back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3, 4  Next
 Orang Muda Buta Sejarah! « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
SetsunaRX
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 9:24 am    Post subject: Orang Muda Buta Sejarah! Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

Orang muda buta sejarah!
Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.

Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.

Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.

Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.

Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?

Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.

Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.

Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.

Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.

Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.

Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.

Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.

Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.

Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.

Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.

Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.

Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.

Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:

- Remaja masa kini buta sejarah.

- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.

- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.

- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.

- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.

- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.

- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.
Back to top
View user's profile Send private message
SetsunaRX
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 9:32 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

reaksi aku bila baca...

aku x marah, tp aku sedih.. aku still ingt time aku mark paper exam sejarah budak2 form 4 n form 5, jwpn yg dorg bagi tu mcm org asli afrika yg tetiba ditnya pasal sejarah Malaysia. Sad

no political agenda here guys, tp aku sgt pcaya kalo kita x blajo tntang asal usul kita, kita akan jd bangsa yg lemah. bila tgkkn jwpn responden2 ni, rasa mcm x patot dorg jd rakyat Malaysia. bukan ditnya pasal artifak2 ke, nama sultan melaka ke, tp ditnya pasal sejarah yg blum smpai 100 tahun brlalu..


Last edited by SetsunaRX on Fri Oct 29, 2010 10:30 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
ETERNAL
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 9:55 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Aug 2005
Posts: 3382
Location: Dreamland

SetsunaRX wrote:
reaksi aku bila baca...

aku x marah, tp aku sedih.. aku still ingt time aku mark paper exam sejarah budak2 form 4 n form 5, jwpn yg dorg bagi tu mcm org asli afrika yg tetiba ditnya pasal sejarah Malaysia. Sad

no political agenda here guys, tp aku sgt pcaya kalo kita x blajo tntang asal usul kita, kita akan jd bangsa yg lemah. bila tgkkn jwpn responden2 ni, rasa mcm x patot dorg jd rakyat Malaysia. bukan ditnya pasal artifak2 ke, nama sultan melaka ke, tp ditnya pasal sejarah yg blum smpai 100 tahun brlalu..

org muda kita lemah dari segi mental, lembik dari segi fizikal. melancap je yg dorg reti kot.


Kenapa disalahkan anak2 yang tak tahu ape2 tu...
mane mak bapaknye... mane golongan terpelajar? mana menteri?
sibuk dengan MLM? berpolitik? ber blog? bershopping? sibuk nak kumpul kekayaan?
Hari kemerdekaan tu ape? bunga api? perbarisan?
Cube ko tanya balik dekat orang2 yang senior ni... agak2 dorang tahu tak pasal sejarah secara spesifik? tapi jangan tanya pasal sejarah time dorang hidup... takde nye dorang amek kisah sangat... kecuali kalau sejarah tu ada kena mengena ngan politik atau salasilah dorang...
our young generations are reflected by our senior generations...
they just evolved through the modernized culture, thats all...
Please dont blame them 100%... mereka masih lagi golongan yang disuap...
salah disuap... kotorlah mereka...
_________________
KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
SetsunaRX
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 10:19 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

kita xleh nk kata bdak2 ni xtaw apa2..
bkn mcm time mak bapak dorg skolah dulu, 60's, 70's, 80's, zaman pn susah, duit ckup2 nk bg family beli beras. dilema kalo beli buku utk blajo, kang xde duit nk mkn.

tp budak2 skrg ni, dh xde sebab kalo nk kata dorg xtaw. sbb ape?

yuran skolah free.

buku teks skolah free.

buku latihan (skim bantuan peralatan skolah) dibagi free.

internet diletak kt computer lab skolah2.

kesimpulannya, dorg xnak blaja. dh dibagi mcm2, tp xnak blaja. bkn subjek sejarah je, tp subjek2 lain pn sama. dh dibagi yuran skolah free, ponteng la pulak. buku free, xnak baca. latihan cikgu bg, xnak buat. kene denda, report polis. ada internet, time ckgu mngajar, tgk blue (aku penah buat dulu, aku tau la..). nk kata duit skolah x ckup utk beli buku utk blajo, knapa beli rokok boleh? g lepak kt mid valley boleh?

