This site is currently in archive mode. We no longer accept new accounts and song uploads. All rights to the published songs belong to the respective artists. But circumstances might have changed since the last time i-bands was online. Therefore, do report any copyright infringements to our team at copyright@i-bands.net
karbaid
news
music
+ about +
contact
website
Rate Us!
533
About Semuanya bermula sekitar tahun 1999 di hari lebaran yg mulia. Si Banjoe lepak2 depan rumah Jepp sambil main gitar (pakai gitar ngko kan Jepp?) dan si Pahmi pulak menjerit2 menyanyi. Lalu terkentutlah satu idea dari buntut si Banjoe utk membentuk satu band! Pada masa mereka sedar mereka ketiadaan kaki pukul (drummer) so si Jepp terpetik nama si Joker. " Hah... Joker boleh main drum la!", kata si Jepp. Lalu di'contact'nya si Joker yg masa tu memang melantung tak tau nak buat ape! Sebenarnya semua setan-setan ni dulu satu kelas masa sekolah menengah kat SDBL, Batu Pahat. Yang 'best'nya si Pahmi ni pulak anak cikgu setan-setan ni semua! hahaha, YAHYATIM. So... bermulalah era jamming lagu-lagu 'cover' pada masa itu! Bermula dgn 'Six Feet Under' kemudian 'Carcass'. Diselang-seli jugak 'Sepultura' ngan 'Rotting Christ'! Lama-kelamaan, akibat daripada kerasukkan lagu-lagu 'funky' ke dalam kepala si Banjoe, Jepp dan Joker... setiap kali masuk jam, lagu pembukaan untuk panaskan badan adalah lagu 'funky' yg terkentut secara spontan! Aku rasa kalau dikumpulkan lagu-lagu 'funky' yang pernah kitorang lenjan, dah boleh buat album. Banyak tu! Main sekali... pastu tak ingat! Sampailah sekarang ni. Kitorang tak pernah cover lagu 'funky' sapersaper! Main henjut aje. Oleh kerana kesefahaman kami yang dah lama sejak tahun 1990 lagi (masa tu 'form' 1) Alhamdulillah... band kami masih 'maintain' sampai sekarang. Masih lagi 'line-up' asal!

Bercakap tentang 'line-up' ni, pada tahun 2000 seorang lagi kawan sekelas kami turut mereputkan diri ke dalam Karbaid. Tetapi kerana minat 'Metal'nya lebih ke arah 'minor chord' dan goreng meleleh-leleh, tak lama kemudian dia keluar. Mungkin sebab Karbaid ni lebih kepada 'power chord riffing', so tak ada la sangat goreng-goreng maut macam band-band metal Eropah dan Malaysia ni. Ketidaksesuaian ini juga telah dapat dirasakan semasa kitorang 'jamming'. Ada lagu yang dia boleh main, dan ada lagu yang dia tak main! Tambahan pula pada masa tu dia ni tak suka cari 'sound'! Aku ingat Banjoe perasan benda ni masa tu... Walaubagaimanapun, kami tetap berkawan baik kerana sikap kami yg professional itu. So mamat ni pun sekarang dah buat band metal lain yang sekarang macam glamourlah kat Batu Pahat! Hahahahha... Jangan marah ha!

O.k, sekarang aku nak sentuh pasal kitorang punya 'new revolution'. Semenjak pertumbuhan band-band yang agak memberangsangkan di Batu Pahat, kami telah bersatu hati untuk merombak balik semua lagu-lagu sendiri yang dulu dan yang tersimpan di dalam hati! So, sekarang Karbaid dengan bangganya dah ada lagu sendiri yang baru-baru dan panas! Walaupun begitu kami tetap juga memainkan lagu-lagu 'genre' lain seperti 'funky', 'surf' asalkan ia masih 'rock'! Dan buktinya sudah terhasil satu lagu 'rock' yang tak metal bagi meredakan rasa panas di tekak Pahmi! hehehehe... dan sekarang ini kitorang berpendapat bahawa apa kitorang nak main, kitorang mainlah! pedulik apa! ni bukan band engko! Ni Karbaid! Kitorang punya, kitorang nak main apa, suka hati la! hahahahaha.... puas hati aku! Ini semua telah disokong atas alasan - " Idea muzik yang lahir dari kami adalah jujur dan sepatutnya idea itu di keluarkan dan di mainkan dengan rasa merdeka tanpa ada rasa susah hati, atau dipengaruhi oleh pihak, unsur atau kongkongan lain." - Joker. So, itulah dia cerita 'band' kami. Kami sayang Karbaid kami dan kami akan terus begini walau apa pun alasannya.

Sekian,
Joker.
Members fahmi (words shoutout), banjoe (black guitar), joker (black sticks), jepp (cheap bass)
Location batu pahat & kuala lumpur
Influences old school metal bands.............
Sounds Like old school metal bands.............+ surprises = our own sounds!




i-bands archive
  


yes we're building a new one



last updated: 22 May 2022 12:10 AM