|
Ciri-Ciri BLACK METAL mengikut Berita harian |
« View previous topic :: View next topic » |
Author |
Message
|
Farrisxs |
Posted: Fri Feb 03, 2006 3:53 pm Post subject: |
|
|
Joined: 03 Feb 2006 Posts: 39 Location: Menara TM, Kuala Lumpur
|
IZZI wrote: | macam ni la.. pendapat aku.. senang je point dia..
main la muzik apa pun tapi liriknya biarlah ada faedah, memberi menfaat dan mengajak kepada kebaikan. Aku berpendapat tak salah kalau nak main muzik black metal tapi tak perlu kepada budaya black metal seperti amalan anti agama dan lain2. Cukup sekadar muzik. Menyeru kebaikan tak semestinya menyuruh beribadat.. suruh org tarik pam selepas menggunakan jamban awam pun dikira menyeru kebaikan.
Skrg ada contoh band yang bawak music ala2 zaman hippies (zaman dadah dan sex bebas).. Tapi band tu hanya memainkan muzik dan liriknya positif : I am what i am - deja voodoo.. Confirm tak kena ban.
So buat la lagu black metal ke 'dogpile grey' metal ker tapi lirik tak payah la anti agama, mencarut2 tak tentu pasal.. anti la benda2 lain mcm anti rasuah ke, anti sex bebas anti gay ke.. then boleh la pijak2 buku2 yg perjuangkan gay.. buat kitab ikrar anti rasuah ker.. then tak ada alasan nak kena ban.. |
tapi persoalanyer ada ker band metal kat malaysia ni yang beragama islam yang sembah setan??...kalau ada cuba bagi tau aku band apa?? |
|
Back to top |
|
|
ZiNK |
Posted: Fri Feb 03, 2006 4:01 pm Post subject: |
|
|
Joined: 08 Feb 2005 Posts: 815 Location: Setapak, KL
|
i don't think there is... kalau ade pon dlm 1-0.5%... kalau dh islam betul... smayang cukup (4 waktu pun bleh kire skali la )... xde la nk buat bende2 bodoh tu... n drp buat bende2 bodoh aku rase diorg lg sibuk cipta lagu2 baru n practice... media ni saje nk campur-adukkan (spelling betoi ka?) JIT ngan black metal nih...
yg band black(?) metal dlm citer rock pon xsembah setan... tapi main hantu jer... hehehe... ZUL KAPAN!!!! _________________ Death Crew Productions
http://www.myspace.com/deathcrewproductions
[url]deathcrewproductions@yahoo.com[/url]
http://www.myspace.com/deadzinkc |
|
Back to top |
|
|
Farrisxs |
Posted: Fri Feb 03, 2006 4:10 pm Post subject: |
|
|
Joined: 03 Feb 2006 Posts: 39 Location: Menara TM, Kuala Lumpur
|
so sebenarnyer kita dah buat lirik yang takder kena mengena ngan setan...kita orang timur buat acuan orang timur...tak perlu ikut 100% dari barat |
|
Back to top |
|
|
ZiNK |
Posted: Fri Feb 03, 2006 4:15 pm Post subject: |
|
|
Joined: 08 Feb 2005 Posts: 815 Location: Setapak, KL
|
|
Back to top |
|
|
Farrisxs |
Posted: Fri Feb 03, 2006 4:23 pm Post subject: |
|
|
Joined: 03 Feb 2006 Posts: 39 Location: Menara TM, Kuala Lumpur
|
lirik pasal setan pun kena tengok gak...kalau lirik mengutuk setan pun tak salahkan...macam lagu SYJ
so bender ni kalau nak di ambil kira memang susah la...senang citer jangan campur adukkan agama dengan muzik...dan ikut pada niat kita..main muzik untuk hiburan ataupun untuk memperjuangkan sesuatu
cuma aku masih tertanya tanya...adakah black metal tu agama??....kalau ianya bukan kenapa adanya ajaran black metal?? |
|
Back to top |
|
|
ZiNK |
Posted: Fri Feb 03, 2006 4:27 pm Post subject: |
|
|
Joined: 08 Feb 2005 Posts: 815 Location: Setapak, KL
|
|
Back to top |
|
|
Ridzi |
Posted: Fri Feb 03, 2006 4:49 pm Post subject: |
|
|
Joined: 06 Feb 2004 Posts: 2198 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
Udah le...these people are idiots...aku dah maleh nak layan bende2 pasal black metal ni dah. Aku dah muak dan bosan + memang buang masa dan tenaga. Orang2 bangang ni kalau lagi di layan lagi menjadi2...
