back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next
 Trivia!Trivia!Trivia!...I-Banders Trivia! « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
eniQma
PostPosted: Sat Feb 19, 2011 7:08 pm    Post subject: Trivia!Trivia!Trivia!...I-Banders Trivia! Reply with quote

King Korek

Joined: 28 Nov 2009
Posts: 4040
Location: enigma di Kuala Lumpur

Trivia!Trivia!Trivia!I-Banders Trivia!


1- Tahukah anda? salammmm berusia 15 tahun ketika beliau mendaftar sebagai I-banders, post pertama beliau dihantar pada 17 Disember 2009 pukul 7:11malam, dan lebih menarik, perkataan pertama yang ditaip adalah 'salam' yang sinonim dengan "nickname" nya, iaitu, salammmm.

2- Tahukah anda? IZZI adalah I-banders yang paling kerap menghantar post pada awal pembabitannya didalam I-bands Forum. Namun akibat kekangan masa beliau terpaksa meninggalkan I-bands buat sementara waktu. Beliau pernah menggunakan nick 'Izuanhafez' sebelum ditukar kepada IZZI (tanpa membuka akaun baru).

3- Tahukah anda? ultraman_cosmo adalah penyumbang info yang paling besar didalam forum ini. Setiap post atau reply beliau akan disertai point-point dan gambarajah, supaya mudah difahami, jadi, ultraman_cosmo memang sudah terkenal dengan gaya penulisan yang panjang lebar beliau itu. Tetapi ironinya, post pertama beliau hanya berbunyi begini, "where is ur location?"

4- Tahukah anda? ETERNAL adalah seorang MOD yang paling KOOL! Beliau adalah salah seorang MOD yang paling aktif buat masa sekarang ini. Tetapi tahukah anda bahawa IP beliau pernah di 'ban' oleh GryMlock pada awal pembabitan beliau?

5- Tahukah anda? Jiro adalah peminat guitar berjenama Epiphone. Ini dikuatkan lagi dengan post pertama beliau yang bertajuk "[wtb] Epiphone SG G-400" pada 14 Febuari 2007.



banyak lagi trivia akan menyusul...

_________________
I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios

If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
salammmm
PostPosted: Sat Feb 19, 2011 7:48 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Dec 2009
Posts: 1573
Location: perak





thumbs up!


eh,aku nk taw knp IP eternal kena ban? huhu...


mana trivia psl diri ko plak??? huhu...tp dasat la ko,tau masa post pertama aku...huhu..aku pun x pnah amek taw....
_________________
.............
Back to top
View user's profile Send private message
eniQma
PostPosted: Sat Feb 19, 2011 7:54 pm    Post subject: Reply with quote

King Korek

Joined: 28 Nov 2009
Posts: 4040
Location: enigma di Kuala Lumpur


bwahahaha (gelak angkuh!!)

haha takde la...mane ade dasat pon...huhuhu
pasal aku?! sabor...nanti byk lagi pasal org lain pon byk lagi...tgh cari idea ngan research... bwahaha

pasal IP ETERNAL tu? nanti aku PM bwahaha
_________________
I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios

If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
salammmm
PostPosted: Sat Feb 19, 2011 8:08 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Dec 2009
Posts: 1573
Location: perak

aku tggu trivia lain...korekkk...
_________________
.............
Back to top
View user's profile Send private message
ETERNAL
PostPosted: Sun Feb 20, 2011 1:00 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Aug 2005
Posts: 3382
Location: Dreamland

wahaha... kasi la banyak lagi... ahaha..

KOOL? MAT KOOL la kot.. haha

Ban? sape2 pun bleh kena ban... aku hanyalah semut hitam.. haha
_________________
KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
eniQma
PostPosted: Sun Feb 20, 2011 1:58 am    Post subject: Reply with quote

King Korek

Joined: 28 Nov 2009
Posts: 4040
Location: enigma di Kuala Lumpur

Trivia!Trivia!Trivia! I-Banders Trivia! Part II

1- Tahukah anda? i-bands forum pernah meriah dengan ibanders, 165 ibanders telah online secara serentak pada pukul 10:27pagi 5hb Jun 2007.

2- Tahukah anda? thread yang menceritakan tentang ETERNAL, Jiro dan Haoto telah di'delete' oleh Mod.

