|
40 kumpulan black metal (bior betul?) mahu 'amuk' |
« View previous topic :: View next topic » |
Author |
Message
|
HuntressM00n |
Posted: Tue Dec 20, 2005 12:25 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Sep 2005 Posts: 1581 Location: undisclosed
|
asal dalam hati baik dah cukup _________________ "Thus let my enemy's blood be spilled
like water and sink into the earth."
- By Irene |
|
Back to top |
|
|
Bode |
Posted: Tue Dec 20, 2005 12:29 pm Post subject: |
|
|
Joined: 03 Feb 2004 Posts: 2033
|
HuntressM00n wrote: | asal dalam hati baik dah cukup |
tu laa....macam lah saya ni...kih kih kih... |
|
Back to top |
|
|
HuntressM00n |
Posted: Tue Dec 20, 2005 12:31 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Sep 2005 Posts: 1581 Location: undisclosed
|
u know, kalo saya impose gambar ko.. janji macam muka black metal _________________ "Thus let my enemy's blood be spilled
like water and sink into the earth."
- By Irene |
|
Back to top |
|
|
adzakael |
Posted: Tue Dec 20, 2005 1:02 pm Post subject: |
|
|
Joined: 18 Jan 2004 Posts: 386
|
Quote: | Edisi KL: Haramkan Black Metal
Oleh Yusri Abdul Malek
yusrimalek@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan kegiatan kumpulan Black Metal di negara ini kerana terbukti kewujudannya bertentangan dengan ajaran Islam dan merosakkan akidah remaja.
Timbalan Presiden Abim, Mohd Rumaizuddin Ghazali, berkata pihaknya memandang serius kegiatan kumpulan ini dan Majlis Fatwa perlu melakukan sesuatu kerana ia membabitkan akidah remaja Melayu Islam.
“Beberapa bekas pengikut kumpulan itu juga menyarankan agar kegiatan kumpulan itu diharamkan di negara ini kerana ia memang terbukti menyesatkan.
“Malah mereka mencadangkan agar pengikut atau ahli kumpulan itu ditarbiah agar kembali ke pangkal jalan,” katanya.
Katanya, pihaknya juga sudah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohamad Abdul Aziz, semalam bagi membincangkan masalah kewujudan kumpulan Black Metal.
“Dalam pertemuan itu, kami mengadakan sesi penerangan mengenai kewujudan kumpulan berkenaan di negara ini.
“Kami turut menunjukkan bukti dalam bentuk kaset, gambar, majalah dan cakera padat (CD) bagi membolehkan penyelidikan lebih mendalam dibuat Jakim berhubung kegiatan itu.
“Berdasarkan kajian, pengharaman kegiatan itu adalah langkah terbaik kerana kumpulan itu sudah terbukti memesongkan akidah remaja Melayu Islam kerana memuja dan memuji syaitan,” katanya.
Beliau berkata, dalam pertemuan itu, Jakim bersetuju menjalankan penyelidikan berhubung kegiatan kumpulan itu sebelum memutuskan sama ada ia relevan atau tidak untuk dibawa kepada Majlis Fatwa untuk diputuskan.
Menurutnya, pihaknya percaya dengan bukti dan kajian yang dibuat, Majlis Fatwa mampu membuat keputusan terbaik bagi mengatasi masalah kegiatan itu daripada berleluasa.
“Kami beranggapan Majlis Fatwa perlu melakukan sesuatu kerana kini sudah ramai remaja Melayu Islam terjebak dengan kegiatan berkenaan,” katanya.
Akhbar ini semalam melaporkan mengenai kewujudan kumpulan Black Metal baru yang menggelarkan diri mereka The Red Power yang sedang merekrut ahli baru di seluruh negara.
©The New Straits Times Press (M) Berhad |
Quote: | Edisi KL: The Red Power rekrut remaja
KUALA LUMPUR: Satu lagi kumpulan Black Metal dikenali sebagai The Red Power kini muncul merekrut remaja terutama di utara Semenanjung bagi mengembangkan kegiatan mereka memuja dan memuji syaitan di Malaysia.
Kumpulan itu yang dikatakan berpusat di Sungai Petani, Kedah mempunyai ramai pengikut baru di kalangan murid dan pelajar sekolah terutama dari kawasan luar bandar menjadi anggota mereka.
Kewujudan kumpulan baru itu dikesan Pertubuhan Prihatin Kesihatan dan Sosial Malaysia (Prihatin) yang membuat kajian mengenai kumpulan Black Metal.