/ridzi |
|
Back to top |
|
|
Lord_okkultuzs |
Posted: Fri Nov 20, 2009 5:37 pm Post subject: Hail Satanic Long Hair Out There!!! |
|
|
Joined: 20 Nov 2009 Posts: 2
|
adzakael wrote: | sesape bole confirmkan benda ni tak
psl kewujudan band ni
Band:Bismi Iblyss
Lagu:Romantic Rape In Jannah
I Will Dance On Your Grave
Bimi Iblyss Eeroorh Maar Neir Roorh Hiemz
info ni aku petik dari Mastika |
of coz b.i itu wujud.here..im pardukhabardarakh syaithyan. ex-vox & bassist. x ramai yg kenal bismi iblyss coz kami lebih selesa n bangga perform gigs luar.bersesuaian dengan genre kami as melodic dark occult anti christ satanic war black metal. (my another band-awakenning-eastern tharthanos satanic viking war black metal) not in our region.fuckin paranoid u know? aku xtau how's dead (mohd asshaari) vox of almarhum (perak) boleh dedahkan B.I di malaysia sedangkan aku xde sebarang permusuhan dengan beliau.dh mcm adik beradik malah beliau sehingga kini masih lagi berhutang dengan aku. (wang pos, charge copy cover,n promotion demo almarhum).fact dlm surat menyurat antara aku dan dia diputarbelitkan untuk dia jadikan bukti kepada mastika ibni israel untuk jahanamkan aku n b.i.aku sendiri sehingga sekarang xfaham kenapa dia buat begitu.kenapa dia x dedah pasal diri sendiri?beragama islam tetapi bercinta dengan awek kristian? kalau sesiapa yang pernah melihat cover demo almarhum, logo mayhem sepatutnya terdapat salib terbali tetapi dalam cover demo almrhum, logo tersebut dipadam...WHY??? walupun dulu nama aku hampir 2 thn panas dalam mastika namun sekarag, aku dah bahagia dengan kehidupan aku.punyai kereta audi A6 aku beli cash, rumah banglow 500k cash n tinggal di kawasan paling elit di negeri tempat aku tinggal sekarang,juga punyai seorang istri yang cantik. bagi asshaari @ dead of almarhum pula? apa yg dia ada?apa yg dia dapat dari hasil kerja menjahanamkan aku? princess of darkness @ suraya editor pontianak zine? bersekongkol degan dead utk jahanamkan aku? sekarang rumah tangga dia amacam? siapa laki dia? dorg sendiri yg jahanam even dulu dorg jahanamkan aku. tentang B.I, even aku dh diam n slow, tapi B.I masih belum lg berkubur sepenuhnya.sesekali aku turut penuhi jemputan band2 luar utk openning show dorg.tp bkn lagi dgn nama BISMI IBLYSS. anyway, no one could stop my spirit ob black metal...hail satanic long hair out there!!! still adhere with metal till evil shows his one eyes!!!! |
|
Back to top |
|
|
omarjamaludin |
Posted: Fri Nov 20, 2009 5:40 pm Post subject: |
|
|
Site Admin
Joined: 18 Feb 2004 Posts: 2615 Location: Tmn Melawati
|
|
Back to top |
|
|
Lord_okkultuzs |
Posted: Fri Nov 20, 2009 6:04 pm Post subject: HAIL MEDIA IBNI ISRAEL!!! WAJIB BACA |
|
|
Joined: 20 Nov 2009 Posts: 2
|
Demam AKADEMI FANTASIA melanda lagi. Dalam pada itu juga, kita dihidangkan oleh aksi-aksi bintang bola sepak dalam Piala Dunia 2006. walaupun begitu, dunia metal tak pernah tenggelam mahupun sepi tatkala kerancakkan Piala Dunia ataupun AKADEMI FANTASIA. Kita harus berbangga dengan perkara ini. Malah, kita peminat-peminat underground, metal amnya mampu untuk mendabik dada berbangga kerana dikala industri muzik ‘berat’ dilanda dengan pelbagai macam masalah, masih ada juga segelintir pihak yang begitu perihatin dalam memastikan agar segala apa yang digembar-gemburkan oleh segelintir wartawan yang cetek ilmu muziknya itu hanyalah sebagai satu tohmahan belaka.
