Joined: 21 Oct 2008 Posts: 18 Location: klang
|
SPAZ SDN BHD ADELAH B0D0HNYE!!
Jika anda mahu ke Bandar Diraja ini menggunakan Lebuh Raya Persekutuan, bersiap sedia untuk menghadapi kesesakan jalan yang lebih teruk untuk masuk ke bandar itu.
Ini kerana mulai 1 November ini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menutup sepenuhnya jejambat di atas Bulatan 100 dari arah Shah Alam ke Pelabuhan Klang selama tiga bulan.
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja membina approach slab jejambat baru ke Jambatan Kota dilaksanakan.
Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menaik taraf Jalan Persekutuan itu yang melalui pusat bandar Klang yang dimulakan sejak awal tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan.
Bulatan 100 yang sememangnya sentiasa sesak walaupun sebelum projek itu dimulakan, dijangka akan bertambah teruk berikutan penutupannya.
berikutan penutupan itu, semua kenderaan dari Shah Alam yang menggunakan Lebuh Raya Persekutuan perlu melalui Bulatan 100 dan jalan susur Persiaran Sultan Ibrahim atau Jalan Batu Tiga untuk ke pusat bandar, Pelabuhan Klang atau Banting.
kenderaan dari Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh raya Persekutuan yang hendak ke Jalan Kapar, Jalan Meru, Pelabuhan Utara atau Pelabuhan Klang dinasihatkan supaya tidak melalui pusat bandar sebaliknya menggunakan Lebuh Raya Shahpadu.
kenderaan dari Lebuh Raya Shahpadu, NKVE dan Lebuh Raya Persekutuan yang hendak ke Jalan Kota Raja, Jalan Kebun, Jalan Sungai Jati dan kawasan sekitarnya juga diminta tidak melalui pusat bandar.
"Mereka dinasihatkan supaya menggunakan Jalan Datuk Mohamad Sidin atau lebih dikenali sebagai Jambatan Connaught atau Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).
"Pada masa yang sama, bagi melancarkan aliran trafik di Bulatan 100, Jalan Batu Tiga, Lebuh Tapah dan Jalan Mantin akan diubah menjadi jalan sehala,"
kenderaan dari Jambatan Musaeddin yang hendak ke Lebuh Raya Persekutuan, Kuala Lumpur atau Jalan Meru hendaklah melalui Jalan Pasar ke Lebuh Tapah kemudian menuju ke Jalan Mantin seterusnya Jalan Sireh dan Bulatan 100.
"Kenderaan dari Lebuh Raya Persekutuan yang hendak ke Klang Selatan atau Banting pula boleh menggunakan Bulatan 100 menuju ke Persiaran Sultan Ibrahim dan Jambatan Kota .
"Bagi kenderaan dari Jalan Keretapi Lama dan Kapar yang hendak ke Jalan Pasar atau Lebuh Tapah pula, mereka boleh melalui Jalan Kapar/Jalan Meru ke Jalan Raja Bot kemudian ke Jalan Nanas seterusnya ke Jalan Pasar," |
|