Author |
Message
|
SetsunaRX |
Posted: Sat Oct 23, 2010 3:15 pm Post subject: Kerajaan diminta susun semula sistem pendidikan negara |
|
|
Joined: 27 Oct 2009 Posts: 338 Location: 3rd floor of Heaven
|
Kerajaan diminta susun semula sistem pendidikan negara
Berita Harian
2010/10/23
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyusun sistem pendidikan negara sedia ada agar lebih holistik dan dapat digunapakai sehingga 20 ke 30 tahun akan datang, kata wakil Pergerakan Puteri UMNO, Idamoerni Zakaria.
Beliau berkata, meskipun sistem pendidikan sedia ada teradun hasil dari penggembelengan sistem pendidikan terbaik dari pelbagai sumber termasuk dari negara maju, namun adunan itu "terlalu banyak" sehingga membebankan anak-anak untuk menguasai kesemuanya.
"Ya, memang betul ada yang boleh, tetapi hakikatnya majoriti anak-anak tidak berupaya. Akhirnya, konsep menghafal tanpa faham menjadi-jadi. Ianya berterusan sampai ke menara gading dan hasilnya, impian kita untuk melahirkan modal insan yang sejati menjadi seolah-olah masak nasi separuh masak," katanya ketika menyokong usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Idamoerni mencadangkan kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khusus yang menyeluruh dan dianggotai pakar untuk membuat perancangan teliti untuk jangka panjang sebelum satu dasar pendidikan itu dilaksanakan bagi memastikan kandungan pendidikan dipadankan dengan keperluan semasa industri.
Sambil menyatakan sokongan Puteri UMNO terhadap usaha menjadikan pelajaran vokasional dan teknikal sebagai pendidikan arus perdana, beliau berkata usaha memperkasakan aliran itu adalah penting bagi menganjakkan persepsi masyarakat bahawa ia adalah pendidikan kelas kedua atau khusus untuk golongan pelajar yang gagal dalam bidang akademik.
Bagi memantapkan hubungan simbiotik aliran itu dengan industri, beliau berkata Puteri UMNO mencadangkan agar kerajaan memberi insentif seperti mengenakan pelepasan cukai kepada syarikat yang mengambil graduan dan lulusan daripada aliran itu.
Idamoerni berkata, Puteri UMNO juga menggesa kerajaan untuk mengkaji, mentelaah dan menganalisis rumusan sebuah sistem pendidikan berteraskan satu aliran kerana ia bertepatan dengan usaha merakyatkan konsep 1Malaysia.
"Kerajaan telah banyak membuat perubahan dan peningkatan dalam memperkasakan sekolah kebangsaan akan tetapi perubahan yang kerap telah mengelirukan dan menyusahkan pelbagai pihak termasuk golongan guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa selain melibatkan kos yang tinggi," katanya.
Beliau turut mencadangkan agar metodologi pembelajaran program Permata yang telah terbukti berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang lebih ceria, berkeyakinan diri, berdisiplin, terkawal serta penyayang diterapkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan diselaraskan bermula dari pendidikan awal sehinggalah prasekolah, dan dari sekolah rendah kepada sekolah menengah.
"Inilah modal insan yang kita impikan. Modal insan yang akan membawa negara kita ke dalam sebuah "terowong masa" yang mana akhirnya kita akan berlari, melompat, bersenda loka, ketawa di zaman milenium, bukan lagi sekadar merangkak ke arahnya," katanya. - BERNAMA
so ape pndapat korang?
brdasarkan brtahun2 blajo bgai nk gile, ape patot diubah?
lg 1, ape pndapat korang tntang keperluan ajar pndidikan seks kt skolah? |
|
Back to top |
|
|
SetsunaRX |
Posted: Sat Oct 23, 2010 3:26 pm Post subject: |
|
|
Joined: 27 Oct 2009 Posts: 338 Location: 3rd floor of Heaven
|
meh aku start dulu.
aku rasa pelajaran sejarah patot diajar pada smua peringkat, jgn start dari form 1, tp start dari drjah 4, 5, 6. aku tgk budak2 yg blajo subjek sivik n kewarganegaraan xde pn yg makin cintakan negara, makin mnjahanamkan ade la. (brdasarkn pemerhatian aku la..) mansuhkn jela.
pasal pndidikan seks pulak, mgkin yg patot diajar bkn how to manual or diagram reproduction organs.
probably yg leh diterap adalah kesedaran bdak2 ni tntang undang2 sedia ada kalo buat seks before 18 or marriage. memang la hukum hakam islam regarding this matter ada diajar dlm Pnd. Islam tp yg aku pasan, xde kesedaran direct dari segi kesediaan kewangan, emosi, pandangan masyarakat n bnyk lg yg brkaitan yg diberikn.
ckgu2 masih malu nk terangkn dgn student, last2 dorg eksperimen sndiri la.. dari dulu masyarakat kita umumnya beranggapan budak2 ni nnt taw2 sndiri la, x payah nk gtaw. tp sikap mcm ni la yg membunuh anak2 kita di kemudian hari. |
|
Back to top |
|
|
ouraida |
Posted: Sat Oct 23, 2010 3:46 pm Post subject: |
|
|
Joined: 26 Oct 2009 Posts: 285 Location: LD sabah
|
hah mari cni biar teacher ken bg komen jap...
