Author |
Message
|
adzakael |
Posted: Sun Apr 23, 2006 3:42 pm Post subject: Black Metal Jawa? |
|
|
Joined: 18 Jan 2004 Posts: 386
|
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20060423111943/Article/indexm_html
Quote: | Dalang Black Metal Jawa
Oleh SAIPUL ADLI MOHAMAD
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dikenali sebagai Dhani, dipercayai menjadi orang kuat atau dalang penubuhan dan perhimpunan beberapa kumpulan ala ‘Black Metal’ yang dianggotai pekerja asing warga Indonesia di bandar raya ini, sejak beberapa bulan lalu.
Siasatan polis juga mendapati, selain Kadal, terdapat empat lagi kumpulan yang ditubuhkan berasaskan kampung asal mereka di Indonesia atau kecederungan terhadap muzik tertentu.
Empat kumpulan itu dikenali sebagai Gloos, Almojo, Slank serta Memden dan semua pengikutnya berkumpul di kawasan sekitar dan bawah jambatan di Batu 5, Tampoi, pada setiap hujung minggu.
Menurut sumber, Dhani yang juga warga Indonesia berusia dalam lingkungan akhir 30-an. Dia dipercayai pernah lari daripada majikannya di Ipoh, Perak, dua tahun lalu sebelum berhijrah ke bandar raya ini dan menjalankan perniagaan pakaian terpakai (bundle).
“Polis percaya Dhani memiliki motif tersendiri berikutan tindakannya menghimpun pekerja kilang warga Indonesia berusia 20-an yang kebanyakannya berasal dari Jawa Timur. Dia kini menghilangkan diri selepas menyedari diburu pihak berkuasa dan usaha mengesannya masih dilakukan,” kata sumber itu.
Dalam satu operasi di sekitar Tampoi minggu lalu, polis mengesan kewujudan kumpulan ala `Black Metal' digelar Kadal dengan menonjolkan imej ganas dan jalanan yang dipercayai wujud sejak beberapa bulan lalu.
Kumpulan itu yang dianggotai ahli di kalangan etnik Jawa saja menggunakan logo selipar berdarah yang ditusuk paku dan tulisan dalam bahasa Jawa ‘Teplek Ndeso’ (bermaksud selipar kampung).
Mereka mudah dikenali kerana memakai baju-T hitam lengkap dengan logo mereka serta tulisan ‘Indahnya Persaudaraan’. Bahagian hadapan baju mereka pula tertera lambang salib terbalik dan terselit di tengahnya gambar selipar.
Biarpun berselindung di sebalik hasrat berkongsi suka duka mencari rezeki di perantauan, imej ganas dan jalanan dengan berbaju hitam serta kegemaran berhibur sambil meminum arak di tempat awam, mula merimaskan masyarakat tempatan.
Menurut sumber, kelima-lima kumpulan itu menghimpun pengikut di kalangan etnik Jawa sahaja dan apabila berkumpul, jumlahnya boleh mencecah 150 hingga 200 orang.
“Semua pengikut kumpulan itu berusia 20-an dan memakai baju hitam tetapi dengan logo berbeza mengikut kumpulan masing-masing. Ia sudah lama dikesan tetapi tidak besar. Cuma kebelakangan ini, nampak semakin berkembang.
“Difahamkan, pengikut kumpulan itu ada penaja masing-masing dan kebiasaannya rakan sekampung. Jadi, penaja itu akan bawa pengikut masing-masing ke tempat itu pada setiap hujung minggu.
“Dari situ, mereka akan berkenalan sesama sendiri dengan pengikut yang dibawa oleh penaja dan kumpulan lain. Malah, setiap kumpulan memiliki ahli wanita berusia awal 20-an," katanya.
Menurutnya, mereka yang sebahagian besarnya pekerja kilang, datang ke lokasi perhimpunan itu dengan pengangkutan awam dari seluruh pelosok negeri termasuk Pontian, Kulai, Simpang Renggam, Kluang serta sekitar bandar raya ini.
Bagaimanapun, kata sumber itu, dalam operasi bersepadu membabitkan 55 pegawai dan anggota polis, Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Agama Johor (JAJ) serta Rela, Ahad lalu, seorang pengikut yang bekerja di Kuala Lumpur turut ditahan.
