|
TRUSS ROD ADJUSTMENT |
« View previous topic :: View next topic » |
Author |
Message
|
ultraman_cosmo |
Posted: Tue May 02, 2006 7:03 pm Post subject: TRUSS ROD ADJUSTMENT |
|
|
Mod Squad
Joined: 29 Oct 2004 Posts: 1665 Location: Mines resort city
|
TRUSS ROD ADJUSTMENT n Guitar neck GAP test
Senario permasalahan
- Guitar aku action string dah tinggi kenaper ader fret buzzing juga kat upper fret?
- Apasal guitar orang lain boleh lagi rendah tali tanpa ader fret buzzing.
- Bilanya aku perlu buat truss rod adjustment ne?
- Penting sangat ker nak buat truss rod adjustment ne?
Peringatan!
- Utk article ne, ia hanya lah sebagai basic idea tentang pekara trus rod adjustment.
- Sememangnya aku sendiri mengakui adalah bukan satu pekara yang mudah nak buat trus rod adjustment kerana melibatkan banyak aspek teknikal luar seperti keadaan fret, fret board, fret radius dan etc.
- Walau cam mana pun aku berbesar hati ingin bekongsi secara basic agar kita faham macam mana sebenarnya adjustment ne dilakukan.
- Terlalu ketat trus rod boleh merosakan kesempurnaan satu neck guitar.
- Boleh menyebabkan trus rod slot pecah, tred screw trus rod mati and neck jadi tak rata or kayu fret board pecah sebab tak leh tahan tension yang terlalu kuta dikenakan bila trusrod terlalu ketat.
- silap adjust memang boleh damage neck or fret board.
Aper kebendanya trust rod adjustment ne?
- trus rod adalah sebatang or beberapa batang besi metal yang ditanam dalam neck guitar. Selain dari pada kegunaannya utk menguatkan lagi struktur guitar ia berkebolehan utk melenturkan neck pada kedudukan paling bagus agar setiap fret yang ditekan memiliki feel yang terbaik. Ini terpulang kapada jenis permainan anda. Ada suka action yang rendah utk senang nak tekan note dan ader yang suka tinggi utk lebih sedap finger tone feeling.
- Ada bermacam macam jenis trus rod tapi utk penerangan ne, aku just refer to single modern trus rod yang kita adjust guna allen key or T dekat head stock.
- setelah trus rod adjustment baru lah guitar lebih mudah nak di mainkan… playable kata ong putih.
Jenis jenis trus rod just for pengenalan.
1. non-adjustable truss rod biasa utk guitar vintage dikala zaman tu belom ader teknologi bagus. They just know, masukan rod besi bagi kuatkan neck guitar.
2. single truss rod – I trust rod ut adjust kelenturang neck guitar. Kebanyakan guitar sekarang Ibanez, fender n guitar low end pun guna keadah ne.
3 . The dual action truss rod – yang boleh adjust melentur kan neck ke dalam or ke luar. Mangunakan dua rod yang saling melenturkan satu sama lain.
4. The double truss rod yang – sepasang trus rod single yang independent dalam satu neck. Biasanya utk guitar yang neck dia besar dan melibatkan tension oleh string yang tinggi macam 12 string or bass 5 6 string.
Kenali neck guitar anda?
- Sebelom nak buat trus rod adjustment ne, rasanya paling penting dulu kenali neck guitar anda.
- boleh disimpulkan kepada 4 jenis. sila rujuk gambarajah.
1. Up bow
- melengkung ke dalam. Biasanya dalam ne kan nenyebabkan action jadi tinggi terutamanya dekat fret fret pertengahan. Fret 5,6 n 7. Akan nyebabkan freet buzz kat fret tinggi seperti fret 20- 24.
2. Back bow
- ne tahap tak larat nak main… Semua fret akan buzzing.
