back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2  Next
 Nak bukak Studio Jamming.. « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
Facelift
PostPosted: Fri Oct 07, 2005 2:22 pm    Post subject: Nak bukak Studio Jamming.. Reply with quote



Joined: 07 Oct 2005
Posts: 4

Assalamualaikum dear bro n sis..

Tajuk : Aku nak bukak Jamming Studio
Location : Skudai J.B
Budget aku ada : RM 28K

Need Help :
1st -> Sound Proof (Sesapa ada idea best selain bekas telur)
2nd -> Partition (Nak guna Gypsum board ke batu bata?)
3rd -> Nak beli brg 2nd (gitar, bass, amp n wateva yg elok)

So, For those yg ada xperience n knowledge 2 share just email aku or call pun boleh (kalau sanggup lah). Really need your help out there.. plsss..

Email - de_yuz@yahoo.com
h/p - 012 - 7295832 (yuz)
Back to top
View user's profile Send private message
ETERNAL
PostPosted: Fri Oct 07, 2005 2:27 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Aug 2005
Posts: 3382
Location: Dreamland

cube try tgk kat classified...
ade mamat nak jual jamming studio dier kat melaka...

cuba kau tanyer amp bass and sort of equipments....
_________________
KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Facelift
PostPosted: Fri Oct 07, 2005 2:49 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 07 Oct 2005
Posts: 4

TQ TQ TQ
Back to top
View user's profile Send private message
awakenband
PostPosted: Sat Oct 08, 2005 5:52 am    Post subject: Re: Nak bukak Studio Jamming.. Reply with quote



Joined: 15 Apr 2004
Posts: 43
Location: Taman Melawati, Kuala Lumpur, Malaysia

Facelift wrote:
Assalamualaikum dear bro n sis..
Need Help :
1st -> Sound Proof (Sesapa ada idea best selain bekas telur)
2nd -> Partition (Nak guna Gypsum board ke batu bata?)
3rd -> Nak beli brg 2nd (gitar, bass, amp n wateva yg elok)


1st (Sound proof):

Bekas telur BUKAN sound proofing, tetapi "sound reinforcement". Bekas telur cuma boleh matikan bunyi frekuensi tinggi (contoh bunyi treble, bunyi bingit, dll) DI DALAM bilik jamming SAHAJA. Tapi bunyi frekuensi rendah (seperti bass dari guitar amp, bass amp dan juga kick drum) LANGSUNG tidak mempunyai apa2 kesan. Maknanya, band2 yang tengah jamming di dalam studio akan mendengar bunyi bass yang bersepah2 dan berlanggar2. Ini sebab utama kenapa band2 slalu pasang amp volume kuat2. Mereka kata "tak dengar la guitar aku!". Sebenarnya, bunyi dah kuat. Tapi bila bunyi langgar2 dalam bilik, sound quality dalam studio jadi sangat teruk.

Bunyi hanya dapat di kurangkan betul2 dengan 2 cara:

A) Jisim
B) Ruang udara

ok, aku harap aku tak buat kau pening. sebenarnya, senang je. Bunyi boleh dikurangkan dengan berkesan dengan jisim. maksudnya dinding2 tebal sepert batu-bata. Gypsum board tidak boleh mengurangkan sound dengan berkesan kerana ia nipis. Tapi, dinding batu adalah tebal, jadi tenaga bunyi menjadi sangat sedikit apabila ia berjaya menembus dinding batu itu...

Tapi itu tak cukup. Bunyi still keluar. Lagipon, bunyi bass pon masih ada kerana bunyi bass susah untuk dikurangkan. Jadi, camne nak betul2 soundproof?

Ini orang biase panggil "room in a room". aku susah nak explain, tapi konsep die senang je: bayangkan bilik jamming tu sebagai sebuah kotak tebal yang ditutup dari semua 6 sisi (atas, bawah, depan, belakang, kiri, kanan). kotak ini diletak didalam sebuah kotak lagi. berikut adalah gambar2 pelan yang dipandang dari atas.



Kosong je, ape pon takde.



kita tambah lapisan dinding batu pertama. tak payah tambah siling dan lantai pon takpe. buat dinding dulu.



ni paling penting. dinding yang aku lukis dengan kaler merah. ni la "kotak" yang aku maksudkan. kotak yang tertutup sepenuhnya ini diletakkan di DALAM dinding lapisan pertama. ruang udara yang besar tu la yang banyak membantu mengurangkan bunyi dari keluar dari studio.

BILIK STUDIO ITU MESTI TIDAK MENYENTUH STRUKTUR BANGUNAN ITU LANGSUNG. Maknanya, kau kene buat bilik tu terapung la. Tapi camne nak buat bilik terapung? Magik? Hahaha.