Bendahari Prihatin, Kamaruddin Kassim berkata kumpulan baru itu menggunakan istilah tertentu dan menggunakan kaedah yang sama dengan kumpulan Black Metal lain iaitu memuji dan memuja syaitan.
Katanya, kumpulan baru itu sering berkumpul di Sungai Petani Square pada setiap Sabtu untuk melepak dan berjumpa sesama ahli kumpulan.
“Mereka turut mengamalkan seks bebas, mengoyak al-Quran, mendengar muzik Black Metal sama ada melalui kaset atau cakera padat serta membawa majalah berkaitan kumpulan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas memberi ceramah dalam Bengkel Tertutup Black Metal dan Implikasinya Terhadap Masyarakat anjuran Angkatan Belia Malaysia (Abim), di sini, semalam.
Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Abim, Rumaizuddin Ghazali.
Bengkel sehari itu bertujuan mendedahkan remaja Islam agar tidak terbabit dengan gejala Black Metal yang sedang menular di kalangan remaja.
Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai menggunakan bohsia atau istilah mereka ‘balance’ bagi menggoda remaja untuk mengadakan hubungan seks bebas sebelum diajak menjadi ahli kumpulan.
Sementara itu, Rumaizuddin berkata, pihaknya memandang serius gejala Black Metal itu kerana ia membabitkan remaja Melayu Islam.
©The New Straits Times Press (M) Berhad |
Quote: | Edisi Tengah : Kaunseling pengikut Black Metal
Oleh Mohd Amin Jalil
SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) menyambut baik langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memberikan kaunseling kepada remaja pengikut Black Metal atau skinhead.
Jurucakap Jains berkata, tindakan Jakim itu wajar dilaksanakan secepat mungkin demi memastikan akidah remaja Black Metal dan Skinhead dapat diselamatkan.
Menurutnya, ramai remaja terjebak dalam kegiatan itu dikenal pasti berbangsa Melayu dan beragama Islam.
“Kita bimbang jika tiada usaha yang progresif akan memburukkan lagi keadaan kerana remaja adalah pewaris masa depan negara yang akan memainkan peranan penting untuk kemajuan bangsa, agama dan negara.
“Justeru itu langkah Jakim untuk memberikan kaunseling kepada remaja berkenaan adalah tepat kerana kita bimbang dengan gejala itu yang semakin berbahaya terutama dari segi akidah,” katanya di sini, semalam.
Sebelum ini beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) meminta kerajaan bertindak segera terhadap remaja yang terjebak dalam Black Metal sebelum akhlak buruk mereka mempengaruhi remaja lain.
Jurucakap itu berkata, Jains sedia bekerjasama membantu remaja terbabit supaya mereka kembali kepada ajaran Islam sebenar dan menjadi insan baik.
Sementara itu, Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) yang beroperasi di Terminal One di sini, juga sedia menghulurkan bantuan untuk memberikan kaunseling kepada remaja berkenaan.
Ketuanya, Norazman Amat, berkata pihaknya mempunyai sembilan kaunselor yang boleh menjalankan tugas itu.
“Kita sedia bekerjasama untuk memastikan masa depan remaja ini terjamin dan maruah umat dan masyarakat Islam terpelihara. Kita khuatir jika remaja ini terus terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat itu, akan memusnahkan masa depan terutama akidah mereka,” katanya.
Awal bulan ini, aktiviti Black Metal kembali menggemparkan masyarakat apabila seramai 105 remaja ditahan polis ketika sedang mengadakan konsert di Dewan Masyarakat Ceylon, di sini.
©The New Straits Times Press (M) Berhad | |
|
Back to top |
|
|
HuntressM00n |
Posted: Tue Dec 20, 2005 7:32 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Sep 2005 Posts: 1581 Location: undisclosed
|
we dont even know about the concert? _________________ "Thus let my enemy's blood be spilled
like water and sink into the earth."
- By Irene |
|
Back to top |
|
|
fReqZz |
Posted: Tue Dec 20, 2005 8:25 pm Post subject: |
|
|
Joined: 20 Jun 2005 Posts: 1351 Location: Mont Kiara
|
aku syorkan.. i-band try buat mini-concert or champaign or ape2 la to stop this kind of story creeping again and again.. lets open their eyes so they can see what is music... aku takut, later diorang akan interrogate i-bands member plak.. lets be the one who stopped this!! mcm kate adzakel.. lets unite!! _________________
|
|
Back to top |
|
|
HuntressM00n |
Posted: Tue Dec 20, 2005 9:05 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Sep 2005 Posts: 1581 Location: undisclosed
|
ahahahahah........... unite memang boleh..
tapi takut... ajeep kena tangkap ler..
