back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3, 4  Next
 MINYAK NAIK LAGI : Kerajaan Zalim? « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
IZZI
PostPosted: Tue Feb 28, 2006 2:34 pm    Post subject: MINYAK NAIK LAGI : Kerajaan Zalim? Reply with quote



Joined: 11 Dec 2004
Posts: 3447
Location: Melbourne, Australia

Harga minyak naik lagi hari ni. Kenaikan minyak mmg membebankan kita. Yang jadi masalah utama dan apa yang kita paling tak suka hadapi bukanlah harga minyak yang naik 30sen tu, tapi semua benda yang berkaitan dgn minyak pun turut naik. Dari harga ikan bilis sampai la ke charge perkhidmatan, kemungkinan sangat besar akan naik punya. Duit kita dah jadi kecil nilainya. Itu lah point utama kenapa orang tak suka bila minyak naik.

Tapi kita sepatutnya faham beza antara "harga minyak telah dinaikkan" dengan 'harga minyak telah naik'. Kita dah cukup dewasa untuk faham benda2 macam ni. Kita tak boleh blame kerajaan(tak kiralah sesiapa pun memerintah) sebab kita sebenarnya masih belum pernah membayar 'nilai sebenar' harga minyak. Kalau nak jadi lebih adil, kita cukupkan maklumat(basic info pun ok) dan baru buat kesimpulan sebab kalau maklumat tak cukup, ditakuti kesimpulan kita mungkin tak adil.

PUNCA MINYAK NAIK

Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah naik mendadak di pasaran dunia. Daripada AS$19 setong pada 1993 kepada AS$31 pada 2003, kira-kira AS$51 pada Oktober 2004 dan sekarang dah melebihi AS$60 setong. (Sebab tu korang kata zaman Dr. Mahathir minyak tak naik dan zaman Pak Lah asik naik).

Punca utamanya:

- Permintaan hampir sama dengan bekalan menyebabkan pasaran jadi tertekan .(PERMINTAAN: 82.5 juta tong sehari pada tahun 2004, BEKALAN : 83.0 juta tong sehari). dan permintaan masih terus meningkat!

- Punca permintaan meningkat sebab pertumbuhan ekonomi, pertambahan jumlah kenderaan dunia dll. (Kita pun boleh check statistik pendaftaran kenderaan baru di Malaysia - mmg peningkatan ketara! )

- Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC seperti Iraq, Nigeria dan Venezuela.(Iraq pembekal minyak Ke-2 terbesar dunia tp peperangan la pulak).
- Kegiatan spekulasi harga minyak.

Negara kita menghasilkan minyak tapi apasal harga minyak kat Malaysia pun naik?

Walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak, Malaysia bukan ahli OPEC. Malaysia bukan negara pengeluar minyak yang besar.

Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan kita.

Jika berlaku kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, ia memberi kesan kepada harga produk petroleum seperti diesel, petrol dan gas memasak (LPG) di negara kita.


SUBSIDI PETROL

Subsidi adalah wang yang dibayar oleh Kerajaan kepada penjual petrol supaya rakyat tidak perlu membayar harga pasaran petrol yang sebenar. Subsidi merupakan bantuan dari kerajaan untuk meringankan beban kepada pengguna.

Tanpa subsidi kerajaan ni, harga sebenar petrol ialah melebihi RM2.50 seliter. Sebenarnya, bila kita beli seliter petrol premium di Semenanjung Malaysia, Kerajaan telah membayarkan untuk kita sebanyak 82.82 sen. 58.62 sen dalam bentuk pengecualian cukai jualan dan 24.20 sen dalam bentuk subsidi. (fakta 2005)

SEKARANG KERAJAAN TAK MAMPU TOLONG BEGITU BANYAK LAGI

Harga minyak dunia terus naik dan naik. Jumlah tangungan kerajaan terhadap minyak ni pun semakin besar semata2 untuk meringankan beban rakyat. Pada tahun 1993, kehilangan hasil adalah RM190.8 juta sahaja tetapi meningkat kepada RM2.6 bilion pada tahun 1999 dan terus meningkat kepada RM7.9 bilion pada tahun 2005. RM7.9 bilion setahun semata2 untuk meringankan beban rakyat.

