazhab Syafie’ sementara Ibnu Hazm dan Ibnu Thahir pula bermazhab Zhahiri. Kitab beliau, Kaffur Ri’aa’ juga lebih mengumpulkan pendapat-pendapat fuqaha’ Syafie sahaja.

[xii] Rujuk perbahasan ini di dalam:

i. Hukmul Ghina’ wal Ma’azif , ms 245

ii. Kaffur Ri’aa’, ms 70

iii. Al-Islam wa Qhadaya Al-Fann Al-Mu’asir, ms 220, 224

iv. Al-Mughni , juzuk 12 ms 40 – 42

v. Mughni Al-Muhtaj, juzuk 4 ms 429

vi. Al-Mufassal, juzuk 4 ms 66, 67, 71 dan 72

vii. Hasyiah Raddil Mukhtar, juzuk 8 ms 201, 202

viii. Al-Hawi Al-Kabir, juzuk 21 ms 207

[xiii] Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam Al-Musnad (2/3Cool, Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2/54), Al-Baihaqi di dalam As-Sunan Al-Kubra (10/222), Abu Daud dalam Sunannya (2/579), At-Tabrani di dalam Al-Mu’jam As-Saghir (1/13), Ibnu Majah di dalam As-Sunan (1/612) – Pentahqiq Kaffur Ri’aa’ ms. 73.



Hadith sahih sebagaimana dinayatakan oleh Al-Imam Abu Sulaiman Al-Khattabi, Ibnu Hibban dan Al-Hafiz Mohd. Bin Nasr As-Salami – Kaffur Ri’aa’ ms 74 dan Hukmul Ghina’ wal Ma’azif ms 248.

[xiv] Lihat tahqiqnya pada nota kaki no. 9.

[xv] Hadith Hasan. Ia disebut oleh As-Sayuti di dalam Al-Jami’ As-Saghir (2/4Cool dan menyandarkannya kepada Al-Bazzar dan Ad-Diya’ serta mengisyaratkannya sebagai hadith sahih. Al-Albani di dalam Al-Jami’ As-Sahih meletakkannya di dalam martabat hadith hasan (2/8Cool. – Pentahqiq Kaffur Ri’aa’ ms 25.

[xvi] Hadith ini disebut oleh Al-Muttaqi Al-Hindi dalam Kanzul ‘Ummal dan Abu Nuaim di dalam Hulyatul Auliya’ – Pentahqiq Kaffur Ri’aa’ ms. 24

[xvii] Lihat nota kaki nombor 13.

[xviii] Lihat kitab Al-Bayanul Mufid fi Hukmil Tamsil wal Anasyid karangan Abdullah bin Abdul Rahman As-Sulaimani

[xix] Lihat Malamih Al-Mujmata’ Al-Muslim oleh Al-Qardhawi ms 285.

[xx] Lihat Al-Mufassal oleh Dr Abdul Karim Zaidan juzuk 4 ms 96

[xxi] Lihat As-Simaa’ ‘Inda As-Sufiyyah oleh Dr. Kaukab ‘Amir ms 251

[xxii] Lihat Al-Mufassal oleh Dr. Abdul Karim Zaidan juzuk 4 ms 95

[xxiii] Hadith sahih, diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Ahmad di dalam Musnad, As-Sayuti di dalam Al-Jamie’ As-Saghir, di mana menyandarkannya kepada At-Tabrani di dalam Al-Ausat dan meletakkannya di martabat hadith hasan. Hadith ini juga dikeluarkan oleh Al-Albani di dalam Sahih Al-Jamie’ – Pentahqiq Kaffur Ri’aa’ ms 47.



p/s - sila beri komen...

http://www.i-bands.net/audiovault/bands/275/
http://www.i-bands.net/audiovault/bands/275/music.php
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
sempoii
PostPosted: Fri Feb 18, 2005 3:10 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 18 Feb 2005
Posts: 25
Location: Bawah Langit

gua sokong brader sungguh pon tak baca habis sebb panjang sgt..he he he
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger MSN Messenger
afiqme
PostPosted: Thu Feb 24, 2005 9:40 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 05 Dec 2003
Posts: 2289
Location: Kuala Lumpur

aku tak bace penuh... tapi banyak jugak aku bace... cuma aku tetap tak paham dan aku cume nak tau pasal:

1. main music rock!!!
2. main gitar

mcm mane pulak kalau niat aku untuk carik makan, entertain org, menghabiskan mase dari aku buat bende2 yang tak baik...
_________________
Entwistle custom guitar pickups - Click here!

