back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page Previous  1, 2, 3, 4, 5
 LANGSUYR Ku Cemari « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
afiqme
PostPosted: Thu Apr 21, 2005 9:14 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 05 Dec 2003
Posts: 2289
Location: Kuala Lumpur

yeah.. nice opinion doc!!
_________________
Entwistle custom guitar pickups - Click here!

Private guitar lesson - Batu Caves/Gombak/KL/Shah Alam:
http://afiqmemusic.blogspot.com

My other blog: Click here!
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
Bode
PostPosted: Fri Apr 22, 2005 7:38 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 03 Feb 2004
Posts: 2033

Aku nak tulis pendapat aku kat sini bukan sebagai mat death metal atau pun mat guitar hero/shredder (aku tidak tergolong dalam kedua dua golongan itu...I'm just a simple musician), tetapi hanyalah sebagai seorang yg juga berkecimpung dlm bidang muzik yg alhamdulillah ada followers dan supporters di negara ini dan serata dunia.

langsuyr wrote:

Syok sendiri tu kena ada " dan " kot... Dalam one of my writing I said that you have to limit (on 'terer'). So 'syok sendiri' tu kena le limit sikit... mungkin kena kata 'syok bersama'. What I meant by syok sendiri ialah lagu tersebut tak boleh nak relate dengan crowd. Orang dengar... "pebende ni?".. ataupun "eleh show off!"

langsuyr wrote:
the problem with you guys (so-called guitar heroes, shredder, technical junkie etc etc...) ialah korang syok sendiri. Memang terer, tidak dinafikan...

p/s: shredder jazz keroncong... tu pun penyakit perasan tu heheh... masih lagi syok sendiri. Clear cut dulu... nak syokkan diri sendiri ke atau nak syokkan orang yang dengar?

Walaupun depa syok sendiri...seburuk buruk lagu dia org (walaupun tak mencapai taraf excellent seperti muzik Langsuyr), muzik mereka sebenarnya ada followers mereka tersendiri. Sebenarnya ada ramai org yg meminati shred jazz keroncong...Semua org ada hak masing2 untuk dengar lagu apa pun...samada muzik Langsuyr, ataupun muzik2 lain. Kalau Izuan Hafez buat show, saya adalah salah seorang yg dalam ramai2 peminat dia yg akan pergi tengok dia main live dan dia solo jazz keroncong panjang2. Saya minta maaf sebab saya bukannya org yg terer muzik, jadi saya tak pandai nak appreciate muzik2 yg taraf tinggi seperti Langsuyr....tetapi saya cuma mampu appreciate muzik2 taraf rendah seperti jazz keroncong Izuan Hafez. Dan ini adalah hak saya dan peminat2 Izuan Hafez yg lain untuk meminati dia...tidak kira samada itu muzik bagus atau tidak.

First of all...aku ni bukan shredder atau guitar hero. Ada setengah setengah mat death metal suka kutuk hina cerca aku sebab aku tak cukup heavy...dari segi muzik dan imej. Dan setengah mat2 shredder guitar hero pulak suka kutuk aku sebab aku tak speed dan teknikal.
Sebenarnya, aku cuma a humble blues/rock guitarist yg lebih menampilkan muzik instrumental, sebab itulah muzik yg datang dari jiwa aku (dan memang hak aku dan hak sesapa saja nak main muzik macamana pun...selagi kita tak paksa dan sogok org lain kena dengar muzik kita). Dan aku bersyukur, dalam proses aku buat muzik bodoh aku macam ni, ada yg menyukai muzik style kami dan mereka ini memilih(bukan aku paksa) untuk mendengar muzik2 kami di internet dan CD kami(dan 'mereka' ini adalah merangkumi banyak jenis pendengar...ada yg tak main muzik, ada yang guitar hero wannabe, dan ada yang memang guitar hero pun)...dan ada yang hendak menengok kami secara live untuk memainkan lagu2 kami yg mereka dah dengar dari sumber2 di atas.
Banyak org juga membenci muzik kami, tetapi kami tak pernah paksa org dengar muzik kami, jadi sesiapa yg tak suka, tiada sesiapa yg pressure untuk mendengar. Jikalau kami main secara live, itu adalah persembahan untuk followers kami yg datang untuk mendengar muzik kami seperti mana yg kami mainkan. Muzik kami tidak disogok secara paksa kepada para pendengar. Pendengar yg datang sendiri.



langsuyr wrote:

What I am trying to say bro, in a band (if you are in a band), you have to control your enthusiasm by integrating what you know to the objective of the band.