back to the point. subjek sejarah ni bkn payah kene beli buku2 philosophers, org2 yg ada pangkat PHD. cukup la dgn sekadar baca buku teks yg FREE tu. org yg memberi ni bkn nk undi ke, hape ke. tp ckup la dgn ilmu yg dorg dpt tu, leh dijadikan bekalan pahala yg berterusan. kalo dh susah2 sgt, sape2 yg dok kl tu pegi muzium, bayo singgit je. baca la puas2 bnda yg ade kt dlm tu.

org luar bandar pn dh xde sebab kalo nk kata duit adalah halangan dorg x dpt blajo. org asli kt cameron highland tu pn leh dtg ke skolah. skolah kt kl lg tu, ditaja darul falah. skrg ni kemudahan utk blaja dh tersebar ke setiap ceruk dlm negara. bukti? cuba korang ingt2 balik, kwn2 yg x msuk matrix pas form 5, g mana? mcm2 kolej, institut itu ini, swasta or awam.

setiap org telah diberi peluang untuk memajukan diri sndiri. sila beri bukti yg kukuh kalo nk kata rakyat Malaysia ketinggalan dari segi peluang pendidikan.
persoalannya, nk or xnak blajo je...

smpai bila kita nk beranggapan yg org muda skrg ni masih perlu dibantu dlm peningkatan intelek mereka? smpai dorg dh 20's? 30's? 40's? dorg kene la pndai amik inisiatif pkir sndiri. bila xde awek, taw pulak nk g cari. bila otak kosong, harap habuk jatuh supaya diisi.
Back to top
View user's profile Send private message
ETERNAL
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 10:35 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Aug 2005
Posts: 3382
Location: Dreamland

ko dah tunjukkan satu contoh yang salah diaplikasi oleh ibu bapa dan golongan pendidik... malah pemimpin... tolong bukak pemikiran anda.. jangan jadi konservatif...

Memberi tak bermakna diterima...
Nampak sangat sikap lepas tangan dan tunding jari..
"aku dah kasi ko makan banyak, apsal ko tak gemuk2 lagi wahai lembu".
Adakah dengan memberi kemudahan dan ilmu sudah cukup untuk melepaskan tangan dan menjadikan point yang kita sudahpun menjalankan 'tanggungjawab' kita?

Memberi ilmu tak semudah itu... mendidik tak semudah 1.2.3...
biar dizaman mana sekalipun, biarpun dikawasan mana sekalipun..
akan ada yang minat belajar.. ada yang tidak...
approachnya berlainan.. so kalau ada seratus orang... ko guna satu approach dan berkesan kepada 70 orang... jangan la salahkan 30 orang lagi tu...

Mengajar bukannya dengan 'memaksa' budak2 kesekolah... 'menyumbat' buku2 teks kedalam kepala mereka... dan menguji kehebatan mereka menghafal...
_________________
KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
deadzid
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 10:41 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 13 Feb 2004
Posts: 3891
Location: Shah Alam

Quote:
Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.


hahahah part ni mmg aku paling tak tahan...
macam cilake babi betul hahahahaha....
menangis aku baca sambil gelak sorang2 kat ofis!


tapi seriously kalau tanya aku cogan kata malaysia...
haram aku tak tau... kalau soalan objektif,
aku pon pilih Hip Hip Horay!

hahahahahah sial la sapa yg jawab mcm tu....
_________________
> facebook
> youtube
> my-mic
> mockspecial.com
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
ouraida
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 10:42 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 26 Oct 2009
Posts: 285
Location: LD sabah

bakal guru yg dpt sejarah 7D time SPM dlu tumpang lalu~~~ Laughing Laughing
_________________
"Doing vibrato or bending without making the face is like eating food without tasting it.." ~PG~
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger
sungaipelong
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 11:02 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 22 Jun 2010
Posts: 249

semua masih sibuk mencari harta kekayaan ,kemajuan but then sejarah dilupakan..ramai yg cakap Tun Abdul Razak PM yg 1st sebab diorg konpius/tergamam je..walhal diorg tau semua tu.. teori RAHMAN tu patut ditekankan pada semua golongan..not only for student..

