back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next
 Ben's Bitches song in Harian Metro « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
HuntressM00n
PostPosted: Thu Feb 15, 2007 11:42 am    Post subject: Ben's Bitches song in Harian Metro Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Sep 2005
Posts: 1581
Location: undisclosed

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/BeritaUtama/20070215093457/Article/indexm_html


welcome guys.. ur lyrics are now featured in harian metro




Quote:
Lirik setan: Nada dering terkini telefon bimbit remaja

Oleh Syed Mu’az Syed Putra dan Noor Nastassia Mohamad Redza

Cipta lirik mencarut, maki-hamun dalam Internet

KUALA LUMPUR: Kecenderungan mencipta lagu berlirik lucah melalui Internet makin menjadi-jadi hingga mendapat sambutan hangat segelintir remaja yang menganggapnya trend masa kini untuk berhibur tanpa menghiraukan kesan negatif terhadap budaya ketimuran dan bahasa kebangsaan.



Lirik lagu itu yang banyak membicarakan keseronokan seks bebas selain berunsur humor dan memaki-hamun sebilangan orang boleh mengundang budaya tidak sihat di kalangan peminat.

Malah, lagu itu boleh dimuat turun secara percuma dari laman web sewenang-wenangnya sebelum menjadi bahan nyanyian dan nada dering telefon bimbit.

Ada lagu disertakan klip video yang dirakam pemilik laman web berkenaan dengan sebahagiannya memaparkan aksi bodoh remaja tertentu.

Siasatan Harian Metro mendapati pencipta lirik terbabit turut mengubah lirik lagu popular dengan mengeksploitasi dan menjatuhkan martabat wanita.

Difahamkan, kebanyakan pencipta lirik terbabit adalah remaja Melayu yang sengaja memilih seni kata merapu dan mengghairahkan sambil mempersendakan dan merosakkan bahasa kebangsaan.

Sebagai contoh, lirik lagu ‘My Humps’ nyanyian kumpulan Black Eyed Peas dialih bahasa kepada bahasa Melayu dengan lirik merapu dan mencarut sebelum disebarkan melalui Internet.

Antara sedutan liriknya, ‘they said i’m really teruk the boys want to g****, selalu nak k***k selalu nak ****k. Nak pegang p***k nak ****t ****k, kite pun nak tarik dia orang punya ****k’.

Selain itu, satu lagi lagu berunsur lucah berjudul ‘K**e Mat Gatal’ yang liriknya berbunyi: ‘semasaku berjalan, k*** ku berasa gatal, aku ‘check’ seluar dalam, rupanya ber***** tebal kerana k*** ber****, di dalam banyak kutu.’

Apa yang pasti unsur negatif disampaikan melalui lirik lagu itu boleh memberi kesan buruk kepada remaja.

Remaja yang menjadi sasaran utama kerana golongan terbabit mudah dipengaruhi, cetek pengetahuan agama dan tidak sedar kesan negatif yang dibawa boleh merosakkan diri sendiri.

Bagaimanapun, dua peminat lagu berkenaan, Mohd Syafiq Yusoff, 24, cuba mempertahankan kehadiran lagu sedemikian.

Dia berkata, liriknya lebih menceritakan gambaran sebenar yang berlaku di kalangan remaja sekarang.

“Walaupun lagu ini berunsur lucah, ia tetap mempunyai maksud tersendiri kepada mereka yang pernah mengalami situasi sama dengan penyanyi.

“Lagu yang dinyanyikan adalah ciptaan sendiri dan dengan cara ini, mereka boleh meluahkan perasaan kepada umum.

“Malah, lagu ini mempunyai peminatnya tersendiri di samping menggunakan melodi yang bagus untuk menarik minat pendengar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pendapatnya dipersetujui Mohd Iqbal Qarie Salleh, 22, yang mengatakan dia menggemari lagu berkenaan kerana melodinya menarik dan menghiburkan.

“Selain itu, saya anggap lirik yang ditulis adalah medan untuk meluahkan perasaan serta apa yang terbuku di hati, termasuk menggunakan unsur lucah di dalamnya,” katanya.

Katanya, usaha mencipta lagu berkenaan dapat menyedarkan orang ramai mengenai kesan negatif hubungan seks atau perbuatan sumbang yang semakin berleluasa di kalangan remaja dan ia mempunyai niat yang baik.