Mungkin dikala ini, industri muzik ‘berat’ ini nampak sedikit kehilangan arah setelah bertubi-tubi diserang oleh media dan wartawan-wartawan yang cetek ilmunya tentang muzik ‘berat’ ini, malah melabelkan ekstrim metal ini sebagai penyembah syaitan. Agak malang bagi penggerak muzik ‘berat’ tempatan yang tidak mampu untuk mencari jalan penyelesaian atau jalan keluar dari kemelut ini. Namun, masih lagi ada pihak yang cuba menulis e-mail, surat berantai, berforum dan sebagainya. Ramai yang berpendapat bahawa ini bukanlah satu cara yang efektif. Sekadar mengatakan “aku tidak menyembah syaitan” sebenarnya masih tidak cukup. Ianya tidak memuaskan hati mereka yang menuduh. Bukti harus disertakan. Malah, bukti juga masih tidak mampu membuatkan mereka yang menuduh berdiam diri kerana ceteknya ilmu mereka dengan meletakkan 300% persamaan antara industri muzik ‘berat’ tempatan dan barat. Mereka-mereka ini bukanlah bersendirian, malah dibantu dari ‘dalam’ oleh pengkhianat yang dahulunya bersama-sama kita membangunkan industri muzik ‘berat’ di negara kita. Tidak keterlaluan jika mereka ini kita anggap sebagai ‘pengkhianat negara’. Makanya, darahnya adalah dikira halal. Mohd. Asshaari atau lebih dikenali sebagai ‘Dead’, vokalis kepada band dari perak yang dikenali ramai yakni ALMARHUM, kini anti kepada METAL. Begitu juga dengan Suraya atau lebih dikenali dengan ‘Princess Of Darkness’ penulis PONTIANAK ZINE. Masih ramai lagi yang membuat pendedahan kononnya insaf sedangkan mereka terdesak untuk mencari publisiti murahan. Mengapa ini terjadi? Adakah wujudnya motif lain mereka sebenarnya? Persetankan dengan pengkhianat-pengkhianat ini. Mereka tidak mampu mempengapakan industri kita. Walau apapun, jutaan terima kasih, syabas serta tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan yang sedikit sebanyak cuba untuk membantu dalam mempertahankan industri muzik ‘berat’ kita ini. Walaupun sekadar menulis e-mail, surat berantai atau berforum, cukup untuk membuktikan muzik metal masih lagi wujud dan menebal dijiwa mereka. Lebih baik dari duduk berdiam diri seperti tunggul mati atau menjadi pengkhianat lakhnat.
Perjuangan penggerak industri muzik ‘berat’ tempatan tidak terhenti begitu sahaja. Banyak pihak, terutamanya production, label, distro, band, editor dan peminat telah berganding bahu dalam menjayakan ‘sesuatu’ untuk menidakkan segala fitnah, tohmahan, cacian serta penghinaan yang telah dilemparkan oleh mereka-mereka yang bahalol dan cetek ilmu tentang industri muzik ‘berat’ tempatan.
Maka dengan itu, banyak band telah melahirkan sesuatu yang mampu untuk mencipta satu ‘ledakkan minda’ yang membuatkan kita lebih kritis dan professional dalam menilai sesuatu jenis muzik. Dalam mencipta satu fenomena baru dunia muzik ‘berat’ bagi mencabar serta menidakkan segala tohmahan dan tuduhan ini, LANGSUYR, band yang pernah menggegarkan ‘Alam Metal Melayu’ satu ketika dahulu, kini kembali menggegarkan kepala mereka-mereka yang melemparkan tuduhan dengan mencipta ‘sesuatu’ yang pastinya melangkaui sempadan yang sedia ada dalam dunia metal itu sendiri. Dengan itu, lahirlah seruan terbaru mereka iaitu “ASYIK”. Namun tidak bernoktah begitu sahaja. LANGSUYR telah menerima tawaran daripada CLOCKWORK / EMI untuk menggegarkan pentas ‘ROCK THE WORLD 5’ pada 17 Disember 2005 yang lalu di Stadium Negara.
