This site is currently in archive mode. We no longer accept new accounts and song uploads. All rights to the published songs belong to the respective artists. But circumstances might have changed since the last time i-bands was online. Therefore, do report any copyright infringements to our team at copyright@i-bands.net |
BlindTerror .: Click To Enter :. Ini adalah band pertama bagi setiap ahlinya. Memainkan melodic metal dan sudah berusia tiga tahun sejak ditubuhkan pada 2003 yang lalu. Mereka adalah wakil metal dari Ijok, Kuala Selangor. Muzik yang agak asing dan selalunya muzik kelas ketiga yang sering ditindas teruk oleh pemilik studio jamming disebelah sana. Bersama enam orang ahli dengan dua vocal sebelum kemasukkan Azmie di posisi kibod pada tahun 2005. Walaupon kurang mendapat tawaran gigs namun mereka sudah bermain di pentas ROTTW sejak The Road 2005 yang lalu. Mengambil rujukan muzik dari kebanyakkan band metal Sweedish dan Finland. Mereka juga adalah pendengar In Flame, Children Of bodom, segala yang namanya metal core hingga ke muzik Mawi. Mereka pernah merakamkan demo empat buah lagu sebelum ini, dan masih belum berpuas hati dengan kualiti rakamannya. Melalu demo ini yang pernah sampai ke Thailand, mereka pernah mendapat tawaran bermain disana namun terpaksa ditolak atas alasan pasport dan sumber kewangan yang terhad pada waktu itu. Rancangan terbarunya untuk merakamkan sebuah demo ataupon EP selepas raya ini. Bersama empat buah lagu lama... hari ini mereka sudah punya sembilan buah lagu kesemunnya. Menulis tentang realiti, kehidupan, kemarahan dan segala yang seumpamanya... cuma tidaklah kisah-kisahdarah dan mitos ini seperti zaman awal mereka dahulu. Jika dulu mereka cuma bersama distortion dan kebisingan gitar, hari ini mereka sudah punya solo dari kibod pula. Kesemuan ahlinya menetap di Selangor cuma.. pemain kibodnya sahaja yang berada di Penang. Untungnya Azmie bekerja di kedai peralatan muzik, jadi.. tiada banyak masalah untuknya melakukan latihan walaupun berkeseorangan. Seminggu atau dua minggu sekali beliau akan turun ke Kuala Lumpur untuk praktis bersama band sebelum pulang semula ke Penang. Setakat ini mereka masih lagi menanti tawaran dan sedang mengumpul pengalaman band untuk bermain sebanyak mungkin gigs yang ada. Sebuah lagi lagi band melodic metal yang boleh anda kenali. Muzik dan pengalamannya mungkin masih baru. Mereka mangsa diskriminasi muzik minda-minda tertutup dikampung mereka. Merekamangsa diskriminasi muzik minda-minda tertutup dikampung mereka.. ironya mereka memerlukan sokongan anda untuk membuktikan bukan lagu pop dan 60'an sahaja yang boleh dimainkan di studio. Hubungi mereka di myspace.com/illusionmetal atau email sahaja jemputan atau pertanyaan anda ke illusion_metal@yahoo.co.uk. |