Lirik cemar bahasa, rosak tamadun Melayu

KUALA LUMPUR: Pencinta bahasa dan kebudayaan Melayu menganggap lirik lagu berunsur lucah yang mencemarkan bahasa kian menjadi budaya di kalangan segelintir remaja, membawa kepada keruntuhan akhlak berbanding kebaikan yang diperoleh.

Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Noresah Baharom, berkata perbuatan tidak bertanggungjawab itu harus dibendung segera.

“Apa objektifnya mereka membuat lagu seperti itu? Seharusnya lagu dicipta untuk mendidik masyarakat di samping berhibur.

“Sekiranya sesebuah lagu dimasukkan lirik berunsur lucah, ia sekali gus menggalakkan perbuatan yang tidak baik di kalangan remaja mahupun kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas isu penciptaan lagu berlirik lucah dan mengghairahkan yang kini menjadi trend di kalangan remaja sehingga mencemarkan budaya ketimuran dan bahasa Melayu.

Noresah berkata, lagu seperti itu hanya mencemarkan imej dan bahasa kebangsaan serta merosakkan tamadun Melayu.

“Orang Melayu tidak gunakan bahasa seperti itu sekalipun niat mereka untuk memberi nasihat, mereka boleh gunakan bahasa yang elok seperti peribahasa atau kiasan bagi menggambarkan situasi dan ini dapat memberi pengajaran sekali gus mendidik masyarakat.

“Kita ketandusan lagu yang baik dan ini secara tidak langsung menggalakkan remaja menjadi semakin teruk serta sukar dikawal,” katanya.

Selain menimbulkan kecelaruan bahasa dan mengajak pendengar mencarut, pencipta lagu berkenaan agak licik menyembunyikan identiti bagi mengelakkan diri dikesan pihak berkuasa dengan menggunakan sejenis perisian untuk memuat naik lagu berunsur lucah itu melalui internet.

Mengulas perkara itu, Ketua Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Adelina Iskandar, berkata pihaknya sukar mengesan siapa yang mendalangi penciptaan lagu berunsur lucah itu yang kemudian dimuat naik di internet.

“Pihak kami tidak boleh mengambil sebarang tindakan selagi tidak mendapat maklumat lengkap mengenai laman web seperti itu.

Komposer, penyanyi dan penulis lirik terkenal, Mohd Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai, berkata lirik adalah sinopsis daripada satu cerita yang ingin disampaikan kepada pendengar.

“Lirik memainkan peranan penting dalam sesebuah lagu dan bahasa yang digunakan perlu sesuai di samping menghormati bangsa dan bahasa sendiri.

“Selain itu, pencipta lirik perlu menghormati budaya kita dan jangan terikut dengan budaya liar yang boleh merosakkan bangsa kita.

“Mereka yang tidak bertanggungjawab dalam pembikinan lagu sedemikian perlu dikenakan tindakan kerana selain lirik berunsur lucah, mereka merosakkan bahasa dengan menggunakan ayat yang tidak sesuai dengan budaya kita,” katanya.





Berhibur tanpa fikir kesan negatif

KUALA LUMPUR: Penulisan lirik lagu berunsur lucah yang mencemarkan bahasa dan bangsa jelas membawa banyak perubahan kepada kelakuan serta mempengaruhi remaja.

Malah, lagu lucah dan ghairah boleh menggalakkan pelakuan seks bebas sekali gus memesongkan akidah umat Islam.

Kebanyakan remaja menganggap lirik lagu lucah adalah untuk tujuan berseronok tanpa memikirkan kesan negatif dalam jangka panjang.

Selain itu, penggunaan bahasa yang digunakan jelas merosakkan bangsa dan bahasa kebangsaan di samping mencemarkan budaya sebagai orang timur yang penuh dengan adat kesopanan.

Pelajar, Mohd Haire Ibrahim, 18, berkata lagu yang berunsur lucah mempengaruhi minda remaja kerana muzik sering menjadi ikutan mereka.

“Lirik yang digunakan tidak sesuai dengan budaya dan amalan yang kita amalkan selain mencemarkan bahasa.