Adakah setakat itu sahaja? Tidak!!! Dalam perjalanan yang panjang ini, ianya membentuk sebuah perjuangan. Dalam perjuangan ini jugalah lahirnya roh-roh baru yang bersatu dengan roh-roh lama yang telah sebati. Roh yang lahir lalu mengalir dalam tiap-tiap butir darah, merayap dan menyelusup melalui jaluran urat sehingga bersatu bersama degupan jantung berdekat lamanya. Ianya merayau dan masih hidup bersama perjuangan sejak 20 tahun yang silam. Akhirnya, tanggal 06 Jun 2006, berdiri tegak panji perjuangan mereka. Kembali berkibar bendera merah. Semakin marak…marak…marak dan lebih marak ‘api hitam’ yang pernah terpadam 20 tahun yang lalu. Kini…muncul kembali BLACK FIRE, THE EPIC LEGENDARY BLACK METAL. Band yang satu ketika dahulu pernah menyemarakkan ‘api hitam’ mereka di seluruh pelusok Tanah Melayu, yang mana mereka sentiasa menjadi butir-butir serta bait-bait tutur anak-anak muda. Sekembalinya BLACK FIRE, mereka tidak hanya dengan tangan kosong, tetapi dengan sesuatu yang bakal membakar hangus ‘gergasi-gergasi mainstream’ yang pernah menabur fitnah serta tohmahan. Album yang julung kalinya dilahirkan ini merupakan simbol kemerekaan sebenar pemuzik metal tempatan, juga buah tangan yang tiada banding nilainya buat peminat yang mendambakan kesemarakkan ‘api hitam’ yang pernah bersemarak satu ketika dahulu dari BLACK FIRE, THE EPIC LEGENDARY BLACK METAL.
Tidak cukup dengan itu, saudara TUBP @ Lord Okkultuzs yang pernah dituduh sebagai ‘KETUA GEREJA SYAITAN MALAYSIA’, telah menyatu padukan band-band yang berada di bawah naungan THY UNHOLY BLACK PENTAGRAM SOCIETY. Maka dengan penyatuan tersebut, lahirlah album pertama “AWAKENING” (BISMI IBLYSS, MANDEKARE ROOT & 666TOTOH666) serentak dengan album ke dua yang dititipkan seruan ‘2nd, 3rd AND ANOTHER CRUSADE’ VOL 1 & VOL 2 yang diterbitkan oleh ECLIPSE PRODUCTION yang bertapak di Republic Czech dan juga S.O.D PRODUCTION di U.S.A. Dikatakan, kelahiran album ini bakal membuatkan kaum khafir lakhnat terkebil-kebil dan merah padam muka mereka menahan malu serta marah. Apatah lagi muka-muka ‘gergasi-gergasi dan para wartawan-wartawan dungu mainstream’. Sayangnya dikhabarkan, kelahiran album ini tidak diturut serta oleh penaungnya sendiri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Namun lirik-lirik yang disumbangkan beliau mampu untuk menepis segala tohmahan dan caci hina yang beliau terima terutamanya melalui lirik lagu ‘VOICE OF PALESTINIANS’. Dengan lirik lagu ini juga sedikit sebanyak membersihkan nama setiap penggiat muzik ‘berat’ tempatan. ‘aku bukan peminum darah kambing, dagingnya pun aku tak makan, takut kena darah tinggi’ kata saudara TUBP berseloroh.