Senang je. Lantai itu dinaikan. Kalau ade duit, buatla lantai tu pakai konkrit tapi kalau takde bajet, pakai plywood pon bole. Kalau kau perhatikan perabot2 di sekitar kita seperti meja, almari, dll, kau mesti nampak dekat tapak perabot tu, die letak macam bende getah ni... konsep same je.

tujuan ko naikkan lantai studio itu, supaya gegaran yang dihasilkan oleh sound2 dalam studio tidak dapat sampai ke struktur asal bangunan kau. jadi bunyi yang keluar pon kurangla.

last skali, siling. pakai konkrit gak la. make sure die tidak menyentuh struktur bangunan kau. tinggalkan ruang udara antara siling studio kau dan siling asal bangunan itu.

ok, so rumusan: bilik studio jamming ko mesti "terapung", tujuannya supaya bilik itu tidak menyentuh struktur bangunan kau - segala gegaran yang dihasilkan oleh amp2 akan dikurangkan secara 2 peringkat:

1) dinding batu yang tebal itu telah mengurangkan sound.
2) ruang udara kosong itu telah mengurangkan sound LAGI.

kalu duit ko banyak, di dalam ruang kosong tu, ko tampal la acoustic foam di seluruh permukaan ruang kosong it. kalu takde acoustic foam, tilam2 lame pon boleh. tapi kene pakai banyak la. cover habis. tapi ni banyak pakai duit la...

kalo ko buat cara ni, BARU LA bekas telur tu berkesan. lepas dah buat bilik jamming terapung, ko tampal la bekas telur tu dalam studio tu, cover semua permukaan dinding dan siling. lantai ko tampal carpet pon da cukup. kalo nak studio ko cantik, ko jangan pakai bekas telur; pakai acoustic foam.

ko mungkin pikir yang cara ni terlampau ekstrim dan akan banyak pakai duit. well - maybe yes, tapi itu bergantung kepada cara kau belanja duit kau. kalau kau pandai cari material murah, pastu bilik jamming tu pon tak besa sangat, then kos renovation pon murah la. duit selebihnya, ko pakai untuk angkat equipment second hand seperti drum, amp second hand, dll.

ok, so kate la cara ni mahal sangat, dan ko tak mampu. takde hal - ko boleh ganti dinding batu dengan gypsum board. tapi kesan soundproof tak bagusla. maksudnya, bile budak2 jamming, bunyi memang kuar banyak. kalau ko duduk kat studio tu lame2, boleh jadi gile la pasal bunyi bersepah2 dan menggegar seluruh bangunan. kalo ade offis dekat ngan studio ko, lagi teruk. diorang boleh komplen kat bandaraya, pastu diorang boleh shut down bisnes ko... masak kari la kalo camtu.

in the end, semuanya bergantung kepada kau la. kalau kau nak soundproofing yang betul2 berkesan, kene banyak pakai duitla. tapi kalu ko tak kuar duit untuk soundproof, maka tak berkesanla soundproof ko.

kalo ko BETUL BETUL nak SAVING DUIT GILE BABENG... cara paling murah, senang dan pemalas... senang je.

ko tutup studio ko dengan gypsum board je. taruk bekas telur. naikkan lantai sikit, pastu buat siling kedua menggunakan material yang tebal. abis cite. tapi kalau budak2 jamming, abis la kuar semua bunyi...

ok la itu je yang aku dapat pikir buat mase ni. aku tengah takleh tido ni. tapi pasal da type panjang sangat, barula rase ngantok haha. alamak, sahur pon aku lupe makan. hahaha. ok chow, kalo ade ape2 soalan lagi, tanye je kat sini.

- Nash


Last edited by awakenband on Sun Oct 09, 2005 8:33 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Arr_U_C
PostPosted: Sat Oct 08, 2005 7:32 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 22 May 2005
Posts: 314

setuju...benda paling penting pada studio jamming adalah soundproof yg bagus bukan amp yg berjenama terkenal... kalo amp bagus pun tapi soundproof hancur... marshall pun bunyik cam gampang... SmileSmile ... good tips there mr awakenband..
laburlah lebih skit utk soundproof
_________________
b like what u want to b
Back to top
View user's profile Send private message
Erylasia
PostPosted: Sat Oct 08, 2005 8:24 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 02 Jan 2005
Posts: 3118
Location: Kuala Terengganu

nice,..tips,..
_________________
http://www.reverbnation.com/erylasia
http://www.facebook.com/erylasia
http://www.myspace.com/erylasia
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
IZZI
PostPosted: Sun Oct 09, 2005 12:22 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 11 Dec 2004
Posts: 3447
Location: Melbourne, Australia

very good points bro.. aku dpt belajar byk..

kepada para mod, kalau boleh tolong letak tips ni kat ruangan article..
_________________
Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com
Back to top
View user's profile Send private message
huzai
PostPosted: Sun Oct 09, 2005 9:49 am    Post subject: Reply with quote

Angsakawan
Angsakawan

Joined: 18 Nov 2004
Posts: 1731

yea patut diarticlekan.. Smile nice one
_________________
http://www.reverbnation.com/synsmusic
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger MSN Messenger
GryMlock
PostPosted: Mon Oct 10, 2005 1:19 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

yeah thanks Mr Nash. sungguh informative... senang paham pulak tu.
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Nonsense
PostPosted: Sat Nov 12, 2005 1:02 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 07 Jun 2005
Posts: 4

aku rase cam nak jadi anak murid MR.Nash la!!!
hoho~!!!
Back to top
View user's profile Send private message
HuntressM00n
PostPosted: Sun Nov 13, 2005 11:09 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Sep 2005
Posts: 1581
Location: undisclosed

consider it done
_________________
"Thus let my enemy's blood be spilled
like water and sink into the earth."
- By Irene
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail MSN Messenger
ammirhafzan
PostPosted: Mon Nov 14, 2005 12:34 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 20 Jul 2005
Posts: 188
Location: International Hill KL

