kopegilahmati!
.: lyrics :.
KOPEGILAHMATI!!!

*** memang aku cemburu
*** lihat dia denganmu
*** hancur luluh hatiku
*** lihat dia kucup bibirmu

memang sengaja kau nyalakan bara amarah
panasnya reda minyak pula yang kau simbah
apa kau sangka diriku tiada bermaruah
begitu mudah senangnya emosi kau ratah
diriku bukan bonekamu
hatiku bukan mainanmu
segala egomu biar ditelan rahu
materialistikmu jangan babitkan aku
teruskan kehidupanmu jauh dariku
belahlah aku peduli apa
pergilah ke mana yang kau suka
tak mahu lagi hidup berteman nestapa
setiap hari cuma kumembasuh luka
cukup, cukup, cukup sampai di sini
serik, serik, serik nak kuulangi
biar, biar, aku terus begini
pergi, pergi, kau pergilah mati!!

*** memang aku cemburu
*** lihat dia denganmu
*** hancur luluh hatiku
*** lihat dia kucup bibirmu

ah, fana saja rasa ini sementara
kehilanganmu bukan hilang segala-gala
bersama dulu jadinya serba tak kena
pemergianmu bagai lupus seribu bala
diriku takkan ingatimu
hatiku takkan mengenangmu
kini menjadi sejarah hitam terdalam
biar tenggelam takkan kubiarkan berbalam
sesekali mahu juga aku jadi kejam
belahlah aku peduli apa
pergilah ke mana yang kau suka
tak mahu lagi hidup berteman nestapa
setiap hari cuma kumembasuh luka
cukup, cukup, cukup sampai di sini
serik, serik, serik nak kuulangi
biar, biar, aku terus begini
pergi, pergi, kau pergilah mati!!

*** memang aku cemburu
*** lihat dia denganmu
*** hancur luluh hatiku
*** lihat dia kucup bibirmu

teruskan saja hidup ini masih panjang
dalam dunia wanita bukan kau sorang
ramainya lagi tak perlu kupilih jalang
lembut dan sopan cantikpun bukan kepalang
dirimu biarlah berlalu
dirimu biarlah membeku
dalam mahligai palsu syurga ciptaanmu
dalam istana nafsu noda serakahmu
bermaharajalelalah kau di situ
belahlah aku peduli apa
pergilah ke mana yang kau suka
tak mahu lagi hidup berteman nestapa
setiap hari cuma kumembasuh luka
cukup, cukup, cukup sampai di sini
serik, serik, serik nak kuulangi
biar, biar, aku terus begini
pergi, pergi, kau pergilah mati!!

*** memang aku cemburu
*** lihat dia denganmu
*** hancur luluh hatiku
*** lihat dia kucup bibirmu