Bertambah banyak serta menebal ‘kemaluan’ yang diterima oleh ‘gergasi-gergasi cetek ilmu’. Satu demi satu, perlahan-lahan tetapi bertubi-tubi propaganda-propaganda yang dicipta wartawan dungu berjaya ditidakkan oleh penggerak industri muzik ‘berat’ tempatan. Pada 10 Jun 2006 juga merupakan hari bersejarah dan bermakna buat kita semua. Muzik yang kita perjuangkan masih diiktiraf serta mampu merempuh gegar runtuh pentas PLANET HOLLYWOOD. Kita sepatutnya berbangga kerana pihak PLANET HOLLYWOOD masih menerima serta sudi menjemput pemuzik-pemuzik ‘peminum darah kambing’ atau ‘penyembah syaitan’ untuk beraksi dipentas mereka dan di hadapan penonton yang bukan dari aliran muzik ‘berat’ malahan pelancong asing juga. Band yang tidak asing serta tidak perlu diterjemahkan lagi kredibiliti mereka dalam dunia muzik ‘berat’ iaitu NECROTIC CHAOS memulakan ‘upacara’ sound check. Mereka berjaya mencipta sejarah tersendiri dengan beraksi di hadapan penonton yang bukan sealiran. Berdebar juga rasanya dada memikirkan bakal reaksi penonton yang bukan peminat muzik ‘berat’. Dengan berintipatikan muzik ‘Brutal Death Metal’, NECROTIC CHAOS memulakan aksi dengan seruan ‘CATAUSMICAL’. Penonton seolah-olah teruja dengan suara ADIK selaku vokalis. NECROTIC CHAOS menghadiahkan pula ‘BLACK FLAME’ kepada penonton. Penonton ‘luar’ yang tadinya nampak agak janggal serta ‘cempera’ dengan konsep yang dihidangkan NECROTIC CHAOS kini mula menganggukkan kepala tanda tertarik serta semakin menerima konsep METAL. Sedikit demi sedikit, semakin laju anggukan mengikut rentak irama paluan WIRA selaku drummer. Pengikut setia pula membuat ‘huru hara’ serta menimbulkan ‘kacau bilau’ dihadapan pentas. Peminat ternyata tidak puas dengan dua hidangan dari NECROTIC CHAOS. Maka bergemalah ‘INFERNAL SORCERY dan ditutup dengan ABATTOIR.
Kini tiba giliran ‘SIL KHANNAS’ menguasai pentas. Lagu ‘KISS OF THE WISHIPER’ membuatkan penonton ‘luar’ serta pelancong asing juga melangkah maju setapak demi setapak tanpa dipaksa lalu ‘memulaskan’ urat-urat tengkok mereka untuk ‘headbanging’ bersama-sama dengan peminat muzik ‘berat’. Seluruh sudut dan pelosok PLANET HOLLYWOOD semakin bergema dengan lagu ‘ONES MIND’ yang dihidangkan SIL KHANNAS sebagai santapan. Keadaan semakin gamat. Wartawan dan jurugambar ‘luar’ tercengang dan tersipu-sipu malu bagaikan ‘bangkai kerang’ yang baunya melekat di seluroh pelosok PLANET HOLLYWOOD setelah mereka mendengar kenyataan ‘ikhlas’ dari JAIE JOEKHANNAS selaku vokalis. ‘Hari ini kita telah buktikan bahawa BLACK METAL bukan minum darah kambing, malah kajian sains sendiri mengatakan bahawa meminum darah kambing bisah membuatkan salur darah pecah dan besar kemungkinan kita mati…’. Peminat bagaikan ‘histeria’ menyokong pernyataan JAIE. Bagi menutup ‘kemaluan’, beberapa orang wartawan ‘luar’ bergegas keluar menyelamatkan muka mereka yang bagai dilempar najis khinzir setelah mendengar pernyataan JAIE. Ada pula yang berpura-pura ke tandas. Malu, malu… Ya, benar kenyataan JAIE! Bukan saja arteri, malah vascular atau salur darah ke jantung juga mungkin pecah dan menyebabkan darah tidak dapat dihantar kejantung dan berhenti serta merta malah mungkin meletup. Saudara TUBP turut menyokong kenyataan JAIE. Katanya lagi, ‘memakan dagingnya saja cukup untuk membuatkan kita pening, kepanasan dan membuatkan peredaran darah kita semakin pantas dan pitam serta memungkinkan kita mengidap Hypertension atau darah tinggi. Apatah lagi meminum darahnya yang kita semua sedia maklum sememangnya ia ‘panas’ dan membuatkan kita pitam dan seterusnya mati….’ Kenyataan saudara TUBP semakin membuatkan wartawan ‘luar’ tergamam dan terasa diri mereka masih jahil membuat kenyataan tanpa fakta atau bukti kajian secara menyeluruh. Mereka para wartawan sangka kita cetek ilmu seperti mereka?
