back to main area
   

i-bands.net [READ ONLY MODE]
Articles  Articles   FAQ  FAQ   Search  Search   Memberlist  Memberlist   Usergroups  Usergroups
Register  ::  Log in Log in to check your private messages


Post new topic  Reply to topic Goto page Previous  1, 2, 3, 4  Next
 Adakah Persembahan Kita Atas Stage Berjaya? « View previous topic :: View next topic » 
Author Message
Black King Bar
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 9:59 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 10 Dec 2007
Posts: 51

IZZI wrote:
Nice!

Memandangkan aku ni bedroom guitarist aje, so aku nak tanya pasal sound balancing masa atas stage. (tak dicover kat article di atas). boleh tolong kasi clear sikit mcmana nak balance sound atas stage?

Untuk gitaris, ada orang pernah bagi tau aku kalau atas stage ada monitor speaker, kena set eq dan volume sambil merujuk sound di monitor bukan di amp kita macam kita buat kat studio jem. Betul ka ini macam?


aku baru nak tanya soalan ni. biasanya kalau takda soundman sendiri mmg masalah besar beb. nasib baik ada BTX, ada show besar2 hire lah dia. utk stage besar monitor speaker mmg kena ada sebijik sorang at least. apa2 pun nak tau jugak pendapat yang lain...tq.
Back to top
View user's profile Send private message
poundcake
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 10:25 am    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Feb 2004
Posts: 1100

-rule of thumb , stage volume better low daripada blasted (headroom, headroom)..

-tapi kalau main pelan pun, biarlah boleh dengar.. so cari level yang 'balance' dengan bunyi drums(drums akustik takde volume and selalunya tak semua masuk dalam monitor mix kecuali kick drum maybe... jangan sampai bunyi drum menenggelamkan guitars, atau vice versa.

-actually most of the time, kita main atas stage memang nak sound sedap, tapi surely kita tak akan dapat sound yg kita dah terbiasa kat dalam studio latihan (read: jamming).. so forget about tone dulu, concentrate kat sound balancing and levelling..

benda ni kena ada kerjasama yang baik antara pemain muzik, crew dan soundman..

contoh:kalau ko pakai amp Engl powerball 200-300watts ke, then blast sampai volume 11 (hehe!) sedangkan monitor tu pun powered monitor 100watts je macamana monitor tu nak keluarkan sound utk cut through the mix? gitar sendiri boleh dengar tapi vocal maybe tenggelam timbul la.. bukan sahaja vokal nak keluar kat monitor tu, tapi second guitar maybe, or bass or keyboard.. tengok macamana keperluan org yg nak pakai monitor yg kat depan dia tu la.. mau berserabut bunyi yg keluar kat monitor tu kan? ingat more headroom the better

so selalunya, gitar ber-distortion tahap 'neraka' punya jangan la terlalu kuat..

dalam persembahan band yg ada penyanyi, vokal yg paling penting.. so make sure bunyi vokal paling jelas.. untuk crowd, itu tugas FOH engineers tapi kalau bunyi atas stage tak balance, bunyi yang amplified lagi tak balance la..

so macamana nak bagi sound 'balance' bagi seseorang gitaris?
jawapan: tak boleh. pasal balance kena bagi pada keseluruhan pemuzik2, bukan just balance untuk gitaris sahaja..

mengambil kira general rule yg kat atas,
firstly masing2(guitaris, keyboard and bassist) set kan amplifier 'ganas' anda(diamond?krank?madison?) hehe.. set la high, mid, low, present , absent apa bala tuh..jangan lupa levelling antara clean sound dan dirty sound(distortion)..
then perlahankan volume, pelan2 bagi tau soundman suruh feed sound kat monitor kau.. bila dah keluar bunyi kat monitor, pelan2 'matched'kan level kat amplifier tu bagi naik balik kiranya dua2 source bunyi tu kedengaran balance pada kedudukan kau atas stage tu..
masa ni kalau boleh drummer pun main sama la supaya korang boleh tau bunyi drums tu tenggelam ke atau menenggelamkan bunyi korang.. then pakai telinga, adjust la mana2 patut... comunicate la dengan soundman nak kuat lagi monitor lagi atau pelan.. jangan sombong...