3. Straight
- terlalu lurus tidak berapa bagus kerana akan nyebab string pd fret 1,2,3,4,5,7 terlalu rendah and menyebabkan low fret buzz
4. typical setup
- Adalah satu lengkungan neck guitar yang paling ideal. Tidak terlalu lurus dan ada sedikit gap.
- walo bagaimana pun lain guitarist lain lengkungan neck yang dia selesa. Tapi utk shredder yang kalo boleh semua note nak tekan mungkin paling rendah action without fret buzzing adalah pilihan anda.
- but blues biasanya lebih gemar action tinggi dan neck lengkong lebih skit.
-Sebelom kita masauk bab pekara rod adjustment aper kata kita belajar dulu cara nak check lengkungan neck.
Guitar neck GAP test.
- utk check check lengkungan neck
Step 1
- tuning guitar anda standard.
- anda perlukan kapo guitar.
- sisa-sisa potongan string gauge 0.008, 0.009 ,0.010 dan 0.015 kalou ada.
Step 2
- tekan jari pertama pada 1st fret. Atau anda boleh gunakan capo guitar pada fret 1.
Step 3
- tekan jari pada fret pertama dalam slot bolt neck. Seperti gambarajah dibawah.
- utk article ini aku tetapkan tekan jari pada fret 20 utk guitar 24 fret.
Step 4.
- pilih fret yang paling tengah tengah antara dua jari first fret dan fret 20.
- Pada fret 7.
- perhatikan GAP antara string dan fret wire.
Pemerhatian
- bila kedua dua tali di tekan pada fret 1 dan 20. perhatikan gap pada fret 7
- Gap yang paling baik adalah dalam lingkungan .010 inchi. Memang payah nak lihat dan ukur
- Biasanya utk tali satu E kecil, gap dia dalam 0.05 ker 0.08 adalah terbaik
- dan utk tali 6 biasanya dalam .008 ker .010.
- kes 1 : jika gap tu terlalu besar maksudnya neck guitar terlalu melengkung. Trus rod perlu diketatkan.
- kes 2 : jika tak ada gap langsong maknanya neck terlalu lurus atau melengkung kat luar. Trus rod perlu di longgarkan.
Pekara berbangkit.
- ada banyak ukuran khas utk setiap jenis guitar bagi value yang tepat utk gap itu.
- bagi aku, .010 adalah satu ukurun yang mudah aku ingat kerana aku sentiasa guna tali .010 utk guitar aku.
- panjang scale length seperti 24 inchi, 25 or 27 baritone memiliki value gap yang berbeza.
- semakin panjang neck biasa gap akan semakin tinggi… utk baritone 27 inchi neck, gap dia around .015 inchi manakala utk Gibson 24 inchi scale length adalah 0.004 inchi [hampir lurus].
- aku tak nak ceta pasal guitar bass, tapi dah semestinya lagi panjang neck maka makin besar sepatutnya gap lenglungan tu.
Kecik sangat cam mana nak ukur weiiii?
- ne persoalan biasa.
- .008, .009, .010, .015 adalah ketebalan gauge string guitar. Potong dan lebelkan ikut ukuran itk check gap between fret.
- utk gap 0.004 sememang lah payah nak nampak… takkan nak guna mikroskop kot… hehhehe.
- memadai lah kita nampak ada gap antara tali and fret 7 tapi ia lebih kecil berbanding kalo gauge 0.008 diseletkan dintara gap tu.
Trus rod adjustment.
- fahami keadah Guitar neck GAP test diatas dulu baru fikir cam mana nak buat trus rod adjustment plak.
- banyak pekara bersangkut paut dengan ceta nak adjust trus rod ne.
- Fret dressing adalah satu pekara yang paling penting sekali. Sebab ini sebenarnya memastikan ketinggian setiap fret adalah seragam. Without fret dressing yang bagus jangan harap boleh dapat lengkungan yang paling tepat.
