on hid day [full house]
.: lyrics :.
Teori Cinta 1

Bayangkan yang pada suatu hari, kita
bangun dari tidur dan mendapati katil
yang kita baring semalam dah tak ada.

Bilik yang kita berada semalam juga
sudah tak ada. Semua benda yang boleh
kita lihat dan kita rasa pun dah tak ada.

Bayangkan kita sekarang bangun dari
tidur dan mendapati yang kita kini
berada di dalam sebuah tempat yang tiada
apa-apa. Tiada apa yang boleh kita lihat
dan rasa walau secebis cahaya sekalipun
dan sejasad zarah. Perkataan fizikal
tidak wujud langsung dalam tempat itu.
Hambar, kosong, tandus, suram, kaku,
gelap dan hampagas (vacuum).

Apa perasaan kita ketika itu?

Sekarang, bayangkan dari suatu arah
tiba-tiba kita nampak katil yang kita
baring semalam. Kita hanya boleh nampak
tetapi kita tak tahu macam mana nak
pergi ke katil tersebut. Kita berusaha?
dan berusaha? dan terus berusaha tetapi
masih juga tak dapat nak sampai ke katil
itu. Akhirnya katil itu terus pergi dan
hilang dari pandangan.

Adakah kita yang semakin hanyut dan
menjauhi katil itu atau sebenarnya katil
itu yang bergerak meninggalkan kita
jauh-jauh dan semakin jauh atau
masing-masing menjauhi diri antara satu
sama lain. Dapatkah kita tahu?

Sebenarnya kita tak akan dapat tahu
samada katil itu yang hayut menjauhi
atau kita yang meninggalkan katil itu
jauh; kita tak akan tahu. Apa yang kita
tahu sekarang ialah katil itu dan kita
dah semakin menjauh. Tak kisahlah siapa
pun yang mula-mula menjauhi siapa. Yang
pastinya masing-masing sudah menjauhi
dari diri masing-masing; itu yang
pastinya. Isaac Newton mengatakan itu
dalam teori gravitinya.

Dan pada aku teori itu padan dengan
kisah cinta dan kita. Cinta itu umpama
graviti yang membuatkan kita terus kekal
berada pada kewarasan. Tanpa cinta hidup
jadi macam tak ada apa-apa makna.
Berdiri dalam ruang gelap yang kosong
sekosong-kosongnya. Jika ada pun objek
yang berada disekeliling, kita tak
mungkin tahu atau tahu bagaimana untuk
mendekati atau menjauhi; bagaimana untuk
merasai dan bagaimana pula untuk
mencapainya kerana tanpa cinta, tarikan
antara dua insan tak mungkin berlaku dan
tarikan pen'dekat'an atau pen'jauh'an
juga tak mungkin akan terjadi. Begitulah
peliknya mengenai cinta.

Memetik kata-kata oleh seorang ahli
matematik Perancis, Blaise Pascal: "The
heart has its reason whereof reason
knows nothing." Tetapi kita mahukan
alasan untuk menerangkan perasaan,
terutama sekali mengenai cinta.

Apa yang aku nak tulis nanti mungkin
satu alasan untuk memahami cinta tapi
bukanlah satu definasi tepat bagaimana
cinta harus diterjemahkan kerana pada
aku cinta tidak mungkin boleh
diterjemahkan, hanya digambarkan.

Bulan lepas aku menziarahi mak saudara
aku di Shah Alam. Di rumahnya ada Astro.
Aku mengelongsori saluran-saluran yang
dilangganinya sehinggalah aku berhenti
di saluran National Geographic.
Dokumentari hari itu mengenai seorang
ahli saintis paling terkenal di dunia,
Albert Einstein dengan kisah teori
relativitinya.

Teori relativiti menyatakan: "Matter and
energy are relative and light are
constant." Dia menerangkan: Jika sebuah
kenderaan bergerak pada kelajuan 50 km/j
ke satu arah, manakala sebuah kenderaan
lagi bergerak pada kelajuan 30 km/j ke
arah sama, kedua-dua kenderaan
sebenarnya bergerak dalam kelajuan hanya
20 km/j lebih laju dan lebih perlahan
antara satu sama lain. Dan jika kita
menyuluhkan cahaya ke arah kedua-dua
kenderaan tersebut, cahaya akan sampai
kepada mereka dengan kelajuan yang sama
dan tetap dan dalam masa yang juga sama
tanpa mengambil kira jarak dan kelajuan
kenderaan itu berada sekarang.