Harian Metro!
Pihak media sudah expose skinhead Ajeep, kerana dia yang memulakan independant scene, yang kita percaya tu underground scene= black metal.
dia dengan geng black metal dia, aka moderators sudah diberkas, terutama budak cina pompuan tu, yang banyak tatu setan kat badan dia, muka pun macam hantu, pakai makeup hitam dan baju nafsu.
main2 main je.
tapi freqzz,
sometimes this kind of thing happen is also good, because good things also come in the worst times.
sekarang dalam underground scene ni politik dah henti buat sementara waktu, sebab semua asyik concentrate tentang isu black metal nie.
dan ada sekala organiser yang tak suka sama diri, still unite menentang issue nie.
tapi aku rasa memang sedih terhadap band2 yang kena, sebab aku tau mereka rajin berlatih to be out there, to be heard.
music is a passion, not a religion _________________ "Thus let my enemy's blood be spilled
like water and sink into the earth."
- By Irene |
|
Back to top |
|
|
HuntressM00n |
Posted: Wed Dec 21, 2005 9:22 am Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Sep 2005 Posts: 1581 Location: undisclosed
|
yang ironiknya, orang yang sembah setan nie, tak dengar music black metal. tapi music lain.
orang yang mengkaitkan orang black metal sembah setan sebab music dalam movie, vampire ke ape ke..
tapi, for my own experience, aku pernah ada pergi ke kumpulan sembah setan pada tahun 2001, di sebuah rumah. kenapa saya pergi join? tu masalah personal saya. so private sikit.
aku nak share pengalaman saya kat situ.
memang dalam bilik dia, ada simbol pentagram yang hujung bintang tu points south, yang dilukis atas lantai dengan marker pen merah dan 3 lilin diletak atas hujung bintang. kat north of the star takde lilin.
pastu, pisau talisman di letak kat bawah hujung south, dengan krytsal hitam dan putih.
music yang dimainkan, ialah music lain, langsung takde kaitan dengan black metal.
nak jadi official member kena jalani process dalam hutan, tapi tidak ada kaitan dengan sex atau keganasan.
ayam takde si sembelih sebagai sacrifice, tapi semua member akan mengambil pisau talisman to cut the tangan untuk mengalir darah keluar, tapi kita tak minum la..
semua darah dicantum dengan tangan lain, berdiri di keliling pentagram.
that is satanism, tapi aku tak join sepenuhnya, tak sampai buat upacara tu.
pakaian kita bukan warna hitam ke ape.. pakai normal la. masuk hutan, tapi tempat upacara tu kat kl. aku takleh bagitau.
kalau nak detect susah, sebab takde symbol ada kat badan
nama pun lain, i was given another name, but of coz not HuntressM00n la.
well u can say i was disturbed back then. _________________ "Thus let my enemy's blood be spilled
like water and sink into the earth."
- By Irene |
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Wed Dec 21, 2005 6:26 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
aiyo...
irene
jgn buat confession camtu
gile kau...
mane tahu ade spy dlm nih..
padam cpat
haiyooo...
masuk lokap saper susah _________________ KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook |
|
Back to top |
|
|
ETERNAL |
Posted: Wed Dec 21, 2005 6:31 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Aug 2005 Posts: 3382 Location: Dreamland
|
deadzid wrote: | langsuyr wrote: | LANGSUYR <--- Blacklisted since 1995 (?). Masa gig, nama LANGSUYR tak boleh appear, kena terbalikkan kepada Riusgnal... |
ohh sebab tu ke korang terbalikkan nama band? sampai nama line-up pon jadi terbalik? masirbi rabka? hehee |
camner korang bleh men RTW5???
takder prob ker??? _________________ KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook |
|
Back to top |
|
|
HuntressM00n |
Posted: Wed Dec 21, 2005 6:52 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 01 Sep 2005 Posts: 1581 Location: undisclosed
|
ETERNAL wrote: | aiyo...
irene
jgn buat confession camtu
gile kau...
mane tahu ade spy dlm nih..
padam cpat
haiyooo...
masuk lokap saper susah |
tu bukan confession la.. saje nak buat facts bahawa, muzik is muzik, agama is agama..
lagu satanism takde langsung unsur metal _________________ "Thus let my enemy's blood be spilled
like water and sink into the earth."