Betul tu. Band aku...termasuk yg main instrument lain2, semuanya cinta dgn style music yg kita main, dan apa2 yg kita main kesemuanya dgn ikhlas dgn minat persetujuan semua pihak. Objective kami ialah nak main lagu macam yg kami main. In fact....banyak lagu band members aku suruh aku solo sampai 32 bar, tapi aku sendiri yg tak setuju dan solo cuma 4-8 bar sahaja. Kalau aku kata tak nak solo langsung, depa pulak yg marah!
Dan banyak kali kita org main gig...lepas gig, audience ramai komplen yg performance kita org tak cukup gitar solo...
Maklumlah...audience kami berlainan dari audience Langsuyr...

langsuyr wrote:


kedua, kalau dia kaku macam tunggul, tunjuk ajar sikit macam mana nak main gitar dengan mengangkang, hangguk kepala, buat grinning face dsbgnya yang essential untuk band Death Metal. Dan belajar2 pakai baju gelap, leather lagi bagus... jangan pakai baju warna kuning pulak. Sakit mata orang tengok atas stage heheh...

ketiga, kata kat dia... hang punya togey, hang punya gadget, hang punya PC skills takkan bagi manfaat kepada band kalau pikiran hang stereotype gitar-hero...



Ye...aku setuju...salah satu kelainan muzik rock berbanding dgn muzik klasik/jazz dll ialah the 'show' factor masa main live. Memang banyak aku tengok band2 yg posing dasat masa photo shoot, tapi masa main live kaku. We all owe the fans/supporters to give them a good show, so, kena juga ada the 'theatrical factor' masa performance.

Aku ni bukan ler pandai pasal metal metal ni...ada juga main lagu2 pop selain dari rock(walaupun aku start dengar Uriah Heep dan Black Sabbath masa umur 3 tahun)...tapi aku teringat juga dulu2, masa main gigs dgn setengah band2 poser yg kononnyer metal...pakaian dah memang dasat dah...tapi main live kaku...frust jer org tengok. Lepas tu, masa kat belakang stage, dia org gelakkan kami sebab kami pakaian 'tak heavy'. Tapi, bila band kita org masuk, walaupun band kita org hanyalah band rock and roll, pakaian pun cuma apa yg sempat serlom sebelum gig, at least band kami ada la juga mengangkang..berlari atas stage...loncat...baring2...volume pun kuat macam neraka sampai headbangers pun headbanging sambil tutup telinga.


Apa yg Langsuyr cakap pasal keperluan tertentu untuk death metal tu memang betul. Keperluan utk band death metal memang berlainan dari rock band yg guitar oriented, jadi band2 ini kenalah kaji dan memuaskan keperluan genre masing2. Kalau fans nak tengok band death metal...fans tak interested gitaris dok arpegio/sweeping sampai berpuluh2 bar, dok dlm khayalan syok sendiri sambil berdiri tegak macam tunggul, tapi depa nak tengok the band perform as a whole unit, so every member of the band kenalah have a balanced contribution, seperti yg disyorkan oleh bro Langsuyr. Kalau mat guitar hero wannabe ni dok solo lama sangat, masa tu lah audience naik boring dan ambil kesempatan untuk pergi tandas, beli kuaci dan buat aktiviti2 lain yg sewaktu dengannya kan? Smile