Dalam kacau bilau yang terjadi antara wartawan ‘underground’ dan ‘mainstream’, SIL KHANNAS mengakhiri aksi mereka dengan lagu keempat ‘SINNER BURNING WITHOUT HUMANTY’ dan yang terakhir dengan mengalunkan lagu ‘SANTAPAN TERAKHIR RAJA BERSIUNG’
Seruan yang dititipkan saudara TUBP semakin menghangatkan suasana. ‘Mari kita ramai-ramai bakar hangus reporter-reporter HARIAN METRO dengan band seterusnya, LANGSUYRRRR’. Kumpulan yang berkubur sejak tahun 2000 ini bangkit semula dari persemadian demi membakar, mencabar serta menidakkan propaganda media-media atau ‘gergasi-gergasi penabur fitnah’ yang rata-ratanya dibaca oleh ‘hardcore readers’. Mini gig ini juga diadakan bagi tujuan mempromosikan album terbaru LANGSUYR yang berjudul ‘ASYIK’. Sebanyak enam lagu dihidangkan LANGSUYR sebagai penutup namun ternyata penonton tidak berganjak kerana terlalu ‘merindui’ aksi-aksi LANGSUYR dan gig-gig yang telah lama tidak dianjurkan.
MUZIK BOX juga tidak mehu ketinggalan dalam membuktikan bahawa muzik ‘bawah tanah’ ini adalah ‘bersih’. MUZIK BOX PRODUCTIONS dengan kerjasama Plaza Seni Johor Bahru, ROKIN STUDIO, MAJALAH KONSERT, MERBOK PLATOON dan IDEAREKA dan mereka berjaya merealisasikan niat untuk buktikan muzik ‘bawah tanah’ adalah bersih dengan menganjurkan mini konsert di tempat terbuka, berhadapan dengan Plaza Seni Johor Bahru tanpa gangguan ‘hamba-hamba’ media yang cetek ilmu.
Sebenarnya terlalu banyak sumbangan daripada rakan-rakan kita demi memastikan keutuhan industri muzik ‘berat’ tempatan. Kita perlu faham bahawa masyarakat masih lagi ‘naif’ tentang industri kita. Mereka percaya kepada setiap cerita dan propaganda yang digembar-gemburkan media. Mereka percaya bahawa media lebih betul berbanding pemuzik ekstrim metal. Mereka tidak pernah mengkaji kesahihan atau kebenaran sesuatu perkara. Bagi mereka, apa yang media gembar-gemburkan itulah yang benar. Media kata kita minum darah kambing, maka minum darah kambinglah kita. Hatta jika media kata kita boleh terbang pun mereka pasti percaya. Kuasa media kuat kerana ‘gergasi-gergasi’ ini kebanyakan dibaca oleh ‘hardcore readers’ fanatik lagi naïf. Jadi kita terpaksa biar ‘gergasi-gergasi’ ini ‘penat’ baru kita bertindak. Dan…tindakan kita adalah drastik supaya kita berjaya menidakkan fitnah media. Maka jangan terkejut kerana ada diantara kita yang berdialog dengan PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) demi memberikan gambaran sebenar tentang industri muzik ‘berat’. ‘Tarbiah’ demi ‘tarbiah’ dilakukan beberapa orang penggerak industri muzik ‘berat’ tempatan kepada sebuah PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) akhirnya membuahkan hasil. Kalau dulu, NGO ini bersama-sama dengan media menghentam kita, kini mereka dan ‘pemimpin tertinggi’ mula membuka mata malah mereka membantu kita dalam ‘mentarbiah’ media-media tertentu agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Terima kasih dan tahniah kepada beberapa orang rakan seperjuangan yang berjaya ‘mentarbiah’ NGO tersebut. Siapa kata ‘JACK’ tidak mampu menumbangkan ‘gergasi-gergasi perkasa’? HAIL AND BIG SALUTE untuk mereka yang berjaya menumbangkan gergasi perkasa yang dungu.
