This site is currently in archive mode. We no longer accept new accounts and song uploads. All rights to the published songs belong to the respective artists. But circumstances might have changed since the last time i-bands was online. Therefore, do report any copyright infringements to our team at copyright@i-bands.net
Akur
news
music
+ about +
contact
website
Rate Us!
552
About Ditubuhkan pada awal tahun 2000, band yang menggelarkan diri mereka AKUR berpegang pada konsep Commercial Pop Rock. Formasi asal bermula dengan Marcus [drums] dan Morgan (ex-Telebury) [gitar/vokal] yang kemudiannya telah menggandingkan Fabrickson [bass] dan Jeffery [gitar] pada penghujung 2002. Akhirnya mereka telah bersama-sama melahirkan single demo yang pertama iaitu Angin Malam di Musiccanteen.com. rujuk: http://www.musiccanteen.com/mc_albARAR.aspx

Pada akhir 2004, menyaksikan Fabrickson dan Jeffery melangkah keluar dari band dan wajah-wajah baru tapi penuh berpengalaman menyertai AKUR. Mereka ialah Romeo [vokal], Austin dari band Vormit (ex-Nice Stupid Playground) - [bass] dan Nigel (ex-Spitfire) - [gitar]. Gandingan baru ini telah memantapkan lagi formasi dan kreativiti AKUR untuk berilham. Berlandaskan lirik yang simple dan susunan muzik yang catchy memberikan gambaran tersendiri tentang AKUR. Tidak seperti band-band yang lain, kebiasaannya mahukan muzik berunsur ke'Indonesia'an atau ke'British'an, bagi AKUR hasil kreativiti begini tidak mempunyai keaslian. Paling membanggakan, ahli kumpulan ini kesemuanya mempunyai pengalaman dalam bidang muzik melebihi satu dekad, satu jangka waktu yang cukup panjang untuk membuktikan bahawa mereka yakin dan mampu bersaing di persada seni tanahair.

Kami boleh dihubungi melalui:
Website band: http://www.freewebs.com/akur
Email: akurband@yahoo.co.uk
Members Syrile, Morgan, Austin, Nigel, Marcus
Location Kuching, Sarawak
Influences Indo Pop, Brit Pop Rock
Sounds Like Ourselves!




i-bands archive
  


yes we're building a new one



last updated: 22 May 2022 12:10 AM