actually aku malas nak taip, tapi tak ada hard and fast rule atau undang2 dalam bab ni.. lain orang lain teknik dan caranya..

masalah2nya bila:
-peralatan2 tak cukup sihat: contoh macam bila fader kat mixer tu naik tak sampai unison gain pun dah clipping mcm lampu perayaan..
-"humming" - haha pepandai la soundman tu check apa dan mana source dia, kalau ada feedback destroyer ok la..
-ada buzzing (mana la dan nak check grounding kan..banyak keje nak buat).. jauhkan cable gitar drp lampu neon, strobo or mesin asap..
-soundman tak berapa reti/faham bab 'gain staging'
-pemuzik2 tak mau dengar/bincang dengan crew dan soundman..
-equipments tak matched dari segi capability (contoh: main kat open stage tapi P.A sound system dapat yg 100watts- "dua bijik speakers je?"
-monitor tak cukup bilangan dan tak cukup power
-kalau miking, main letak je mics kat depan amp tu, padahal banyak teknik2 yg boleh dipakai
-kalau line out, kadang2 output volume dah overload input kat mixer..


*untuk pemakai2 digital mfx macam GNX3000, kalo nak sedap lagi, mmg kena setkan eq ikut tempat ..haha padan muka.. tapi make sure ada line-out from mfx tu la.. jgn lupa setkan target output tu...
_________________
save me from myself of what's left of my soul after I've sold some part of it
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
deadzid
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 10:30 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 13 Feb 2004
Posts: 3891
Location: Shah Alam

huzai wrote:
bukan salah performer ke? dia bukan ke patut tahu dulu sape yang tgh mendengar lawak dia tu? hehehe


so maksud ko, performer tu kena turunkan standard dia so that mentallity dia sama mcm budak2 skolah tu... gitu? pastu blm tentu lawak "budak skolah" yg dia buat tu boleh diterima... sbb dia blom dpt menghayati trend, minat, attitude budak2 skolah ni...

Quote:
setelah aku buat kajian, rupanya salah Cikgu Besar diorang.. hahaha


ya betul! sbb guru besar ni tak pantau kat mana anak murid dia berada sekarang... ade ke patut budak2 skolah lepak kedai kopi dgn org2 tua?! hahaha
_________________
> facebook
> youtube
> my-mic
> mockspecial.com
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
ultraman_cosmo
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 10:36 am    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 29 Oct 2004
Posts: 1665
Location: Mines resort city

Quote:
ya betul! sbb guru besar ni tak pantau kat mana anak murid dia berada sekarang... ade ke patut budak2 skolah lepak kedai kopi dgn org2 tua?! hahaha

- masalahnya dia lepak dengan bapak dia kat kedai kopi tu.
- masa tu pun bukan time sekolah, pasal sekolah kena tutup sebab ada kes H1N1.
- Pengetua takut kena saman la plak karang
- hehehheheh
_________________
Maiden, loudness, ACDC, black sabath, deep purple, jimmi and vinnie moore

And Now all jazz.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger MSN Messenger
huzai
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 1:15 pm    Post subject: Reply with quote

Angsakawan
Angsakawan

Joined: 18 Nov 2004
Posts: 1731

ok la ok la, salah dua2 pihak, mana bleh diorang je take all the blame,
salah guru besar, salah performer, salah murid2 juga hehe
fair x?
_________________
http://www.reverbnation.com/synsmusic
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger MSN Messenger
IZZI
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 2:43 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 11 Dec 2004
Posts: 3447
Location: Melbourne, Australia

ok tengkiu sifu..

memang aku tanya cara nak balancekan sound utk semua equipments pun. Kalau gitaris sorang aje apejadahnya nak balance lagi huhu..

poundcake wrote:


masalah2nya bila:
-peralatan2 tak cukup sihat: contoh macam bila fader kat mixer tu naik tak sampai unison gain pun dah clipping mcm lampu perayaan..



ha ini la maksud aku bro, clipping ni mungkin disebabkan volume kat amp terlebih kuat. Tapi volume amp tu terpaksa dikuatkan sikit sebab nak balancekan dgn bunyi drum tapi telah menyebabkan clipping kat console. So, kita kena set volume ikut apa yg keluar kat monitor ke atau kat amp?