- Fret board juga main peranan kerana sesetengah manufacture buat guitar tak kemas menyebabkan ketinggian fretboard tidak seragam. Ader guitar fret board nya terjongket kat fret fret akhir menyebabkan terpaksa action di tinggikan.
- utk Guitar neck GAP test kita tune semua tali tapi utk adjust trus rod aku syorkan longgarkan string utk kurangkan tension kepada neck guitar.
Step 1.
- buka cover trus rod.
- cuba bersihkan sarang labah labah maklumlah dah bertaun taun tak pernah bukak. Awas mungkin ader lipan or ular kat dalam… hehhehe.
- Bersihkan karat karat.
- Sembor dengan minyak anti rust seperti WD40. semborkan banyak sikit biar minyak meleleh kedalam.
- ini adalah supaya trusrod yang berkarat dan melekat pada neck guitar akan realease skit.
- So bila ketatkan trus rod nanti tak akan memecahkan kayu neck.
- longgarkan string supaya kurang tension dikenakan kat neck, just longgarkan jangan cabut.
- sediakan perkakasan nak pusing trus rod nyer socket.
Step 2.
- Paling penting adalah memandakan kedudukan rotation trus rod anda.
- gunakan pensel or marker.
Step 3
- keputusan utk melonggarkan or mengetatkan trus rod guitar adalah pekara setelah mengenali lengkukan neck guitar anda. Guitar neck GAP test
- jika guitar anda terlalu ‘up bow’ maka anda perlu ketatkan trusrod.
- jika terlalu ‘back bow’ maka anda perlu melonggarkan trus rod anda.
- pusing ikut jam adalah cara utk ketatkan trus rod dan lawan jam utk melonggarkannya.
- melonggarkan trus rod biasanya tak datangkan damage kepada guitar anda
- tapi mengetatkan trus rod keterlaluan boleh merosakan neck guitar anda.
- AWAS 2 kali pusingan trus rod adalah satu jarak yang terlampau besar.
- jangan ketuk trus rod anda. Kalo ianya ketat. Ne bukan bukak gear box daaaa.
- Setiap kali pusingan hanya dibenarkan 1/4 pusingan sahaja. Anda boleh mengulurnya 1/4 kerana tanda yang telah kita marking guna pensel atau marker tadi.
Step 4.
- tuning balik semua tali dan ukur lengkungan neck guitar.
- buat Guitar neck GAP test sekali lagi.
- jika masih ada banyak gap pada fret 7 maka kene ketatkan sekali lagi trus rod.
- jika GAP tiada maka perlu longgarkan trus rod.
Step 5
- ulang step 3 dan 4 sehingga gap pada fret 7 adalah dalam range yang di kehendaki.
- pastikan setiap ulangan hanya 1/4 pusingan sahaja utk ketatkan trus rod supaya tekanan yang berlebihan mudah dielakan.
- try main guitar tu and rasakan dia punya feel kat fret lower fret and upper fret.
Step 6.
- bila dah ok and lengkungan dah paling ok. Paling sedap nak main…
- then tutup trus rod cover.
- go for ader setup seperti pickup high adjustment, bridge setup, intonation dan sebagainya.
EXTRA
////new 23 may//////
Checking a Guitar Neck update 23 may.
- Ada 3 masalah utama utk kecacatan neck guitar.
- pastikan guitar yang anda beli tidak memiliki neck cam ne before anda mambayornya.
1. warp neck
- adalah lengkungan yang tak rata pada neck guitar. ia kelihatan semacam ada lengkungan dalam yang tak normal berbanding pangkal neck fret fret terakhir.
- masalah warping ne sebenarnya boleh di perbetulkan dengan cara rebuild balik neck .trus rod n fret board. Semestinya kene hantar kat tukang buat guitar.
- walo bagaimana pun effect warping boleh di mimimizekan jika adjust trust rod dengan betul.
-
2. twist neck
- ne bahasa kita panggil neck berbelit.