Private guitar lesson - Batu Caves/Gombak/KL/Shah Alam:
http://afiqmemusic.blogspot.com

My other blog: Click here!
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
IZZI
PostPosted: Mon Feb 28, 2005 1:00 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 11 Dec 2004
Posts: 3447
Location: Melbourne, Australia

Kalau boleh elakkan dari lagu yang mempunyai lirik dan irama yang merosakkan. Buat sesuatu yang dapat menenangkan pendengar. Ini subjektif. Ada orang tenang dengar lagu heavy. Tapi lirik lagu kenalah yang baik2 berunsur nasihat, teguran. Contohnya mcm lagu Cat Steven berjudul Wild world. Kalau nak buat lagu berbentuk sejarah pun bagus jugak. Sekurang2nya ada pengisian. Ini pendapat dan pemahaman jahil aku setelah baca petikan kat atas. Tolong betulkan kalau salah..
_________________
Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com
Back to top
View user's profile Send private message
afiqme
PostPosted: Mon Feb 28, 2005 11:00 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 05 Dec 2003
Posts: 2289
Location: Kuala Lumpur

yeah.. salah satu jawapan yg best... thnx!!!
_________________
Entwistle custom guitar pickups - Click here!

Private guitar lesson - Batu Caves/Gombak/KL/Shah Alam:
http://afiqmemusic.blogspot.com

My other blog: Click here!
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
STONE
PostPosted: Tue Mar 01, 2005 10:23 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 28 Mar 2004
Posts: 562
Location: THE SON OF NORTHERN DARKNESS

aku bukan pe, ni kira aku nk selitkan skit kesimpulan dari pe yg aku faham dr artikel di atas... sebab manusia majority nya buat apa yg diorg nampak je, kira sume betul tp yg tersiratnya kita xnmpak..

pendek cite, mcm ni le..music ni memang "berhantu"... dia ada mood yg di hasilkan dr setiap kord dan melodi.. music bleh bw manusia kepada sesuatu.. contohnya kord minor yg lebih membawa kepada mood sedih dan major lebih kepada mood happy..(setahu aku le drpe yg aku kaji..) so ia akan membawa pemikiran seseorg tu ke satu dimensi lain kalau pendengar tu dah betul2 m'hayati sesuatu lagu tu.. Confused bahaya gak.. tp pe pun terpulang kepada seseorg tu untuk "mentafsirkan seni yg diterimanya" itu.. (tu le, mak bapak xbg main music, nak main music jugak!!! padan muka aku sendiri..)

1 lg, bayangkan bebudak kecik yg baru lahir pun di ajar dengar lelagu mozart pe sume tu, padahal alunan al-quran lagi baik kan?? sory la aku cakap mcm (aku pun bukan alim sgt pun..) ni tp sekurang2nya aku jujur dgn pe yg aku nk ckp.. Confused

dan jgn lupa tentang teknik "Backward masking"... satu teknik yg digunakan dlm lagu2 yg jika dimainkan secara terbalik, ia akan m'jadi lagu2 yg lebih kpd memuja syaitan dan sbgai nya.. lg berat kan??? Rolling Eyes

tapi kadang2 bagi aku lagu2 slow (lagu2 leleh cintan xde cinta bleh mati...uweeekk...) ni lagi le merbahaya dan mendatangkan effect buruk. tp brape org yg prasan sebab diorg xnmpak kesan buruknye.. xcaye, kita tgk, yg dok kena tangkap kat taman2 tu yg hari2 dok dengar lagu SUSPERIA, NAPALM DEATH, KRISIUN, IMPIETY ke? Evil or Very Mad tp yg dok layan lagu2 spoon,spin pe nama lagi tu... Mad kekekeke...

