This site is currently in archive mode. We no longer accept new accounts and song uploads. All rights to the published songs belong to the respective artists. But circumstances might have changed since the last time i-bands was online. Therefore, do report any copyright infringements to our team at copyright@i-bands.net
KultusKabus
+ news +
music
about
contact
website
Rate Us!
3487
bagaimana hendak menghubungi kami
author: KultusKabus posted: 09 Feb 2007 02:08 PM
terdapat beberapa e-mail yg kami terima tidak dapat dibalas semula. kemungkinan mereka tersilap menulis nama e-mail mereka dengan betul dan kami menghadapai masalah untuk membalasnya.

walaubagaimanapun +KultusKabus akan memberi nombor telefon salah seorang daripada ahli kami untuk dihubungi secara terus:

banjoe: 012-7589091

+KultusKabus akan mengadakan persembahan bersama dua kgiran yang lain di vinyl DC pada 18 februari jam 9 mlm. kamu boleh rujuk di http://www.i-bands.net/forum/viewtopic.php?t=5028. jika ada kelapangan masa dan mood, datanglah.

sekian.....

kenyataan akhbar yang cetek sekali kajiselidiknya
author: KultusKabus posted: 06 Dec 2005 01:33 PM

bagi mereka yang telah membaca harian metro edisi hari selasa, 6 disember 2005; sudah tentu kamu tidak ketinggalan membaca tajuk "40 KUMPULAN BLACK METAL MAHU 'AMUK". kami telah menerima panggilan telefon dan sms dari rakan-rakan kami tentang kewujudan berita di akhbar tersebut. maka kami pun yang tidak pernah membeli harian metro pun terus membeli akhbar tersebut. baca dan baca dan baca dan baca berulang-ulang kali.

penganjur gig di jajahan masjid tanah, melaka terpaksa membatalkan gig-gig tersebut dan KultusKabus adalah di antara kugiran-kugiran yang akan mengisi slot pada G.R.U.N.G.E.F.E.S.T pada 24 disember nanti. kami bertiga pakat gelak pada keterangan akhbar tersebut. kami juga telah menghubungi kugiran crestfallen tentang perkara tersebut dan mereka juga pakat gelak.akan tetapi setelah difikirkan kembali, betapa kecewanya kugiran-kugiran kerana tidak dapat beraksi. lebih-lebih lagi kepada kugiran-kugiran yang mula mengisi slot buat pertama kalinya. tidak lupa juga kepada penganjur-penganjur gig yang kami terlalu berterimakasih kerana mereka adalah di antara yang memberikan informasi kepada orang ramai betapa wujudnya kami di persada muzik indie melalui slot gig.

tentang kenyataan akhbar harian metro itu, "40 KUMPULAN BLACK METAL MAHU 'AMUK' adalah sesuatu yang kami rasa ia adalah adalah tidak berasas. betapa kurangnya 'sesuatu' yang amat penting bagi media massa atau apa yang kononnya mereka melaungkan kebebasan akhbar. apakah itu 'sesuatu'?. 'sesuatu' itu adalah KAJISELIDIK. ya..... betapa ceteknya kajiselidik yang telah diberikan oleh para wartawan dan penulis budiman yang kami tidak tahu siapakah orang itu di dalam pentadbiran harian metro. sudah bertahun-tahun isu black metal diketengahkan di mana-mana akhbar. namun, kajiselidik mereka dalam pentadbiran harian metro masih tidak boleh membezakan dengan tepat tentang apa itu black metal dengan muzik yang lain. sungguh dayus kenyataan harian metro itu. pentadbiran harian metro kami rasa masih tidak matang dalam soal kajiselidik. dan adakah... adakah nampaknya kebebasan akhbar telah dikhayalkan dengan penglarisan jualan akhbar tabloid. keuntungan lebih penting dari informasi yang tepat dan mangsanya secara tidak sedar adalah pembaca-pembaca yang berbelanja sebanyak RM 1.20 di semenanjung dan RM 2.00 di sabah dan sarawak untuk akhbar harian metro. kami telah membuat teori tentang harian metro bahawa keuntungan adalah ketepatan sasaran mereka daripada fakta informasi yang sebenarnya. selamat datang ke malaysia.

+KultusKabus adalah kumpulan black metal? perdengarkanlah track-track kami, buat penilaian dan buatlah keputusan masing-masing.



ralat yang tidak boleh dielakkan.....
author: KultusKabus posted: 02 Dec 2005 03:01 PM
apa khabar semua? sudah makan? sudah minum? samada jawapan kamu adalah "sudah" ataupun "belum", kami balas balik dengan ayat, "bagus".

