Posted: Thu Aug 24, 2006 5:32 pm Post subject: Aku dan merdeka...
Joined: 05 Dec 2003 Posts: 2289 Location: Kuala Lumpur
nah ni pantun aku... boring punye pasal... selamat menyambut merdeka!!!
Aku luahan dan ekspresi
Ia akan terus kekal asli
dan komersial tidak terjadi
kecuali dihalalkan dan didengari
Kongkongan minda menjadi-jadi
Kita terus berhalusinasi
Sistem bagai tidak berfungsi
Luahan terus menjadi fantasi
Revolusi perlu di kecapi
Mengatasi kebanjiran dewa dewi
membawa maksud yang disalah erti
tetapi terus dihargai
Mengeluh bukan satu alasan
Aku bangkit untuk pembalasan
terlajak kata memberi kesedaran
untuk nafikan segala tohmahan
Keegoaan menjadi teras
Membangkitkan semangat lebih deras
Luahan menjadi pentas
bersama ideologi yang bebas
Sudah merdekakah kamu?
Menuntut tidak ke halatuju
Hanya dengan niat yang satu
Untuk kepentingan dirimu
Tiada beza aku dan kamu
Kita dicipta tuhan yang satu
Walau perjalananmu berbatu-batu
Cuma genggaman tangan pesananku
Kerana aku bukan kamu
takut untuk bersusah dahulu
terus menjilat demi perutmu
mungkin inilah darahku!!! _________________ Entwistle custom guitar pickups - Click here!
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum