This site is currently in archive mode. We no longer accept new accounts and song uploads. All rights to the published songs belong to the respective artists. But circumstances might have changed since the last time i-bands was online. Therefore, do report any copyright infringements to our team at copyright@i-bands.net |
gnome .: Click To Enter :. (as written in ROTTW 65th ed. April 2002: demo korner : by keiichii) Dianggotai oleh oleh Brandon selaku vokal, Azhar sebagai media sampler, Haza selaku pemain gitar kedua dan Starry yang bersal dari Jakarta bertindak sebagai pemain gitar pertama. Sebenarnya kumpulan ini ditubuhkan pada awal tahun 2001 oleh S'ham, Starry, Azhar, Haza, Raymond dan Jeff. Mereka semua ini adalah kawan sekolahan dan selalu jamming bersama. Walaupun line-up berikut kelihatan seperti lengkap, namun mereka masih kekurangan seorang vokalis. Starry membawa masuk Brandon yang menuntut di kolej yang sama. Pada pertengahan tahun 2001, S'ham telah mengaturkan gig mereka sendiri yang bertema "For The Sake of Gujerat" di Factory Bukit Bintang. Pada ketika itu band-band seperti Love Me Butch, Nerverwreck dan Dethmute juga turut berkongsi pentas dengan mereka. Pada Oktober 2001, Gnome menghadapi beberapa konflik line-up dan perselisihan fahaman muzikal. Akibat musibah ini, Raymond meninggalkan Gnome. Tidak lama kemudian Jeff pula mengikut jejak Raymond tetapi atas alasan ingin menumpukan lebih perhatian kepada bandnya sendiri. Kini hanya tinggal S'ham, Haza, Brandon, Starry dan Azhar. Mereka menjemput Azrin untuk mengisi bangku drum. Namun line-up ini hanya bertahan selama sebulan sahaja apabila S'ham dan Azrin keluar dari Gnome kerana semakin sibuk dengan jadual akademik mereka. Pada ketika itu, impian Starry untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu demo sebelum keberangkatan pulang ke Indonesia makin samar. Akan tetapi, dengan berbekalkan semangat dan galakan sahabat-sahabatnya, Starry mengambil keputusan untuk merakamkan sebuah demo menggunakan khidmat pemain dram dan pemain bass luar iaitu Matt dan JR (kedua-duanya Stone Angelina). Demo ini dirakamkan di Studio Digital Axcess milik Sham Visa sekitar bulan January 2002. Mengikut perancangan asal, demo ini sepatutnya dimuatkan dengan 4 buah lagu sahaja. Lagu pembukaan untuk demo ini berjudul "Burn The Sun" dimulakan dengan sampling diikuti dengan riff gitar yang tajam dan pukulan dram tribal yang pantas. Lagu-lagu yang lain seperti Enthrall, Recsprocate dan Stigma lebih menjurus ke arah irama nu-metal. "F@#!S=!#dunnoWhat" adalah lagu terakhir merupakan sebuah lagu bonus yang dicipta secara spontan di dalam studio. Lagu ini dinyayikan oleh Jeff, yang turut hadir semasa proses rakaman. Ianya kedengaran agak menarik seperti satu eksperimentasi bakat, keupayaan dan instrument! Kualiti demo ini agak baik mendengarkan pada bunyinya di mana kesemua lagu dirakan secara live dan digital. Boleh dikatakan demo ini adalah hasil usaha gigih Starry dan rakan-rakan yang kini berada di Australia untuk menyambung pelajarannya. |