“Selain itu, lagu terbabit seperti mengeksploitasikan tubuh badan wanita dan dinyanyikan secara ghairah.

“Malah, ada remaja menjadikan lagu ini sebagai nada dering telefon bimbit dan perkara ini sudah menjadi biasa kepada mereka,” katanya.

Pelajar, Nurul Farhana Daud, 19, berkata remaja meminati lagu itu kerana muzik yang digunakan menarik dan menghiburkan.

“Muzik yang dimainkan menarik tetapi lirik yang digunakan tidak sesuai didengar terutama kanak-kanak.

“Malah, lagu ini mempersendakan bahasa kebangsaan kita selain dinyanyikan dengan penuh ghairah,” katanya.

Pelajar, Fadzliana Abd Kassim, 16, berkata bahasa yang digunakan tidak sesuai didengar remaja kerana menggunakan bahasa rojak.

“Mereka menyalahgunakan bahasa dengan menggunakan bahasa rojak dan lucah.

“Lagu seperti ini boleh merosakkan moral dan akidah pendengar,” katanya.

_________________
"Thus let my enemy's blood be spilled
like water and sink into the earth."
- By Irene


Last edited by HuntressM00n on Thu Feb 15, 2007 3:56 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail MSN Messenger
huzai
PostPosted: Thu Feb 15, 2007 12:39 pm    Post subject: Reply with quote

Angsakawan
Angsakawan

Joined: 18 Nov 2004
Posts: 1731

tu la tu, sini bukan amerika
_________________
http://www.reverbnation.com/synsmusic
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger MSN Messenger
Erna
PostPosted: Fri Feb 16, 2007 3:02 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 04 Apr 2006
Posts: 498

i really have no comment on this one.. Rolling Eyes
Back to top
View user's profile Send private message
cklife
PostPosted: Fri Feb 16, 2007 3:31 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Mar 2004
Posts: 62

yay, woooooo hoooooooooo!!!!!!!!!
alright people.
let's celebrate.

The lyrics are purposely designed to hit this type of news. Dang. It worked.
HM must've been really stupid to even publish this headline because; at the end of the day, they are only encouraging more people to catch the music.

By the day, awkward enough. Which part of any of these lyric fits the Setan bill??? How come didn't put any Cradle of Filth or Dimmu Bogir lyrics instead. I guess they are just a lousy 'office-sitting' writers who had absolutely no reporting skills and interview 'unimportant' personnel to fit their article. For all you know, the authority they mentioned could be DewanBP's janitor.

Ini bukan Lirik Setan, tapi Lirik Generasi-Y
Lirik Setan tu macam lagu Mawi - sebab terlalu jiwang dan tak best.
Back to top
View user's profile Send private message
omarjamaludin
PostPosted: Fri Feb 16, 2007 3:54 am    Post subject: Reply with quote

Site Admin
Site Admin

Joined: 18 Feb 2004
Posts: 2615
Location: Tmn Melawati

cklife wrote:
..I guess they are just a lousy 'office-sitting' writers who had absolutely no reporting skills and interview 'unimportant' personnel to fit their article....


no need to guess ..they are really what you've mentioned..

hehe..
_________________
my photoblog - http://sigemok.blogspot.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website MSN Messenger
GryMlock
PostPosted: Sat Feb 17, 2007 7:32 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

haha syabas!
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
cklife
PostPosted: Sun Feb 18, 2007 9:35 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Mar 2004
Posts: 62

hehehhe... bestnya penulis cam tu.....You kawan diorang ke? hehhehe

omarjamaludin wrote:
cklife wrote:
..I guess they are just a lousy 'office-sitting' writers who had absolutely no reporting skills and interview 'unimportant' personnel to fit their article....


no need to guess ..they are really what you've mentioned..

hehe..