Walau apapun, telah banyak yang diusahakan oleh beberapa kerat penggiat dan penggerak industri muzik ‘berat’ tempatan. Kita yang hanya duduk berdiam diri atau lari dari masalah janganlah pula menimbulkan lagi masalah. Jadikanlah industri muzik ‘berat’ kita gah seperti di barat. Kepada mereka-mereka yang bakal menjadi ‘pengkhianat lakhnat’ seperti ASSHAARI dan SURAYA, dipersilakan tetapi janganlah sesekali memfitnah atau cuba untuk menjatuhkan demi secebis publisiti murahan. Lebih baik berdiam diri, kahwin dan jaga anak bini. Anda ‘seekor dua’ tidak mampu menjatuhkan industri muzik ‘berat’ yang mempunyai ribuan, malah mungkin jutaan peminat.
Kita renungkan kata-kata saudara TUBP sebagai penutup. Walau ada sedikit lucu, jadikanlah ianya sebagai satu mesej yang penuh makna. ‘Bangunlah, bangkitlah! Tiada guna bermimpi enak. Pergilah, terokalah, kayuhlah walau berbasikal. Masuklah ke segala ceruk kampung, segenap desa. Buktikanlah bahawa muzik METAL dan POP YEH YEH adalah sama. Seperti juga ROCK, DANGDUT atau GHAZAL. Ianya pasti hanya muzik. Beritahulah penduduk kampung serta desa. Kami pemuzik, bukan peminum darah kambing seperti yang digembar gemburkan. Kami sama seperti POP, ROCK, NASYID atau DANGDUT. Bezanya hanya pada cara muzik itu dimainkan serta suaranya. METAL mempunyai suara yang agak keras, muzik yang agak membingikkan. Walaupun ekstrim, ianya masih tetap muzik. Masih hanya salah satu dari beribu cabang muzik yang pernah wujud di muka bumi. ‘Wartawan dungu’ mungkin terjumpa dengan ‘alien’ meminum darah kambing semasa wartawan-wartawan dungu itu bercuti di planet Pluto. Maka cerita itu dibawa balik ke bumi. Kita tidak pernah dan tidak akan minum darah kambing kerana kita tahu ianya memudaratkan. Marilah sama-sama kita buktikan yang kebenaran di pihak kita dan ‘ketahyulan’ itu di pihak ‘gergasi-gergasi’ media yang ketandusan idea serta gilakan keuntungan dunia. Buktikan bahawa METAL itu sesuatu yang UNIK serta tersimpan 1001 macam seni. Buktikan METAL hanya muzik dan muzik tidak pernah menyesatkan. Yang menyesatkan adalah mereka-mereka yang sememangnya sesat. Dan mereka yang sesat itu pula adalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang tersesat. Mereka yang tersesat itu pula adalah mereka-mereka yang tidak mempunyai ilmu yang bisah memberi mereka petunjuk. Dan mereka yang menyesatkan adalah media kerana mereka tidak punyai ilmu yang cukup tentang dunia kita. Ingat!!! Kita tahu apa yang mereka tidak tahu malah kita lebih mengetahui apa yang telahpun mereka tahu’.
Sekadar mengambil seperenggan dari kata-kata saudara TUBP, cukup untuk kita renungkan bersama. Dan satu perkara lagi yang harus kita renungkan bersama. Sepanjang tahun 2006, kita digodam, difitnah dan dipropagandakan oleh media-media separa sahih. Daripada pemimpin tertinggi Negara, hinggalah ke rakyat yang berkasta rendah atau pengemis, mereka benar-benar dibutakan oleh gergasi-gergasi media dungu. Asal hitam saja metal, asal metal saja jahat. Sepanjang tahun 2006 juga, dari muka depan media perdana hinggalah ke meja Kabinet dan Dewan Parlimen, heboh seantero Negara membingcangkannya kerana propaganda Gergasi-gergasi media yang kelaparan dan ketandusan berita untuk disensasikan. Jika propaganda mereka benar, pernahkah kita lihat atau dengar bukti bahawa adanya sebarang tangkapan besar yang dilakukan dan membenarkan gergasi-gergasi ‘bongok’ menulis laporan-laporan panas mengatakan anak muda kita sudah ‘gila’? Antara memori yang memberikan tamparan serta palitan najis khinzir kepada media adalah peristiwa di Jalan Klang Lama. Ramai antara kita terpaksa bertinggung di Balai Polis Brickfield pada masa itu. Dan di situlah terjadinya perkara yang memalukan Negara. 