p/s: mana la tau lepas ni aku dpt peluang keluar bilik main atas stage, boleh la aku praktikkan tips2 ni..
_________________
Gelanggang guitar : http://guitarden.starahead.com
Back to top
View user's profile Send private message
GryMlock
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 2:50 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

utk performers, balance kan sound on stage saja. nak set tone guitar ke apa, set saja lah but yg penting volume tu. asalkan semua band members dapat dengar instruments each other, it's good enough.

tak perlu terlalu kuat n selalunya problem tak balance ni jatuh kepada perangai guitarist yg gila kuasa. pi crank volume amp kuat2 on stage. a band is a team effort. toleransi bukan setakat dekat cara bergaul saja but it's everything termasuk la dlm performance.

kalau dapat monitor sorang satu, lagi best la. but sometimes tak perlu route semua other instruments ke monitor ko. kena soundcheck betul2 kasi adjas.

once everything balance, tugas sound man pulak la nak kasi sedap sound tu kuor dari PA systems utk disajikan kepada penonton.

dapat soundman bagus, sure bagus punya. dapat soundman MACAM Bagus, mmg jahanam la. aku paling boring sekali kalau dapat soundman OTAI atau perasan otai. bukan semua la but mostly yg aku encounter mmg aku tak berkenan. sgt susah and sakit hati nak communicate.
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
GryMlock
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 2:59 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

kalau ada monitor, and tak dengar guitar playing sendiri, then kena mintak soundman tu utk upkan level guitar kat monitor sendiri.

any other instruments pun kalau tak dengar, let say tak dengar bass guitar, just mintak soundman tu upkan level bass guitar kat monitor sendiri gak instead of suruh bassist kuatkan volume dia.


add sket.
note kepada pengunjung ibands yg lain. ini bukan tips berdasarkan teori saja, sila google kluk kluk adventure. we had played in many gigs & events. mcm2 setup sudah dapat rasa and mcm2 orang sudah jumpa.

sekian timakasih.
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
omarjamaludin
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 3:25 pm    Post subject: Reply with quote

Site Admin
Site Admin

Joined: 18 Feb 2004
Posts: 2615
Location: Tmn Melawati

*google Kluk Kluk Adventure* he he

ooh ada awek lead singer! Laughing
_________________
my photoblog - http://sigemok.blogspot.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website MSN Messenger
Black King Bar
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 3:36 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 10 Dec 2007
Posts: 51

GryMlock wrote:
kalau ada monitor, and tak dengar guitar playing sendiri, then kena mintak soundman tu utk upkan level guitar kat monitor sendiri.

any other instruments pun kalau tak dengar, let say tak dengar bass guitar, just mintak soundman tu upkan level bass guitar kat monitor sendiri gak instead of suruh bassist kuatkan volume dia. .


erm. input baru nih.

dulu aku pernah kena situation bila masa soundcheck, volume amp dah kuat gila dah bila aku test sorang2, tapi bila semua bandmates main aku tak dpt dgr gitar sendiri...pelik jugak. kebetulan pulak aku confuse maksud blast masa tu so aku tanya soundman nak blast boleh tak sbb gitar tak dgr.. dia ckp mmg tak boleh nanti bila masuk distort punya part sure hancur punya. sebenarnya maksud aku bkn blast tapi nak naikkan volume sampai aku dpt dgr gitar sendiri... pikir punya pikir, aku rasa la ada beberapa faktor kenapa jadi mcm tu.

1. kedudukan stage monitor yang salah. depan aku mmg ada sebijik tapi tak sure sapa punya. hahaha. masa soundcheck pun dorang bagi kejap je.

2. stage monitor tak berfungsi masa perform.

