Author |
Message
|
huzai |
Posted: Thu Jun 05, 2008 6:09 pm Post subject: Karyawan Muda |
|
|
Angsakawan
Joined: 18 Nov 2004 Posts: 1731
|
Biro Karyawan Muda, yang ditubuhkan dengan rasminya pada 25 Mac 2008, bertujuan menyatukan kesemua artis di bawah satu payung ke arah masa depan yang lebih kukuh di dalam industri hiburan. Rancangan seperti ini telah lama dinantikan oleh penyanyi, penari, pelakon, pelawak, pemuzik, kumpulan vokal, komposer, penulis lirik dan sebagainya.
Selain dari menjadi suara bersatu kesemua artis dalam industri, Biro Karyawan Muda ini ditubuhkan untuk menjadi pemangkin dalam menyediakan tunjuk ajar untuk golongan artis tanahair yang baru meningkat, tanpa mengira bangsa atau umur, untuk menjadi lebih berpengetahuan dalam hak asasi mereka. Biro ini juga akan menengahkan isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh golongan artis baru, seperti isu kontrak, isu peribadi, isu pengurusan dan macam-macam lagi. Biro ini juga akan menjadi pusat informasi dan nasihat untuk isu-isu berkaitan dengan media dan persembahan, serta menjadi pusat perunding imej untuk penampilan yang sesuai demi menolong melangkahkan industri hiburan Malaysia setapak ke hadapan.
Jika anda tergolong dalam kategori artis yang mula berkecimpung di dalam industri mahupun yang baru hendak berjinak-jinak di dalam industri hiburan tanahair, berikut adalah faedah-faedah menjadi ahli biro ini:
• Ahli seumur hidup - RM10 sahaja!
• Servis perundangan percuma untuk kontrak rakaman album, pengurusan, persembahan dan isu-isu berkaitan mengikut skop yang tertakluk di bawah kemampuan biro.
• Menjanakan pensyen masa depan (bergantung kepada nilai pendapatan artis semasa dan masa depan)
• Memberi perkhidmatan penggunaan studio rakaman (dengan kos terendah)
• Program akreditasi artis (pusat latihan) oleh Karyawan – ahli-ahli akan dipilih untuk memberi persembahan di bawah projek-projek kerajaan dan kementerian.
• Tempat di mana artis dapat menunjukkan bakat-bakat baru ataupun yang terpendam
• Komposer dan pelirik baru boleh menghantar kerja-kerja baru mereka untuk disebarkan dan untuk ditentukan bakatnya oleh ahli-ahli exco biro.
Acara pertama Biro Karyawan Muda ini, LET'S JAM (Open Mic Nite) akan diadakan di Planet Hollywood Kuala Lumpur pada 15 Jun 2008, pukul 8 malam. LET'S JAM terbuka kepada kesemua artis untuk mengekspresikan diri dan bakat mereka.
Acara ini bertujuan untuk menjelaskan tentang tercetusnya biro ini yang sedia membantu rakan artis bilamasa diperlukan, mendapatkan ahli baru, menyatukan artis dari segala lapis dunia seni tanpa mengira bangsa atau agama, menengahkan bakat baru dan yang terpendam, menyatukan artis baru dengan rakan-rakan dari media massa dan untuk mencungkil darah baru di dalam dunia industri hiburan dengan idea-idea dan kreativiti dalam bakat yang akan ditonjolkan nanti.
Ahli-ahli Exco terdiri daripada: Shaliza (pengurusan artis), Dayang Nurfaizah (artis), Asheed Def Gab C (band), Ravin (penari), Amylea AF (komposer/ penulis lirik baru dan produksi muzik - music production), Hafiz (pelakon/ pelawak), Dior (penyanyi dangdut), Sufian Saujana (penyanyi/ kumpulan nasyid)), Sarah (pengurusan teater dan acara) and Pacai (pemuzik/komposer).
Sila berhubung dengan Yulia (03 – 7955 2967) atau Shaliza (012 – 315 2185) untuk keterangan lanjut. _________________ http://www.reverbnation.com/synsmusic |
|
Back to top |
|
|
pikorionexxes |
Posted: Mon Oct 27, 2008 12:08 pm Post subject: |
|
|
Joined: 22 May 2006 Posts: 89 Location: University Of Malaya
|
|
Back to top |
|
|
|
|