Lepas ni kene ajar anak2 sendiri tentang kurang ajar..

bagus pun ada issue ni,setidak-tidaknya dengan meng'kantoi'kan sesetengah individu diluar sana tentang topik ini dapat juga serba sedikit mengajar dan membuatkan ramai pihak/masyarakat buka mata untuk belajar balik tentang sejarah negara sendiri mengikut standard pelajaran buku teks sekolah mahupun secara yg lebih mendalam lagi tentang sejarah negara sendiri..jadi pada yg xbape nak ingat, dah jadi rajin kene study balik,pada yg xtahu,dh start mencari balik..its a good thing tho..


satu rangkap dipetik dari lagu Bukalah Hatimu~M.nasir

Salahkan Zionis,Atau Freemason
Salahkan Nazi Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua,Salahkan sejarah
Salahkan semuanya Tapi dirimu..

So..kalau nak tuding..Tudinglah jari pada diri sendiri..

ayuh majukan diri sendiri,seluruh keluarga
dan seterusnya kepada masyrakat agar lebih mengetahui dan menghargai sejarah akar kita..

Very Happy
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
SetsunaRX
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 11:10 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

Eternal, kita ni mgajar manusia, yg diberi kelebihan akal, kematangan dan kebolehan utk progresif sndiri dlm setiap aspek dlm hidup. kita x ngajar lembu. tp kalo dlm kartun Cow & Chicken dlm Cartoon Network tu aku no comment la.lembu mcm beruk jgk, ajar smpai bila2 pn mcm tu la jgk tahap dia. mcm ni ha.

http://en.wikipedia.org/wiki/Nim_Chimpsky

lg 1, kita bukan memaksa dorg utk mghafal atau mnyumbat buku2 teks dlm kapla dorg. dari jwpn dorg, even bnda yg x payah baca buku teks pn dorg xtaw jwpn. cnth, tarikh hari merdeka. kalo pn x baca buku, cuti yg dpt tiap2 tahun tu utk apa? valentine's day?

memang mmberi ilmu tu x mudah mcm 1,2,3. tp bila org yg diajar tu xmau terima, ape si pengajar boleh buat? masih salah dia lg ke? kalo si murid xde ilmu sebab x diajar, memang salah cikgu. tp kalo sudah diajar, tp x faham2, mgkin teknik pengajaran x sesuai. ataupn murid tu sndiri reject ilmu tu dari awal2.

memberi memang x brmakna 100% diterima. itu aku setuju. tp bak kata Confucius, give a man a fish, he will eat a day. teach a man to fish, he will live forever.

kalo boleh, aku xnak kita brtengkar dlm ni sape betul or sape salah. aku nk ngajak kita brfikir n aku kalo leh nk dgr pndapat korang tntang knapa org2 muda yg jd responden tu leh produce jwpn sebegitu rupa.
Back to top
View user's profile Send private message
boyroy
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 12:13 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 28 Jun 2008
Posts: 1429
Location: Shah Alam

org yg berkenaan kna fikirkan la apa nk buat,
jgn cuma mempertikai je,

semua org boley kata, ko nih, itu x taw, ini x taw,
conth bw kereta, psg stereng ke kiri, dia belok kiri la,

kalo kita cakp, wey kete ni bdh btl la, jln belok kekiri, diia trs jer smpai msk longkang,

kalo dah pndai sgt,
buat la sistem sensor yg boleh kawal kete tu secara auto tnp kta kwl.