3. amp gitar yang takda capability nak support bunyi drum and bass (stage sound). MG50 rasanya.
Back to top
View user's profile Send private message
ETERNAL
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 4:07 pm    Post subject: Reply with quote

Mod Squad
Mod Squad

Joined: 01 Aug 2005
Posts: 3382
Location: Dreamland

err.. bro..

sound balancing time main sorang2 ngan main ramai2 tak same..
so kalau test sorang2 sedap.. tak semestinya time test ramai2 sedap gak..
_________________
KreativWerks MediaSolutions|Soundcloud | YouTube | Facebook
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
GryMlock
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 4:21 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

der, kalau sebijik jek monitor ada, biasanya tu utk vocalist. vocalist takda amp so dia sure takkan dapat dengar apa dia nyanyi kalau takda monitor.

and yeah ko takleh balance main sensorang. kena with all the instruments played together.

aku pernah gak kena setup mcm ni. mmg mula2 dulu hancur. masing2 nak upkan volume masing2 kat amp. sampai pecah2 bunyi pun tak dapat dengar betul2. but lepas berapa kali dapat setup ala2 mcm tu gak, kitaorang just kena agak2 saja. kadang mmg sayup2 jek dengar sound dari members lain but apa bleh buat. kena pasang2 telinga jugak la.

setup minimal camni mmg payah. but ko leh gak mintak drummer ko supaya jgn hentak sangat drums tu. control. balun cymbals tu pun man man sket. some drummer boleh buat some cannot. drummer aku boleh. kadang dia yg tanya kitaorang semua "kuat sangat tak aku ketuk".
so we're a bit lucky in that sense lah.

ada pulak keadaan yg soundman tu, dia a bit proactive, whereby dia akan guide. sapa yg kuat tu dia akan soh slowkan. normally in a more professional event setup, akan dapat la rasa ni. dia lek jek ngan walkie talkie, pastu dia roger stage crew dia utk adjust. kalau dpt macam ni selalu mmg heaven.
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Black King Bar
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 4:23 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 10 Dec 2007
Posts: 51

ETERNAL wrote:
err.. bro..

sound balancing time main sorang2 ngan main ramai2 tak same..
so kalau test sorang2 sedap.. tak semestinya time test ramai2 sedap gak..


agree. masa test sorang2 rasa mcm dah kow gile dah tapi bila sume main tak dgr apa. aku pernah ikut kawan amik gitar dia kat fatty and skinny. masa tu fatty tunjuk demo cemana nak sound balance & his main point lebih kepada benda2 yg langsung aku tak faham cthnya frekuensi. volume amp yg kuat belum dpt menjamin kita dpt dengar sound gitar bile main ramai2.

p/s: headroom tu apa? Question
Back to top
View user's profile Send private message
GryMlock
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 4:32 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 24 Nov 2003
Posts: 3699
Location: Agombak Ago go!

aku rasa nanti aku try panggil mooky from one buck short utk share dia punya tips. Diorang banyak pengalaman event yg international standard. opening utk banyak band luar yg gempak2.

it'll be good to get his point of view on this topic.

so in the mean time, carry on fellas.
_________________
[ Kluk Kluk Adventure ] | [ Call the Paramedics ] | [ Dot ] | [ AJEEPEK ]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
poundcake
PostPosted: Wed Aug 19, 2009 4:36 pm    Post subject: Reply with quote



Joined: 17 Feb 2004
Posts: 1100

ada satu tip, nampak cam pelik tapi ok gak:

masa practice , sapa yang tak dengar sound org lain, dia yg perlahankan sikit sound dia, tak kira dia kuat ke pelan.. ini menyebabkan org lain tak dengar dia, org tu pulak yang akan perlahankan sound sendiri, finally semua orang take turn perlahankan sedikit volume masing2..sampai bunyi jadik cam pelan tapi clear.... mcm drummer, ketuk pelan/soft sikit la..then from there, up balik sikit2 volume to the optimal or required level..