Hmmm..floating room. Solution yg bagus, but costly. From my experience, studio jamming ni ada 4 key factor dia.
No. 1: Soundproofing. memang costly kalau nak buat "real" soundproff room. Tapi so far kat, most of studio jamming they go by D.I.Y. concept & self study. Like me, I 've my mistake with soundproffing. My version 1 punya studio was made by plywood. Ukuran bilik tu 15' x 21 & dinding aku buat pakai plywood. Layer dlm aku ada air - gap dlm 2', then pakai Rockwood fiber 4', then aku letak acoustic foam. Pintu aku pakai pintu kayu biasa 1 layer. Hasil dr ini aku hanya mampu bertahan selama 2 bulan. Bising gile. So aku proceed to version 2. Aku kleuar modal sikit buat dinding batu. Layer dlm aku ada air- gap dlm 2', then pakai Rockwood fiber 4', then aku letak acoustic foam. Pintu aku modfied buat 2 pintu. lantai aku raise dlm 4' naik Pakai kayu gak. So far ok. Tingkap aku seal pakai sponge & glue. So far aku boleh reduce sound leak keluar dari studio ke keluar dlm 40%. La ni aku tengah nak modifed utk reducekan sikit lagi sound leak. Aku nak buat bass trap pakai "suede curtain". Aku nak buat tirai dlm studio. Ini utk kegunaan video shoot + trap bass kick punya sound. By January, aku plan to have a so call demo studio yg boleh buat live take utk band. So kalau nak tahu lagi, dtglah check out myspace.com/rebanastudio.

Next day, i'll sambung with 2nd factor : instument.
_________________
Axes --> Washburn Dime, Ibanez SZ520, Ibanez RG470, Squier Strat
Shields --> Line 6 PODxt Live, DS-1, Digitech Death Metal, DD-3, GE-7, Ibanez WD7 Weeping Demon
Armory --> Randall RG100SC, Peavey Shefield 100wt, Marshal valvestae 80.
Misc --> Ritter guitar bag, Gator soft case for mfx
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
awakenband
PostPosted: Tue Dec 06, 2005 3:25 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 15 Apr 2004
Posts: 43
Location: Taman Melawati, Kuala Lumpur, Malaysia

Adeh... setelah aku teliti balik post yang aku buat tu... pegghh.. banyak gak information yang salah...

TIP: DO NOT POST WHEN YOU ARE SLEEPY

Mase aku type message tu, aku tak boleh tido... pagi2 buta... but I spent a long time creating the article and the graphics for it, sampai terlupa makan sahur... hahaha... last2, banyak kesilapan...

I will write a more tidy version with more accurate steps and information sometime soon... in the mean time, don't count on what I said... however the main point still remains correct:

The best soundproof room is a floating room within a room.
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
IZZI
PostPosted: Tue Dec 06, 2005 6:56 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 11 Dec 2004
Posts: 3447
Location: Melbourne, Australia

aku still tak faham mcmana nak floating? sebab mesti ada sedikit kaki/tapak lantai tu yang jadi penahan akan menyetuh struktur bangunan.. Maknanya gegaran still boleh mengalir ikut kaki/tapak lantai tu..

macammana?
_________________
Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com
Back to top
View user's profile Send private message
nutnap
PostPosted: Mon May 01, 2006 9:17 pm    Post subject: Re: Nak bukak Studio Jamming.. Reply with quote



Joined: 03 Jul 2004
Posts: 38

Facelift wrote:
Assalamualaikum dear bro n sis..

Tajuk : Aku nak bukak Jamming Studio
Location : Skudai J.B
Budget aku ada : RM 28K

Need Help :
1st -> Sound Proof (Sesapa ada idea best selain bekas telur)
2nd -> Partition (Nak guna Gypsum board ke batu bata?)
3rd -> Nak beli brg 2nd (gitar, bass, amp n wateva yg elok)

So, For those yg ada xperience n knowledge 2 share just email aku or call pun boleh (kalau sanggup lah). Really need your help out there.. plsss..

Email - de_yuz@yahoo.com
h/p - 012 - 7295832 (yuz)



bra,

aku baru ternampak kau punye forum nie.
member aku maybe boleh bagi sikit2 khidmat-nasihat

give him a ring or swing by his studio.
worth a try. mention my name - zaimi
aku pun dah lama tak call dia.

Ahmad Lufti Mohd
Pusat Muzik Kayangan
No. 5-16, Tingkat 2
Jalan Ibrahim
84000 Muar
Johor D.T.
013.6913211


p.s. probably dah siap pun studio kau nie by this time.
good luck!
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail MSN Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2  Next Page 1 of 2

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group