“Disebabkan hujan, kumpulan berkenaan berpecah membawa haluan masing-masing dan hanya beberapa anggota kumpulan Kadal saja ditahan untuk soal-siasat. Mereka tidak mengaku ada ketua kepada kumpulan besar itu.
“Mereka cuma memberitahu datang dengan penaja masing-masing dan berkenalan sesama sendiri di lokasi perhimpunan itu dengan tujuan mencari persaudaraan dan sama-sama berkongsi suka duka berada di perantauan.
“Bagi kita, kalau mahu buat perhimpunan dengan tujuan itu, bukan di situ tempatnya. Kita ada dewan dan boleh minta permit daripada pihak berkuasa, bukannya bukan berkumpul di tempat awam dengan melakukan aktiviti sendiri seolah-olah perhimpunan haram.
“Jadi, kita masih menyiasat motif penubuhan kumpulan terbabit kerana bimbang ia menjurus kepada kongsi gelap,” katanya.
©The New Straits Times Press (M) Berhad |
ok
what the f**k is this?
Black Metal Jawa?
sape sumber tu?how valid is the 'sumber's info?
then takkan psl salib terbalik,terus digelar Black Metal?
wartawan ni tak familiar dgn konsep anarki kot,ingat semua kumpulan MESTI ade ketua. _________________ http://www.adzakael.com |
|
Back to top |
|
|
ZiNK |
Posted: Sun Apr 23, 2006 10:35 pm Post subject: |
|
|
Joined: 08 Feb 2005 Posts: 815 Location: Setapak, KL
|
|
Back to top |
|
|
rg_x2n |
Posted: Sun Apr 23, 2006 11:06 pm Post subject: |
|
|
Joined: 17 Jan 2006 Posts: 868 Location: sg buloh, selangor
|
123, enough with this crap, both article and thread starter. |
|
Back to top |
|
|
GryMlock |
Posted: Mon Apr 24, 2006 12:49 am Post subject: |
|
|
Joined: 24 Nov 2003 Posts: 3699 Location: Agombak Ago go!
|
|
Back to top |
|
|
adzakael |
Posted: Mon Apr 24, 2006 3:20 am Post subject: |
|
|
Joined: 18 Jan 2004 Posts: 386
|
Quote: | 123, enough with this crap, both article and thread starter. |
huhu
tak bley la psl this room is dedicated to such things laaa
Quote: | kael, lepas ni diorang akan cari black metal bugis, banjar, boyan dan lelain |
haha tu la psl
to make things worse
its not even a salib terbalik pon kat baju tu
langsung tak bole dikategorikan sbg salib
penulis artikel ni mmg tak tau langsung psl Kristian punye Holy Cross
mungkin kalu ditanya beza antara Latin Cross dgn Greek Cross x leh nak jawab _________________ http://www.adzakael.com |
|
Back to top |
|
|
GryMlock |
Posted: Mon Apr 24, 2006 12:23 pm Post subject: |
|
|
Joined: 24 Nov 2003 Posts: 3699 Location: Agombak Ago go!
|
|
Back to top |
|
|
Agony |
Posted: Sat Apr 29, 2006 4:56 am Post subject: |
|
|
Joined: 09 Oct 2005 Posts: 42
|
mengarut tul laaa....tak abis-abis ngan crite takde makna ni. Memang mentaliti kelas dunia ketiga diorang ni semua. Berangan nak jadi negara maju tapi kepala otak tak sudah-sudah buruk sangka pada benda kecik macam ni. Kalau alim sangat dan betul-betul nak buat negara Islam kenapa nak bersekongkol guna sistem liberal barat lagi. Kadang-kadang aku pun keliru ngan pendapat surat khabar ni, sesetengah part diorang sibuk sangat nak jaga aqidah tapi bila masuk bab kepentingan poket diorang, tak pulak pikir halal haram, Islam ke tak. Memang dasar sikap orang munafik perangai diorang semua ni, bukan aje menyesatkan orang Islam tapi buat orang bukan Islam jadi bertambah meluat dengan orang Islam sendiri. Alim tak kena tempat....yg jadi mangsa orang kita jugak! |
|
Back to top |
|
|
Ridzi |
Posted: Sun Apr 30, 2006 7:23 pm Post subject: |
|
|
Joined: 06 Feb 2004 Posts: 2198 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
could not agree with you more bro.... |
|
Back to top |
|
|
|
|