-ada 2 cara sound amp sampai kat mixer : miking dan line-out (in future maybe bluetooth boleh kot Razz ) tapi kedua2 ini ada pros and cons.
line out: selalunya tu kita tap drp amp terus ke mixer..
miking: letak mics kat depan speaker (ni pun ada mcm2 angle boleh letak) then cucuk ke mixer

actually tak mau pakai amp pon takpe, janji pakai DI,
--->gitar-efek-DI---> terus ke mixer..
tapi banyak org kata " body sound drp amp tu takde" tak caya tanya Joe dari kumpulan Wings.. haha

-kalau mixer dok jauh, contohnya main arena/stadium/padang sekolah Kota Tinggi ke... kena pakai snake cable la..

ok. bagi soundman selalunya kalau line-up senang sikit kerja depa.. pasal kalo style miking, banyak sound bleed drp bunyi2 sebelah.. dah la drum gantung 8 mics (hehe.. ) bayangkan nightmare nak balancekan satu2 sound tu.. agak pening kepala kalo tempat kecik2, mudah nak feedback

dalam channel guitar tak mau ada bunyi floor tom yg dekat2 tuh..dalam channel snare, tak mau ada bleed hi-hat berlebih2 (kena pakai gate processor ni)

pastuh nak kill floor noise, rumble, ni tak cite pasal nak eq satu2 channel strip tu lagi .. dan outboard processor nya..

tapi sound miking ni lebih warm(selalunya) daripada sound line-out.


nak jawab soalan bro IZZI,

pasal clippings kat mixer/console -
kalau miking:
1. soundman boleh troubleshoot dengan placing angle mics yg clip tu atau yg berdekatan (dua mic kalau berdekatan kurang drp 3 kaki akan menyebabkan phasing, maybe ada comb-filter effect, tapi ni kes lain..huhu)

2. pastuh boleh godek2 gain trimpot and fader.. selalunya cut la..

3. boleh try EQ. - EQ tak sepatutnya ada kaitan dengan volume, tapi psycho-acoustic wise kita dengar kalau cut macam kurang vloume, kalau boost macam tambah volume kan? itu psycho-acoustic).. pasal maybe kes2 feedback, clipping ni disebabkan oleh certain frequency sahaja, let say 240Hz ke..

4. soundman tu berlari2 pi naik atas stage mintak gitaris hebat tu pelan kan sikit volume amp dia

5. placing amp tu boleh check tengok . dekat sangat dengan wall ke..

kalau line-out

1. first sekali check tgk betul ke line tu drp source yg betul? kadang2 ada amp yang ada attenuator khas utk line out. line-out untuk pro-audio selalunya +4dBU boleh match la denga input kat console.. (home user applliances selalunya -10dBV, so ada mismathced kat situ.. ). ini bukan apa, kadang2 tercucuk kat jack send out ke.. atau headphone out ke.. tak matched level dia..

2. cable- kurang kualiti, banyak la noise nya...

3. try cut input gain kat console dan lower fader just a bit.. kot2 clipping tu hilang kan.. (gua penah dekat gigs, mixer indicate clipping mcm lampu perayaan, tapi soundman ni dok pulas2 benda2 lain cam aux send hehe)

4.ada neon, cable letrik atau smoke machine yg affect.


byk lagi la yg boleh trouble shoot kalau nak tulis, tak larat dah beb.. aku nak balik keje.. nak gi jamming lak hehe

apa yg penting, kerjasama wonderpets antara performers, crews, soundman/engineers and crowd -mulut jgn la bacul sgt..ini tidak.. sikit nak kutuk tanpa nak belajar atau ambil tahu dulu kurang2nya apa itu passive/active DI ke, mics polarity


so bro IZZI, set la dulu volume kat monitor supaya dengar, pastu set kat amp, tapi jgn sampai monitor, vokal tenggelam hanyut dibawa angin liar .. tapi ingat kena match dengan 'volume' drums.. make sure monitor volume tu priority sikit dari amp pasal kalo tak dengar kat amp ko just boleh crank je.. deakt kan.. tapi macamana nak bgtau soundman monitor tak dengar masa tengah main.. so give it a priority..


p/s Ajeep dude, dah tgk wonderpets ke? huhuhaha
_________________
save me from myself of what's left of my soul after I've sold some part of it


Last edited by poundcake on Fri Aug 21, 2009 12:30 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
Display posts from previous:   
Post new topic  Reply to topic Goto page Previous  1, 2, 3, 4  Next Page 2 of 4

Jump to:  



You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum





DAJ Glass template by Dustin Baccetti
EQ graphic based off of a design from www.freeclipart.nu
modified by i-bands.net
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group