back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic
 GIG PICTURE & REVIEW ::: WE ARE GUITAR FREAKS (penang) ! « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
undefined
PostPosted: Wed May 17, 2006 5:58 pm    Post subject: GIG PICTURE & REVIEW ::: WE ARE GUITAR FREAKS (penang) ! Reply with quote



Joined: 08 Dec 2003
Posts: 1301
Location: gelogor, penang, malaysia

Rock n Roar Series Church Street 2006 ialah satu siri 12 gig yang diadakan di Church Street Cafe, Lebuh Gereja, Pulau Pinang. Bermula dari April 2006 hingga September 2006, sebanyak 8 gig dan 4 gig tribute akan diadakan bertujuan untuk menaikkan semula independent music scene yang malap terutama di Pulau Mutiara ini.

WE ARE GUITAR FREAK termasuk dalam siri ini. Pada 14 May 2006, jam 8:15 malam, gig dimulakan dengan sebuah kumpulan Silent Panic. Mereka yang membawakan genre grunge dan rock begitu bersemangat memainkan lagu-lagu sendiri, walau kehadiran pengunjung tidak begitu memuaskan pada mulanya. Pujian harus diberikan kepada setiap ahli kerana memberi persembahan yang baik.



Seterusnya kumpulan progressive rock penang, Poseidon mengambil tempat. Mereka juga membawakan lagu-lagu baru yang lebih bervariasi dan lebih experimental khusus untuk gig pada malam itu. Walaupun tanpa vocalist utama, tevan yang sedang menduduki peperiksaan, poseidon berjaya menghangatkan suasana dengan mengundang Tam (blind tribe) sebagai vocalist untuk sebuah lagu dari Audioslave. Syabas kepada mereka kerana membuatkan pengunjung terhibur dengan aksi lincah mereka.



The Internet Record Store (TIRS), satu nama yang agak unik untuk sebuah kumpulan muzik. Hanya dianggotai oleh 2 anak muda yang kreatif, mereka membawakan lagu2 dengan gaya yang tersendiri, dibantu oleh drum program, TIRS membuatkan pengunjung asyik dengan gaya selamba yang alunan muzik indie rock mereka. Sungguh terhibur!



Tibalah giliran guitar hero penang, Kelvyn Yeang & Ocean of Fire untuk beraksi. Disebabkan pemain bass yang tidak dapat bersama, maka pemain gitar kedua terpaksa bertukar ke posisi bass. Namun begitu, persembahan mereka tetap hebat dan memberangsangkan. Beberapa lagu instrumental dimainkan dengan penuh skill dan kreatif, berjaya memberikan kepuasan kepada semua yang hadir. Tepukan gemuruh diberikan kepda Kelvyn dan geng atas persembahan mereka.



Gig di teruskan dengan kumpulan Two Question. Mereka dianggotai oleh 6 orang termasuk 2 orang vocalist. Membawakan genre rap rock dan alternative rock, mereka membuatkan pengunjung terhibur. Lagu cover dari staind yang dibawakan membuatkan semua menyanyi bersama, menggamatkan Church Street Café pada malam itu.



Hui Si De Dai pula mengambil tempat dengan lagu-lagu ambience dan juga space rock yang begitu emosi dan mengasyikkan. Penonton terhibur dengan kesungguhan kumpulan ini dengan vocalist yang begitu emosi dan semua ahli kumpulan yang kreatif. Mereka baru sahaja membuat persembahan di KLPac sehari sebelum gig ini. Syabas diucapkan kepada Hui Si De Dai.



Band terakhir untuk gig ini membawakan genre fusion metal, ialah Predicate Not Defined. Mereka memulakan persembahan dengan lagu-lagu dari EP terbaru mereka dengan penuh semangat. Mereka juga berjaya membuat penonton asyik dengan sebuah lagu experimental campuran grunge dan irama keroncong (unspecified song). Suasana menjadi meriah apabila lagu cover dari Kelly Clarkson dimainkan. Di tambah dengan jemputan untuk tam sebagai vocalist untuk lagu Seek N Destroy dari Metallica. Predicate Not Defined mengakhiri persembahan dengan lagu mereka sendiri, A Matter Of Killing The Band.

Satu kejutan diberikan untuk pengunjung di mana kumpulan peseidon dan tam sekali lagi mengambil pentas untuk sessi jamming. Mereka membawakan dua lagu cover iaitu Black Hole Sun dari Soundgarden dan Coachies dari Audioslave. Tam berjaya menghidupkan suasana larut malam itu dengan aksi agresifnya yang tersendiri.



Gig berakhir pada pukul 12:30 tengah malam. Syabas diucapkan kepada organizer kerana membawakan kumpulan-kumpulan muzik yang kreatif, berkualiti dan menghiburkan. Syabas juga kepada Church Street Café terutama Mr Yeap dalam menyediakan satu tempat untuk para pemuzik indie mengekspresikan karya mereka tanpa sebarang halangan. Harapan agar aktiviti ini dapat diteruskan dengan lebih berjaya.
_________________
http://www.facebook.com/pages/PREDICATE-NOT-DEFINED/78606712588
http://www.myspace.com/azwimusic
http://amp.channelv.com/azwimusic
Back to top
View user's profile Send private message
alfie
PostPosted: Wed May 17, 2006 9:14 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 04 Apr 2006
Posts: 25

Syabas beb! gua suka sgt tengok gig dalam venue kecik...boleh dikatakan mood lagi intim antara band dgn crowd hmm...gua rase cam kenal jer mamat bassist dari TIRS...hmm..anyway syabas!
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
undefined
PostPosted: Fri May 19, 2006 4:24 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 08 Dec 2003
Posts: 1301
Location: gelogor, penang, malaysia

thanks... jgn risau ada banyak lagi gig kat situ lepas ni... pls come and support okay
_________________
http://www.facebook.com/pages/PREDICATE-NOT-DEFINED/78606712588
http://www.myspace.com/azwimusic
http://amp.channelv.com/azwimusic
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Page 1 of 1

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group