- Sebenarnya ini adalah pekara paling penting kene check before beli satu guitar. bukan just pastikan finishing ,neck lurus ker tak or sebagainya.
- neck berbelit ne biasa disebabkan pleh manufacture error, seperti kayu tak cukup kering atau cantuman fret board dan neck tak kemas.
- walo cam mana pun aku pernah terbaca, masalah twist ne juga boleh terjadi bila adjust trus rod terlalu ketat.
- problem ne di ketegorikan masalah besar kerana akan menyukarkan semua pekara lain seperti nut setting, intonation satting, bridge setting dan string action.
- awas guitar vintage yang kita beli ribu riban, kengkadang disebabkan tak jaga neck dengan baik boleh nyebabkan kita terbeli guitar dengan twist neck.
- aku pernah terjumpa error cam ne kat guitar made in china n indonesia.
3. gabungan keduanya.
- ayoo ne paling masalah, disyorkan buang laut jer neck tu.
- tak dapet pakcik nolong.
////////
Guitar nut action update 17 may
- setelah kita dah tau cam mana nak adjust truss rod, nut action adalah satu pekara yang patut dibuat selepas tu.
action nut terlalu tinggi.
- biasanya menyebabkan fret 1 susah benar nak di tekan.
- biasanya nyebabkan note pada fret 1 akan jadi sedikit sharp kerana tekanan lebih diperlukan utk tekan tali pada fret ne.
action nut terlalu rendah.
- biasanya fret buzzing pada open string.
Apa kah height yang paling sesuai utk ketinggian nut?
- Ada teory menyatakan ketinggian paling bagus utk nut adalah sama dengan ketinggian setiap fret.
- walau bagaimanapun ini terpulang kepada cara permanian kita juga.
- bagi mereka yang selalu guna open E or A string pada lagu yang banyak attack riff, mereka akan cenderung guna nut action yang tinggi.
- tapi setelah melihat banyak keadah nut action ne, aku dapati ketinggian nut paling bagus adalah lebih tinggi sedikit dari tinggi fret wire.
- keadah yang digunakan adalah hampir sama dengan Guitar neck GAP test tapi kali ini capo tiletakan pada fret 3. dan ukuran GAP adalah diantara tali dan fret 1.
- Jika tiada gap antara fret 1 dan tali maknanya action nut terlalu rendah.
- Jika terdapat gap antara fret 1 dan tali, gap nya sepatutnya sangat kecil.
- nilai gap utk tali 1E adalah dalam .004 - .008 sahaja.
- nilai gap utk tali 6E adalah dalam .006 - .010 sahaja.
- biasanya lebih kecil sedikit berbanding nilai gap utk neck bending.
- memang susah nak nampak gap tu, anda boleh cuba dengan mengetuk tali pada fret 2, jika kedengan bunyi click maknanya ada gap diantara fret dan tali.
- kengkadang adalah lebih baik bagi nut action utk tali 6 dan lima sedikit tinggi kerana kemungkinan utk tali besar buzzing dengan fret adalah lebih tinggi berbanding tali kecik.
- utk lagu lagu metal yang selalu guna open E string or open A, di syorkan action nut tinggi skit utk tali 5 dan 6 utk mendapatkan attack yang lagi kaw.
SOALAN
Kenape ada sedikit lengkungan lebih baik dari neck lurus?
- Pada neck lurus, kita akan dapati mudah berlaku lower fret buzzing kerana disebabkan apa bila kita tekan fret 1 contohnya, darjah kecondongan string berbanding fret kedua adalah kecik. DAn getaran tali semestinya lagi jauh dan lebar kerana tali lebih panjang. Jika ada sedikit melengkong, fret kedua akan berada sedikit kebawah sedikit berbanding fret pertama. Ini akan nyebabkan gap or ruang antara tali dengan fret kedua lebih jauh berbanding neck lurus dan ini akan dapat mengelakan dari pada fret buzzing. Nanti add the picture.