3- Tahukah anda? theGman adalah robot kepada bigboss GryMlock. Ini diakui oleh beliau sendiri pada 14 Ogos 2010, dengan ayat beliau yang berbunyi begini, "weih theGman tu robot aku ler.tayah msg. takda sapa check". GryMlock menaip seraya ketawa.

4- Tahukah anda? boyroy pernah mengadakan satu pertandingan teka-teki didalam thread beliau. Ianya berlangsung selama 43 hari, bermula daripada 19 November hingga 31 Disember 2009. Teka-tekinya adalah untuk meneka headstock yang telah dimodified oleh beliau. Ironinya semua yang meneka, tidak dapat memberi jawapan yang tepat, maka hadiah hadiah servis 'Free' ditukarkan kepada 'Discount'.

5- Tahukah anda? tag 'King Korek' dibawah avatar eniQma itu telah diberi oleh bigboss GryMlock pada 14 Mac 2010 1:22ptg, disebabkan thread-thread lama yang telah dikorek oleh beliau. Manakala tag untuk huzai, iaitu 'Angsakawan' telah diberi pada 26 Mac 2010 pukul 11:57pagi. Buat pengetahuan anda sebelum perkataan 'Angsakawan' digunakan, tag huzai adalah 'Tulen' yang kemudian diupgrade menjadi 'Tulen v2.0' dan akhirnya menjadi 'Angsakawan'. Masih menjadi pertanyaan, apakah GryMlock sengaja atau tidak sengaja mengeja perkataan 'Angsakawan' itu, yang pada dasarnya lebih logik jika 'Angkasawan'. Hanya GryMlock sahaja yang tahu.

banyak lagi trivia akan menyusul...stay tune!
_________________
I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios

If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
eniQma
PostPosted: Sun Feb 20, 2011 7:54 am    Post subject: Reply with quote

King Korek

Joined: 28 Nov 2009
Posts: 4040
Location: enigma di Kuala Lumpur

Trivia!Trivia!Trivia! I-Banders Trivia! Part III

1- Tahukah anda? 'post subject' pertama deadzid ialah "Newest heavy shit is in town!" ditaip pada 13 Febuari 2004 jam 11:18mlm. Beliau juga
pernah digelar 'mamat presentation' sekitar tahun 2004, disebabkan oleh caranya menyampaikan maklumat yang penuh dengan grafik, seolah-olah
sedang membuat 'presentation'. Setakat ini, post beliau telah melebihi 3700 post, dengan ini menjadikan beliau penghantar post tertinggi buat masa ini.

2- Tahukah anda? oRden adalah seorang yang amat puitis, beliau berkebolehan dalam penulisan, setiap baris ayat beliau akan disusun rapi, bahasa yang digunakan jugak kadangkala diselit bersama bahasa sastera. Buktinya? Pada 25 Febuari 2008 jam 12:51tghari, beliau menghantar post pertama beliau, dan perkataan pertama ditaip beliau adalah 'arakian'. Juga dipercayai, avatar pertama yang digunakan oleh beliau masih belum ditukar sehingga hari ini, iaitu 'arnab dan gitar'.

3- Tahukah anda? ]V[iracle atau Maizatul Amirah, adalah satu-satunya pemain gitar wanita yang pernah join Ibanders, namun beliau hanya aktif
sekitar 25 Oktober hingga 21 Disember 2009 sahaja. Seorang peminat setia Megadeth dan muzik metal.

4- Tahukah anda? Semenjak 02 Disember 2006, tiada lagi artikel yang dimuatkan diseksyen artikel.

5- Tahukah anda? Sejak beliau pertama kali menghantar post beliau pada tanggal 03 Febuari 2004, Bode telah menjadi Moderator yang amat disegani pada waktu itu, pencapaian beliau agak luar biasa. Dan perkara yang paling hebat dia adalah seorang doktor, jarang sekali kita lihat seorang doktor bermain muzik, kecuali di luar negara. Namun Bode sudah tidak lagi aktif di I-bands forum.

Sebentar nanti...
lebih trivia tentang ridzi, jibraun, scentofcarnage dan ramai lagi...
_________________
I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios

If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
Jiro
PostPosted: Sun Feb 20, 2011 9:34 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 14 Feb 2007
Posts: 1933
Location: Shah Alam

kau mmg layak jadi writer utk ibands Very Happy

hahah apa kata kau submit semua nih kat wikipedia...yeahh i-bands tercatit dalam wikipedia Very Happy
_________________
Support Malaysia Local Band


Romance Not In Fashion
http://www.facebook.com/romancenotinfashion
http://www.myspace.com/rxfband
http://www.reverbnation.com/romancenotinfashion

"A mix is never finished, it’s abandoned."

