Author |
Message
|
adzakael |
Posted: Sat Jan 07, 2006 2:32 am Post subject: BENGKEL BLACK METAL |
|
|
Joined: 18 Jan 2004 Posts: 386
|
aku dapat dr http://www.terasmelayu.net/bengkel_black_metal.htm
amat panjang
tapi amat penting utk kite semua baca
supaya kita tahu ape sebenarnye yg diorang tahu
Quote: | BLACK METAL DAN IMPLIKASINYA TERHADAP MASYARAKAT
Muqaddimah
Isu Black Metal tidak banyak bezanya dengan gejala kumpulan Hippies, Blues, Punk, Skin Head, Hip Hop, Trash Metal, The Read Power dan lain-lain kumpulan dimana, mereka menjadikan muzik sebagai media utama dalam membawa pengikut mereka merasa ‘khayal, lalai dan menyeronokkan’. Kumpulan-kumpulan ini menjadikan Muzik Berat (Heavy Music) dan Band-Band Underground untuk menonjolkan muzik yang ‘keras, ganas, lucah, kurang ajar’.
Selain itu pengikut kumpulan ini juga mempunyai senarai pasukan penyayi heavy metal mereka tersendiri. Gaya, perlakuan, pergaulan serta pegangan pengikut kumpulan ini juga sering menggambarkan gaya ‘bebas, ganas, lucah, kurang ajar’. Yang jelas, melalui ‘muzik metal’ serta penampilan kumpulan ini, ia ternyata bertentangan dengan nilai agama Islam dan nilai adat susila ketimuran. Aliran kumpulan-kumpulan ini ternyata membawa musibah kepada umat Islam.
Apakah Sebenarnya Black Metal
‘Metal’ sebenarnya adalah pecahan elemen muzik rock yang diasaskan dari irama rock and roll serta blues. Pelbagai jenis muzik rock wujud sekian lama dengan peminat mereka yang tersendiri seperti Punk, Hard Rock, Alternatif dan sebagainya. Sekiranya kita mendalami aliran muzik metal ini, kita akan temui elemen-elemen seperti heavy metal, death metal, groove metal, black metal dan sebagainya. Ianya juga bermula dari era kegemilangan Chuck Berry, B.B. King dan Elvis Presly kemudian hingga ke zaman The Beatles, Rolling Stones dan lain-lain kumpulan seangkatan dengannya.
Kemajuan dalam segala bidang termasuk seni muzik, memperlihatkan dunia muzik mengalami proses improvisasi dan terus berkembang. Lalu muncullah irama rock dan blues kontemporari yang diadun dengan susunan muzik yang baru dan lebih segar. Walaupun tetap menggunakan gitar sebagai alat utamanya, namun ia telah dipelbagaikan dengan menggunakan berbagai ‘sound efect’.
Irama muzik yang dinamakan ‘hard rock’ ini pada mulanya masih sederhana. Melodinya tidak banyak berbeza dengan lagu-lagu komersil, namun susunan muzik serta gaya vokalnya mula menampakkan ciri-cirinya tersendiri. Ketika itulah lahir kumpulan-kumpulan seperti Grandfunk, Uriah Heep, Led Zapelin, Black Sabbath, Deep Purple dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa kumpulan rock seperti Santana serta El Chicano yang mengadunkan irama latin kedalam susunan muzik lagu-lagu rock mereka.
Salah seorang pemain gitar rock yang menjadi lagenda dalam muzik jenis ini ialah Jimmy Hendrix. Gitar handalan yang punya gaya tersendiri itu, mempunyai daya kreativiti yang hebat dalam melahirkan bunyi atau efek permainan gitarnya. Dalam salah satu lagunya, dia berjaya mencipta kesan bunyi kapal terbang, ledakan bom dan sebagainya melalui lagu-lagunya yang bertemakan ‘anti peperangan’.
Sebagaimana pihak Protestant dalam agama Kristian menentang nilai-nilai konservatif mengenai fahaman Katholik, para remaja di barat ketika itu mula memberontak terhadap nilai-nilai lama dalam adat resam dan cara berfikir masyarakat mereka. Akibatnya lagu-lagu rock secara tidak langsung dijadikan media untuk menyuarakan penentangan itu. Lalu lahirlah lirik-lirik lagu yang bersifat kritis, mempertikai malah mempersendakan apa juga yang tidak cocok dengan cara pemikiran atau nilai-nilai baru yang mahu mereka terapkan.
Lagu-lagu rock dianggap sinonim dengan nilai-nilai baru dalam kehidupan generasi muda di barat ketika itu. Malah ia turut menular ke dunia timur, termasuk ke dalam masyarakat kita. Antara yang mereka terapkan melalui nilai-nilai baru itu termasuklah amalan menagih dadah dan mengamalkan seks bebas. Ketika itulah lahirnya ‘hippes’, satu fahaman yang dilambangkan melalui gaya hidup, cara berpakaian, tabiat menghisap dadah, mengamalkan seks secara bebas dan sebagainya.
Di zaman budaya hippies menjadi amalan para remaja barat. Lagu-lagu rock turut menjadi muzik tema kehidupan mereka. Tidak hairanlah, dalam era itu berlangsung suatu pesta muzik rock yang dinamakan Pesta Woodstock, dimana dadah dan seks bebas turut ‘memeriahkan’ pesta yang berlangsung selama tiga hari tiga malam.
Lagu-lagu rock ketika itu benar-benar menjadi manefestasi cara berfikir dan budaya hidup generasi ‘hippies’. Kalau diamati lirik-lirik lagu seperti Smoke On The Water (Deep Purple), atau Hotel California (Eagles), jelas menggambarkan kecenderongan terhadap penagihan dadah, arak mahupun seks. Sebagaimana gerakan pemberontakan yang bersifat militan atau gerakan bawah tanah di negara mereka, lagu-lagu rock yang mempunyai ciri-ciri penentangan terhadap nilai-nilai lama juga dinamakan muzik underground. Ia benar-benar mencerminkan sikap kritis, agresif dan memberontak di kalangan generasi barat ketika itu.
Musik rock berkembang selari dengan zaman yang beredar. Muzik rock memasuki era baru dengan corak muzik yang dinamakan heavy metal. Tidak jauh berbeza dengan muzik hard rock atau underground, muzik heavy metal masih berasaskan muzik rock yang telah diubahsuai. Terdapat banyak kumpulan-kumpulan muzik rock yang hebat di era itu, antaranya Iron Maiden, Megadeth, Metalica, Scorpian, Nirvana dan banyak lagi.
Kemajuan sains dalam kehidupan sekular terus menguasai kehidupan umat manusia. Di barat, walau dalam bidang apapun, sikap berlumba-lumba adalah pemangkin dalam mengejar kejayaan. Setiap seseorang, tidak kira dalam bidang apapun, giat menghasilkan sesuatu yang baru. Dan pastinya, sesuatu yang bercorak baru itu, mengenepikan segala bentuk, gaya atau nilai-nilai lama.