Kenapa tak mampu?

Apabila jumlah subsidi meningkat, jumlah wang yang ada untuk pembangunan lain akan berkurangan.

Kerajaan berpendapat, subsidi menguntungkan orang kaya yang memiliki banyak kereta berbanding orang miskin yang mempunyai motosikal. Ini tidak adil untuk keseluruhan rakyat. Jadi, lebih baik kalau wang yang digunakan untuk subsidi ini dipakai untuk tujuan-tujuan lain yang lebih menguntungkan rakyat secara jelata seperti meningkatkan kualiti pendidikan dan kesihatan untuk seluruh rakyat.


Apa yang kita sebagai rakyat perlu buat?

Kita kena sedar, dalam masa 19 tahun lagi, tiada setitik minyak pun akan dapat dikeluarkan dari bumi atau dasar laut Malaysia. Oleh itu, kita perlu menggunakan hasil petroleum ini dengan berhemat. Kita mesti mencari jalan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dan memainkan peranan menggunakan hasil minyak hari ini untuk tujuan yang produktif. Kita mesti berjimat cermat, jangan membazir dan mencari sumber tenaga alternatif seperti biofuel. UPM dan UTM tengah rancak buat penyelidikan tentang biofuel. Peruntukan duit pun banyak.

Peniaga, pedagang dan pengusaha pula perlu bersikap patriotik dan tidak mengkhianati orang ramai dengan menaikkan harga barangan atau jualan sewenang-wenangnya menggunakan alasan minyak naik.


Apakah pilihan yang Kerajaan ada utk menangani kenaikan harga petroleum?

1. Mengekalkan harga runcit petroleum walaupun harga pasaran antarabangsa naik. Ini bermakna keseluruhan kenaikan harga produk akan dibiayai oleh Kerajaan melalui peningkatan bayaran subsidi serta kehilangan hasil cukai. Jurang antara harga pasaran dengan harga subsidi juga akan semakin luas. Peningkatan subsidi dan kehilangan cukai bererti semakin kurang peruntukan dapat disediakan untuk tujuan pembangunan negara dan Kerajaan akan berdepan dengan masalah kewangan yang kritikal dan berisiko bengkrupsi.

2. Menghentikan subsidi dan menarik balik pengecualian cukai dan membiarkan harga naik sehingga mencerminkan harga. Dengan ini tiada lagi jurang antara harga pasaran dan harga subsidi. Jadi pengguna akan menanggung keseluruhan kenaikan harga tersebut. Beban sepenuhnya akan dirasai oleh semua pengguna produk petroleum. Kerajaan dapat menjimatkan wang yang banyak untuk membiayai projek pembangunan dan rakyat perlu membayar harga pasaran produk petroleum. Kalau begini, Kerajaan mungkin dituduh keterlaluan dan dianggap zalim terhadap rakyat.

3. Berkongsi. Menaikkan harga sedikit seperti keadaan sekarang. Jurang di antara harga pasaran dan harga subsidi dapat dikurangkan. Ini bererti sebahagian kenaikan dipindahkan kepada pengguna dan sebahagiannya ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi. Kenaikan harga secara sederhana tidak akan memberi kesan mengejut kepada rakyat dan memberikan ruang untuk rakyat dan pengguna membuat penyesuaian sewajarnya dalam perbelanjaan mereka. Tanggungan subsidi juga dapat dijimatkan dan penjimatan itu dapat membiayai perbelanjaan lain yang lebih produktif seperti pendidikan dan kesihatan rakyat.