Apakah dengan lengkungan yang tepat, bolehkah action string di rendahkan lagi?
Jika dapat lengkungan yang bagus dan ditambah pula dengan fret dressing yang perfect akan myebabkan action boleh direndahkan tanpa berlaku fret buzzing. Walo bagaimana pun aku shorkan try bending note sebelom set action terlalu rendah. JIka sustain bending jadi pendek maknanya tali telah tersentuh fret dihadapannya. INi disebabkan fret board dan fret guitar ader radius tersendiri. Selagi besar fret radius biasanya sustain lagi tinggi berbanding radius yang kecik. So utk guitar fret radius yang kecik adalah tak begitu bijak utk rendahkan action string terlalu rendah.
Adakah gibson lespaul mempunyai lengkungan yang lebih berbanding guitar fender?
Utk guitar yang scale length pendek 24 biasanya ia lebih menghampiri lurus berbanding scale length 25 - 27. Neck guitar fender adalah lebih besar lengkungnya berbanding gibson less paul. Neck les paul boleh dikatakan menghampiri lurus dalam julat 0.004 fret gap test. Walo cam mana pun fret radius fender lebih kecik berbanding les paul.
keadaan mana sebenarnya paling bagus utk menyimpan guitar anda? update 17 may
1. sentiasa biarkan neck release tanpa tali apabila menyimpan guitar anda?
2 . Sentiasa letakan tali pada guitar anda pada tuning standard walo hanya utk menyimpan or display ajer.
- sebenarnya utk pekara diatas no 2 adalah paling tepat keadah memelihara ketegapan neck anda. Ini disebabkan mana mana kayu akan mengalami proses pengeringan dan mengeras dari masa ker masa. Jika anda sentiasa membiarkan guitar dengan tuning tali yang standard, neck guitar akan berada dalam lengkungan itu akan mengering pada kedudukan dengan tali tersebut. Manakala kedua dua kayu neck dan fret board pun akan mengering pada shape tersebut dan ini akan boleh membiasakan neck pada shape tersebut.
- jika guitar selalu without string, akan nyebabkan neck dan fretboard mengering dan mengeras pada kedudukan tanpa tali. Apabila kita kenekan tali nanti, kekuatan trus rod berbanding kayu neck telah berubah kerana neck dah lebih keras dan mengering. Jika kedua dua fret board dan neck adalah kering dan mengeras kemungkinan utk kedua duanya crack adalah tinggi kerana apabila kita kenakan tekanan oleh tali guitar yang kita install. pekara paling bahaya adalah bila fret board patah diantara fret wire, kita tak dapat tengok dengan mata kasar tapi akan boleh nyebabkan unknow resonance or
- tapi jangan risau, pekara cam ne hanya berlaku kalo kita tak install tali guitar bertahun tahun lamanya.
TIP to a great guitar
1. Buka tremolo punyer cover plastic kat belakang akan nyebab bunyi lebih best. Just wonder apsal banyak guitar hero bukak tremolo spring punya cover plat. macam tak percaya but it true.
2. kalo floyd rose selalu tak berada pada kedudukan asal dan berubah ubah kedudukan selapas main whammy bar. Akan menyebabkan tuning tali berubah or tuning lari. Try tambah satu spring lagi supaya floyd rose lagi stabil.
3. try check any skrew pada guitar, biasa nya jika ada sku yang longgar akan effect tone guitar kerana skru yang bergetar kan effect tone n susutain guitar. pastikan semua skru ketat.
4. gantilah nut plastic kepada bone nut.
5. gunalah cable guitar berkualiti.
6. string action utk electric guitar. jarak antara string dengan permukaan atas fret wire pada fret 12.
- tali satu = 3/64" or 1.2 mm
- tali 6 = 1/16" or 1.6 mm
Ne ada sedikit penerangan pasal string dan trusrod terhadap neck.