Apa yang aku nak cuba katakan, cinta dan
cahaya sebenarnya berkongsi sifat yang
serupa dan kita seperti matter and
energy adalah relative. Andai teori
Einstein itu diambil sebagai rujukan,
kita akan mendapati persamaan antara
cinta dan cahaya dan diri kita sendiri.

Cahaya bergerak pada kelajuan yang sama
dan tetap ke semua arah. Tak kira di
mana ia dipancarkan, sifat cahaya
sentiasa akan memenuhi ruang dan terus
bergerak. Dan cahaya juga akan sentiasa
sampai kepada sesuatu dalam masa yang
sama tanpa mengambil kira jarak sesuatu
itu berada.

Begitu jugalah dengan cinta. Cinta
bersifat memenuhi ruang dan terus
bergerak tanpa boleh disekat atau
dikurangkan. Seperti, jika kita sedang
menyintai kekasih kita, dalam masa yang
sama kita juga sedang menyintai ibu
bapa, binatang peliharaan, kawan-kawan
dan juga kepada Tuhan. Segalanya dalam
masa yang sama tanpa mengira di mana
orang yang kita sedang cintai itu berada.

Jadi, jika ada orang yang datang kepada
kamu dan berkata, "Kita hanya boleh
menyintai satu-satu orang dalam
satu-satu masa" maka katakan saja apa
yang aku katakan tadi berdasarkan teori
relativiti.

Cahaya tidak boleh disekat atau
dikurangkan. Al-Khawarismy berkata:
"Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi
boleh diubah." Begitu juga dengan
cahaya. Cahaya tidak dapat disekat
kerana sifat cahaya yang sentiasa ingin
bergerak. Cahaya samada akan dipantulkan
semula ke arah yang berlainan atau ia
akan diserap dan kemudian memberi satu
sumber tenaga baru kepada objek yang
menyerapnya.

Bukankah cinta juga begitu?

Kita menyintai seseorang tetapi orang
yang kita cintai tidak membalas cinta
kita, ini bukan bermakna cinta kita akan
terhenti bergerak selepas cinta kita
tidak berbalas, tapi sebenarnya orang
itu akan memantulkan semula cinta kita
kepada orang lain yang berada
disekelilingnya dan ia akan terus
bergerak sehingga cinta kita sampai
kepada seseorang yang sudi untuk
menyerap cinta kita. Dan bila cinta itu
diserap oleh orang yang sudi
menyerapnya, ia akan memberi satu kuasa
baru kepada orang tersebut. Sebagaimana
cahaya matahari diserap oleh kulit untuk
menghasilkan vitamin D kepada tubuh kita.

Kepada mereka yang putus cinta, cinta
sebenarnya tidak pernah putus cuma
dipantulkan semula oleh orang yang kita
harap akan menyerap cinta kita. Masa
saja yang akan menentukan bila dan
siapakah yang akan sudi menyerap kuasa
cinta kita untuk dijadikan sebagai
sumber tenaga bagi dirinya untuk
memancarkan semula cinta kita kepada
diri kita. Bukankah cinta sentiasa
mengenai memberi dan bukan sekadar
menerima sahaja."

...mungkin dari iqbal

--------------------------------------------
"love is not about finding da right person,but creating a right relationship..it's not about how much love u hv in beginning but how much love u build till da end.."
source:

"THE KEY TO SUCCEEDING IN MARRIAGE IS NOT FINDING THE RIGHT PERSON; IT'S LEARNING TO LOVE THE PERSON YOU FOUND"
source: http://isuhangat.blogspot.com/2007/10/did-i-marry-right-person.html

-----------------------------------------------------------------------------------

kadang kadang dari kawan menjadi sahabat
dari sahabat menjadi jatuh cinta...
dan saat itulah semuanya berubah..
samada musnah atau tidak...

persahabatan selalunya berakhir dengan percintaan
tetapi percintaan jarang berakhir dengan persahabatan
...kadangkala permusuhan

kerana cinta,
mengubah, diubah, berubah, merebah,

kerana cinta, kawan mnjadi lawan, sahabat menjadi musuh, sayang menjadi benci....

cinta...boleh merubah,boleh diubah, boleh menjadi topeng, boleh menjadi ukuran, boleh membaiki, boleh juga merosak, boleh menyedarkan, boleh juga melupakan, boleh menyembuhkan, boleh melukakan..

lantak la......