Dan kalau band yg jenis guitar oriented pulak(sebagai contoh band yg ikut mazhab Yngwie Malmsteen's Rising Force ler kata kan), the fans utk band tu memang expect nak tengok gitar hero menggoreng memanjang dgn showmanship ganas macam binatang dan masuk setan...depa datang nak tengok gitaris tu... kalau tidak fans marah ler...datang jauh2 nak tengok guitar hero...tiba2 goreng seconet sambil berdiri tegak jer...alamat kena baling telur lah Smile Tapi, walaupun band guitar oriented ni the focus is on the guitarist solo memanjang (seperti yg dikehendaki fans tersendiri), kenalah juga bagi can tiap tiap band member lain solo memanjang juga. Usually band2 cam ni fans expect depa supergroup of the best musicians...so fans memang expect setiap band member tu ada solo spot dia yg tersendiri. Sebesar besar kepala Yngwie Malmsteen pun, masa aku tengok dia org main live kat Sheffield, dia bagi semua org dalam band dapat solo spot tersendiri....drums, keyboardist, bassist....baru lah peminat2 depa semua puas hati. Dari experience aku tengok live gig Malmsteen, Satriani, Gary Moore, Whitesnake, Paul Gilbert, Reb Beach, Van Halen dan banyak lagi gig gig yg lain masa kat UK dulu,..audience depa pantang la kalau opening band yg onstage tu cuma harapkan dressing metal, dgn gaya hantuk kepala/kangkang/lenggok macam bagus...tapi harapkan dok bantai power chord jer dari mula sampai habis...vibrato cam pompuan...bending pun setengah mati...tak dak display of virtuosity langsung...hah...kalau cam ni memang kena 'boo' dan nanti terdengarlah crowd menjerit "poserrrr.....poserrrrr....!!!" Memang kesian betul aku tengok setengah opening band...actually depa main ok...lagu sedap/dressing metal/showmanship dasat...tapi bila audience mai nak tengok guitar hero....kalau ko berani nak open the show...kena make sure you got the skills on top of the showmanship...kalau tidak kenalah sembelih hidup hidup di khalayak ramai. Kena ingat...kat dalam audience tu, bukan sahaja guitar hero wannabe ada, malah guitar hero betul pun ada juga! Aku pun ada experience perform depan audience macam ni kat UK...dan nasib baik la aku terselamat dari kena sembelih. Dan sudah tentu kalau yg terer macam band Langsuyr open untuk Malmsteen, semestinya dapat sambutan hangatkan?

Of course...kalau band death metal ada sesapa dlm band tiba2 nak memandai nak solo spot...tu dah terkeluar konsep dan alamat kena baling botol la tu. At the same time, kalau Dream Theater main live, Petrucci, Portnoy, Myung dll tu, memang peminat expect kena ada solo spot. Kalau tak der solo spot dan nak main lagu jer...depa pula yg kena baling botol dan fans minta duit balik...


Kesimpulannya, rock music memang banyak jenis...death metal, hard rock, instrumental guitar rock, alternative dll. Apa bro Langsuyr cakap tu memang benar utk death metal, dan apa bro Izuan cakap tu memang benar utk guitar oriented bands....cuma setiap band2 ni kenalah menyesuaikan diri utk keperluan style muzik/show dan show masing2...yg terperinci utk expectation fans masing2 yg berbeda mengikut jenis muzik.


Pasal poser dan wannabes pula... guitar hero wannabes memang banyak banyak(harap speed jer...tapi permainan tak der 'soul', identity dan showmanship factor)...dan death metal wannabes pun banyak juga(pakaian dan imej dasat....tapi bila perform, mati pucuk...vibrato semput dan lemah gemalai...maluuu...)


And of course....dlm studio boleh punch in dan edit2...but musicianship wise, you aint nothing until you can do it LIVE!

So bro Langsuyr...saya minta maaf sekiranya terkasar bahasa...sebab maklumlah saya ni cuma pemuzik bertaraf rendah...tak hebat seperti bro Langsuyr. Apa yg diperkatakan adalah hanya pendapat saya yg tak seberapa ini.

Sekian. Terima Kasih.

P.S. Oh yes...SPITCONTRA and LANGSUYR is now proudly blasting on BODE'S BAND BOX RADIO!!![/b]
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
Erylasia
PostPosted: Fri Apr 22, 2005 11:47 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 02 Jan 2005
Posts: 3118
Location: Kuala Terengganu

penerangan yg jelas dan terang.............
thanks....bode......
_________________
http://www.reverbnation.com/erylasia
http://www.facebook.com/erylasia
http://www.myspace.com/erylasia
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
langsuyr
PostPosted: Sat Apr 23, 2005 9:35 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 11 Mar 2005
Posts: 382
Location: Adelaide

en Bode,

apa yang anta katakan tu betul. Yang ana katakan ttg 3 perkara tu memang khusus untuk Death Black Metal. Dan guitar hero yang dikatakan tu pun bila dia dalam band Death Black Metal.

tapi as the thread go along, dah jadi lain.

So what you are saying is right, no problem.
_________________
----------------------------
KRENMAUT http://krenmaut.blogspot.com
DIED http://diedband.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
Erylasia
PostPosted: Sat Apr 23, 2005 3:21 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 02 Jan 2005
Posts: 3118
Location: Kuala Terengganu

yap.........aku setuju.....
_________________
http://www.reverbnation.com/erylasia
http://www.facebook.com/erylasia
http://www.myspace.com/erylasia
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page Previous  1, 2, 3, 4, 5 Page 5 of 5

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group