Tenkyu Tenkyu.... Nak join kita sekali?.. sama sama kita memaparkan lirik kita dalam suratkhabar...hehhehe
GryMlock wrote:
haha syabas!
Back to top
View user's profile Send private message
adzakael
PostPosted: Tue Feb 20, 2007 2:33 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 18 Jan 2004
Posts: 386

terus terang aku cakap
somehow korang nye provocation mmg unnecessary
utk ape korang provoke pon?
_________________
http://www.adzakael.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
cklife
PostPosted: Tue Feb 20, 2007 3:09 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Mar 2004
Posts: 62

We're music-activist... all our songs are 'designed'.. topic out first.. before lyrics and musics... you might not believe me when i say.. we don't believe in "METAPHORIC" lyrics... becoz.. malaysian are simply the type of like to pursue something simple.. so.. we designed our lyrics for simplicity.. we sit and brainstorm the lyrics thru... unlike most other bands who had the lead singer to write songs about "winter, spring, 4 seasons, snowboard, blingbling" that does not exist in our culture.. we put ourselve at the forefront of Malaysian culture... buy Mamak Conspiracy- our new album.. you'll understand.... no subliminal message.. just upfront lyrics....

kita tak provoke harian metro.. diorang yang cari benda yang merepek untuk tulis..... kau boleh tuduh kita provoke orang sesuka hati lar.. i dah biasa dengar orang kutuk dah.... apa benda yang Malaysian buat lain.. mesti ada orang yang kutuk... kalau Mat Salleh buat... semua cakap best... eh kawan... kita semua orang malaysia... brader mana mana dari asia pun kita kena support...

buat apa aku nak gi provoke media... diorang suka kutuk kita.. kita pun kasi diorang kutuk lar... biasa lar.. aku relek je... mungkin bandmate aku mungkin tak syiok sangat...

hey... i think we're doing what's right for the country.... everybody is diverting their music/lyrics toward western..trying to sound 'internationally viable" ... we stay thru to what Malaysian really are.... you dont believe.. you have to listen to Mamak Conspiracy... it's not like National Disservice... we're doing it real Malaysian.... even lyrically using local slang.. we dont use Mat Salleh slang...

in fact.. we didn't care much about not getting shows and getting banned from venue.. becoz we stay true to what we are....

I believe.. doing asian-culture will have an international appeal.... just like System Of A Down doing the arabic tune.. you know...

i guess if you think Hollywood is everything.. and Jason Lo is the king.. then you wont understand this... i'm sorry.. i'm not provoking you.. i'll buy you a tea if you wanna sit down and hang out with us... let's just say.. peace .. not war...


adzakael wrote:
terus terang aku cakap
somehow korang nye provocation mmg unnecessary
utk ape korang provoke pon?
Back to top
View user's profile Send private message
adam
PostPosted: Tue Feb 20, 2007 3:26 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 15 Jul 2004
Posts: 1391

tabik~.. much respect hehe
_________________
www.i-bands.net/audiovault/adam
http://sweetlaikamusic.tripod.com
http://www.myspace.com/sushimonk
http://www.myspace.com/flirtingwithsleep
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website MSN Messenger
mrbungle
PostPosted: Wed Feb 21, 2007 2:49 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 12 Dec 2003
Posts: 384
Location: subank funkin jaya

frankly.... kite kena ade band band yg camni...untuk mewarnai muzik di malaysia... who cares?? bukan masuk juara lagu pun...radio pun takkan masuk nyer...
tapi jgn sampai kena tangkap la...tau tau je la.. mesia ni.. hahahhaha...
just my oppinion... Rolling Eyes
_________________
infecto groovalistic...
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
fReqZz
PostPosted: Thu Feb 22, 2007 12:52 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 20 Jun 2005
Posts: 1351
Location: Mont Kiara

thanx ben bitches, for making musician look like " tak sekolah".. no, i meant it Laughing
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Scumgrief
PostPosted: Thu Feb 22, 2007 2:12 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 02 Mar 2004
Posts: 744

Seriously, why is all the negativity?

Do you guys actually support this kind of censorship? This is exactly why Malaysian arts cannot grow... semua nak kena ada moral value. Tengok jela Raja Lawak Astro. Haram tak kelakar. Come on la... It is a harmless joke song. Macam korang tak pernah mencarut....
_________________
Can you feel the groove?
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
fReqZz
PostPosted: Thu Feb 22, 2007 2:48 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 20 Jun 2005
Posts: 1351
Location: Mont Kiara

pernah.. absolutely pernah.. stakat fcuk, scuk, sashloe bla bla bla tu rutin.. tp c'mon guys, show the society la that we're a knowledge people.. zaman2 flaming ppl dah lepas.. zaman nak create lagu out of anger dah lame lepas.. aku x intend utk down kan BB, just by pure musical opinion..