Lantaran itulah yang berlaku dalam dunia muzik di barat. Para pemuzik berlumba-lumba mencari dan mengenegahkan pelbagai corak muzik baru yang merupakan ‘improvise’ dari ciri-ciri muzik lama. Dalam arena muzik pop kontemporari, para pemuzik banyak menggunakan sistem atau peralatan yang canggih. Adunan hasil kreativiti yang tinggi serta peralatan muzik teknik baru yang canggih, melahirkan muzik baru yang dinamakan Euro Pop dan seumpamanya.
Begitu juga dalam bidang muzik rock. Para pemuziknya berlumba-lumba mencari sesuatu kelainan yang lebih unik lagi tersendiri. Dalam mencapai tujuan itu mereka ghairah menghasilkan sesuatu yang menyimpang dari kebiasaan dalam usaha mengatasi atau memecahkan bentuk atau tradisi karya semasa. Mungkin dalam dunia muzik sebelumya, para pemuzik sebelumnya, para pemuzik bersuara lantang mengkritik pemerintah atau fahaman politik. Lalu mereka menunjukkan keberanian yang lebih hingga berani mempermainkan politik. Lalu mereka menunjukkan keberanian yang lebih hingga berani mempermainkan soal-soal ketuhanan atau keagamaan. Bertolak dari sikap itu lahirlah satu aliran dalam muzik underground yang dipanggil Black Metal. Ia dijadikan media segolongan manusia anti agama untuk menyebarkan amalan memuja syaitan sambil menggalakkan amalan seks bebas, perbuatan membunuh diri serta melakukan keganasan.
Para pengikut fanatik kumpulan black metal yang benar-benar bertekad untuk mengabdikan diri di dalam kumpulan sesat ini diwajibkan supaya melafazkan ikrar taat setia dengan mendahulukan syaitan sebagai landasan mereka. Ia ada kaitan dengan meminum darah ‘kambing hitam’, darah babi mahupun darah anjing hitam mengikut kepercayaan pengasas death metal iaitu Uncle Hammer John Doe yang berasal dari Northern Heritage Finland. Purata pengikut-pengikut asal kumpulan ini terdiri anak-anak muda yang tidak beribu bapa (anak gampang) tanpa didikan agama.
Disamping itu pemuzik mereka iaitu Brian Fleming turut menghasilkan kaedah simbolik kepada penganut death metal dengan alunan lagu bermaksud ‘Sijil Mati’ (Death Certificate) kerana selain dari kematian, ianya ada satu lagi yang lebih dahsyat dari mati. Stronger than death!!!.
Muzik juga merupakan frekuensi utama untuk memikat sesiapa sahaja. Ia diibaratkan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Pengaruh ajaran sesat black metal turut mengambil pendekatan dan kaedah ini bagi memburu penganutnya kerana golongan remajalah yang paling mudah terdedah dan terpengaruh dengan benda-benda baru. Jika diteliti dan diamati memang ada kebenarannya betapa unsur-unsur negatif yang kukuh telah berjaya dilakukan oleh golongan ajaran sesat ini bagi membanyakkan ahli mereka di seluruh dunia. Lagu terawal dikenal pasti telah dinyayikan oleh mendiang John Lennon dari album the beatles berjudul Imagine. Namun virus itu terus meresap kepada masyarakat dunia yang akhirnya semakin sukar disekati. Lirik lagu black metal yang popular dianggap tidak sesuai sama sekali untuk masyarakat timur dan wajib diharamkan serta merta oleh pihak berkuasa. Ia jelas menekankan sikap rakus ekstrim kepada anti mana-mana agama termasuk Kristian malahan bercanggah dengan agama Islam. Banyak lirik-lirik lagu mendorong kepada bentuk serangan kekerasan mahupun kematian dan pembunuhan yang tidak perlu dipesoalkan.
Sejak awal tahun 1970-an, aliran muzik black metal ini telah berkembang dengan mempunyai peminat mereka tersendiri. Melalui beberapa kumpulan muzik barat yang terkenal, muzik Black Metal ini mula dikenalpasti membawa beberapa unsur ganas, lucah serta menghina agama. Kumpulan Venom yang dilebalkan sebagai “Godfathers Of The Black Metal” serta lain-lain kumpulan muzik terkenal seperti Bathory dan King Diamond. Selain daripada unsur-unsur di atas, lirik muzik Black Metal ini juga menceritakan kisah-kisah tahyul atau misteri.
Muzik Black Metal ini hampir sama dengan muzik metal yang lain, sangat mudah dikenali atau dihayati melalui muzik yang bising dan ‘keras’, bunyi gitar dan ‘sound bass’ yang berat serta bising. ‘Growling vocal’ yang kasar dan sukar difahami. Sementara penyayi serta pemuzik mereka pula gemar mempamerkan pelbagai keanehan dan kegilaan melalui pakaian, penampilan serta aksesori yang dipakai semasa membuat persembahan.
Sungguh jelas, walaupun muzik, lagu dan melodinya seakan menjadi suatu seni dan khazanah setiap bangsa dan budaya di dunia, namun pengaruh buruk yang dibawa melalui lirik, penampilan pemuzik dan peminat mereka yang fanatik telah banyak membawa imej yang merosakkan. Apabila kita mendengar atau dihidangkan dengan muzik yang ganas dan kasar, liriknya yang memuja syaitan, menghina ketuhanan, menggalakkan seks bebas, apakah ianya harus dibiarkan sehingga mempengaruhi jiwa dan perlakuan remaja. Walaupun peringkat mulanya mereka sekadar mencuba atau ‘tidak memahami apa-apa’ namun akhirnya gejala buruk yang di bawa oleh Black Metal ini pasti merosakkan jiwa dan akidah remaja.
Kumpulan serta pengikut Black Metal ini ternyata lebih berani dan agresif kerana mereka membawa satu budaya yang lebih menyesatkan iaitu dengan menyeru pengikut mereka menentang Tuhan dan agama serta melakukan pemujaan syaitan. Mereka telah dipengaruhi oleh kumpulan pemuja syaitan yang meresapi ke dalam muzik atau aliran muzik heavy metal. Amalan pemujaan syaitan, menentang agama, menggalakkan seks bebas serta unggapan lucah, kurang ajar semakin lama semakin sebati antara muzik dan amalan pengikut kumpulan metal ini. Selain daripada itu mereka menggalakkan pengikut mereka seks bebas, merokok, minum arak dan lain-lain aktiviti yang meruntuhkan nilai-nilai moral.
Oleh yang demikian tidak hairanlah mengapa remaja di Malaysia yang asasnya beragama Islam terpaksa diheret supaya membakar, memijak al-Quran dan seumpamanya sebelum diterima menjadi penganut ajaran black metal atau death metal dalam erti kata sebenarnya sehingga menjuruskan kejadian murtad. Melalui perjumpaan dengan ahli kumpulan di pasaraya-pasaraya, mengadakan pesta liar serta pesta tertutup (gig), mereka berusaha memikat remaja lain bagi menambah keahlian.
Rata-rata remaja dan pelajar melayu yang fanatik dengan muzik seperti ini terus memburu dan saling bertukar email bagi mendapatkan lirik dan lagu-lagu terbaru dari kumpulan black metal luar Negara. Walaupun tiada di dalam pasaran tempatan namun dengan wujudnya kaedah high tec dari internet, mereka tidak ada masalah lagi untuk mendapatkan lagu yang dimaksudkan bagi keperluan hiburan semasa.
