back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3  Next
 Guitar Intonation Setting « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
ultraman_cosmo
PostPosted: Wed Dec 28, 2005 5:32 pm    Post subject: Guitar Intonation Setting Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 29 Oct 2004
Posts: 1665
Location: Mines resort city

Guitar Intonation Setting

PART 1

Aper itu intonation setting?

Intonation adalah berkaitan dengan kebolehan sesuatu guitar berada pada pitching yang paling tepat pada setiap fret.

Setting intonation ne adalah satu proses memperbaiki nisbah tension berbanding panjang tali (bridge adjustment). Biasa kita adjust panjang tali dengan gerakan string kedudukan saddle dan tension kita angap tetap. Kita punya matlamat utama adalah memastikan semua note pada setiap fret adalah tepat. Tak der terlalu sharp or flat dari open string sampai fret 22 or 24.
Intonation adalah berbeza utk setiap tali 1-6 dalam mendapatkan perfect note bagi setiap fret.
Satu intonation boleh dikatakan perfect jika semua harmony sound utk setiap string adalah tepat pada kedudukan yang sepatutnya.

Dua pekara yang penting dalam memperbaiki intonation guitar adalah mengubah panjang tali dengan gerakan saddle ,memperbaiki neck angle dan ketinggian string yang baik.

Ketinggian tali.

Aku nak terangkan sedikit cam mana ketinggian yang baik utk guitar. Sebenarnya tak der lah ukuran yang tepat tapi lebih kepada cara permainan guitar kita sendiri. Untuk aku, aku tak berapa biasa kalo action string terlalu rendah. Disebabkan suka main bending tali, so aku nak tali lain tak terselit anntara jari masa aku tengah bending. Kalo boleh biar tali lain tu berada di sisi jari. Lagipun kalo action tinggi skit boleh mutekan tali semasa tengah gertukar chord or apply fast apergios. Biasanya action tali 6 dan 5 aku set tinggi skit berbanding yang lain kerana aku nak kalo buat bar chord, bunyi tak bersepai sebab tali berlaga dengan fret lain. Maklumlah tali besar nya getaran dia lebih lebar. Terlalu tinggi bagi aku adalah, biler bending tali kain boleh berada diatas jari and jari tersepit antara tali yang di bending dengan tali atas nya. Sememangnya ketinggian tali adalah yang paling memberi kesan dalam pekara ne. Walo bagaimanapun Neck guitar adalah juga penting dalam mendapatkan string action yang sesuai. Terlalu tinggi pun bukan sesuatu yang baik dan terlalu rendah dan buzzing juga tak sesuai. So pekara seperti truss rod adjustment memang penting bagi memastikan neck tidak terlalu melengkong dan akan menyebabkan buzzing pada fret 12 keatas. Walo cam mana pun pekara truss rod ne adalah kerja kerja professional. Maksudnya jangan memandai buat kalo tak tau.



Guitar Intonation Setting

Sebelom kita gi kat step step nak buat intonation, ada berapa pekara penting kita perlu consider. Intonation adalah pekara terakhir dibuat setelah adjust string high, adjust bridge or saddle action, truss rod adjustment, nut position, floyd rose horizontal axis, refretting and sebagainya.

Intonation dilakukan pada satu tali pada satu masa. Pastikan guitar telah tune standard sebab neck punya bending adalah salah satu factor utama.

Aper yang anda perlukan?

Sangat di shorkan guna lah electronic tuner even korang seorang yang tak buta pitch(dengar jer dah tau note aper). Dalam intonation guitar ketepatan adalah misi utama. Selain tu anda perlu skru driver, alen key and aper jer yang diperlukan utk adjust kedudukan saddle nanti.

Tolong guna tali baru. Dan guna lah tuner electronic. Jangan pakai dengar jer.