aku plg bnc org yg suka cakap jer, tp habuk, apa pn xtaw buat,
sblm slh kn org, betulkan diri dulu,

aku xder niat nk kutuk sesiapa, tp itu la prinsip aku,
aku x kata ank aku bdh, xtaw membaca, kalo aku sndr x ajar dia membaca smpai dia pandai
_________________
KRAMER MIJ 87~89
OrangeMusicStudioShahAlam since2004 call 0123-12345-0 for booking, MarshallTubeMA100&4x12",VS100&4x12", MG100DFX,LaneyTFX3hybrid UK, PeaveyCombo300,Hiwatt300,Hartke2500-2x10",hybridheadHartkeHA3500-Ashdown4x10"cab, SabianB8,StaggDH,PearlExportSeries&YamahaStageCustome,c/w twinpaddle, TamaImperial, IbanezGRX,SDGR, WashburnX10, YamahaRBX,EG303, VantageCustom, BossMT2,BF2,CH1,DD3,DS1, BehringerMultieffect, MegaHalfStack, - http://www.facebook.com/OrangeMusic Linda
Back to top
View user's profile Send private message
GryMlock
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 12:45 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

solution.

masuk pengakap.
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
ETERNAL
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 12:53 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Aug 2005
Posts: 3382
Location: Dreamland

aku just nak tolong buka discussion dari semua arah...
sebab cara ko tulis mcm orang muda kita mcm takde langsung tak berguna... mcm generasi sekarang ni tahap jahiliah...
senang kata dari ayat ko... ko compare kan yang generasi ko yang dianggap paling best dan hebat...

Aku tak salahkan sape2... aku just tunjuk2 point2 yang mungkin memberi impak dan kesan kepada pembentukan masalah ini...

aku juga berpegang pada kata2... 'anak2 itu bagai kain yang putih... kitalah yang mencorakkannya'....
tidak adil rasanya kita yang waras, matang, bijak pandai dan berpengalaman luas menghina dan menghentak mereka2 yang masih lagi mentah...

Dan agak basi rasanya untuk compare kan corak pembelajaran mengikut zaman.. kerana ia tak relevan. Setiap zaman berbeza. dari segi persekitaran dan tahap keberatan pembelajaran. Seluruh aspek yang ada pada manusia berkait rapat dengan persekitarannya. So mmg besar jurang perbezaannya...

Dalam mencari punca masalah, kita takkan dapat lari dari mencari salah setiap orang. Jangan lah hanya menghentam, tapi cubalah bertanya kenapa?

So sekarang ni... cuba ko kasi point. Agaknya apa yang menjadi punca pada permasalahan ini.

Ko dah tanya kitorang, so aku dah bagi pandangan... ko cakap bertengkar... sekarang cube ko jawab... asyik tanya je.. jwab nye tak..

p.s: Agak2 nye.. macam mana dorang boleh ingat pasal valentines day?
_________________
KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
boyroy
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 1:23 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 28 Jun 2008
Posts: 1429
Location: Shah Alam

SetsunaRX wrote:
kita xleh nk kata bdak2 ni xtaw apa2..
bkn mcm time mak bapak dorg skolah dulu, 60's, 70's, 80's, zaman pn susah, duit ckup2 nk bg family beli beras. dilema kalo beli buku utk blajo, kang xde duit nk mkn.

tp budak2 skrg ni, dh xde sebab kalo nk kata dorg xtaw. sbb ape?

yuran skolah free.

buku teks skolah free.

buku latihan (skim bantuan peralatan skolah) dibagi free.

internet diletak kt computer lab skolah2.

kesimpulannya, dorg xnak blaja. dh dibagi mcm2, tp xnak blaja. bkn subjek sejarah je, tp subjek2 lain pn sama. dh dibagi yuran skolah free, ponteng la pulak. buku free, xnak baca. latihan cikgu bg, xnak buat. kene denda, report polis. ada internet, time ckgu mngajar, tgk blue (aku penah buat dulu, aku tau la..). nk kata duit skolah x ckup utk beli buku utk blajo, knapa beli rokok boleh? g lepak kt mid valley boleh?

back to the point. subjek sejarah ni bkn payah kene beli buku2 philosophers, org2 yg ada pangkat PHD. cukup la dgn sekadar baca buku teks yg FREE tu. org yg memberi ni bkn nk undi ke, hape ke. tp ckup la dgn ilmu yg dorg dpt tu, leh dijadikan bekalan pahala yg berterusan. kalo dh susah2 sgt, sape2 yg dok kl tu pegi muzium, bayo singgit je. baca la puas2 bnda yg ade kt dlm tu.