Memang benar ada kumpulan yang betul-betul popular melemparkan idea secara halus dan terang-terangan mengutuk Tuhan, agama dan nilai moral. Malah ada yang berani menggunakan unsur-unsur agama seperti azan, ayat suci Al-Quran (dengarkan lagu “Bohemian Rhapsody”, “Mustapha” nyanyian Queen dan “Blues for Allah” oleh The Grateful Dead) dan sebagainya dalam hasil seni mereka. Bukan agama Islam sahaja yang dijadikan sasaran malah agama lain dari Timur turut dipersendakan. Sebenarnya apa yang ingin diketengahkan di sini ialah, konspirasi dalam muzik begitu tersembunyi. Hasil seni yang begitu indah rupanya tersembunyi racun! Kita patut sedar ia datang bukan sendirian. Ia datang dalam pakej. Dalam pelbagai bentuk hiburan yang ada pada hari ini baik dalam bentuk audio, muzik video, kensert, komik, majalah, permainan komputer, pakaian, imej dan merchandising. Semuanya telah digunakan untuk berdakwah baik bagi pihak Kristian, Zionist dan Satanist. Mungkin kini ia sudah berada bersama kita? (di bilik tidur, di ruang tamu, di pejabat, dalam kereta, dalam beg dan paling teruk dalam otak!).
Persoalannya di sini, kita masih dihidangkan dengan ‘hasil seni’ tempatan yang kurang kreatif (dah tu pemuzik pula tidak boleh buat seni muzik dan ada masalah moral) adakah kita selama-lamanya akan bergantung kepada hasil seni dan model dari Barat.
Bagi meningkatkan lagi keyakinan pengikut-pengikut kumpulan ekstrim Black Metal, beberapa buah lagu turut dicipta dengan pengertian mendalam betapa mereka yang telah mati tidak perlu ditangisi kematian itu, bukanlah suatu pemergian yang perlu dikesalkan. Pengikut Black Metal lebih yakin bahawa mati itu umpama seseorang itu hanya dipanggil untuk menjalani ‘kurusus’ yang lebih tinggi dan akan segera kembali untuk mendominasikan pengembaraan ahli-ahlinya dengan wadah baru.
Mati bukan satu azab sebaliknya ada suatu tekanan yang lebih hebat dari mati dalam pengertian mereka. Ungkapan ‘Stronger Than Death’ bagaikan suatu suntikan semangat betapa kematian itu tidak perlu digeruni oleh sesiapa. ‘Hidup Mati Ditangan Tuhan’ tidak lagi menjadi igauan yang menakutkan kerana pengikut black metal dan death metal tetap yakin betapa mereka akan kembali semula di dunia nyata dalam masa yang singkat dengan kejayaan membawa wadah baru kepada ahli-ahlinya.
Antara lain termasuklah kepercayaan yang diletakkan di dalam ribuan lagu ciptaan Black Metal yang berunsur negatif ini adalah seperti lagu “No escape from your fate” di mana lirik lagunya ini begitu menghairahkan serta menyeru ke arah seks sadistik. Sebahagian lirik lagu ini adalah seperti berikut:
Tied tight to the bed
Legs spread open
Bruised flesh, lacerations
Skin stained with blood
I’m the only you love
Feel your heart beating
My knife deep inside
Her croth is bleeding
My favorite part
She liked the way if felt inside her
Fucking her, harder, harder
Maksudnya adalah;
Terikat sepi di ranjang
Kaki yang terkangkang luas
Daging yang berkedut-kedut
Yang terdapat kesan darah
Akulah yang kau cinta cuma
Aku rasakan degupan jantungmu
‘Pisauku’ jauh di dalam
Barangnya berdarah
Bahagian kegemaranku
Dia suka akan rasanya
Tusuk dia, kuat dan kuat
Selain daripada lirik lagu yang menghairahkan serta menghalal melakukan seks bebas ini, terdapat juga lirik-lirik lagu yang menyeru untuk membunuh. Ini dapat dilihat di dalam lagu “Stripped, Raped and Strangled (Lucut, Rogol dan Gantung)” yang mana ianya dicipta dan ditulis oleh Webmaster, Owen, Barret dan Barnes:
She was so beautiful
I hed to kill her
Tied her up
And taped her mouth shut
Couldn’t scream
Raped violently
Rope tight around her throat
Her body twitches as she chokes
Strangulation caused her death
Just like all the others
Raped bofore and after death
Stripped, naked, tortured
Maksudnya adalah;
Gadis itu sangat cantik
Aku mesti bunuh dia
Aku ikat dia
Mengikat / tutup mulutnya
Supaya jangan menjerit
Dirogol dengan kejam
Kemudian mencekik leher dengan tali
Hingga badanya terkedu-kedu tersedak sesak nafas
Gantung sampai mati
Seperti juga yang lain
Dirogol sebelum dan selepas
Dilucutkan pakaian, dirogol dan diseksa.
Lain-lain lirik lagu juga boleh didapati umpamanya daripada lirik lagu “Pulverized” oleh Owen, Webmaster yang mana antara lainnya menyeru serta mengajak masyarakat untuk melakukan pembunuhan yang pada pandagan mereka membunuh itu adalah merupakan suatu kemestian dan menjadi kesukaan.
Asas Pengenalan Black Metal
Black Metal adalah salah satu genre muzik. Ia sama dengan genre muzik lain yang kita dengar hari-hari, Cuma mesej dan penyampaiannya saja yang berbeza. Ia adalah evolusi daripada muzik-muzik berat seperti heavy metal dan thrash metal (yang berakarkan muzik rock dan metal). Genre metal dipelopori oleh band dari Britain, Black Sabbth yang dianggotani oleh oleh Ozzy Osbourne (vokal), Tony Lommi (gitar), Geezer Bulter (bass) dan Bill Ward (dram) muncul dengan album sulung pada tahun 1970. Lirik lagu-lagu mereka banyak bermesejkan tentang ‘black magic’. , fantasi, dadah dan ‘accult’. Muzik mereka pula menampilkan riff-riff gitar yang ‘seram’.
Nama ‘Black Sabbath’ itu sendiri diambil daripada judul filem seram karya Boris Karloff. Kebanyakan lirik ditulis oleh Geezer Butler yang banyak dipengaruhi oleh Denis Wheatley, seorang novelis accult ..
Bermula dari situlah Black Sabbath akhirnya menjadi idola kepada hampir semua band-band muzik berat sama ada black metal, thrash metal, death metal, doom, grindcore, grunge sehinggalah ke alternatif! Black Sabbath lebih sinonim dengan muzik secara amnya. Namun yang betul-betul ‘mengaktifkan’ muzik Black Metal secara amnya. Namun yang betul-betul ‘mengaktifkan’ muzik Black Metal adalah Venom, juga band dari Britain yang muncul pada lewat tahun 1970-an dahulu. Venom telah dilabelkan sebagai ‘The Godfathers Of Black Metal’ dan ‘stanism’ (puja setan) adalah salah satu agenda dalam lirik-lirik mereka.
