back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next
 INDEPENDENT MUSIC SCENE vs HARIAN METRO « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
GryMlock
PostPosted: Thu Jan 05, 2006 4:47 pm    Post subject: INDEPENDENT MUSIC SCENE vs HARIAN METRO Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!


the writings below was posted on myspace bulletin board.




INDEPENDENT MUSIC SCENE vs HARIAN METRO

Kami sebagai pengunjung yang menghadiri apa yang telah didakwa sebagai Ganti Pesta Langkawi atau konsert haram Black Metal oleh pihak Harian Metro dan hampir keseluruhan media yang lain ingin meluahkan rasa tidak puas hati dan liputan yang berat sebelah, tidak beretika dan berteraskan keuntungan semata-mata melalui fitnah. Berikut adalah frasa-frasa yang telah digunakan di dalam Harian Metro yang seharusnya diperbetulkan dan bukannya disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami berpendapat penyebaran fitnah yang begitu kuat ini seharusnya diberhentikan segera dan disusuli dengan mohon maaf secara terbuka di semua media massa di dalam dan luar negara.

GANTI PESTA LANGKAWI
Komen: Persembahan yang diadakan di Pauls Place pada malam 31/12/2005 bukanlah substitute kepada event berkenaan malahan cara pihak Harian Metro menjadikan ini sebagai tajuk utama sekaligus memesongkan pemerhatian rakyat Malaysia bahawa persembahan tertutup atau gigs yang diadakan adalah menjerumus kepada perlakuan seks bebas. Gigs ini adalah tempat di mana band-band melakukan persembahan dengan menyampaikan mesej yang positif (semangat setiakawan, tidak melakukan aktiviti yang songsang menyedarkan mereka tentang bahaya rokok, dadah, alkohol dan seks rambang, dll) melalui penulisan lirik dan juga ucapan-ucapan menjelang setiap lagu yang dipersembahkan. Biarpun corak penyampaian lagu adalah lebih keras, namun ia adalah adil kepada pengunjung2 yang rata2nya memang meminati corak muzik sebahagian. Lupakan zaman muda anda (hippies, rock n roll etc) kerana kami generasi hari ini tidak perlukan 3 elemen utama rock n roll; dadah, seks bebas dan rock n roll. Kami adalah generasi yang memperjuangkan elemen-elemen positif di dalam muzik kami, dan oh ya, muzik kami bukanlah BLACK METAL!

INI DIAKUI SENDIRI OLEH KEBANYAKAN PENGUNJUNG YANG HADIR PADA MALAM ITU KERANA KECEWA TIDAK DAPAT MENGHADIRI PESTA LANGKAWI YANG DIBATALKAN
Komen: Boleh berikan testimoni atau statistik sebenar atas pernyataan di atas? Begitu hebat sekali mengolahan ayat di dalam Harian Metro yang dapat memesongkan akidah masyarakat melalui fitnah yang dilemparkan. Kebanyakan pengunjung yang hadir di dalam gigs pada malam berkenaan adalah rakan-rakan kami dan kami semua tidak berminat langsung dengan Pesta Langkawi yang dibatalkan tersebut. Tepuk dada, tanyalah selera. Adakah pengakuan itu benar-benar dibuat oleh pengunjung yang hadir atau rakan anda sendiri atau anda sendiri yang mengolahnya (supaya lebih laris dan rakyat akan terus terpesong sedarkah anda, pernyataan di atas adalah seperti berbunyi Harian Metro katandusan idea penyampaian fitnah terpaksa dilakukan. Ini akui sendiri oleh para wartawan kerana kecewa jualan semakin merosot, marahkah anda?)