- By Irene |
|
Back to top |
|
|
mrbungle |
Posted: Wed Dec 21, 2005 8:41 pm Post subject: |
|
|
Joined: 12 Dec 2003 Posts: 384 Location: subank funkin jaya
|
what about RAVE PARTY??? _________________ infecto groovalistic... |
|
Back to top |
|
|
fReqZz |
Posted: Wed Dec 21, 2005 8:44 pm Post subject: |
|
|
Joined: 20 Jun 2005 Posts: 1351 Location: Mont Kiara
|
i sure agree... music is passion tp skang ni byk org mcm dah campurkan music ngan lifestyle, prinsip n so much more.. for me, even u r a metallers, rockers or hopper.. music is only music... _________________
|
|
Back to top |
|
|
silbi |
Posted: Wed Dec 21, 2005 9:50 pm Post subject: |
|
|
Joined: 12 Oct 2005 Posts: 843
|
music is music....but we cant deny that it shapes our life is one way or another...
just ponder upon it...
heck, it shaped mine...i hang out with totally different cliques when i did rock, punk, thrash, rave etc...and in each clique...i behave differently a bit to be in tune with it...and i got momento's and different experiences from all the genres that i dig those days...
now i' slowly learning about black metal...saja curious a bit.
btw - know any professionals out there who ardent black metal fan of black metal band??? Or who plays actively in a black metal band. (Professionals meaning lawyers, accountants etc...or just any plain normal executive)
TV3's morning TV show wanna do a topic on it (yes, i work for that tv station, helping a reporter friend there) - so need guest speakers to tell M'sia that black metal is not that bad, and it won't affect anybody's life (and professional life as well) ...
so sapa ada kenal depa2 ni and feel that they dont mind appearing on tv to talk passionately about the black metal genre, and happy to tell the world that this 'craze' is just being blown out of proportion - do pm me their contact numbers...
i got a few guys in mind already...but need others on standby kot2 depa2 ni cannot make it...
also might try to get Dr Bode to appear (if u don't mind tv appearance bro? hehe) since he's the otai in most rock genres and he's a professional in 2 different fields...tgh tunggu for his h/p number ni...or if u guys ada do pm me his number.
Might get him to just talk about him being passionate about rock music in general (and to touch on the exaggerated black metal music a bit) whilst juggling with his professional career...or something like that.
(or maybe if tv appearance is not your thing, might just get you for feedbacks / research)
btw - need all these info ASAP - they plan to get this live b4 the end of the month...
update me people! thx! |
|
Back to top |
|
|
fReqZz |
Posted: Wed Dec 21, 2005 11:40 pm Post subject: |
|
|
Joined: 20 Jun 2005 Posts: 1351 Location: Mont Kiara
|
yerh... i've got sumthing new here...
wan_hiok: u think metal is bad?
eira gal: certain song
eira gal: coz lyric asyik curse org, then mencrut
wan_hiok: like?
wan_hiok: tell me what band... what song?
eira gal: jap
wan_hiok: ok
eira gal: eamon
wan_hiok: eamon?
eira gal: cth ekk
wan_hiok: itu metal ke kak oiii
wan_hiok: see..
eira gal: mayb xtepat sngt
eira gal: xbp ingt
wan_hiok: sat2..
eira gal: alah
wan_hiok: tau metal mcm mane ni?
eira gal: lbih kurang maa
wan_hiok: mak aihh..
wan_hiok: eamon?
wan_hiok: laa..
eira gal: lagu tu stil xelok kan?
then..
wan_hiok: kalo dah cop bender tu busuk..
wan_hiok: busuk la smp bile2..
eira gal: coz i pnah nmok wif my eyes
wan_hiok: then
wan_hiok: u accuse mcm2..
wan_hiok: nak ckp pasal lucah
wan_hiok: bukan dr music aje
wan_hiok: mcm2..
eira gal: bl member burnt Al-Quran, try to make sex atas tu
wan_hiok: pernah nmpl
wan_hiok: pernah nmpk?
wan_hiok: dgn mate sendiri...
eira gal: tyhen kner rush dgn jbtan agma isalm + polis
can u believe it.. she doesnt even know what metal is.. then suddenly kater penah nmpk org s*x ats quran...
damn _________________
|
|
Back to top |
|
|
|
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|
|