Step1.
Sampungkan output ker guitar tunner chromatic or electronic.
Dan tuning guitar macam biasa supaya tetegangan tali adalah tension yang sama dengan keadaan kita akan main guitar tu. Utk korang yang suka tune drop D, so korang kene tune guitar guna drop D juga. And semua detecting noto juga dalam drop d. Akan di terang kan kat step seterusnya. Pasang dan tune kesemua 6 or 7 tali. Adalah paling baik dan jitu jika guna tali yang baru berbanding tali lama yang tak mungkin membantu dari segi kejituan.

Step2
Pilih satu tali, biasanya, aku akan pilih samada tali 5 atau tali 2. Ini disebabkan utk guitar yang bagus biasanya saddle 1 string akan kedepan sikit dari saddle string 2 and saddle string 3 biasanya kebelakang skit dari saddle 2. begitu juga sama dengan saddle 4 biasa depan skit dari saddle 5 dan saddle 6 paling belakang. Kalo kita berjaya buat intonation utk kedua saddle 2 and 5 ne. kita tentu dah boleh agak kedudukan saddle lain. Urutan string yang biasa aku guna adalah string 5>2>6>3>4>1.

Katalah aku pilih string 5 sekarang. Dan gunakan standard e tuning.

Step 3
Keadah Open string = 12 fret = 24 fret

Pekara A.
Main open string utk string 5. check dan tuning open string pada note A. tepat pada note A, guna pick guitar sebab kita perlukan picking yang soft jer utk tuning.
Pekara B.
Kemudian try try tekan pada fret 12 and tengok samada pitching tepat tak pada note A dekat tuner.

Pekara C.
Try buat fret 12 punya harmony. (petik tali dengan jari kiri toch softly bebetul atas fret 12).


Pemerhatian
Jika pada pakara B, kita dapati note dekat fret 12 adalah flat dari A maka aper yang perlu di lakukan adalah gerakkan saddle ke arah hadapan(ke arah nut). Maksudnya jarak antara nut and bridge terlalu panjang.

Dan sebaliknya jika note fret 12 adalah lebih sharp A maka kita kene gerakan saddle tali tersebut kebelakang sedikit. Maksudnya jarak antara nut and bridge terlalu pendek.

Jangan confuse dengan pakara C, bukan maksudnya harmony picking dekat fret 12 adalah flat atau sharp dari note A. harmony dekat fret 12 sentiasa sama open string punya note. Kalo tak ia tak mungkin bunyi harmoni. So aper yang kita perhatikan adalah tempat harmony tersebut. Adakah tepat atas fret 12 atau kurang atau terlebih sedikit dari fret 12. Jika harmony utk string lebih dari fret 12 maksudnya saddle kene gerak ker depan dan kalo harmony kurang dari fret 12 maksudnya saddle kene gerak kebelakang skit.

Biasanya aku tak kisah pasal harmonic utk pekara C pasal, kita main guitar lebih kepada tekan tali kepada fret berbanding buat harmony. Lagi pun biasanya aku hanya gunakan keadah harmony kat fret 5 dan 7 utk buat tuning dari tali ker tali.

So pada pendapat pribadi aku tak yah buat pekara C pun tak per. Tapi sebenarnya guna fret 12 harmony adalah pekara paling mudah kalo nak check intonation guitar yang kita nak beli tu bagus kar tidak… terutama beli guitar second hand.


Step 4
Setiap kali nak gerakan saddle adalah baik kendurkan tali supaya kurang tekanan kepada screw utk adjust saddle. Jangan longgarkan semua string, just berkenaan sahaja. Sebenarnya tali tali yang lain adalah penting bagi mengekalkan tension kepada neck supaya ia berada pada kedudukan yang bending yang hampir sama masa playtime.



Step 5
Ulang balik step 3 dan 4 sehingga kita dapat open string = 12 fret = 24 fret. Ingat setiap kali nak guna keadah Keadah Open string = 12 fret = 24 fret, string kene retune semula pada note sepatutnya. Utk fender tremolo and O matic bridge biasa tak perit sangat. Floyd rose juga nyebab berpeluh skit.
Jika anda guna Drop D so pastikan string tu sentiasa detune kepada Drop D.

