This site is currently in archive mode. We no longer accept new accounts and song uploads. All rights to the published songs belong to the respective artists. But circumstances might have changed since the last time i-bands was online. Therefore, do report any copyright infringements to our team at copyright@i-bands.net
the rhaman project
news
music
+ about +
contact
website
Rate Us!
844
About

The Rhaman


Dengan berbekalkan inspirasi daripada bunyian 60an tempatan beserta mood nyanyian emosional generasi bundle lewat bangun tidur, The Rhaman menggunakan formula yang dibiaskan daripada julat muzik pasca rock moden sehinggalah pos-grunge dengan suntikan punk era 70an dan alternatif alaf 90an untuk diadunkan dengan bait lirik yang sinis bagi mencipta muzik gaya mereka.


The Rhaman mengaplikasikan pengamatan pada instrumen dan pengaruh muzik terhadap pembinaan karekter dalam muzik gubahan mereka dengan penuh hati-hati. Mereka terdiri daripada Hafidz; sebagai gitar irama, Adik; diposisi gitar pertama, Hayan sebagai pemain gitar bass, Ewin sebagai pemain drum dan Abong di posisi keyboard serta Yuyun dibahagian vokal.

Dalam arena muzik tempatan yang agak keliru rentetan daripada serbuan band-band asing dari seberang telah membuka mata mereka untuk mengambil inisiatif bagi berkarya dengan menggunakan bahasa melayu sebagai medium perantaraan di antara mereka, muzik binaan mereka, dan pihak ketiga.

mari mari ke myspace kami hehe


Members Hafidz, Adik, Yuyun, Hayan, Ewin, Abong
Location Jasin, Melaka
Influences zwan, the beatles, weezer, 7 years bitch, salvatory mamadou, the strokes, sore
Sounds Like kugiran 60an tempatan dengan suntikan pop british dan punk barat 80an




i-bands archive
  


yes we're building a new one



last updated: 22 May 2022 12:10 AM