Dengan konsep sebegitu mereka muncul dengan album sulungnya iaitu ‘Welcome To Hell’. Perkataan Black Metal bermula apabila lahirnya album kedua Venom iaitu ‘Black Metal’ pada tahun 1982. Begitu juga dengan Bathory, band berasal dari Sweden. Mereka digelar ‘The Most Evil Group You Will Ever Hear’ kerana penangan ‘stanism’nya lebih hebat berbanding Venom.
Band-band terawal lain yang turut mengenegahkan konsep yang serupa ialah Mercyful Fate, King Diamond, Celtic Frost, Hellhammer dan Sodom. Band-band Black Metal seterusnya berkembang terutamanya di Norway seperti Mayhem, Darkthrone, Emperor, Burzum dan Immortal. Di Norway mereka dikenali sebagai ‘The Black Circle Of Norway’. Antara band Black Metal terkenal yang laian ialah Behemoth, Rotting Christ, Cradle Of Filth, Dimmu Borgir, Absu, Beherit, Beherit, Sarcofago, Samael dan banyak lagi.
Konsep kegelapan yang ditonjolkan oleh ‘Black Metal’ mewakili pelbagai mesej termasuklah satanism, lagenda gelap dan metos semasa zaman Messapotamia, Mesir Purba dan Sumeria, perbalahan, masyarakat, penderaan kanak-kanak, konflik politik, peperangan, anti ketuhanan dan agama.
Satanism
Mereka ini terdiri dari golongan berhaluan kiri. Sering melakukan upacara ritual (mistik) di gua-gua dan pengorbanan jiwa dan mendapat tentangan daripada pihak Kristian. Motif mereka selalunya ingin menjadi ‘magician’ dan ingin memanipulasi orang yang bermasalah untuk kepentingan peribadi. Lebih tepat lagi adalah mengamal ajaran sesat. Untuk sampai ketahap ini, ia memerlukan pengorbanan dan keseriusan meditasi yang ekstrim.
Pentagram
Ia telah wujud semasa zaman Mesir Purba tetapi telah disongsangkan semasa zaman Renaissance oleh pengkaji sihir pemuja syaitan. Begitu juga dengan simbol Baphomet (Makhluk Kepala Kambing) yang asalnya dilukis oleh Eliphas Levi untuk teori ‘satanism’nya. Teori tersebut kemudiannya disambung oleh pemuja syaitan paling terkenal iaitu Aleister Crowley. Kumpulan rock seperti Rolling Stones, Led Zeppelin, The Beatles dan Eagles juga banyak terpengaruh dengan Aleister Crowley sebenarnya!
Anti Kristian & Simbol Salib Terbalik
Sememangnya ada pemuzik Black Metal di Eropah yang kecewa dengan agama Kristian kerana mereka menganggap ia menyeleweng. Ini membuatkan mereka menentang dan menolakkannya. Pada tahun 1994 berlaku beberapa kes-kes ekstrim di mana pemuzik Black Metal membakar gereja dan melakukan pembunuhan. Kes ini telah mendapat liputan media yang luas di sana. Memakai salib terbalik adalah simbol kepada Anti Kristian dan tanda protes.
Kumpulan Band-Band Muzik Underground Tempatan
Terdapat banyak kumpulan muzik underground tempatan yang berkonsepkan thrash metal dan black metal. Mereka beraksi dengan memakai eksoseri serupa dengan kumpulan dari luar negara, meniru gaya mereka dan menyayikan lagu-lagu yang liriknya diceduk dari kumpulan tersebut.
Diantara kumpulan underground tersebut ialah: Samartari (Langkawi), Lark-Nart (Pahang), Morbitury (Sabah), Unothodox (Ipoh), Gondrong (Klang), Remunent (Sarawak), Distrust (Sabah), Nageleum (Kuantan), Evilyn Incarnate (Sabah), Shadoes (Sabah), Terkutuk (Johor), Deiventor (Perak), Black Priest (Arau), Tangkal Hitam (Sabah), Aggressions (Kuantan), Qiamat, Nasrahhak (Labuan), Worship (Sarawak), Extremist Impact (Kedah), Thy Only Knight (Sabah), Sil Khannaz (Kangar / KL), Nemesis (Kedah), Vulga (Perak), Colourfull Bullet (Pulau Pinang), Slapdeath (Kelantan), Waitdeath (Pahang), Dark Power (Sabah), P.R.O.V. (Terengganu), Betrayer (Johor), Senseless Death (Sarawak), Rator (Selangor), Tasyim (Kuantan), dan lain-lain lagi.
Mesej Tersirat Dalam Lirik Lagu
Tidak dapat dinafikan, mesej dalam lirik lagu yang datang dari Barat baik dari arena mainstream ataupun underground kebanyakan cenderung kepada isu cinta, seks dan tidak ketinggalan keagamaan. Pada masa yang sama juga mereka menegahkan isu perkauman, kebebasan membuat pilihan dan isu-isu lain termasuk propaganda pemikiran barat. Apa yang menariknya tentang mesej dalam lirik lagu dari barat ini ialah, tidak disampaikan secara formal dan biasa (maksud di sini bukan secara langsung, tapi penuh kerja seni dan kreatif). Album Pink Floyd “The Wall” (1979) ataupun “Devesion Bell” (1993), pelbagai teknik telah digunakan untuk menyampaikan mesej. Dari sleeve album, lukisan, gambar, simbol, susunan muzik hinggalah kepada teknik rakaman kerja kreatif. Malah ketika dunia internet mula diperkenalkan mereka telah merintisnya sebagai salah satu media untuk berkomunikasi, berbincang dan memandu pendegar kepada mesej yang ‘tersembunyi’ dalam album mereka. Kini kumpulan popular Marilyn Manson dan seangkatannya pula merintis teknologi sebegini.
Situasi di Malaysia
Pembabitan golongan remaja dengan gejala Black Metal & Death Metal sekaligus begitu ekstrim hingga menjadi murtad merupakan tamparan hebat kepada semua pihak. Kita sedia maklum, kumpulan ini lengkap dengan segala aktiviti negatif yang lebih dahsyat lagi dari isu bohsia (balance) dan penagihan dadah kerana ianya adalah lengkap.
Perbuatan memijak, membakar dan kencing Al-Quran sudah lama berlaku dan menjadi suatu amalan biasa ahli kumpulan yang ekstrim ini. Disamping itu mereka akan mengiringi lafaz ikrar sambil menyebut: “dengan nama iblis kami murtad”.
Mereka juga digalakkan menukar agama kepada agama lain selain Islam. Beragama Islam bermakna tidak sehaluan dengan perjuangan kumpulan tersebut. Ini kerana setiap ahli dibiasakan dengan minuman keras dan pergaulan luar batasan tetapi bergantung juga kepada jenis kumpulan yang dianggotai. Pusat-pusat hiburan dan pasaraya-pasaraya di seluruh malaysia menjadi tumpuan dan pertemuan hujung minggu mereka.
Cabaran Globalisasi
Memang sukar dinafikan, kita adalah sebahagian dari masyarakat dunia. Kita tidak mungkin memencilkan diri dari terlibat dalam kancah pergolakan bersifat kebendaan mahupun rohaniah. Hanya sekadar berbicara isu di tempat-tempat yang telah disediakan dan dilengkongi oleh audien-audien setia tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Mahu tidak mahu kita harus turun padang berada dilokasi mereka dan beraksi secara realiti.
