back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic
 Akta Hakcipta Selepas 23 Tahun - taken from Utusan. « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
GryMlock
PostPosted: Wed May 19, 2010 10:36 am    Post subject: Akta Hakcipta Selepas 23 Tahun - taken from Utusan. Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

Something interesting.



Akta Hakcipta Selepas 23 Tahun
AKTA Hakcipta telah diwartakan pada 1987. Ini bermakna usianya sudah 23 tahun. Tujuan akta ini bagi melindungi hak-hak para karyawan seni termasuklah dalam bidang-bidang seperti muzik, filem dan drama.

Selepas dua dekad, banyak perkembangan berlaku dengan drastik sesuai dengan arus pemodenan. Banyak perkara dalam akta itu yang memerlukan anjakan demi menjaga kepentingan pihak-pihak berkaitan.

Contohnya, soal royalti jualan album, siaran lagu di radio, televisyen (TV) serta persembahan artis di tempat-tempat terbuka. Semua itu boleh mendatangkan duit buat golongan penyanyi, komposer, pemuzik dan penulis lirik tanah air.

Sayangnya, selama 23 tahun, ramai penggiat seni yang belum mampu mengaut pendapatan lumayan daripada kerjaya mereka. Mereka secara tidak langsung terus ditindas dengan pelbagai cara sesuai dengan keadaan zaman.

Dulu cabaran bidang muzik adalah lanun-lanun cetak rompak. Sekarang ini cabarannya adalah muat turun lagu di Internet secara haram atau percuma.

Atas dasar itulah kerajaan harus mengkaji semula muat turun lagu secara percuma di Internet. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mempunyai kaitan dalam pengisian perkhidmatan Internet harus dilibatkan sama dalam hal tersebut.

Paling menyedihkan apabila syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) turut 'tumpang sekaki' menggunakan lagu-lagu dalam nada dering dengan kadar royalti yang kurang memihak kepada para pengkarya.

Lebih separuh daripada keuntungan penggunaan lagu itu diambil telco.

Sepatutnya, ada suatu pihak terutamanya kerajaan seperti Perbadanan Harta Intelek Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang memantau keadaan itu.

Ramai karyawan muzik kita misalnya, yang tidak tahu secara tepat berapa kalikah lagu-lagu mereka digunakan dalam perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat telco? Perlu ada pihak termasuklah SKMM yang sepatutnya memantau perkembangan itu yang kini menjadi trend.

Syarikat-syarikat pengutip royalti seperti Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP), Pelaku Persembahan Muzik (PPM) serta Pengutip Royalti Persembahan dan Hak Artis Sdn.Bhd. (Prism) juga harus dipantau dari semasa ke semasa.

Ramai yang memuji fungsi MACP dan PPM yang dikatakan tidak bertindan, tetapi ada pula pihak mencadangkan peranan Prism dikaji semula. Ia dikatakan mengulangi peranan PPM yang turut mengutip royalti karya-karya artis di tempat-tempat awam.

KPDNKK harus bertegas dalam hal ini, sama ada dalam menentukan harga siling buat bayaran royalti album atau persembahan di tempat-tempat terbuka. Kadarnya haruslah masuk akal dengan taraf hidup dan ekonomi sekarang ini.

Adalah tidak logik apabila royalti sebuah album 10 sen hingga RM1 dibayar kepada komposer, penulis lirik ataupun penyanyi. Kadar sekitar RM1 itu juga harus dikongsi dengan sekurang-kurangnya tiga pihak terbabit.

Itu dalam bidang muzik, manakala bidang filem dan drama turut menerima banyak keluhan terutamanya golongan penerbit. Mereka seolah-olah ditindas stesen-stesen TV swasta dalam soal hakcipta karya masing-masing.

Penerbit drama, telemovie atau filem misalnya, hanya menerima sekali bayaran atas pembelian karya-karya mereka. Sedangkan pihak stesen TV mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menayangkannya berulang kali tanpa membayar royalti kepada para penerbitnya.

Mujurlah tidak lama lagi Akta Hakcipta 1987 akan dipinda. Banyak perkara dalam akta itu yang harus dikemaskinikan. Ia dijangka dibentangkan di Parlimen bulan depan.

Namun, sebelum usul itu dibentangkan di Parlimen, KPDNKK haruslah mengenal pasti perkara-perkara yang akan dipinda dalam akta tersebut dan ia dibawa kepada semua ahli dalam persatuan-persatuan artis di negara ini.