aku x rase sbb cencorship kita punya music x berkembang.. yes, its a harmless joke song, how do you feel if the song is about your mum (not intended for anyone!) sleeping with other man, or your dcik is smaller than a battery or somethin2.. i'm sure u'll be going for BB's neck..

see the provocation? but aku x jugak accept all those media yg tulis benda karut yang x masuk akal.. like the black metal issues..

back to the intention of the creation of i-band, to support our local musician is it? to show the society that we aint no joke, to show people out there music is a healthy way of expressing themselve, to share bla bla bla..

so why do we need this kind of tune/attitude?

nanti kita salahkan plak media.. tp, kita yg letakkan diri kita kat that situation.. mcm ni its just like kita yg feed diorang dgn issues, mcm ko pancing ikan segar kat depan kucing.. sikit ari, ngan tangan ko kena ngap!

this thing x rase kat korang.. but it effect those pure musician out there, yg start dgr gigging, main kat club, yang still cr tapak for themself.. u all can laugh sbb u all x cr makan ngan music, aku rs yg berforum kat i-band ni x smp 2% pun yg full-time musician.. even BB's (correct me if i'm wrong).. so bender2 mcm ni lah yang buat scene kita makin kecil, bender remeh2 mcm ni la..

btw, "Lirik Setan tu macam lagu Mawi - sebab terlalu jiwang dan tak best" i beg to differ bro, sbb masing2 ade citarase msg2.. u got ur own taste, they got their own taste.. anyway, we've got choice..

lastly, i'm sorry for my 2 sen, grammar terabur.. penggunaan bahasa tunggang-langgang.. maklumlah, budak x abes skolah lg.. and one more, this is not a reply to dis anyone.. just a pure expression - my view.

i still love u guys! Very Happy seriously...
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Scumgrief
PostPosted: Thu Feb 22, 2007 5:39 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 02 Mar 2004
Posts: 744

fReqZz wrote:

aku x rase sbb cencorship kita punya music x berkembang.. yes, its a harmless joke song, how do you feel if the song is about your mum (not intended for anyone!) sleeping with other man, or your dcik is smaller than a battery or somethin2.. i'm sure u'll be going for BB's neck..


I don't see why we have to dictate what somebody can or cannot write, as long it is not racists or something like that, I see no problem.

fReqZz wrote:

back to the intention of the creation of i-band, to support our local musician is it? to show the society that we aint no joke, to show people out there music is a healthy way of expressing themselve, to share bla bla bla..


What does this have to do with I-bands?

fReqZz wrote:

so why do we need this kind of tune/attitude?

We don't actually need it, but again, who are we to dictate what somebody can or cannot write?

fReqZz wrote:

nanti kita salahkan plak media.. tp, kita yg letakkan diri kita kat that situation.. mcm ni its just like kita yg feed diorang dgn issues, mcm ko pancing ikan segar kat depan kucing.. sikit ari, ngan tangan ko kena ngap!

Well, the media will try and find something to be blown out of porportion regardless of whether this type of songs exists or not.

fReqZz wrote:

this thing x rase kat korang.. but it effect those pure musician out there, yg start dgr gigging, main kat club, yang still cr tapak for themself.. u all can laugh sbb u all x cr makan ngan music, aku rs yg berforum kat i-band ni x smp 2% pun yg full-time musician.. even BB's (correct me if i'm wrong).. so bender2 mcm ni lah yang buat scene kita makin kecil, bender remeh2 mcm ni la..

Benda macam ni tak buat scene kita main kecil. Limitation on creativity does. Bila ada artist kita yang buat lain macam sikit, semua kena kutuk, in and out of the media.

fReqZz wrote:

btw, "Lirik Setan tu macam lagu Mawi - sebab terlalu jiwang dan tak best" i beg to differ bro, sbb masing2 ade citarase msg2.. u got ur own taste, they got their own taste.. anyway, we've got choice..

Yes, we do have a choice, if you don't like something, just don't listen to it lah.
fReqZz wrote:

and one more, this is not a reply to dis anyone.. just a pure expression - my view.

Right back at you mate...
_________________
Can you feel the groove?
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next Page 1 of 7

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group