Persoalan yg biasa kita biasa dengar,
1. Perlukah remove or laonarkan trus tali kalo nak simpan guitar?
2. Adakah biarkan string pada normal tuning lebih baik berbanding remove tali kalo nak simpan guitar.
- Biasanya, kita akan dengar bermacam macam jawapan, maklumlah guitar hero ne kata cam ne, internet plak cakap macam itu, tukang guitar plak cakap macam ini. persoalan dia remove string ker atau stay in tune jawapan sebetulnya.
Ada bebrapa faktor yg menyebabkan kayu melengkong.
1. pengeringan yg tak serata pada setiap permukaan.
2. force yg dikenakan pada kayu.
3. struktur kayu berkaitan dengan urat, pangkal, dahan dan sebagainya.
Jika kita remove tali dan longarkan trus rod.
- katakan lah pada ketika remove string dan kita angaplah neck tu memeng betul betul lurus.
- boleh dianggap tiada force dari kuar yg dikenakan pasa kayu.
- dalam keadaan ne kayu still boleh bengkok.
- ini disebabkan faktor lain seperti ketebalan permukaan, struktur urat kayu, dan pengeringan permukaan yg tak rata.
- So neck tu boleh bengkok tanpa terkawal.
- maybe disebabkan struktur urat urat nya ia mungkin bengkok ke luar, or kedalam.
- dalam keadaan ini neck akan membengkok or melengkong disebabkan pengeringan tanpa kita boleh kawal.
- so ikut nasib la.
- persoalan dia kat sini adalah kita tak boleh nak hentikan pengeringan kayu tapi adakah kita boleh kawal proses kelengkongan struktur kayu tersebut.
Jika kita remove string jer.
- kalo ini akan ada tingal satu force iaitu trusrod.
- jika kita guna gauge yg besar, kebiasanya trus rod setupnya lebih ketat.
- dalam keadaan tanpa string. proses pengeringan kayu akan berlaku bersertakan sedikit force dari trusrod yg ketat.
- pengeringan + force dari trusrod yg ketat = akan menyebabkan neck bengkok ker luar atau kalo lebih bernasib malang, neck boleh twise.
Jika kita biarkan guitar dalam keadaan asal tanpa longgar trus rod dan remove string guitar.
- kalo ini terdapat 2 force 1. dari trus rod dan 2 dari string guitar.
- Dalam keadaan ini, neck guitar sentiasa berada pada kedudukan tetap kerana force dari string akan ballace force oleh trus rod.
- maksudnya neck nak melengkung ke dalam pun tak boleh dan nak melengkung kat kuar pun tak boleh.
- kedua dua force yg bertengangan both string dan trusrod akan menyebabkan proses kelengkungan neck ne terkawal.
- tapi walo bagaimanapun, neck mengalami bebanan lebih kerana 2 force tersebut. kita katakan neck ne stress.
- jika daya yg dikenakan itu terlalu besar, mean kayu neck tu tak cukup kuat utk menampung kekuatan kedua dua force tersebut, kemungkinan neck itu akan membengkok secara twist atau s.
- Lengkungan S adalah neck tu akan melengkong pada bahagian yg tak rata. kira macam terbonjol di bahagian tertentu.
- Twis pula kebiasanya disebabkan potongan kayu terhadap urat uratnya. Ini kita takan dapat tahu sebab kilang yg buat. Cara pemotongan yg betul adalah rahsia utama pembikinan guitar dan inilah yg membezakan harga mahal atau murah.
- dan sekiranya anda bernasib baik, lenturan neck tu tanpa masalah twist or S. Masih ada satu pekara lagi.
- Neck tersebut akan mengeras ikut lengkungan tersebut.
- akibatnya, pada ketika anda remove all string pun neck tersebut masih dalam keadaan melengkung.
