Joined: 25 Apr 2007 Posts: 44 Location: Isengard (err...Puncak Perdana)
|
Ucapan takziah untuk ahli keluarga Allahyarhamah adik Nurin Jazlin Jazimin di atas pemergiannya. Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah...
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Dengan linangan air mata, Jazimin Abdul Jalil, pagi ini menuntut mayat anaknya, Nurin Jazlin, 8, dari Hospital Kuala Lumpur untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.
Jazimin, 33, yang sebelum ini menafikan mayat itu adalah anaknya yang hilang diculik sejak 20 Ogos lalu, walaupun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan sebaliknya, dilihat sebak dan berterusan mengalir air mata sepanjang proses menuntut jenazah Nurin Jazlin, mangsa bunuh dan penderaan seksual.
Semalam, polis mengesahkan ujian DNA terhadap mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin yang hilang sejak sebulan lepas.
taken from www.utusan.com.my _________________ Playing the guitar Effortlessly is a sanctuary of Divine Personal Revelation. The modern day virtuoso refuses to Die!>Dr Vai< |
|