Dalam konsep globalisasi, kita perlu membina dan memperkuatkan daya tahan remaja Islam masa kini. Tanpa daya tahan jati diri muslim dan kemampuan untuk bersaing secara posotif, remaja kita akan terus dihantui rasa rendah diri dan kecundang. Akibatnya mereka akan terus berkiblat ke barat. Ketika itu siapa akan dipertanggungjawabkan apabila para remaja kita menganggap diri mereka sebagai warga dunia dan bebas berpegang kepada apa saja ideologi mahupun agama yang mereka pilih. Akhirnya para remaja kita akan turut memuja syaitan dan menolak ketuhanan serta mengamalkan cara hidup kebaratan.
Strategi Menanganinya
Masalah dan fenomena gejala sosial remaja tidak akan dapat diselesaikan hanya dengan membuat penyataan di atas kertas dan di pentas-pentas ceramah saja. Strategi menanganinya mestilah bersifat ‘integrated’ atau bersepadu dengan mengambil kira beberapa strategi penting:
1. Pembinaan Insan.
2. Pembentukan keluarga sejahtera.
3. Pembentukan persekitaran positif, sihat dan bersih.
4. Penyelidikan dan pengembangan.
1.1. Pembentukan Insan
Pembangunan individu cemerlang dan berketrampilan bukan sahaja dari aspek lahiriah tetapi juga memiliki kekuatan dalaman yang dapat menghindarkan diri dari terjebak dengan masalah gejala tersebut. Mungumpul individu terlibat untuk menjalani proses pemulihan dan kaunseling perseorangan untuk penyelesaian konflik diri. Kaunseling berkelompok dalam satu sidang bersama rakan sebaya dan mengadakan bengkel-bengkel pendedahan serta pemulihan untuk yang sudah terlibat dan berisiko untuk terlibat.
1.2. Pembentukan Keluarga Sejahtera
Keprihatinan dalam membentuk keluarga bahagia, cemerlang dan sejahtera sering menjadi fokus semua pihak dengan slogan ‘Rumahku Syurgaku’. Keluarga perlu memastikan dalam proses sosialisasinya teras dan tiang kehidupan adalah agama. Ilmu mendidik anak-anak zaman ini perlu berkembang dan bersesuaian dengan norma timur dan budaya hidup Islam. Keluarga dituntut untuk memiliki cara gaya didikan terkini sesuai dengan perkembangan masa, pemikiran dan budaya anak-anak seperti mengamalkan ciri-ciri supportive, demokratik atau authoritative, mempunyai sistem komunikasi yang melahirkan permuafakatan keluarga secara berkesan, ceria dan bahagia.
1.3. Pembentukan Persekitaran Positif
Persekitaran remaja bukan sahaja merujuk kepada tempat tinggal secara fizikal tetapi juga melibatkan persekitaran sosial dengan teman sebaya di luar rumah dan sekolah, tempat-tempat yang menjadi tumpuan remaja, persekitaran manusia yang ingin dijadikan model kepada remaja, program dan aktiviti, institusi dan organisasi formal dan tidak formal. Pembangunan komuniti tau apa-apa juga program yang berteraskan komuniti menjadi keutamaan.
Program pembangunan komuniti atau apa-apa juga program yang berteraskan komuniti menjadi keutamaan untuk digerakkan kerana ianya amat berkait rapat dengan fenomena yang dibincangkan, supaya dapat mencorakkan persekitaran remaja yang baik dengan disediakan buku-buku pedoman harian.
Ketiga-tiga strategi dalam pembinaan manusia, pembentukan keluarga dan persekitaran memerlukan penglibatan menyeluruh dan seterusnya memerlukan perubahan besar yang dipikul oleh sekurang-kurangnya empat agensi perubahan besar iaitu:
1. Institusi pendidikan.
2. Institusi keluarga.
3. Institusi Kariah (Masjid) dan badan bukan kerajaan (NGO’s).
4. Agensi kerajaan.
Kesemua agensi perubahan mestilah mengambil kira empat sasaran strategi berikut:
1. Maklumat.
2. Aktiviti dan program.
3. Kemudahan.
4. Dasar, peraturan dan undang-undang.
· Maklumat hendaklah berbentuk informative untuk memahami dengan betul dan tepat, menanam dan membentuk minda yang sihat. Maklumat hendaklah mampu meramalkan masa depan gemilang, cemerlang dan membolehkan remaja bertindak kepada perubahan yang lebih baik, juga mampu membina jati diri yang kental sebagai remaja Muslim yang tidak mudah tergelincir aqidahnya hanya dengan ganjaran material yang sementara.
· Penyelidikan aktiviti, program, kursus, modul dan lain-lain mestilah sesuai dan membolehkan remaja merealisasikan pembentukan dan perkembangan identiti diri dan jati diri yang diingini sesuai dengan norma masyarakat dan budaya luhur. Sesuai dengan tema perbincangan program Remaja Masjid, Remaja Rabbani dan seumpamanya perlu dalam kegiatan masa lapang kehidupan remaja.
· Menyediakan kemudahan yang cukup dan sesuai agar aktiviti dan program merealisasikan identiti remaja dapat dicapai secara maksimum. Dalam proses mewujudkan program pembangunan komuniti, kawasan penempatan mestilah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas sama ada secara fizikal mahu pun secara kerohanian.
· Mempastikan peraturan, akta, undang-undang dan dasar yang sedia ada dapat dilaksanakan dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ‘accountable’, disamping pengubalan dasar dan peraturan baru yang sesuai dan releven untuk kesejahteraan semua tanpa ragu-ragu atau dianggap ‘double standard’. Kita harus prihatin walau pun seorang, ia adalah suatu realiti sosial kerana dalam perkara-perkara tertentu kita mampu melakukannya.
Penyelidikan terhadap kumpulan dan kawasan yang berisiko tinggi perlu mendapat keutamaan dan bersifat ‘on going’. Penyelidikan mestilah dijalankan secara sistematik dan saintifik dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersepadu. Penemuan kajian menjadi asas pembuatan dasar dan peraturan agar ia dapat dipertahankan kewajarannya.
Kesimpulan
Merancang, menyelidik, pengembangan, pemantauan, penilaian, mendalami apa juga realiti manusia dan seterusnya melaksanakan program mengikut modul yang sedia ada. Kepelbagaian pendekatan juga dapat memperkayakan kefahaman dan strategi tindakan. Suatu harapan yang cukup tinggi agar ianya tidak tamat di sini sahaja, tetapi dapat dilakukan dalam bentuk perlaksanaan yang dapat dilihat dan dihayati dengan penuh kerjasama secara ikhlas, amanah dan iltizam agar individu yang terjebak dapat dipulihkan dan individu-individu yang lain dapat tercegah daripada melakukan. Semoga Allah s.w.t. memberkati segala usaha murni ini, InsyaAllah.
BERTINDAK SEKARANG .... JANGAN BERLENGAH LAGI !!!
SERTAILAH GERAKAN MENYELAMATKAN GENERASI MUDA KITA.
1. PEMBENTERASAN
· MEMANTAU kes berkaitan Kumpulan Black Metal secara menyeluruh di semua kawasan.
· MELAPOR kepada pihak berkuasa apabila melihat sesuatu yang mencurigakan dilakukan oleh kumpulan tertentu.