1. Perlukah remove or laonarkan trus tali kalo nak simpan guitar?
2. Adakah biarkan string pada normal tuning lebih baik berbanding remove tali kalo nak simpan guitar.
So mana satu yg terbaiknya? keadah 1 atau keadah 2.
Jawapannya adalah KEADAH 3... hahhahahaahha.
- kita ambik konsep bagi lah less tension kat neck Dan pastikan pengeringan neck adalah terkawal
Keadah 3 - jangan adjust trusrod tapi longgarkan sikit semua string
- jangan adjust trus rod.
- longgarkan string pada tapi bukan longarkan abis.
- Kalo katalah guitar kita standard E tune, maybe kita Drop tune sampai C.
- mean kalo string E kita kendurkan sampai C note, string A dikendurkan sampai F dan seterusnya
- kalo guitar kita pakai tremolo or floydrose, once u longgar string, bridge akan tengelam.
- so anda perlu longgarkan balik skrew termolo supaya bridge berada macam kedudukan rata dengan body.
- pada masa ne korang kan nampak neck akan mula kurang lengkungnya berbanding pada standard tuning.
Kenapa?
- bila kita kurangkan tension string, neck akan dapat less tension.
- bila neck dapat less tension maka kemungkinan ut twist neck boleh dikurangkan.
- Tapi masih ada tension kecik yg kita kenakan pada neck, tujuan tension ne adalah supaya neck mengering pada kedudukan yg betul.
- neck tu takan dapat mengering lurus, atau cengkung, atau cembung kerana dia kena ikut the small tension dari string dan tussrod.
- ini kerana tension dari trusrod dan sedikit tension dari string, seolah olah memegang neck supaya tak mengering terlalu lurus or mengering tak terlalu melengkung.
- lengkungan yag kurang dari kengkungan standard tune adalah supaya neck tu mengering pada kedudukan tengah tengah antara lurus dan lengkung dhn standard tuning.
- ia kan memastikan neck tu sentiasa elastik, benda elastik ne dengungan akan lebih bagus.
P/s
Akan ditambah dan dikemas kini dari masa ker masa.
Gambar akan dimasukan dari masa ker masa...
- ader salah harap perbetulkan yerr...
- typo n spelling error pun sorry lah yer... hehhehe. _________________ Maiden, loudness, ACDC, black sabath, deep purple, jimmi and vinnie moore
And Now all jazz.
Last edited by ultraman_cosmo on Wed Apr 07, 2010 7:49 pm; edited 10 times in total |
|
Back to top |
|
|
rg_x2n |
Posted: Tue May 02, 2006 7:04 pm Post subject: |
|
|
Joined: 17 Jan 2006 Posts: 868 Location: sg buloh, selangor
|
now this is a cool thread... thanks! should be sticky IMO... |
|
Back to top |
|
|
ultraman_cosmo |
Posted: Thu May 04, 2006 3:47 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 29 Oct 2004 Posts: 1665 Location: Mines resort city
|
welcome. _________________ Maiden, loudness, ACDC, black sabath, deep purple, jimmi and vinnie moore
And Now all jazz. |
|
Back to top |
|
|
omarjamaludin |
Posted: Thu May 04, 2006 4:13 pm Post subject: |
|
|
Site Admin
Joined: 18 Feb 2004 Posts: 2615 Location: Tmn Melawati
|
aku dah set sticky..bagus benor article ni! kena suruh ajeep belanja kau makan he he he _________________ my photoblog - http://sigemok.blogspot.com |
|
Back to top |
|
|
Scumgrief |
Posted: Thu May 04, 2006 4:13 pm Post subject: |
|
|
Joined: 02 Mar 2004 Posts: 744
|
great info, tapi aku penah dengar orang kata leave your guitar to rest after making each quarter turn at least for 1 day.... _________________ Can you feel the groove? |
|
Back to top |
|
|
deadzid |
Posted: Thu May 04, 2006 4:24 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 13 Feb 2004 Posts: 3891 Location: Shah Alam
|
wahh menarik.. siap gambar semua..