Step 6
Setelah siap satu string then try buat tali lain lagi sehingga kesemua 6. Disyorkan guna urutan string 5>2>6>3>4>1, sebab boleh cepatkan proses pasal kita dah boleh agak kedudukan saddle lain. Gerakan saddle kengkadang sangat sedikit seperti ½ or satu putaran skru saddle fender. So kene kerja dengan lebih berhati hati and jangan gopoh.


PART 2

Kenaper perlu buat intonation?

1. Sebab setiap guitar perlu dibuat intonation setting semula setelah bertaun kita pakai. Ini disebabkan oleh neck semakin bengkok, or ada perubahan kepada ketinggian tali, neck join and sebagainya setelah bertaun kene belasah guitar tu…. Hehhehe

2. intonation guitar utk berlainan gauge (light or heavy) akan menyebabkan intonation guitar perlu di perbaiki. Dan brand gauge juga ada perbezaannya, so jangan kerap sangat tukar jenis string. Pilih satu and pakai jenis tu sampai company buat string tu bangkrap. Untuk tali baru jangan lupa stretch tali dengan buat over tune dulu, sebab tali baru ne boleh detune balik lapes tu. Kalo lah di Tanya bila aku perlu tukar tali guitar. Sure aku jawap biler intonation kat fret 12 ker atas tak semakin flat utk tali 1 2 dan 3 akibat haus tali tu berlaga dengan fret wire. Tapi jangan ler jadi terlalu detail cam tu yer… hahhahaha.

3. Segala perubahan yang anda lakukan kepada trus rod akan neyebabkan pekara lain juga berubah seperti ketinggian tali. So kene buat balik intonation. Tapi kunci or longakan trus rod pun tak boleh trus nak buat intonation. Neck perlu sedikit masa penyesuaian kepada regangan tali. So kalo korang buat intonation pada guitar yang telah adjust trus rod, mungkin lepas 2 or 3 hari korang kene buat balik intonation sebab kali ne neck dah mula menyesuaikan diri dengan ketegangan tali. Buat lah skali lagi sure akan boleh maintain intonasi yang bagus utk jangka masa panjang.

4. mungkin berlaku sedikit perubahan kepada kedudukan saddle string masa menukar string, seperti terpusing screw saddle and sebagainya.

5. Segala perubahan berkaitan dengan action bridge ketinggian and sebaginya juga perlu kene buiat balik intonation.

5. sure semua orang nak guitar diorang dalam keadaan playable. Nak buat chord pun bunyi smooth, nak buat apergios lepas fret 12 pun bunyi cun, and nak buat full chord lepas fret 12 pun tak der masalah. Mungkin tak berapa effect utk style music kuat, tapi jenis music yang soft seperti jazz , sudah semesti guitar intonation kene terbaik. Semestinya masa buat satu chord kita tak nak ader note yang sedikit flat or sedikit sharp.

6. kebanyakan guitar baru yang kita beli kat kedai tak pernah di buat intonation.

So kesimpulannya kita perlu skill intonation guitar sebab bagi aku ia sama macam perlunya kita belajar tuning guitar.


Cam mana nak check intonasi betul ker tak?

Tuning guitar macam biasa. Guna tunner electronic utk check note bila tekan fret 12 berbanding harmony pada fret 12. Atau check open string sama tak not dengan fret 12 or 24.

Kalo sekiranya intonation kurang tepat pada fret awal seperti 1 hingga 5 tetapi semakin ok utk note bagi fret kearah fret 24, maksudnya ada problem dengan nut. Kedudukan nut nyebabkan fret board punya calculation lari. So adjust nut pun kedudukan, ketinggian and sebagainya.

Jika korang dah buat intonation utk, open string, 12 fret note press and 12 note harmony dah ngam. Tapi still ada note antara open string to 12 or 12 to 24 yang flat, mean fret punya calculation memang out. Kira guitar tu punya fret tak standard. Biasa guitar kapok ler banyak masalah ne. tak boleh elak.


Biler nak buat intonation?