KPDNKK haruslah memanggil kesemua 11 persatuan artis yang bernaung di bawah Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia bagi mendapatkan persetujuan mereka.

Ia bagi memastikan pindaan akta itu difahami serta disokong semua pihak dan tidak meminggirkan sesiapa juga. Daripada golongan penerbit sehinggalah pembancuh air di lokasi penggambaran, mereka berhak mendapat manfaat daripada pindaan akta tersebut.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Jiro
PostPosted: Wed May 19, 2010 1:43 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 14 Feb 2007
Posts: 1933
Location: Shah Alam

haaaa ini yg aku nak tau sgt nih Smile thanks ajeep share bende camnih.. aku mmg suka~!
_________________
Support Malaysia Local Band


Romance Not In Fashion
http://www.facebook.com/romancenotinfashion
http://www.myspace.com/rxfband
http://www.reverbnation.com/romancenotinfashion

"A mix is never finished, it’s abandoned."

My Page:
http://www.facebook.com/cjrxf
https://twitter.com/cjrxf
http://greg-livingatthemovies.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
GryMlock
PostPosted: Wed May 19, 2010 2:43 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

pasal duit suka eh.

anyway for those yg tak tau apa itu MACP, PPM and PRISM.

can checkout this thread
http://www.i-bands.net/forum/viewtopic.php?t=345

anything to ask, for certain things that within my knowledge and not confidential to the company, khas utk org2 disini, aku bleh tulung jawab lah.
satu ketika tidak lama dulu, aku kerja dgn salah satu badan berkenaan.
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Jiro
PostPosted: Wed May 19, 2010 4:36 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 14 Feb 2007
Posts: 1933
Location: Shah Alam

hahah apa kata kau cerita dari A - Z camna na register, apa yg di perlu kan, quota dia,, protocol dia..sebab banyak generasi muda la nih bertanya tapi tatau arah, bila di tanya dgn veteren, jawapan cam nak tanak je..aku sendiri pun samar samar..nak minta org buat macam PR atau Manager, berbayar..especially this thing will help indiependant band nak lindungi karya derangkan..

mmg ada di terang kan sebelum nih..tapi kau tau la kenapa org join i-bands kan? because i-bands lebih menegakan bahasa malaysia utk kefahaman dan evolusi music tanah air...cewahh aku nih~
_________________
Support Malaysia Local Band


Romance Not In Fashion
http://www.facebook.com/romancenotinfashion
http://www.myspace.com/rxfband
http://www.reverbnation.com/romancenotinfashion

"A mix is never finished, it’s abandoned."

My Page:
http://www.facebook.com/cjrxf
https://twitter.com/cjrxf
http://greg-livingatthemovies.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
GryMlock
PostPosted: Wed May 19, 2010 5:10 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

some veterans diorang punya process dah di permudahkan oleh publishing company. publishing company akan buat all the work register MACP, dia sign jek. so probably jawab nak tanak tu coz dia sendiri tak tau detail. dia tau surface saja.

Tapi mender2 ni semua perlu register kalau ko nak publish karya ko. publish tu mcm release la kat kedai2 ke, online ke, radio ke, TV ke. So kalau ada karya yg dikeluarkan ke public mcm tu.. baru la ada relevan collecting societies mcm MACP, PRISM, PPM ni kat ko.

if record simpan sendiri kasi member2 dengar.. than no point doing it.

dekat website badan masing2 ada details camner ko nak register. apa requirements and all. checkit out ah.

if nak mcm walkthrough utk register satu2 ni. aku rasa nanti aku akan tulis artikel sket ah based on apa yg band aku sendiri experience.
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Jiro
PostPosted: Wed May 19, 2010 6:16 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 14 Feb 2007
Posts: 1933
Location: Shah Alam

live experience dari kau lagi baik kot.. hahah kalau ikut step by step atau cara yg badan2 tuh bagi kat webderang..nanti time submit mesti ada nye la takda, setem larh, chop lembaga hasil dalam negeri larh, tandatangan ketua kampung lar...selalu terjadi kat aku tak kira apa pun formal submission huhuhu
_________________
Support Malaysia Local Band


Romance Not In Fashion
http://www.facebook.com/romancenotinfashion
http://www.myspace.com/rxfband
http://www.reverbnation.com/romancenotinfashion

"A mix is never finished, it’s abandoned."

My Page:
http://www.facebook.com/cjrxf
https://twitter.com/cjrxf
http://greg-livingatthemovies.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Page 1 of 1

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group