Memang prubahan prlu d buat!!! yg plg xpuas ati bajet utk pendidkan d cut utk kgunaan sektor lain which i dun see any benefit from em... there is no KISSM for kpli now, BIG held inside campus, activity n progrm r limited (if u want, use ur own $$), library in institute close at 5pm (no library at night) and these bullshits continue on... It's getting worse!!!!
All of the bad news we receive everyday always caused by NO BUGDET!!! where r they, n*j*b??!! u eat em or wut??!!
p/s: sabar ken...sabar... _________________ "Doing vibrato or bending without making the face is like eating food without tasting it.." ~PG~ |
|
Back to top |
|
|
SetsunaRX |
Posted: Sat Oct 23, 2010 3:48 pm Post subject: |
|
|
Joined: 27 Oct 2009 Posts: 338 Location: 3rd floor of Heaven
|
haha.. in some angles, true.
ouraida, awak cikgu TESL ke? |
|
Back to top |
|
|
ouraida |
Posted: Sat Oct 23, 2010 3:52 pm Post subject: |
|
|
Joined: 26 Oct 2009 Posts: 285 Location: LD sabah
|
every word i say is damn true coz that's wut we r facing rite now...
major science, minor english... _________________ "Doing vibrato or bending without making the face is like eating food without tasting it.." ~PG~ |
|
Back to top |
|
|
SetsunaRX |
Posted: Sat Oct 23, 2010 3:59 pm Post subject: |
|
|
Joined: 27 Oct 2009 Posts: 338 Location: 3rd floor of Heaven
|
i got what u mean.
it hurts the most when we applied any peruntukan for projects or any beneficial things for education but got rejected by org atasan dgn alasan its irrelevant with the syllabus and teaching contents.
tgk2 ujung tahun nnt bila balance belanjawan skolah menggunung bnyknye, dorg jgk la yg enjoy mcm nk gila, buat jamuan ribu2, family day yg grand2.
tp bknkah duit2 tu pada asalnya utk dimanfaatkan pada student2? |
|
Back to top |
|
|
ouraida |
Posted: Sat Oct 23, 2010 4:09 pm Post subject: |
|
|
Joined: 26 Oct 2009 Posts: 285 Location: LD sabah
|
SetsunaRX wrote: | tp bknkah duit2 tu pada asalnya utk dimanfaatkan pada student2? |
skg ni bkn student ja jd mangsa... kmi ni pn jd mangsa... u know wut i think, it think our gverment is trying hard as possible as they can to reduce our payment... that's wut I see...
in fact, golongan bwhan mmg kena efek la... dorg d ats 2 yg sd kaya, makin kaya... eh sudah la bro...makin crita, makin pnas... and we absolutely can't do anything bout it... _________________ "Doing vibrato or bending without making the face is like eating food without tasting it.." ~PG~ |
|
Back to top |
|
|
SetsunaRX |
Posted: Sat Oct 23, 2010 4:14 pm Post subject: |
|
|
Joined: 27 Oct 2009 Posts: 338 Location: 3rd floor of Heaven
|
hahaha.. u r rite. yg dh kaya makin kaya, yg miskin makin miskin. bagai debu di hujung pintu.
purely polluted capitalism..
xpe2 ouraida, kita bwk brsabar. nnt kita dgr pndapat org lain pulak tntang isu pndidikan ni. |
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Sat Oct 23, 2010 7:01 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
setsuna, ko bukan anti media ker?
kenapa ko baca berita harian? hahahahaha _________________ KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook |
|
Back to top |
|
|
SetsunaRX |
Posted: Sat Oct 23, 2010 7:28 pm Post subject: |
|
|
Joined: 27 Oct 2009 Posts: 338 Location: 3rd floor of Heaven
|
nk buat camane, tesis aku pasal mgkaji gaya laporan berita arus perdana, aku pilih berita harian. walau x suka, tiap2 ari kene baca.
tp aku pilih berita jgk la.. slalu part2 politik tu aku baca secara scan je.. haha
aku slalu tgk part laporan jenayah, n berita dlm negeri. slalu kt situ cara laporan dorg lebih professional dalam menyampaikan berita tntang rakyat. |
|
Back to top |
|
|
Jiro |
Posted: Sat Oct 23, 2010 8:46 pm Post subject: |
|
|
Joined: 14 Feb 2007 Posts: 1933 Location: Shah Alam
|
|
Back to top |
|
|
eniQma |
Posted: Sat Oct 23, 2010 10:00 pm Post subject: |
|
|
King Korek
Joined: 28 Nov 2009 Posts: 4040 Location: enigma di Kuala Lumpur
|
ahaha...baik YB Jiro...hahaha
err nak xpose ke?
kang ada politikus2 curi idea ko kang ahahaha _________________ I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios
If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story |
|
Back to top |
|
|
|