Kerajaan memilih pendekatan yang ke-3. Jadi, BENARKAH KITA DIZALIMI KERAJAAN?
_________________
Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com


Last edited by IZZI on Thu Apr 06, 2006 1:08 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
deadzid
PostPosted: Tue Feb 28, 2006 3:09 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 13 Feb 2004
Posts: 3891
Location: Shah Alam

Zalim? i don't think so... kita je yg tak tau nak bersyukur dgn bantuan kerajaan.. (opps aku bukan pro atau anti kerajaan.. neutral).

cuma mereka2 yg mengambil kesempatan atas kenaikan harga minyak ni yg zalim.. dulu mi goreng kat pasar malam RM1.50 je.. tetiba skarang nih naik sampai RM3.00 sebungkus! diaorang goreng mi tu pakai petrol ke?
_________________
> facebook
> youtube
> my-mic
> mockspecial.com
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
omarjamaludin
PostPosted: Tue Feb 28, 2006 3:12 pm    Post subject: Reply with quote

Site Admin
Site Admin

Joined: 18 Feb 2004
Posts: 2615
Location: Tmn Melawati

aku rasa instead naikkan 30 sen setahun boleh la naik kan 10 sen setiap 4 bulan ke...tapi kita patutnya still takleh komplen cos kita bayar harga minyak subsidi..kalau kat US harga minyak tiap2 hari berubah ikut demand sebab tak subsidized
_________________
my photoblog - http://sigemok.blogspot.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website MSN Messenger
GryMlock
PostPosted: Tue Feb 28, 2006 4:23 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

yeap. penat sial nak tukar signboard harga tu! dah la tinggi. hehe

but mmg tak boleh tahan la bila minyak naik, semua mender naik. terasa siut. especially bagi orang2 cam gua ni yg bulanan mmg ngam2 jek.
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
deadzid
PostPosted: Tue Feb 28, 2006 4:54 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 13 Feb 2004
Posts: 3891
Location: Shah Alam

hmm ini mcm kalu, aku terpaksa kembali ke zaman mat rempit la! haha gi keje naik motor lak.. penat siut!
_________________
> facebook
> youtube
> my-mic
> mockspecial.com
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
IZZI
PostPosted: Tue Feb 28, 2006 6:17 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 11 Dec 2004
Posts: 3447
Location: Melbourne, Australia

deadzid wrote:
Zalim? i don't think so... kita je yg tak tau nak bersyukur dgn bantuan kerajaan.. (opps aku bukan pro atau anti kerajaan.. neutral).

cuma mereka2 yg mengambil kesempatan atas kenaikan harga minyak ni yg zalim.. dulu mi goreng kat pasar malam RM1.50 je.. tetiba skarang nih naik sampai RM3.00 sebungkus! diaorang goreng mi tu pakai petrol ke?


hahha.. mmg betul zid.. naik harga sampai tak masuk akal. So ko punya Looper Pedal nak naikkan berapa ringgit beb? huhuuuuuuuuuuuuuuuu!
_________________
Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com
Back to top
View user's profile Send private message
GryMlock
PostPosted: Tue Feb 28, 2006 10:03 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

haha
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
cartman, eric
PostPosted: Tue Feb 28, 2006 10:39 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 05 Jan 2006
Posts: 491

zid: bai bile pindah umah..??
_________________
"Jean Claude Van Damme is back. In the same crap you've seen over and over, and over again"
Pablo Franscisco stand up routine
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Jeff
PostPosted: Wed Mar 01, 2006 12:49 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 02 Oct 2004
Posts: 551
Location: Land of the Head Hunters

ade a few documentaries yang cite how bende ni semua berkait..something like satu burger = 2 tong minyak, satu computer = 10 tong minyak. This takes into account into production of that item; pengangkutan(minyak), pesticide(minyak), mesin2 kene pakai(runs on minyak), plastic2 digunakan(gune minyak) etc and talks about the imbalance in production of things we take for granted since we are an oil dependent society. Seram juga ah tengok as they predict oil exports can only last a little over 20 years becos from then on, production wont be economically viable anymore since it will be too expensive to produce by then ...watch 'The End Of Suburbia" or other peak oil documentaries...seram siot. The world as we know it will end once oil production stops...

now, the last remaining oil reserves are at?
and american forces are at?
and the largest consumer of oil are?

go figure.
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
Scumgrief
PostPosted: Wed Mar 01, 2006 7:33 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 02 Mar 2004
Posts: 744