Biasa nya buat intonation paling last, sebab semua setup macam truss rod, action and pickup height(???) pun boleh effect intonation.

Kita boleh buat intonation selepas buat adjustment kat bridge, set string height ,neck adjustment, trus rod and nut. Kalo buat sebelom pekara pekara diatas sure tak akan tepat dah intonation tu karang.
Dan adalah sesuatu yang baik jika selalu buat intonation dari semasa ker semasa supaya guitar sentiasa berada dalam keadaan perfect playable setiap masa. Lagipun benda macam neck sentiasa melengkong sedikit dari masa ker masa.




Pekara lain yang menyukarkan intonation guitar?

1. Struktur pembuatan guitar yang tak bagus. Ini lah yang membezakan antara guitar murah dengan yang mahal. Bukan mahal sebab tone bagus ker endak. Tapi paling betul sesuatu guitar yang bagus adalah guitar yang mempunyai spec yang tepat dan jitu.
2. keadaan neck guitar yang bengkok kedalam atau terlalu bengkok ke luar menyebabkan susah nak set action yang paling berkesan utk tali guitar ke bridge. Pekara ne boleh diselesaikan dengan truss rod adjustment dan ini memerlukan kepakaran yang tinggi. Jangan buat sesuatu yang anda sendiri belom faham akan bendanya. Kalo nak buat experiment pun jangan ler kepada guitar kesayang anda. Carik guitar murah and pekecaikan… hahhahah
3. Fretfing guitar bermasalah, maksudnya ada fret tinggi and fret rendah sangat ler pulak. Dan jarak antara fret tak standard menyebabkan perkadaran nisbah note dengan fret lari.
4. Bridge berada pada tempat yang salah, Biasanya berlaku masa kita terlalu bijak nak tukar bridge Ibanez dengan floydrose. Ini disebabkan spec and ukuran utk keduduanya ada perbezaan. Begitu juga kalu tukar bridge tremolo biasa padahal ada perbezaan kecil pada spec nya.
5. replace neck yang tak betul juga akan mendatang masalah. Selain fret number 21,22 and 24 fret, guitar juga ada “Scale Length” macam 24 (fender jaguar, mustang) ,24 ¾ (Gibson, cyclone fender), 25(PRS) ,251/2 (fender), 28(Gibson baritones) and sebagainya. So pastikan anda tukar neck yang betul utk guitar anda.

6. nut guitar tak berada pada kedudukan yang tepat. Terlalu ke belakang or kedepan. Dan juga terlalu tinggi neyababkan action string jadi tinggi juga. Kedudukan nut yang tak kukuh memang akan menyukarkan nak tuning. Harapnya tali pada nut tu pada ketinggian yang sesuai dan touching point string dan nut adalah dalam satu haris lurus. Tak nak ler ader touching point tu ader pada ujung or middle or belakang nut.

Bagaimana nak improve intonation guitar?
Bila bercerita pasal amacam nak improve guitar punya intonation ne, akan kedengaran orang suruh guna bridge, nut, fret wire, headmachine sebagainya.
Tapi bagi aku paling penting adalah saddle dan nut. Kalo ader rezeki carik ler yang terbaik. Pas tu mula lah bercerita pasal Buzz Feiten Tuning system® or bone nut and sebagainya. Atau tukar nut besi utk guitar fender.

Soalan berbangkit:

Kenapa setiap string guitar, dia punya jarak dari bridge berbeza?

Sebab semasa kita tekan tali ker fret wire, daya yang di kenakan utk setiap taki adalah berbeza utk setiap ketebalan gauge, jenis gauge, brand gauge. Tinggi tali dari fret board adalah satu factor paling jelas. Bayangkan jika terlalu tinggi tali dari fret. So daya yang dikenakan juga adalah tinggi. Secara Tork (fiziknya aku ari ne) anda akan menyebabkan ketegangan tali bertambah dan ini akan nyebabkan note akan sharp berbanding sepatutnya.
Sebenarnya benda ne perlu diterangkan dengan kekenyalan tali. Tali besi kurang kekenyalan berbanding nylon. Tali yang kenyal ne maksudnya bila kita bending, note dia tak lari banyak macam tali naylon. (bukan soal lembut ker tak lembut). So pasal tu tak berapa penting sangat adjust saddle utk nylone punya guitar.