kata2 akhir dari aku, kita sebagai manusia (khalifah) didunia ini yg mencorakkan kehidupan di dunia ini.. ianya adalah dengan mengetahui bagaimana cara untuk "mentafsir seni yg di terima ini.."

http://www.i-bands.net/audiovault/bands/275/
http://www.i-bands.net/audiovault/bands/275/music.php
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
Ridzi
PostPosted: Wed Mar 02, 2005 5:07 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 06 Feb 2004
Posts: 2198
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

Weh...JANGAN put Napalm Death in the same boat with Susperia, Krisiun etc etc.... its all comedy really...brutal comedy and not supposed to be taken seriously.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Bode
PostPosted: Wed Mar 02, 2005 1:50 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 03 Feb 2004
Posts: 2033

STONE wrote:
1 lg, bayangkan bebudak kecik yg baru lahir pun di ajar dengar lelagu mozart pe sume tu, padahal alunan al-quran lagi baik kan?? sory la aku cakap mcm (aku pun bukan alim sgt pun..) ni tp sekurang2nya aku jujur dgn pe yg aku nk ckp.. Confused



Anak aku 6 dan 5 tahun...minat Malmsteen dan Steve Vai...tapi alhamdulillah muqaddam dah lama dulu habis dan sekarang tengah baca Quran dgn progress yg sangat laju(mengikut kata ustaz yg mengajar). Surah surah pun dah banyak yg telah dihafal dan masih dlm proses untuk menambahkan lagi surah2 lain. Aku juga ajar konsep ketuhanan dalam Islam, moral issues dan lain lain.
Aku ni bukan lah bapa yg mithali, tapi aku cuba pentingkan 'balance'....ugama kena kuat dan aspek lain pun kena kuat juga...Do'akan aku dapat membesarkan anak aku dgn baik! Smile
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
deadzid
PostPosted: Wed Mar 02, 2005 5:45 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 13 Feb 2004
Posts: 3891
Location: Shah Alam

Doc.. pada umor berapa ko hantar anak2 ko masuk music class? diaorang main gitar ke piano? aku ingat nak start hantar masa umor 3 tahun, logik ke?

ada member aku nih pulak, bapak dia dulu join DBKL punya band. so dia suruh si abang nih focus on guitar, and si adik focus on bass... tapi takde formal lessons la and i think they both start agak lambat jugak (masa form 3 kot)... tapi result dia - fuhh dasyat! si abang nih (ex-guitarist aku) boleh bikin downstroke laju mcm neraka, si adik nih pulak dah banyak join band - currently bassist for Giegel, former bassist for Skyjuice, Cobra, etc..., sessionist for Virus Sound (hehehe)
_________________
> facebook
> youtube
> my-mic
> mockspecial.com
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
mrbungle
PostPosted: Thu Mar 03, 2005 2:28 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 12 Dec 2003
Posts: 384
Location: subank funkin jaya

aku no komen pasal sensitif la bab nie...yg aku tau dlm islam gendang je yg boleh main..bab bab yg ader tali tu haram or makruh..( aku lupa)...tapi bagi aku MAIN JER LA MUZIK..JANJI TAK LALAI.. TIME SEMBAHYANG KITA SEMBAHYANG....yeaghh!!! rock!! rock!!
_________________
infecto groovalistic...
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Bode
PostPosted: Thu Mar 03, 2005 1:43 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 03 Feb 2004
Posts: 2033

deadzid wrote:
Doc.. pada umor berapa ko hantar anak2 ko masuk music class? diaorang main gitar ke piano? aku ingat nak start hantar masa umor 3 tahun, logik ke?

ada member aku nih pulak, bapak dia dulu join DBKL punya band. so dia suruh si abang nih focus on guitar, and si adik focus on bass... tapi takde formal lessons la and i think they both start agak lambat jugak (masa form 3 kot)... tapi result dia - fuhh dasyat! si abang nih (ex-guitarist aku) boleh bikin downstroke laju mcm neraka, si adik nih pulak dah banyak join band - currently bassist for Giegel, former bassist for Skyjuice, Cobra, etc..., sessionist for Virus Sound (hehehe)