untuk pengetahuan pembaca semua..... kami masih lagi tidak dapat menyiapkan CD +KultusKabus yang sepatutnya telah disiapkan pada bulan november 2005. masa kami telah dilalui oleh bulan Ramadhan yang mulia dan bulan Syawal di Malaysia ini yang semestinya duit banyak kopak dengan bermacam2 agenda di dalam satu perayaan sahaja. tambahan pula, kami terpaksa menghadiri setiap majlis perkahwinan rakan-rakan kami hampir setiap hujung minggu sempena cuti sekolah. tambahan lagi, kami telah dijemput bagi membuat persembahan untuk gig grunge fest di masjid tanah, melaka pada 24 disember 2005. jadi, kami terpaksa menggunakan masa yang ada untuk berlatih dan kami telah menangguhkan proses rakaman track-track kami. agak sibuk juga untuk kami bertiga. akan tetapi, ini adalah perkara-perkara yang harus kami terima dengan relaks dan kontrol macho.

dengan ini +KultusKabus ingin meminta maaf kepada semua pihak di atas segala kesulitan yang dihadapi dan kami akan cuba menyiapkannya dan kami akan sentiasa membuat pengumuman demi pengumuman tentang proses penyiapan track-track kami .....




lagu-lagu 60-an untuk rujukan +KultusKabus
author: KultusKabus posted: 20 Oct 2005 02:05 PM
Nasibku - A. Halim
Keindahan Pantai - M.Shariff
Kembalilah - M.Shariff
Di Pinggir Kali - J. Sham
Suratku Untukmu - J. Sham
Resam Dunia - J. Sham
Harapan Menanti - A. Ramlie
Merintih Kalbu - A. Ramlie
Curahan Kasih - A. Ramlie
Kasih Tak Sudah - A. Ramlie
Ku Tetap Menunggu - A. Ramlie
Sejambak Budi Setangkai Hati - A. Ramlie
Gadis Jururawat - A. Ramlie
Salam Muhibah - A. Ramlie
Sama Rasa Nikmat Cinta (lagu 70an) - A. Ramlie & Maria Bachok
Asmara Dewi - S. Jibeng
Selamat Tinggal Pujaan - S. Jibeng
Siapa Bilang Aku Tak Sayang - L. Ramlee
Suasanaku - L. Ramlee
Ayahku Kahwin Lagi - L. Ramlee
Irama Desa Seberang - J. Kamisah
Jelingan Manja - J. Kamisah
Hancur Badan Dikandung Tanah - P. Ramlee
Lanang Tunang Tak Jadi - P.Ramlee
Perwira - Saloma
Dendang Penyanyi Pujaan - Salim I
Hello Miss - M.Y.Shamsudin & Fatimah Isa
Madu Tiga - P.Ramlee
Kerana Budi Jasad Tertawan - A. Talib


s.jibeng
author: KultusKabus posted: 20 Oct 2005 01:54 PM
S Jibeng merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an. Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, ( She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh).

Penyanyi pada zaman 1960-an, biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Lagu-lagu:
Asmara Dewi
Selamat Tinggal Pujaan
Gadis Pertiwi
Inai Di Jari
Mabuk Kepayang
Musafir Di Aidil Fitri


apakah itu kugiran?
author: KultusKabus posted: 20 Oct 2005 01:50 PM
Kugiran

Kugiran merujuk kepada kumpulan muzik yang memainkan lagu-lagu rancak. Pada kebiasaannya, kumpulan gitar rancak (kugiran) ini mempunyai empat anggota yang turut berperanan sebagai penyanyi, selain pengendali empat alat muzik iaitu tiga gitar elektrik dan dram. Kebanyakan lagu yang dipersembahkan adalah berirama rancak, walaupun yang bertemakan lagu sedih. Sebagai contoh lagu "Ayahku kawin lagi." dan lagu "Jangan tinggalkan daku.". Rentak ini berbeza dengan lagu cinta Melayu yang mendayu-dayu irama 80-an dan 90-an.

Perkembangan kugiran ini digalakkan lagi dengan kehadiran banyak syarikat rakaman di Singapura sekitar 60-an, yang menghasilkan banyak piring hitam untuk tujuan komersil. Secara tidak langsung ia menghidupkan lagi industri muzik Melayu di Malaysia dan Singapura.






hari ini dalam sejarah
author: KultusKabus posted: 27 Sep 2005 05:44 PM
macamana kami boleh menubuhkan band +KultusKabus? macamana tu... macamana tu... macamana tu...

pada zaman dahulu, di sekitar akhir tahun 2004. tidak ingat bila tarikhnya tetapi waktu itu adalah waktu malam selepas Isyak. kebiasaannya kawan-kawan kami yang sekutu-sekutunya adalah golongan yang mempunyai band dan mengisi masa lapang dengan melakukan jamming session dan biasanya jika tiada aktiviti tersebut, mereka akan mengeteh di kabanyakan restoran-restoran kecil di sekitar bandar batu pahat. memang berlambak-lambak logistik pemakanan waktu malam di bandar ini. batu pahat johor adalah bandar yang kecil sehinggakan pernah menteri besar johor yang pada waktu sebelumnya adalah tuan ghani othman pernah melabelkan bandar kami sebagai 'bandar pencen'. sekarang bandar kami sudah sibuk dari segi macam-macam agenda.