Dan disebabkan panjang tali guitar adalah berbeza, maka setiap string diletakan pada saddle yang berasingan so senang adjustment dibuat utk setiap tali dan bukannya keseluruhan bridge.

Camane kalau aku dh xbleh nk keblakangkan saddle but still need to adjust the intonation? atau dgn kata lain saddle tu dh kat hujung bridge

Masalah utama saddle guitar dah tak cukup dengan bridge ne biasanya berlaku pada tali 5 dan 6 kebiasaannya. Tali lain jarang berlaku kecualilah pembuatan guitar tu sangat lemah. Masalah ini disebabkan kedudukan bridge yang tak berapa tepat caculationnya. Kalo boleh adjust kedudukan bridge tu tak der maalah. Selain dari tu neck yang tak betul juga salah satu faktor utama.
Utk guitar "O-matic" macam Les Paul, problem ne terjadi bila stud(tiang screw) utk bridge ne condong ke arah nut. Ini disebabkan oleh bridge terlalu tinggi atau dasar stud tu condong atau tread kat dalamnya dah haus. Dan gigi saddle kat o matic bridge boleh diterbalikkan utk dapat range yang lebih utk intonation.



Utk fender style punya bridge. Try remove spring pada saddle screw supaya ada lebih ruang utk saddle ditolak ke belakang.

Ada beberapa keadah utk minimumkan masalah ne,
1. Gunakan lah gauge lembut macam erni ball ker.
2. tuning guitar pada E standard or keatas. Sebab lagi tegang satu tali tu semakin dekatlah saddle ke arah bridge.
3. cuba tinggikan saddle bridge utk string 5 atau 6 tersebut. Sebabnya semakin tinggi tali dari fret semakin bertambah tension dikenakan kepada tali bila ditekan. Semakin tinggi tension maka semakin pendek jarak nut dari bridge. makin tinggi tali, saddle akan lagi ke depan.
4. jika tak boleh juga mean memang bridge kene digerakan ke belakang skit. Kira masalah besar ne. Hantarlah guitar utk setup balik kepada mereka mereka yang profesional.

Biasanya ignore jer kalo tali 6 ne bermasalah. cuba fokus intonation kat fret 12 kebawah pasal jarang kita main tali 6 yang hujung ujung ne.
_________________
Maiden, loudness, ACDC, black sabath, deep purple, jimmi and vinnie moore

And Now all jazz.


Last edited by ultraman_cosmo on Wed Dec 02, 2009 4:38 pm; edited 5 times in total
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger MSN Messenger
omarjamaludin
PostPosted: Wed Dec 28, 2005 7:33 pm    Post subject: Reply with quote

Site Admin
Site Admin

Joined: 18 Feb 2004
Posts: 2615
Location: Tmn Melawati

bagus gile artikel ni..ajeep camne nak buatkan as artikel?
_________________
my photoblog - http://sigemok.blogspot.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website MSN Messenger
ZiNK
PostPosted: Wed Dec 28, 2005 10:59 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 08 Feb 2005
Posts: 815
Location: Setapak, KL

Nice one... hehe.

Ni aku ade satu soalan. Camane kalau aku dh xbleh nk keblakangkan saddle but still need to adjust the intonation? atau dgn kata lain saddle tu dh kat hujung bridge

thanks
_________________
Death Crew Productions
http://www.myspace.com/deathcrewproductions
[url]deathcrewproductions@yahoo.com[/url]

http://www.myspace.com/deadzinkc
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
ultraman_cosmo
PostPosted: Fri Dec 30, 2005 11:42 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 29 Oct 2004
Posts: 1665
Location: Mines resort city

Updated part 2
_________________
Maiden, loudness, ACDC, black sabath, deep purple, jimmi and vinnie moore