· MENYIASAT sebarang aktiviti, pergerakan dan perkembangan kumpulan ini dan mengenalpasti dalang yang terlibat.
· MENANGKAP (tindakan pihak berkuasa) remaja yang dikenalpasti terlibat.
2. PEMULIHAN
· MENGUMPUL individu yang terlibat untuk menjalani proses pemulihan.
· KAUNSELING PERSEORANGAN remaja yang memerlukan penyelesaian konflik diri.
· KAUNSELING BERKELOMPOK untuk remaja dalam satu sesi atau sidang kaunseling bersama rakan sebaya.
· KEM PEMULIHAN untuk remaja-remaja yang sudah terlibat dan berisiko untuk terlibat.
3. PENCEGAHAN
· SIASATAN di kawasan yang dikenalpasti menjadi pusat kegiatan.
· PENDEDAHAN melalui media, edaran risalah dan ceramah.
· PENERANGAN melibatkan aktiviti ceramah, bengkel taklimat dan siaran media.
· PENGHARAMAN (tindakan pihak berkuasa); muzik-muzik, majalah, VCD, kaset, penjualan eksesori dan bahan berkaitan dengan kumpulan ini.
· MENELITI kumpulan-kumpulan muzik yang berunsurkan Black Metal.
4. PENGGEMBELINGAN
· PENGAWASAN di tempat-tempat yang menjadi tumpuan remaja Black Metal oleh masyarakat setempat.
· MEMBENTUK KUMPULAN BERTINDAK TEMPATAN yang terdiri daripada kalangan penduduk tempatan atau Jawatankuasa Kariah Masjid.
· MELANCARKAN GERAKAN PENDIDIKAN MASYARAKAT untuk mendidik masyarakat tentang bahaya gejala ini.
· MENGGUBAL MEMORANDUM untuk tindakan bersama.
Disediakan oleh:
KAMARUDDIN BIN KASSIM
Pegawai Media Teras
Telefon / Faks : 04-4216087 / 019-4782708
E-mail : kama54us@yahoo.com / prihatin1426@yahoo.com.my
| |
|
Back to top |
|
|
Scumgrief |
Posted: Sat Jan 07, 2006 6:30 am Post subject: |
|
|
Joined: 02 Mar 2004 Posts: 744
|
Lirik dia quote tu macam lirik Cannibal Corpse je...
Diorang ni tak paham dark humour kot.... _________________ Can you feel the groove? |
|
Back to top |
|
|
adzakael |
Posted: Sat Jan 07, 2006 9:53 am Post subject: |
|
|
Joined: 18 Jan 2004 Posts: 386
|
mungkin gak la
tp yg paling aku x tahan
bile john lennon dianggap sbg black metal gak _________________ http://www.adzakael.com |
|
Back to top |
|
|
kurt_maisu |
Posted: Sat Jan 07, 2006 10:41 am Post subject: |
|
|
Joined: 18 Oct 2004 Posts: 499
|
ni artikel tahun berapa ni ? lark-nat ? hahahaha... _________________ my rig 25/7/10-
monsterpiece npn fuzz
proco rat 2
danelectro fab tone
behringer gd121 (mesa mode )
behringer vibrato
ibanez tonelok phaser
line 6 dl4
kaoss pad 2
facebook :- maisuismaisu
chech our myspace site :- myspace.com/bunyibising |
|
Back to top |
|
|
GryMlock |
Posted: Sat Jan 07, 2006 12:00 pm Post subject: |
|
|
Joined: 24 Nov 2003 Posts: 3699 Location: Agombak Ago go!
|
|
Back to top |
|
|
Jeff |
Posted: Sun Jan 08, 2006 12:13 am Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 02 Oct 2004 Posts: 551 Location: Land of the Head Hunters
|
Pink Floyd dia cakap black metal..wahahaha...gile kelakar sials.
I wonder why they are so hung up about 'message tersirat' when in truth, there is no real message, rather just opinions of the lyricists, or situations which he's went through or heard of...teringat aku dulu Fantasia Bulan Madu by Search pernah kene bann sebab 'lyric yang melampau'.
Same shit keeps happening, probably propogated by the same ppl too. |
|
Back to top |
|
|
Scumgrief |
Posted: Sun Jan 08, 2006 9:52 pm Post subject: |
|
|
Joined: 02 Mar 2004 Posts: 744
|
Aku baca lagi...nampak sangat penulis ni tulis fiksyen je lebih....
Quote: | Mereka juga digalakkan menukar agama kepada agama lain selain Islam. Beragama Islam bermakna tidak sehaluan dengan perjuangan kumpulan tersebut. Ini kerana setiap ahli dibiasakan dengan minuman keras dan pergaulan luar batasan tetapi bergantung juga kepada jenis kumpulan yang dianggotai. Pusat-pusat hiburan dan pasaraya-pasaraya di seluruh malaysia menjadi tumpuan dan pertemuan hujung minggu mereka.
|
If I am a satan worshipper, why does my religion matter anymore? It does not make sense to change my religion since I will be an apostate anyway... F**K religion, that's what I would say, if I am a satan worshipper... _________________ Can you feel the groove? |
|
Back to top |
|
|
adzakael |
Posted: Mon Jan 09, 2006 7:06 am Post subject: |
|
|
Joined: 18 Jan 2004 Posts: 386
|
penulis pandai tanam paranoia
dgn memanipulasikan benda2 yg org islam takut
die cuba berlagak berpengetahuan luas dlm bidang ni
tp terkantoi kat banyak tempat
[/quote] |
|
Back to top |
|
|
GryMlock |
Posted: Mon Jan 09, 2006 11:26 am Post subject: |
|
|
Joined: 24 Nov 2003 Posts: 3699 Location: Agombak Ago go!
|
research ni was probably done on sick minded individuals who happened to listen to music yg keras-keras.
tapi research done by many people, mostly conclude kan yg the key elements menyebabkan remaja jadi haramjadah, semua datangnya dari sumber influence lain dan yg paling dekat dan paling besar sumbangannya....ialah PARENTS diorang sendiri!
so mom and dad di terasmelayu.net.. kalau rasa anak korang tu...keras, ganas, lucah, kurang ajar. try kaji diri sendiri dulu ok? _________________ [ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ] |
|
Back to top |
|
|
Scumgrief |
Posted: Wed Jan 11, 2006 4:40 pm Post subject: |
|
|
Joined: 02 Mar 2004 Posts: 744
|
I want to send this to TerasMelayu. What do you think before I send it out?
Quote: |
Assalamualaikum,
Saya tertarik dengan artikel black metal dilama web saudara.
Petikan artikel:
"Para pengikut fanatik kumpulan black metal yang benar-benar bertekad untuk mengabdikan diri di dalam kumpulan sesat ini diwajibkan supaya melafazkan ikrar taat setia dengan mendahulukan syaitan sebagai landasan mereka. Ia ada kaitan dengan meminum darah 'kambing hitam', darah babi mahupun darah anjing hitam mengikut kepercayaan pengasas death metal iaitu Uncle Hammer John Doe yang berasal dari Northern Heritage Finland. Purata pengikut-pengikut asal kumpulan ini terdiri anak-anak muda yang tidak beribu bapa (anak gampang) tanpa didikan agama."