KETIKA SERBUAN DIBUAT, KEBANYAKAN PENGUNJUNG SEDANG MEMEGANG TIN MINUMAN KERAS
Komen: seperti di dalam komen yang pertama, antara mesej yang disampaikan melalui lagu-lagu kami adalah kepada pengajakan kepada belia-belia berkenaan bahaya rokok, dadah, arak dan seks bebas; dan bagi siapa yang berada di premis tempat kami melakukan gigs, melakukan perkara seperti dadah, arak dan seks bebas adalah dilarang sama sekali. Bagaimana pula wujudnya pernyataan di atas? Ada 2 peniaga bebas, 1 menjual char keu tiaw dan 1 menjual burger dan minuman bungkus (soya, air oren seperti di pasar malam) di luar premis dan yang lain sedang menikmati makan malam dan minum-minum teh tarik di gerai mamak yang berkenaan. Adakah itu ARAK yang dimaksudkan oleh Harian Metro? Sungguh dasyat fitnah yang cuba disampaikan oleh pihak Harian Metro sebenarnya. Apa yang kelakarnya, kenapa isu remaja melayu Islam yang terang-terangan meneguk arak di tempat2 seperti Zouk, Hard Rock Caf, Planet Hollywood, pesta2 terbuka malam tahun baru berdekatan KLCC (yang kebetulan berdekatan dengan masjid) tidak pula dijadikan headline? Kenapa perlu memfitnah kami yang secara terang-terangan tidak melakukannya? Adakah kerana terdapat kepentingan individu2 penting yang menyebabkan pihak Harian Metro terpaksa mengabaikan pesta-pesta liar yang sebenar.

Ketika serbuan, semua ahli kumpulan Black Metal itu sedang ghairah menari termasuk beberapa gadis bertudung yang dikatakan menjadi penyeri gig itu
Komen: Kenapa menjadikan gadis bertudung sebagai satu isu? Kenapa pula mereka dianggap sebagai penyeri? Mengapa pula terlalu kejam sehingga sanggup menuding jari dan memfitnah mereka sedemikian rupa? Gadis-gadis berkenaan adalah rakan-rakan kami, di mana mereka memasuki gig adalah kerana ingin menyokong rakan-rakan mereka yang lain yangh membuat persembahan pada malam itu. Jika benar penyeri adalah isu? Bagaimana pula dengan gadis-gadis yang berpakaian liar ketika menghadiri parti re-charge (sila rujuk majalah JUICE setiap issue) di mana kebanyakan gadis hanya memakai bikini dan pakaian menjolok mata. Adakah kerana sejumlah wang yang besar mampu dibayar mengHALALkan semua perlakuan mereka? Di manakah integrity pihak media, terutamanya?

MEREKA JUGA TERPAKSA MEMBAYAR SEBANYAK RM15 YANG DICOPKAN PAULS PLACE BAGI TUJUAN CABUTAN BERTUAH
Komen: RM15 itu adalah caj tiket masuk untuk menyaksikan premis dan ini dipersetujui oleh kesemua pihak. Ini adalah perkara yang normal bagi mengadakan pertunjukan dan bukanlah bermaksud serong. Kenapa pula harga tiket perlu dijadikan isu? Cabutan bertuah? Sungguh kelakar sekali fitnah yang ini. Ternyata penulisnya terdiri daripada mereka-mereka yang kurang berpelajaran tetapi lebih kuat kepada mereka yang mempunyai keinginan mensensasikan sesuatu topic dengan lebih berjaya, biarpun terpaksa memfitnah.



Malah, turut ditemui risalah berhubung album kumpulan pemuzik Black Metal seperti Evil Semen, Disgorge, Oxidised Razor, Kabak, Straight Answer, Second Combat, Devilica dan pelbagai kumpulan lain yang memperjuangkan muzik melampau.
Komen: sudahlah bodoh, bangang pulak tuh. Adakah semua band yang bermain di dalam underground scene adalah black metal? Mengapa terlalu kolot? Sebagai seorang wartawan adalah penting untuk mempelajari pelbagai jenis muzik sebelum menerbitkannya. Tidak malukah anda kepada media di luar negara, lihat sahaja di MTV sudah ada MTV2 headbangers ball, Channel V yang membuat liputan Big Day Out dan bermacam-macam lagi. Second Combat misalannya, adalah kumpulan yang memperjuangkan ideologi yang dipanggil sebagai straight edge yang mana mengajak kita untuk tidak minum arak, merokok, menghisap dadah dan melakukan seks rambang.