berbalik pada cerita kami, pada waktu itu ijan dan banjoe sedang mengeteh sambil bercerita tentang apa-apa topik untuk memenuhi syarat-syarat menghilangkan kebosanan pada malam tersebut. sedang asyik bercerita, terkeluarlah satu topik tentang perkembangan band-band kami yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 90-an. sesungguhnya band-band kami memang agak 'slow' progres disebabkan faktor komitmen bekerja, mempunyai keluarga sendiri dan hampir ke arah 'cuci tangan'.

disebabkan itu, banjoe telah mencadangkan supaya menubuhkan sebuah band 'percutian' untuk kami. percutian pada versi kami adalah bermaksud; bercuti daripada band-band kami yang telah 'slow' progresnya. ijan telah bersetuju dengan idea tersebut. maka timbullah persoalan siapakah yang akan bermain drum untuk band percutian kami. maka setelah diperbincangkan, kami telah mencadangkan supaya menggunakan khidmat maman yang juga mempunyai situasi progres yang sama. ijan akan bermain gitar sambil menyanyi manakala banjoe akan bermain bass. kami juga telah memberikan idea bahawa ada lagu-lagu yang mungkin banjoe akan bermain gitar dan ijan akan bermain bass. menyanyi tidak kira siapa mereka di antara bertiga. maman tetap di posisi drum dan berkemungkinan dia juga akan bermain samada gitar atau bass. pening tak kepala korang?

masa yang dinanti-nantikan telah tiba. pada akhir disember 2004, kami mula melakukan senaman jamming buat pertama kalinya di studio apek ah cher. lagu-lagu senaman jamming buat pertama kali adalah lagu-lagu spontan hentam keromo. bantailaaa nak pakai chord atau scaling macamana. ianya lebih ke arah lagu-lagu band seperti fu manchu, sonic youth, death from above 1979, ramones dan seterusnya berbentuk cha-cha. setelah selesai senaman tersebut, kami mula bercadang untuk meng'cover' lagu-lagu the ramones.

awal januari 2005, lagu-lagu ramones mula berkumandang di studio yang sama. blitzkrieg bop, i wanna be sedated, the kkk took my baby away dan lagu-lagu ramones di akhir tahun 70-an. kami mula berasa akan keserasian kami kerana kami tahan kena kutuk mengutuk dan buat lawak di antara kami bertiga. maka ijan mula mencadangkan agar kita akan bersiap bersedia untuk bermain lagu sendiri dan kami semua pun bersetuju.

akhir januari 2005, percubaan untuk bermain lagu sendiri telah bermula. kami bermain apa yang mampu dan bermain sejujur-jujurnya. banjoe telah mencadangkan supaya kita terus membuat demo. lagipun kawan-kawan dah kumpul duit bulanan untuk studio ciptaan kami dari batu pahat, johor. semua band-band unsigned batu pahat yang berkonsepkan metal, hardcore, punk dan juga dari kami telah bertungkus-lumus untuk menghidupkan studio yang kami sendiri tidak pasti sampai bilakah ianya akan bertahan. dan ketika itulah wujudnya nama +KultusKabus. + adalah perkembangan kita akan datang, Kultus adalah kita dan Kabus adalah 'persekitaran' pada esok hari dan seterusnya.

pada akhir jun 2005, kami telah mula bekerja untuk menyiapkan demo kami. disebabkan hanya kami bertiga sahaja yang cuba menyiapkan demo, progres berjalan agak perlahan tetapi tidak berhenti di situ sahaja. kami tidak menggunakan khidmat sewa studio, tidak menggunakan sewa khidmat untuk menyiapkan demo dan tiada campur tangan dari orang-orang luar. dan disebabkan hanya kami bertiga sahaja, tiada masalah dari segi komitmen nak siapkan demo. sebabnya:

- masih belum berkahwin lagi. bujang long song

- kepala ingat nak rekod demo sahaja.

- di studio sudah tidak boring lagi sebab sudah ada meja pingpong. bila penat atau stress hendak buat demo, boleh main pingpong sampai sudah boring atau penat. lepas itu, sambung balik siapkan demo. ada idea nak main dart pula. eril ada papannya tapi benda yang nak dibaling itu tiada. mungkin banjoe akan supply sebab dia ada handle kedai sukan.

- tiada tekanan hendak mengejar waktu sebab tiada dikenakan bayaran mengikut kiraan jam sekiranya menjadi ahli. bayar bulanan sahaja. berpatutan..... boleh main pingpong lagi.

kami sudah menyiapkan beberapa lagu secara track-by-track. Insya-Allah siap dalam bulan november 2005. sasaran kami adalah sebanyak sepuluh lagu. itu sahaja. kualitinya adalah tidak sekualiti demo yang menggunakan kos wang ringgit yang banyak. ia adalah sekualiti kami secara apa yang kita ada dan mampu lakukan. selepas itu baru fokus untuk design layout CD cover atau sleeves pula. kemudian ada ura-ura hendak buat klip video. satu pun jadilah. yang paling penting sekali yang perlu diterangkan; ia adalah dari buatan minoriti batu pahat; bandar yang pernah digelar sebagai 'bandar pencen'. ini adalah serius!

itu sahajalah tentang cerita sejarah penubuhan +KultusKabus.





i-bands archive
  


yes we're building a new one



last updated: 22 May 2022 12:10 AM