Sepanjang pergaulan saya dengan rakan-rakan saya yang meminati muzik seperti ini, tidak ada seorang pun yang minum darah kambing atau babi. Dimana sumber penulis? Jika penulis ingin dipertimbangkan secara serius, sumber-sumber penulis hendaklah diturut sertakan dalam artikel tersebut, dan sumber-sumber tersebut hendaklah dari yang kredibilitinya baik. Saya cuba mencari sebarang sumber tentang Uncle Hammer John Doe tetapi tidak ada sebarang artikel, atau pun rujukan di internet tentang karaktor ini. Dan kenapa penulis ini mengeji anak luar nikah dengan mengunakan perkataan gampang? Apa yang berlaku adalah salah ibu-bapa mereka, dan tidak sepatutnya penulis mengeji mereka ini. Nampaknya penulis ini juga tidaklah beradab sopan dan berakhlak mulia seperti yang ingin ditonjolkan.
Petikan artikel:
"Disamping itu pemuzik mereka iaitu Brian Fleming turut menghasilkan kaedah simbolik kepada penganut death metal dengan alunan lagu bermaksud 'Sijil Mati' (Death Certificate) kerana selain dari kematian, ianya ada satu lagi yang lebih dahsyat dari mati. Stronger than death!!!."
Death Metal bukanlah sebuah agama, tetapi sebuah genre muzik. Ia tidak boleh dianuti. Pernyatan seperti itu hanya akan menonjolkan kejahilan penulis. Tentang Brian Flemming inilah sahaja yang saya jumpa tentang karaktor ini. http://en.wikipedia.org/wiki/Brian_Flemming , Beliau adalah seorang pengarah filem athiest (Tidak percaykan tuhan). Sekali lagi, penulis gagal memberikan sumber-sumber.
Petikan artikel:
"Muzik juga merupakan frekuensi utama untuk memikat sesiapa sahaja. Ia diibaratkan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Pengaruh ajaran sesat black metal turut mengambil pendekatan dan kaedah ini bagi memburu penganutnya kerana golongan remajalah yang paling mudah terdedah dan terpengaruh dengan benda-benda baru. Jika diteliti dan diamati memang ada kebenarannya betapa unsur-unsur negatif yang kukuh telah berjaya dilakukan oleh golongan ajaran sesat ini bagi membanyakkan ahli mereka di seluruh dunia. Lagu terawal dikenal pasti telah dinyayikan oleh mendiang John Lennon dari album the beatles berjudul Imagine. Namun virus itu terus meresap kepada masyarakat dunia yang akhirnya semakin sukar disekati. Lirik lagu black metal yang popular dianggap tidak sesuai sama sekali untuk masyarakat timur dan wajib diharamkan serta merta oleh pihak berkuasa. Ia jelas menekankan sikap rakus ekstrim kepada anti mana-mana agama termasuk Kristian malahan bercanggah dengan agama Islam. Banyak lirik-lirik lagu mendorong kepada bentuk serangan kekerasan mahupun kematian dan pembunuhan yang tidak perlu dipesoalkan."
Muzik merupakan frekuensi utama? Muzik adalah irama dan lagu? Kalau tiada irama dan lagu, atau frekuensi, adakah kita boleh memangil perkara tersebut muzik? Sekali lagi Black Metal bukanlah sebuah ajaran sesat, tetapi sebuah genre muzik. Tidak dinafikan bahawa sesetengan pemuzik black metal cenderong kearah kesesatan, tetapi jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Contoh, adakah penulis tahu bahawa terdapat band black metal kristian? http://en.wikipedia.org/wiki/Horde_%28band%29 . Ini adalah bukti kukuh yang Black Metal hanyalah sebuah genre muzik, tanpa mengira apa isi kandungan yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyinya.
Petikan artikel:
"Sungguh jelas, walaupun muzik, lagu dan melodinya seakan menjadi suatu seni dan khazanah setiap bangsa dan budaya di dunia, namun pengaruh buruk yang dibawa melalui lirik, penampilan pemuzik dan peminat mereka yang fanatik telah banyak membawa imej yang merosakkan. Apabila kita mendengar atau dihidangkan dengan muzik yang ganas dan kasar, liriknya yang memuja syaitan, menghina ketuhanan, menggalakkan seks bebas, apakah ianya harus dibiarkan sehingga mempengaruhi jiwa dan perlakuan remaja. Walaupun peringkat mulanya mereka sekadar mencuba atau 'tidak memahami apa-apa' namun akhirnya gejala buruk yang di bawa oleh Black Metal ini pasti merosakkan jiwa dan akidah remaja."
Sebenarnya jika kita perhatikan, muzik-muzik yang popular radio pada hari ini lebih jahat daripada apa-apa yang diwar-warkan oleh penulis. Jika kita perhatikan, lagu-lagu cinta melayu cenderung ke arah pemujaan manusia, kenapa tidak ada sesiapa yang membanteras lirik-lirik seperti ini?
Petikan artikel:
"Kumpulan serta pengikut Black Metal ini ternyata lebih berani dan agresif kerana mereka membawa satu budaya yang lebih menyesatkan iaitu dengan menyeru pengikut mereka menentang Tuhan dan agama serta melakukan pemujaan syaitan. Mereka telah dipengaruhi oleh kumpulan pemuja syaitan yang meresapi ke dalam muzik atau aliran muzik heavy metal. Amalan pemujaan syaitan, menentang agama, menggalakkan seks bebas serta unggapan lucah, kurang ajar semakin lama semakin sebati antara muzik dan amalan pengikut kumpulan metal ini. Selain daripada itu mereka menggalakkan pengikut mereka seks bebas, merokok, minum arak dan lain-lain aktiviti yang meruntuhkan nilai-nilai moral."
Tak perlulah penulis kaitkan keruntuhan moral remaja malaysia dengan muzik Black Metal. Kalau kita lihat di sepanjang Jalan Bukit Bintang, atau disebarang disko atau pub di malaysia, ramai remaja melayu minum arak, mengamalkan seks bebas, menyalahgunakan dadah. Cuba buat kajian, berapa ramai daripada mereka ini adalah peminat Black Metal. Sebelum heavy metal and hard rock dituduh sebagai kambing hitam perosak akhlak, cuba selidik dulu kegagalan ibu-bapa dalam membimbing anak-anak kearah akhlak yang lebih mulia.
Petikan artikel:
"Terdapat banyak kumpulan muzik underground tempatan yang berkonsepkan thrash metal dan black metal. Mereka beraksi dengan memakai eksoseri serupa dengan kumpulan dari luar negara, meniru gaya mereka dan menyayikan lagu-lagu yang liriknya diceduk dari kumpulan tersebut.