Konklusi edisi 01 (untuk keluaran Metro 1hb Januari 2006)
Media semakin bertubi-tubi menyerang apa yang mereka dakwakan sebagai gejala black metal malahan tanggapan buruk ini semakin meluas dengan gaya-gaya muzik keras yang lain. Tidak ketinggalan hardcore, punk, grunge, nu metal, modern rock dan bermacam-macam lagi. Pelbagai tuduhan dan tohmahan telah dilemparkan, antaranya ajaran songsang, menyembah syaitan, pergaulan seks bebas dan sebagainya. Bukti menunjukkan hanya 7 orang disahkan menggunakan apa yang dipercayai sebagai dadah (daripada 380 orang), menunjukkan ini bukanlah bukti kepada perkataan setengah pengunjung (mungkin matematik mereka gagal agaknya) tetapi percayalah, jika anda ke parti-parti malam tahun baru di Zouk, Hard Rock Caf, dll, arak, seks bebas, dadah (terutamanya syabu) adalah lebih meluas, adakah itu hiburan positif? Apa yang kelakarnya, ketika mereka asyik menyerang kita dengan gejala black metal, mereka lupa dan alpa dengan isu lain yang lebih besar. Saya bekerja di kawasan persekitaran KLCC dan sekiranya anda perasan, pada 30 Disember 2005, parti anjuran Celcom 3G (rave party) telah melakukan sound check yang terlalu bising dan seperti berlawanan pula dengan khutbah jumaat. Adakah kerana (jika lesen yang diperdebatkan) mereka mampu membayar sejumlah wang yang besar maka semuanya HALAL? Nampaknya media yang menghalalkan yang haram dan memfitnah mereka yang tidak bersalah, mungkin media di Malaysia masih takut dengan kebenaran. Terima kasih kepada Mastika dan Harian Metro kerana mensensasikan isu ini dan harapnya penipuan ini akan terus berleluasa. Memang menjadi tanggungjawab anda untuk membuat headline yang menarik supaya menarik pembaca tetapi janganlah anda lupa tentang etika media.
Anda mengutuk habis-habisan media barat apabila mereka berkata sesuatu yang buruk berkenaan Islam dan negara kita tetapi anda juga yang suka memburuk-burukkan negara sendiri

Mat Hatko
(nak pass kat kawan-kawan pun buleh...)
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]


Last edited by GryMlock on Thu Jan 05, 2006 6:21 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
liquidjive
PostPosted: Thu Jan 05, 2006 5:39 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 03 Dec 2003
Posts: 341

lagi bagus kalau bikin the a4 flyers pakai benda ni jeep. straight to the point, tak yah nak susah susah nak define apa independent, apa black metal

amacam?
_________________
<b>[ Call The Paramedics ]</b>
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
GryMlock
PostPosted: Thu Jan 05, 2006 6:23 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

kan. aku pun suka yg ni.
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
HuntressM00n
PostPosted: Thu Jan 05, 2006 6:29 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Sep 2005
Posts: 1581
Location: undisclosed

ni ijam punya tulisan.. terkejut aku bila dia cakap umor dia 27 tapi badan dan muka macam 16
_________________
"Thus let my enemy's blood be spilled
like water and sink into the earth."
- By Irene
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail MSN Messenger
GryMlock
PostPosted: Thu Jan 05, 2006 6:55 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

oo samala cam aku.. badan and muka cam 16-17 jugak. aku pun selalu cam terperanjat bila nengok birthdate kat IC aku.
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
liquidjive
PostPosted: Thu Jan 05, 2006 9:17 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 03 Dec 2003
Posts: 341

cam sial perbualan
_________________
<b>[ Call The Paramedics ]</b>
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
zubira
PostPosted: Thu Jan 05, 2006 10:07 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 05 Jun 2005
Posts: 465

liquidjive wrote:
cam sial perbualan


sam..aku rasa mcm 15...hahahaha
Back to top
View user's profile Send private message
zubira
PostPosted: Thu Jan 05, 2006 10:25 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 05 Jun 2005
Posts: 465

tulisan tu ..satu je yg tak best...tak perlu 3 elemen : sex, drugs & rok'n'rol...