And Now all jazz.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger MSN Messenger
ZiNK
PostPosted: Fri Dec 30, 2005 2:23 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 08 Feb 2005
Posts: 815
Location: Setapak, KL

ooo.... camtu rupenye... tali no 6 aku mmg slalu intonation xbtol... tp... kalau 6 dh mmg susah nk set... ape lg tali 7? hahaha. lagi2 tali 7 tu aku pakai guage berat... 0.58... with A tuning... lg teruk... pasni aku nk tukar 0.64! hehehe... lg susah la aku nk set intonation...
_________________
Death Crew Productions
http://www.myspace.com/deathcrewproductions
[url]deathcrewproductions@yahoo.com[/url]

http://www.myspace.com/deadzinkc
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
GryMlock
PostPosted: Fri Dec 30, 2005 2:51 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

omar converting post to article aku disable kan dulu. lepas upgrade forum nanti aku bikin balik and convert this one to article.

thanks mr. ultraman
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
ultraman_cosmo
PostPosted: Fri Dec 30, 2005 3:52 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 29 Oct 2004
Posts: 1665
Location: Mines resort city

welcome
_________________
Maiden, loudness, ACDC, black sabath, deep purple, jimmi and vinnie moore

And Now all jazz.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger MSN Messenger
Erylasia
PostPosted: Sat Dec 31, 2005 6:47 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 02 Jan 2005
Posts: 3118
Location: Kuala Terengganu

WAH,, sangat menarik,.. baru aku paham,.. rajin betul farid ni,..
_________________
http://www.reverbnation.com/erylasia
http://www.facebook.com/erylasia
http://www.myspace.com/erylasia
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
huzai
PostPosted: Wed Mar 01, 2006 4:34 pm    Post subject: Reply with quote

Angsakawan
Angsakawan

Joined: 18 Nov 2004
Posts: 1731

weih, bila nak ada option ntuk print? hehe
_________________
http://www.reverbnation.com/synsmusic
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger MSN Messenger
IZZI
PostPosted: Wed Mar 01, 2006 4:52 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 11 Dec 2004
Posts: 3447
Location: Melbourne, Australia

usaha yg terbaik dan very informative dan senang difahami..

oi huzai.. ko nak print, klik je la pada browser.. ko nak suruh ajeep buat coding printing payah laa...
_________________
Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com
Back to top
View user's profile Send private message
huzai
PostPosted: Wed Mar 01, 2006 4:54 pm    Post subject: Reply with quote

Angsakawan
Angsakawan

Joined: 18 Nov 2004
Posts: 1731

tau, saje je susahkan dia haha
_________________
http://www.reverbnation.com/synsmusic
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger MSN Messenger
radioflyer
PostPosted: Wed Apr 18, 2007 4:56 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 28 Sep 2005
Posts: 280

ok.k
aku bace ulang2 kali.
sampai paham.
pastu kasi bikin tgk camne.
time kaseh brotherhood sume ek
Back to top
View user's profile Send private message
lesshate
PostPosted: Wed Apr 18, 2007 5:05 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 18 Apr 2007
Posts: 123

thanks bro,

very informative.
Back to top
View user's profile Send private message
agogok
PostPosted: Wed Jan 16, 2008 4:56 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 May 2007
Posts: 98
Location: kuantang

ibanez RG aku baru umur setahun.
tuning takde masalah. tp string tension dah low.
string berlaga dgn fret. kalau dah mcm ni kena buat intonation ke?
klau buat kat kedai berapa dia caj arround berapa harga?
sebolehnye aku nak tengok sendiri mcmana proses intonasi ni.

sekitar ulu kelang kat mana buleh buat menda ni?
Back to top
View user's profile Send private message
IZZI
PostPosted: Wed Jan 16, 2008 5:46 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 11 Dec 2004
Posts: 3447
Location: Melbourne, Australia

itu samada kena set truss rod atau set ketinggian bridge.. cuba buat sendiri dulu. Cari allen key dan naikkan sikit bridge.
_________________
Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3  Next Page 1 of 3

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group