Diantara kumpulan underground tersebut ialah: Samartari (Langkawi), Lark-Nart (Pahang), Morbitury (Sabah), Unothodox (Ipoh), Gondrong (Klang), Remunent (Sarawak), Distrust (Sabah), Nageleum (Kuantan), Evilyn Incarnate (Sabah), Shadoes (Sabah), Terkutuk (Johor), Deiventor (Perak), Black Priest (Arau), Tangkal Hitam (Sabah), Aggressions (Kuantan), Qiamat, Nasrahhak (Labuan), Worship (Sarawak), Extremist Impact (Kedah), Thy Only Knight (Sabah), Sil Khannaz (Kangar / KL), Nemesis (Kedah), Vulga (Perak), Colourfull Bullet (Pulau Pinang), Slapdeath (Kelantan), Waitdeath (Pahang), Dark Power (Sabah), P.R.O.V. (Terengganu), Betrayer (Johor), Senseless Death (Sarawak), Rator (Selangor), Tasyim (Kuantan), dan lain-lain lagi"
Buktikan bahawa kumpulan-kumpulan ini menceduk lirik mereka dari kumpulan metal luar negara. Penulis masih gagal memberi sumber. Kalau tak silap saya, lagu-lagu Sil Khannaz lebih cenderung ke arah cerita dongeng melayu, terutama selepas album Gerbang Kayangan.
Petikan artikel:
"Mereka juga digalakkan menukar agama kepada agama lain selain Islam. Beragama Islam bermakna tidak sehaluan dengan perjuangan kumpulan tersebut. Ini kerana setiap ahli dibiasakan dengan minuman keras dan pergaulan luar batasan tetapi bergantung juga kepada jenis kumpulan yang dianggotai. Pusat-pusat hiburan dan pasaraya-pasaraya di seluruh malaysia menjadi tumpuan dan pertemuan hujung minggu mereka."
Jika saya seorang penyembah syaitan, kenapa saya mahu menganut agama lain? Bukankah saya telah menganuti (seperti kata penulis) ajaran Black Metal? Sumber?
Petikan artikel:
"Lain-lain lirik lagu juga boleh didapati umpamanya daripada lirik lagu “Pulverized” oleh Owen, Webmaster yang mana antara lainnya menyeru serta mengajak masyarakat untuk melakukan pembunuhan yang pada pandagan mereka membunuh itu adalah merupakan suatu kemestian dan menjadi kesukaan."
Penulis hanya mengambil contoh lirik daripada 1 kumpulan Death Metal sahaja iaitu Cannibal Corpse, yang memang terkenal dengan lirik-lirik extreme, yang berkisar tentang keganasan, tetapi untuk mengatakan mereka menyeru kearah pembunuhan? Terpulanglah kepada interpretasi individu.
Kesimpulan:
Saya telah mendengar heavy metal dan hard rock semenjak tahun 1990. Saya masih lagi beragama Islam, saya takutkan Allah, dan binatang-binatang yang saya telah korbankan hanya untuk aqiqah 2 anak saya. Saya seorang pengaturcara yang agak berjaya. Saya tidak pernah rasa heavy metal mempengaruhi diri saya ke arah yang negatif. Sebelum mana-mana pihak ingin menuduh sesiapa pun sebagai perosak akhlak remaja, sila periksa diri sendiri dahulu. Adakah Black Metal yang merosakkan akhlak, atau pun kegagalan ibu-bapa memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.
Sekian,
Assalamualaikum.
Daniel Yahya.
| _________________ Can you feel the groove?
Last edited by Scumgrief on Thu Jan 12, 2006 7:45 am; edited 2 times in total |
|
Back to top |
|
|
adzakael |
Posted: Wed Jan 11, 2006 5:58 pm Post subject: |
|
|
Joined: 18 Jan 2004 Posts: 386
|
hantarrr jgn tak hantar
oh jgn lupe
send jugak kpd pakdi
mintak die letak kat blog die
jeff ooi skali _________________ http://www.adzakael.com |
|
Back to top |
|
|
Jeff |
Posted: Wed Jan 11, 2006 8:40 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 02 Oct 2004 Posts: 551 Location: Land of the Head Hunters
|
good work daniel..with you all the way. |
|
Back to top |
|
|
Scumgrief |
Posted: Wed Jan 11, 2006 8:54 pm Post subject: |
|
|
Joined: 02 Mar 2004 Posts: 744
|
I just realized, this song is really appropriate right now, more than ever...
Sepultura:Propaganda
Why don't you get a life and grow up
Why don't you realize that you're fucked up
Why criticize what you don't understand
Why change my words, you're so afraid
You think you have the right to
put me down
Propaganda hides your scum
Face to face you don't have a word to say
You got in my way, now you'll have to pay
Don't, don't believe what you
see
Don't, don't believe what you read
No!!!
I know my ways, I'm here to stay
I didn't start all this yesterday
I'll prove you wrong all the way
Life teaches me you're always alone
Don't, don't believe what you
see
Don't, don't believe what read
No!!! _________________ Can you feel the groove? |
|
Back to top |
|
|
Scumgrief |
Posted: Sat Jan 14, 2006 4:54 pm Post subject: |
|
|
Joined: 02 Mar 2004 Posts: 744
|
Is it a small victory? The article no longer exists at Teras Melayu!!!! _________________ Can you feel the groove? |
|
Back to top |
|
|
adzakael |
Posted: Sun Jan 15, 2006 9:50 pm Post subject: |
|
|
Joined: 18 Jan 2004 Posts: 386
|
Quote: | B Harian (Edisi Timur) - 13 Jan 2006
Seminar bincang penularan ajaran sesat, black metal
KUALA TERENGGANU: Persatuan Pelajar Usuluddin Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) akan menganjurkan seminar bagi membincangkan kepincangan masyarakat, termasuk penularan ajaran wahabi, ajaran sesat dan black metal.
Seminar Kebangsaan Kefahaman Tasawuf Nusantara itu akan diadakan pada 13 Februari ini di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kusza dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
Pengarah program, Mohd Rashidi Wahab, berkata seminar itu diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cabang ilmu tasawuf yang menjadi salah satu panduan hidup masyarakat.
"Seminar sehari yang julung kali dianjurkan ini dijangka dihadiri 700 peserta termasuk dari Brunei, Thailand, Singapura dan Indonesia," katanya pada sidang akhbar di kolej itu, baru-baru ini.
Antara ahli panel yang akan membentangkan kertas kerja ialah Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Islam Kusza, Dr Abdul Manam Mohammad; Dr Muhd Uthman El-Muhammady (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia); Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa; pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah UKM, Dr Sulaiman Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (Pengkaji), Wan Shaghir Wan Abdullah.
Mohd Rashidi berkata, antara topik menarik yang akan dibincangkan ialah Konsep Tasawuf Menurut Kacamata Ahli Sufi, Penerapan dan Pelaksanaan Tasawuf Dalam Kehidupan Masa Kini dan Cabarannya serta Kitab Al-Hikam dan Pengaruhnya dalam Pengajian Tasawuf di Malaysia.
Peserta luar negara dikenakan bayaran RM200 manakala peserta tempatan RM100 dan pelajar RM50.
Orang ramai yang berminat menyertai seminar itu boleh menghubungi Urus Setia Seminar Kebangsaan Kefahaman Tasawuf Nusantara di Kusza atau Mohd Redhwan Nordin di talian 017-9750548 atau e-mel tasawwuf_nusantara@yahoo.com. sebelum 3 Februari ini. |
sape2 duduk kat Seberang Takir nu,gi lah nengok seminar Black Metal ni.
guane wahabi pong buleh jakdi se-geng ngang ajarang sesak ni? |
|
Back to top |
|
|
|
|