2 pasangan pelancong dari Jepun serta 2 dari Korea turut bersama-sama bertinggung di Balai Polis Brickfield kerana dituduh sebagai Pengikut Black Metal. Setelah 6 jam sesi soal siasat, tiada sebarang tangkapan yang dibuat kerana disahkan tidak terlibat dengan Ajaran Sesat. Pihak polis mula menyalahkan media kerana mengembar-gemburkan fakta sebenar. Namun, sehinggalah sekarang masih belum ada satupun tangkapan besar yang di buat kerana bukti tidak mencukupi sedangkan apa yang digembar-gemburkan media seolah-olah dunia telah kiamat teruknya. 4 pasangan pelancong tersebut hampir-hampir menyaman Kerajaan Malaysia kerana peristiwa tersebut. Namun dibatalkan di saat-saat akhir. Jika tidak apakah yang bakal berlaku ? Ini semua berpunca daripada kerakusan media dalam mencari sensasi. Mereka telah membutakan rakyat dengan penipuan serta propaganda yang dicipta. Mereka jugalah yang menyesatkan pemikiran masyarakat Melayu. Mastika, Metro, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Borneo, walau siapapun mereka, jauhilah mereka kerana mereka adalah MEDIA IBNI ISRAEL. Kerana mereka, Menteri-menteri, pihak polis, rakyat, terutamanya Pejuang-pejuang industri muzik ‘berat’, semuanya dapat susah. Jika tidak, masakan Dato’ Sri Najib, Timbalan Perdana Menteri sendiri mengeluarkan kenyataan agar pihak media mengeluarkan laporan yang lebih berwibawa ? Harap-harap MEDIA IBNI ISRAEL ini sedar dari lamunan dan kerakusan mereka. Akhirnya……METAL TERUS DAN TETAP METAL!!! |
|
Back to top |
|
|
TRUNASUCI |
Posted: Sun Jan 31, 2010 10:43 am Post subject: |
|
|
Joined: 11 Apr 2007 Posts: 28
|
cerita2 gak..
hang pi ka tgk gig RATOR semalam? aku dr ptg sampai dkt tghmlm dok lepak ngan bdk2 lama skali AS_SAHAR seme...
|
|
Back to top |
|
|
eniQma |
Posted: Sun Jan 31, 2010 1:39 pm Post subject: |
|
|
King Korek
Joined: 28 Nov 2009 Posts: 4040 Location: enigma di Kuala Lumpur
|
giler ah...artikel panjang2...semangat abis... _________________ I Love i-bands
http://soundcloud.com/eniqma-studios
If METALLICA Kill em' ALL
Facebook kill I-bands.net... true story |
|
Back to top |
|
|
catman |
Posted: Mon Feb 01, 2010 12:39 am Post subject: hi |
|
|
Joined: 22 Apr 2008 Posts: 214 Location: Serdang - JB - Butterwoth
|
best best citor neh...
and pasal fatwa2 tu semua...lawoooook la _________________ No Fuss Go Fuzz |
|
Back to top |
|
|
salammmm |
Posted: Sat Oct 02, 2010 2:49 pm Post subject: |
|
|
Joined: 17 Dec 2009 Posts: 1573 Location: perak
|
fuhh...gla pnjg artikel....
tp,btol ke kalau hnya sekadar dengar lagu black metal dibolehkan???
aku pnah minat satu lagu black metal...pastu aku tnya kat ustazah aku hukum dgr lagu black metal...dia kata x boleh/haram...aku x puas hati lg,ak ckp kat dia..nk dgr je,bkn nk buat ritual2 yg sesat tu...dia kata kat aku mcm ni...umpama kita tgk video lucah la...kita tgk tp x buat...tetap berdosa....
aku kecewa dgn jwapn tu...sebulan lps tu baru aku buang lagu black metal tu...start dr tu aku mula jauhkn dr dari lagu2 black metal....lain2 metal x pe....
tp kalau btol la black metal mmg dibolehkan utk didengar,aku nk dgr balik la...sangap la kat lagu tu... _________________ ............. |
|
Back to top |
|
|
Jiro |
Posted: Sat Oct 02, 2010 3:59 pm Post subject: |
|
|
Joined: 14 Feb 2007 Posts: 1933 Location: Shah Alam
|
|
Back to top |
|
|
|
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|
|