Aku hantar anak aku klas piano....my daughter was 4 and my boy was 5 when they started. Actually you can send them as early as you want, as long as they are interested. Tapi kalau paksa, takut depa end up hating it pulak. Anyway, kalau nak jadi virtuoso, memang nanti virtuoso juga, no matter how late/early they start! Tony McAlpine baru start main gitar umur 20....tapi his level of virtuosity sekarang tak payah cakap la... Very Happy Very Happy Very Happy
I assume that's your baby in your avatar...very cute!
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
IZZI
PostPosted: Thu Mar 03, 2005 1:54 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 11 Dec 2004
Posts: 3447
Location: Melbourne, Australia

wow tak sangka pulak tony mcalpine tu start main guitar umur 20.. kalau macam tu nampaknya sempat lagi la ko nak jadi virtuoso kan deadzid.. hehe..
_________________
Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com
Back to top
View user's profile Send private message
deadzid
PostPosted: Thu Mar 03, 2005 6:38 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 13 Feb 2004
Posts: 3891
Location: Shah Alam

Bode: Yup, that's my baby boy... hope he's gonna be a guitar hero, even better than his dad!

izuanhafez wrote:
wow tak sangka pulak tony mcalpine tu start main guitar umur 20.. kalau macam tu nampaknya sempat lagi la ko nak jadi virtuoso kan deadzid.. hehe..

Tu la pasal, aku lak start masa form 5, beza 2-3 tahun dari tony tuh... tapi aku dah banyak abiskan masa muda aku dgn benda2 berfaedah (studies) dan tak berfaedah (motor, aweks, etc)... nyesal rasanye hahaha!
_________________
> facebook
> youtube
> my-mic
> mockspecial.com
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
Bode
PostPosted: Thu Mar 03, 2005 11:17 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 03 Feb 2004
Posts: 2033

mrbungle wrote:
aku no komen pasal sensitif la bab nie...yg aku tau dlm islam gendang je yg boleh main..bab bab yg ader tali tu haram or makruh..( aku lupa)...tapi bagi aku MAIN JER LA MUZIK..JANJI TAK LALAI.. TIME SEMBAHYANG KITA SEMBAHYANG....yeaghh!!! rock!! rock!!


Sokong bro!

deadzid wrote:
Bode: Yup, that's my baby boy... hope he's gonna be a guitar hero, even better than his dad!

izuanhafez wrote:
wow tak sangka pulak tony mcalpine tu start main guitar umur 20.. kalau macam tu nampaknya sempat lagi la ko nak jadi virtuoso kan deadzid.. hehe..

Tu la pasal, aku lak start masa form 5, beza 2-3 tahun dari tony tuh... tapi aku dah banyak abiskan masa muda aku dgn benda2 berfaedah (studies) dan tak berfaedah (motor, aweks, etc)... nyesal rasanye hahaha!


Yeah man...hopefully nanti anak2 kita join venture buat 'Cacophony MkII'! Very Happy

Relek la deadzid...aku lagi tua bangka dari engkau...and sekarang aku tengah nak re-learn the guitar from basic balik Smile
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
omarjamaludin
PostPosted: Fri Mar 04, 2005 5:28 am    Post subject: Reply with quote

Site Admin
Site Admin

Joined: 18 Feb 2004
Posts: 2615
Location: Tmn Melawati

aku start pegang gitar since form 3..tapi tak kira la cos belajar few chords setakat bole bawa lagu bryan adams utk impress awek..aku baru stat belajar main gitar ( teori ) around 4 years back..itu pun by enrolling in fundamentals of music class pastu baca2 off the web..tapi aku takde guru/sifu yg ajar aku so lembab skit aku punya pembelajaran ni..mostly through self discovery after fooling around w scales n chords..

ask me to play a complete tune aku mesti tak boleh nya heheh..ntahla cam malas nak belajar main lagu..
_________________
my photoblog - http://sigemok.blogspot.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website MSN Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2  Next Page 1 of 2

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group