Ajeep!! thread ni sugguh cantik dan presentable.. tak nak cop dia sbg mamat presentation ke? _________________ > facebook
> youtube
> my-mic
> mockspecial.com |
|
Back to top |
|
|
omarjamaludin |
Posted: Thu May 04, 2006 4:38 pm Post subject: |
|
|
Site Admin
Joined: 18 Feb 2004 Posts: 2615 Location: Tmn Melawati
|
dia kena taruk banner, pastu taruk tarikh yg silap..pastu banner tu takde masa kul berapa event tu..baru boleh digelar mamat presentation! haw haw.. off topic jap.. _________________ my photoblog - http://sigemok.blogspot.com |
|
Back to top |
|
|
ultraman_cosmo |
Posted: Thu May 04, 2006 4:41 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 29 Oct 2004 Posts: 1665 Location: Mines resort city
|
Dah disiapkan bulan lepas baru 2 3 hari tu ader free nak masukan...
Gambo aku celok dari web lah juga... cuma edit sikit. Wuang kuang kuang.
Next project aku nak buat pasal kayu and guitar plak.... _________________ Maiden, loudness, ACDC, black sabath, deep purple, jimmi and vinnie moore
And Now all jazz. |
|
Back to top |
|
|
deadzid |
Posted: Thu May 04, 2006 4:48 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 13 Feb 2004 Posts: 3891 Location: Shah Alam
|
hahaha sial omar...
anyway good job ultraman... err.. ko berani ke bikin truss rod adjustment ni? kalau ko konfiden, nak suruh ko adjust aku punya gitar.. _________________ > facebook
> youtube
> my-mic
> mockspecial.com |
|
Back to top |
|
|
ultraman_cosmo |
Posted: Thu May 04, 2006 5:00 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 29 Oct 2004 Posts: 1665 Location: Mines resort city
|
Sorry lah zif,
Aku ne biasa takkan menyempat masa nak buat. Lagipun biasa tak confiden buat guitar orang. Tak der lessen lagi. Tercalar karang meleleh...
Hali hali kerja 8am-12 midnight... rasanya geng geng lain pun tau. _________________ Maiden, loudness, ACDC, black sabath, deep purple, jimmi and vinnie moore
And Now all jazz. |
|
Back to top |
|
|
ultraman_cosmo |
Posted: Wed May 17, 2006 3:05 pm Post subject: |
|
|
Mod Squad
Joined: 29 Oct 2004 Posts: 1665 Location: Mines resort city
|
update today.
EXTRA
Guitar nut action dan soalan.
_________________ Maiden, loudness, ACDC, black sabath, deep purple, jimmi and vinnie moore
And Now all jazz. |
|
Back to top |
|
|
cartman, eric |
Posted: Wed May 17, 2006 7:33 pm Post subject: |
|
|
Joined: 05 Jan 2006 Posts: 491
|
ultraman_cosmo wrote: | update today.
EXTRA
Guitar nut action dan soalan.
|
yay... _________________ "Jean Claude Van Damme is back. In the same crap you've seen over and over, and over again"
Pablo Franscisco stand up routine |
|
Back to top |
|
|
huzai |
Posted: Wed May 17, 2006 11:49 pm Post subject: |
|
|
Angsakawan
Joined: 18 Nov 2004 Posts: 1731
|
|
Back to top |
|
|
GryMlock |
Posted: Thu May 18, 2006 12:02 am Post subject: |
|
|
Joined: 24 Nov 2003 Posts: 3699 Location: Agombak Ago go!
|
|
Back to top |
|
|
ZiNK |
Posted: Thu May 18, 2006 8:35 am Post subject: |
|
|
Joined: 08 Feb 2005 Posts: 815 Location: Setapak, KL
|
|
Back to top |
|
|
|
|
|
Goto page 1, 2, 3, 4 Next |
Page 1 of 4 |
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|
|