My Page:
http://www.facebook.com/cjrxf
https://twitter.com/cjrxf
http://greg-livingatthemovies.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
eniQma
PostPosted: Sun Feb 20, 2011 9:35 am    Post subject: Reply with quote

King Korek

Joined: 28 Nov 2009
Posts: 4040
Location: enigma di Kuala Lumpur

Jiro wrote:
kau mmg layak jadi writer utk ibands Very Happy

hahah apa kata kau submit semua nih kat wikipedia...yeahh i-bands tercatit dalam wikipedia Very Happy


hahaha hari tu aku mmg dah nak daftar Wiki utk ibands ni..tp aku taktau history yg sebenar pasal ibands bwahaha
_________________
I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios

If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
Jiro
PostPosted: Sun Feb 20, 2011 10:23 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 14 Feb 2007
Posts: 1933
Location: Shah Alam

kalau tak tahu...bertanya ler..heheh korek sendiri mmg susah...tuh otai otai yg dah 3 series boleh jawab kan hehehe
_________________
Support Malaysia Local Band


Romance Not In Fashion
http://www.facebook.com/romancenotinfashion
http://www.myspace.com/rxfband
http://www.reverbnation.com/romancenotinfashion

"A mix is never finished, it’s abandoned."

My Page:
http://www.facebook.com/cjrxf
https://twitter.com/cjrxf
http://greg-livingatthemovies.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
jibraun
PostPosted: Sun Feb 20, 2011 1:31 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 29 Jul 2008
Posts: 1216
Location: Kepong

Wahlawe...

Ko mmg terrer la Scentofcarnage...ehh...Eniqma..


trivia utk jibraun ape?

_________________
ESP Horizon
Fernandes Telegram
Rocktron Velocity V25D
Back to top
View user's profile Send private message
SetsunaRX
PostPosted: Sun Feb 20, 2011 4:16 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 27 Oct 2009
Posts: 338
Location: 3rd floor of Heaven

menarik dan juga menakutkan.. hahaha
_________________
Aku fenin bila mak aku berkata, "gitar tu bnyk2 bukan boleh buat bini!"
Back to top
View user's profile Send private message
salammmm
PostPosted: Mon Feb 21, 2011 7:10 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Dec 2009
Posts: 1573
Location: perak

sementara menunggu trivium lain..apa kata aku campak dulu satu posting aku kat sini...?
_________________
.............
Back to top
View user's profile Send private message
eniQma
PostPosted: Mon Feb 21, 2011 7:50 pm    Post subject: Reply with quote

King Korek

Joined: 28 Nov 2009
Posts: 4040
Location: enigma di Kuala Lumpur

salammmm wrote:
sementara menunggu trivium lain..apa kata aku campak dulu satu posting aku kat sini...?


tahukah anda? bahawa salammmm telah 3 kali mencampakkan postnya...
_________________
I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios

If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
oRden
PostPosted: Mon Feb 21, 2011 8:25 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 19 Feb 2008
Posts: 612

Trivium..eh trivia Part III.1:

1. Tahukah anda? Eniqma pernah digelar sebagai jelmaan IZZI pada mula-mula dia aktif (sebelum dia rajin SPAM..hehe). Semangat dan attitudenya seperti IZZI.

2. Tahukah anda? Anak Dr Bode amat berbakat dalam bidang muzik. Dia dapat mengcompose sebuah lagu pada umur 5 tahun, dan dapat mengagak duration lagu tersebut tanpa memainkannya lagi!. (Rasanya ada masuk paper..kan?)

3. Tahukah anda? Pernah ada salah faham antara gapnap dengan i-banders yang lain pasal pengiktirafan "great guitarist" (kot..). Ada kaitan dengan sebuah laman web yang menyenaraikan guitarist hebat seluruh dunia, termasuklah dalam tu, Man Kidal (kot..)

4. Tahukah anda? Pernah ada beberapa siri perang pasal Fender Strat kat i-bands. Strat-lovers vs strat-haters, dan jugak true strat guy vs true strat poser.
_________________
For those little foofah in the roundabout






"orang yang head banging masa tengah dengar lagu metal akan dikatakan sebagai orang gila oleh orang yang tak dapat dengar muzik tu sedang berkumandang" - Nietzsche
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next Page 1 of 11

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group