Kerajaan bukan zalim sebab naikkan harga minyak... diorang selalu cakap yang harga kita masih termurah kecuali di brunei, tapi diorang sedar tak harga kereta kat Malaysia antara yang paling mahal kat dunia... Time-time macam nilah diorang kena hapuskan/turunkan cukai kereta, apataknya kancil pun dekat RM30 000, gila ke apa. Kalau orang jepun datang sini tengok harga kereta macam tu, memang kena bagero sekali... haha
_________________
Can you feel the groove?
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
Scumgrief
PostPosted: Wed Mar 01, 2006 7:41 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 02 Mar 2004
Posts: 744

Lagi satu yang aku namapak kerajaan ni sebok kata nak mengatasi kesesakkan lalulintas kat KL ni, sepanjang dah dekat 8 tahun aku duduk kat KL ni, aku tengok makin teruk adala...

LRT, Komuter tu semua tak berguna sebab feeder bas takde/ tak pergi semua tempat. Kalau ada pun basnye jarang-jarang dan kalau nak tunggu kalau tak atleast 40 minit tunggu tak sah. SO kalau ko nak naik tren pergi kerja, ko nak kena ada kereta dulu, lepas tu parking kat LRT tak cukup, bayar mahal... kalau dah dapat naik tren pun, tren tu pun jarang-jarang/pendek pulak tu, nak tren macam naik bas mini, except lagi penuh tak ingat, berhimpit sana-sini. Dulu STAR LRT elok-elok dia buat 6 koc, dia pegi pendekkan jadi 4 koc je. Lepastu bila dah sampai stesen, ko tunggu la lagi 30 minit nak dapat bas nak pegi tempat kerja ko tuh. Mana la orang nak naik LRT. Pastu Samy Vellu pun buat highway, lepas tu kutip tol lagi, yang kenyangnye sapa, Samy Vellu dan sedara-mara nya lah jugak....
_________________
Can you feel the groove?
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
deadzid
PostPosted: Wed Mar 01, 2006 10:07 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 13 Feb 2004
Posts: 3891
Location: Shah Alam

IZZI wrote:
So ko punya Looper Pedal nak naikkan berapa ringgit beb? huhuuuuuuuuuuuuuuuu!

ehh bukan ke aku dah sub kat ko projek2 looper nih? hehe so it's up to you la nak up berapa RM, tp ko kena tanya sama client2 aku dulu la, depa agree ke tak heheh...

cartman, eric wrote:
zid: bai bile pindah umah..??

last saturday & sunday pindah puncak alam.. penat siut... banyak pakai RM.. tu yg tgh tension ni bile dgr cerita pasal minyak naik harga! huhu..

minyak kereta aku dulu boleh isi full tank RM60... skarang ni, hek eleh... meter tu nak sentuh takuk "full" pun payah... rumah aku blom ada tv, handphone pon takde network! so pagi tu masa aku gi isi minyak, aku heran apsal la aku isi minyak rm60 tapi tak penuh tank ni.. hahaha... susah betul kalau terputus hubungan dgn dunia luar..

kena beli kereta2 yg save minyak la camni, kan Daniel? hehe MyVi or Ridzi's Savvy..
_________________
> facebook
> youtube
> my-mic
> mockspecial.com
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
Scumgrief
PostPosted: Wed Mar 01, 2006 10:28 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 02 Mar 2004
Posts: 744

MyVi aku seminggu dua ni dapat la!!! hehehe
_________________
Can you feel the groove?
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
omarjamaludin
PostPosted: Wed Mar 01, 2006 10:49 am    Post subject: Reply with quote

Site Admin
Site Admin

Joined: 18 Feb 2004
Posts: 2615
Location: Tmn Melawati

aku rasanye akan sentiasa memakai kancil 1998 aku ni sampai tak leh jalan la gamaknye
_________________
my photoblog - http://sigemok.blogspot.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website MSN Messenger
GryMlock
PostPosted: Wed Mar 01, 2006 11:25 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

saya pun
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page 1, 2, 3, 4  Next Page 1 of 4

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group