org luar bandar pn dh xde sebab kalo nk kata duit adalah halangan dorg x dpt blajo. org asli kt cameron highland tu pn leh dtg ke skolah. skolah kt kl lg tu, ditaja darul falah. skrg ni kemudahan utk blaja dh tersebar ke setiap ceruk dlm negara. bukti? cuba korang ingt2 balik, kwn2 yg x msuk matrix pas form 5, g mana? mcm2 kolej, institut itu ini, swasta or awam.

setiap org telah diberi peluang untuk memajukan diri sndiri. sila beri bukti yg kukuh kalo nk kata rakyat Malaysia ketinggalan dari segi peluang pendidikan.
persoalannya, nk or xnak blajo je...

smpai bila kita nk beranggapan yg org muda skrg ni masih perlu dibantu dlm peningkatan intelek mereka? smpai dorg dh 20's? 30's? 40's? dorg kene la pndai amik inisiatif pkir sndiri. bila xde awek, taw pulak nk g cari. bila otak kosong, harap habuk jatuh supaya diisi.


aku msh x fhm dkt mn yg di kata kan free,
thn ni shj aku byr lbh mhl dr tahun sblm nye dgn jumlah anak aku yg sekolah msh sama, bla refer ktkerani atau cikgu yg collect, diaorg pakat kata, kita org mkn gaji jer encik..........
buku teks free? aku kalo nk citer org x percaya, isi form pendapatan ibu bapa, menitis air mata kt form tu, pasei apa, isi la brp jumlah kt situ,
setiap thn ader jer buku teks yg anak aku x der, sbb aper, aku x mampu nk beli kan, 1 buku teks brp RM, try darab kan brp jumlah yg d perlukan,
mcm mn ank aku nk pandai kalo camtu situasinyer,
lain la ank org kaya...
free? kelakor, org yg mengalami akn fhm bnd ni,
org yg dgr jer, tp x mengalami sndr akn tertipu dgn sng2, itu pn yg x amk taw dunia sekeliling.
_________________
KRAMER MIJ 87~89
OrangeMusicStudioShahAlam since2004 call 0123-12345-0 for booking, MarshallTubeMA100&4x12",VS100&4x12", MG100DFX,LaneyTFX3hybrid UK, PeaveyCombo300,Hiwatt300,Hartke2500-2x10",hybridheadHartkeHA3500-Ashdown4x10"cab, SabianB8,StaggDH,PearlExportSeries&YamahaStageCustome,c/w twinpaddle, TamaImperial, IbanezGRX,SDGR, WashburnX10, YamahaRBX,EG303, VantageCustom, BossMT2,BF2,CH1,DD3,DS1, BehringerMultieffect, MegaHalfStack, - http://www.facebook.com/OrangeMusic Linda
Back to top
View user's profile Send private message
jibraun
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 1:47 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 29 Jul 2008
Posts: 1216
Location: Kepong

Salahkan kehidupan kini je.....Xde yg nak Iklankan Sejarah2 Menteri2 nih...Remaja skang sebok dgn sejarah2 Gundam...wahahah

Knape takde org sebok tentang sejarah2 Islam...Sejarah2 tnh melayu nih lebih kepade Mason2 barat....bagus gak remaje tak amik tau...haha
_________________
ESP Horizon
Fernandes Telegram
Rocktron Velocity V25D
Back to top
View user's profile Send private message
ETERNAL
PostPosted: Fri Oct 29, 2010 2:26 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Aug 2005
Posts: 3382
Location: Dreamland

+999 boyroy (apsal time2 dekat2 battle ni aku rasa post boyroy semaking dikagumi) haha...

betul tu... orang yang alaminya maybe tak rasa...
kalau dengar angin... kembung perut.. cakap pun kosong je la.. <- aku la ni.. hehe...
_________________
KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3, 4  Next Page 1 of 4

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group