sex perlu wohhh..!! tapi dgn bini la...
drugs - we get high when we play music kan ?
rok'n'rol - aiyaakk ..yg dorang main tu asal nye dari mana la? ghazal kot..

tau la apa maksud sebenar dia tu...but...shldn't touch rok'n'rol la..
Back to top
View user's profile Send private message
HuntressM00n
PostPosted: Fri Jan 06, 2006 9:40 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Sep 2005
Posts: 1581
Location: undisclosed


_________________
"Thus let my enemy's blood be spilled
like water and sink into the earth."
- By Irene
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail MSN Messenger
liquidjive
PostPosted: Fri Jan 06, 2006 10:02 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 03 Dec 2003
Posts: 341

irene, apa ni? poster ke? mana punya?

zoob... hehehe sama je semua ni, dari dulu lagi la..... kalau kita tak layan raja ema, kira sembah setan, kalau kita tak layan endang s taurina, kira sembelih kambing....

anywayyyyssss......... gua dah jumpa aishah!!!! hehehehe ada orang tu senyap senyap je kan keluar dating...... kan jeep kan...?
_________________
<b>[ Call The Paramedics ]</b>
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
zubira
PostPosted: Fri Jan 06, 2006 10:27 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 05 Jun 2005
Posts: 465

liquidjive wrote:
irene, apa ni? poster ke? mana punya?

zoob... hehehe sama je semua ni, dari dulu lagi la..... kalau kita tak layan raja ema, kira sembah setan, kalau kita tak layan endang s taurina, kira sembelih kambing....

anywayyyyssss......... gua dah jumpa aishah!!!! hehehehe ada orang tu senyap senyap je kan keluar dating...... kan jeep kan...?


hehehe....layan ramli sarip lg bagus..

huishh..!! sape yg dating dgn aisyah senyap2 tu? omar eh? Very Happy

tapi di hari malang paul's place tu, sebenarnye dia ada gak ajak aku tapi masa tu aku dlm keta lagi from jb..baru sampai melaka masa tu..dah la ari ujan..so agaknye dia pun tak jadi pegi sorang pasal ujan..tapi kalu jadik ari tu, sure dgn aku2 skali kena lokap..
Back to top
View user's profile Send private message
zubira
PostPosted: Fri Jan 06, 2006 10:33 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 05 Jun 2005
Posts: 465

Sam..bassist aku dah sebok dgn band baru dia main kt pub...so dgn besor ati aku pelawa ko main bass utk zubira on part time basis... line up skarang AG on gitar, ajeep on kibot, cipan on drums..sudi ka?
Back to top
View user's profile Send private message
omarjamaludin
PostPosted: Fri Jan 06, 2006 11:11 am    Post subject: Reply with quote

Site Admin
Site Admin

Joined: 18 Feb 2004
Posts: 2615
Location: Tmn Melawati

aku takde jumpa aishah pong...tapi hari tu ada nampak dia kat konsert peter pan tapi tak sempat tegur cos dia jauh..tapi gerangan sapakah kluar date ngan aishah tu? hehe..

zoob: aku nak main tamborine bleh...
_________________
my photoblog - http://sigemok.blogspot.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website MSN Messenger
liquidjive
PostPosted: Fri Jan 06, 2006 11:15 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 03 Dec 2003
Posts: 341

zoob, dengan rasa bebesar hati, saya menerima tawaran anda. terima kasih....... jom!

apa omar plak...... keyboardist kau tu!
_________________
<b>[ Call The Paramedics ]</b>
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
GryMlock
PostPosted: Fri Jan 06, 2006 11:25 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

peter pan? aku tak pi wei. aishah pi ngan member dia wartawan from indonesia yg follow peter pancake tuh.

zoob. lu ajak2 ni.. tapi lu nun jauh diselatan. bila masanya nak bergiat nih? aku rasa baik tukar lah.. lu join kluk2 lah hehe.
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next Page 1 of 6

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group