Jom Jadi Jenin
.: info :.
Andai Mat Jenin berangan-angan kosong dia tak akan berkerja mengutip kelapa, dia sudah memulakan langkah pertama dalam imaginasinya cuma dia "dimatikan" oleh penglipurlara yang tidak memahami konsep imaginasi cemerlang atau mungkin sesiapa yang tak mahu tengok kita mempunyai imaginasi cemerlang. Realiti hari ni kita boleh tengok lebih ramai yang menganggur tanpa ada wawasan(takda kerja, takda imaginasi/target/perancangan). Lebih teruk dari Jenin yang secara umumnya dimomokan dengan imej yang imaginasi tak kan membawa kita kemana-mana. Mat Jenin sudah "nampak" destinasi yang boleh dia katakan kejayaan...sudahkah anda?